Anda di halaman 1dari 6

ISI RINGKAS KARANGAN RAMALAN UPSR

KEBAIKAN BELAJAR SECARA BERUMPULAN

1. Suasana yang kondusif

- selesa – tenang – tidak terlalu formal

2. Dapat berkongsi ilmu bersama rakan yang lain

- pelbagai idea dapat dikongsi – suasan pembelajaran lebih

menarik.

3. Memupuk semangat bekerjasama

4. Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

KEBAIKAN AMALAN BERGOTONG-ROYONG

1. Dapat memupuk semangat kerjasama

2. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

3. Kebersihan kawasan persekitaran terpelihara.

4. Terhindar daripada wabak penyakit seperti Denggi

5. Mengisi masa lapang

6. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

CARA MENJADI MURID CEMERLANG

Seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek

1. Rajin berusaha – tidak mudah putus asa (intelek)

2. Menghormati orang yang lebih tua – mendapat keberkatan (rohani)

3. Melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum(jasmani)

4. Memberi tumpuan ketika guru mengajar.(intelek)

5. Berdisiplin – menepati jadual yang disediakan.(emosi)

6. Bercita-cita tinggi – mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya.(emosi)


CARA MENJAGA KEMUDAHAN AWAM

1. Menggunakan kemudahan awam dengan sebaik mungkin – mengikut peraturan yang telah
ditetapkan

2. Mengetatkan undang-undang – mengenakan hukum yang lebih berat kepada pesalah.

3. Peka dengan keadaan kemudahan awam – melaporkan kepada pihak yang berkenaan
sekiranya kemudahan awam tersebut rosak.

4. Mengadakan kempen Sayangi Kemudahan Awam melalui media massa dan media sosial

JAWAPAN

Kemudahan awam ialah perkhidmatan  dan peralatan yang disediakan  oleh kerajaan dan pihak
tertentu untuk digunakan  oleh orang ramai. Contoh kemudahan awam ialah tandas awam, stesen bas, taman
permainan , lapangan terbang dan sebagainya. Namun, seringkali ada sahaja berita yang kita dengar tentang
kerosakan harta benda awam ini. 
Amalan menjaga kemudahan  awam menjadi tanggungjawab kita. Justeru, kita hendaklah
menggunakan kemudahan awam dengan sebaik mungkin. Kita sepatutmya mengikut peraturan yang telah
ditetapkan semasa menggunakan kemudahan awam ini. Antaranya tabiat membuang sampah merata-rata
tempat akan menyebabkan keadaan persekitaran menjadi kotor. Sudah tentu orang ramai yang
menggunakan kemudahan  awam tersebut berasa tidak selesa.
Selain itu, pihak kerajaan perlu mengetatkan undang-undang terhadap individu yang
merosakkan kemudaham awam ini. Pihak yang berkenaan perlu mengenakan hukuman yang lebih
berat kepada pesalah yang telah merosakkan kemudahan awam. Dengan demikian, kemudahan
awam akan sentiasa dijaga dengan baik dan terpelihara.
Kita juga perlu peka dengan kemudahan awam yang disediakan kepada kita. Sekiranya kita
ternampak kemudahan yang disediakan ini rosak seperti pondok telefon, stesen bas, stesen teksi
dan lain-lain lagi, kita hendaklah melaporkan kepada pihak yang berkenaan. Dengan ini, kita dapat
menjaga imej negara pada pandangan pelancong asing.
Akhir sekali, kerajaan perlu mengadakan kempen Syangi Kemudahan Awam dari semasa ke
semasa. Kempen ini boleh disiarkan melalui media massa dan media sosial. Oleh itu, rakyat akan
sentiasa peka dan prihatin akan tanggungjawab untuk menjaga kemudahan awam untuk
kesejahteraan bersama.
Kesimpulannya, kemudahan awam ialah hak semua orang. Oleh itu, sebagai anggota
masyarakat yang bertanggungjawab, kita sepatutnya menjaga kemudahan awam yang disediakan
demi kepentingan bersama.
CARA MENGHORMATI IBU BAPA / GURU / ORANG TUA

1. Menolong ibu bapa / guru / orang tua ketika mereka memerlukan

2. Belajar bersungguh-sungguh – memenuhi harapan

3. Tidak mengabaikan ibu bapa / guru / orang tua

4. Sentiasa berakhlak mulia – patuh/taat

5. Sentiasa merendahkan suara ketika bercakap – beradap

6. Sentiasa mendokan kebahagiaan ibu bapa / guru / orang tua.

 Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka kita
tidak akan berpeluang merasa nikmat kehidupan di muka bumi ini. Jasa bakti mereka

yang telah melahir dan membesarkan kita amatlah bernilai. Justeru sebagai seorang

anak, kita perlulah sentiasa menghormati mereka.

     Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati mereka.

Antaranya ialah dengan menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada mereka . Sebagai

ibu bapa mereka akan menentukan perkara yang terbaik untuk anak-anak. Sudah

semestinya setiap keputusan atau pilihan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk

kebaikan kita.  Tidak ada mana-mana ibu bapa di dunia ini pun yang bertindak atau

membuat keputusan yang boleh merosakkan kehidupan anak-anak.

    Kita juga boleh menunjukkan rasa hormat kepada mereka dengan cara

mendengar  nasihat dan menerima setiap teguran daripada mereka dengan hati yang

terbuka. Sebagai manusia biasa kita tidak mungkin lari daripada tersilap langkah dan

melakukan kesilapan. Nasihat dan teguran mereka bertujuan untuk memberi

bimbingan  dan panduan  demi kebaikan kita sendiri.

    Di samping itu belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran juga merupakan satu

cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati ibu bapa. Ibu bapa telah

bersusah payah melahirkan kita, membesarkan dan memberi pendidikan kepada kita.

Mereka bermandi peluh untuk menyara dan membesarkan serta bersengkang mata

menjaga kita ketika kita sakit. Sebagai membalas jasa mereka, kita hendaklah belajar

bersungguh-sungguh  agar berjaya mencapai cita-cita. Kejayaan dalam pelajaran

pastinya akan membuatkan ibu bapa kita berasa bangga dan gembira.

    Selain itu, membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah yang bersesuaian

seperti mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk selepas makan, membersihkan

halaman rumah serta membantu menjaga adik juga adalah merupakan satu lagi cara
menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang terhadap mereka. Bantuan kita dapat

meringankan beban tugas serta keletihan mereka bekerja seharian. Mereka tentunya

berasa gembira dan bangga mempunyai anak-anak yang ringan tulang.

     Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk menunjukkan rasa hormat kepada

kedua-dua ibu bapa kita. Menghormati dan membalas jasa ibu bapa merupakan

tanggungjawab anak-anak dan juga dituntut oleh agama. Hormati dan sayangilah ibu

bapa sementara  mereka masih ada.

CARA MEMELIHARA ALAM SEKITAR

1. Mengitar semula bahan buangan seperti kertas – mengurangkan penebangan pokok – alam
sekitar terpelihara

2. Mengetatkan undang-undang

3. Mengadakan kempen kesedaran

4. Memperkasakan subjek berkaitan alam sekitar di sekolah – memberi kesedaran awal kepada
murid tentang alam sekitar

CARA MENJAGA KESIHATAN

1. Mengamalkan pemakanan seimbang – piramid makanan

2. Bersenam – mengeluarkan peluh

3. Minum air masak secukupnya – lapan gelas sehari

4. Mendapatkan rehat yang secukupnya – tidur lapan jam sehari untuk kanak-kanak – memulih
tenaga

5. Menjalankan pemeriksaan kesihatan – dua kali setahun – mengetahui status kesihatan

6. Tidak merokok

KEPENTINGAN KOKURIKULUM

1. Meningkatkan tahap disiplin – menyertai pasukan badan beruniform – kawad kaki – patuh pada
arahan ketua

2. Menyihatkan badan – mengeluarkan peluh

3. Menggalakkan perpaduan antara kaum – mengeratkan hubungan sesama murid.

4. Menambah pengetahun dan pengalaman – berkhemah – ikatan

5. Mengisi masa lapang – terhindar daripada gejala negatif


KEPENTINGAN SAINS & TEKNOLOGI

1. Memudahkan urusan manusia

2. Menjimatkan kos

3. Memajukan ekonomi negara – memasarkan produk yang dicipta

4. Mengangkat martabat negara – dipandang tinggi oleh masyarakat dunia

FAEDAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR

1. Menambah pengalaman baru – suasana lawatan

2. Mengeratkan hubungan sesama rakan – guru – keluarga

3. Menambah ilmu pengetahuan – meluaskan pengetahuan sedia ada

4. Mengisi masa terluang

5. Memudahkan proses pembelajaran – suasana lebih selesa dan menarik

CARA BERJIMAT CERMAT

1. Membuat senarai semak perbelanjaan – sebagai panduan ketika berbelanja

2. Menabung – dapat digunakan ketika kecemasan – tidak membelanjakan sepenuhnya wang yang
diperoleh

3. Mengutamakan barangan keperluan berbanding kehendak – tidak membazir

4. Bersikap sederhana – membeli barangan yang bersesuaian dengan pendapatan – mengutamakan


kualiti berbanding jenama.
Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri

Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid
diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan
seperjuangan . Terima kasih, saya ucapkan kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada
saya untuk menyampaikan ucapan pada pagi ini. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah  "Cara-cara
Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin sekalian,

Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita mesti memastikan
telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai penyakit jika tidak dibersihkan
dengan sebaiknya. Kita perlu membersihkan telinga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan
menggunakan putik kapas yang lembut. Dengan demikian, kita dapat menjaga kebersihan telinga
dan mengelakkan daripada dijangkiti penyakit telingan yang berbahaya.

Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta mengelakkan
daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.
Kita perlu mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari untuk menjaga kebersihan diri.

Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari untuk mengelakkan daripada
kerosakan gigi. Kebersihan gigi amat penting kepada kita agar lebih berkeyakinan semasa bergaul
dengan orang ramai. Gigi yang bersih dan sihat akan memberikan senyuman yang menarik kepada
setiap individu.

Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan kekotoran.
Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman yang boleh tersebar ke
dalam badan kita semasa kita makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit
dan sebagainya. 

Hadirin sekalian, 

Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk membersihkan
rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit
kepala. Justeru, penampilan kita lebih bergaya kerana mempunyai rambut yang sihat dan bersinar.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita
mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan kebahagiaan hidup
kita.Setakat ini dahulu ucapan saya pada pagi ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai