Anda di halaman 1dari 15

Zaman Prasejarah

Bahagian A

Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Apakah tempoh masa Zaman Prasejarah mengikut kronologi?

A. Logam - Mesolitik - Neolitik - Paleolitik

B. Paleolitik - Mesolitik - Neolitik - Logam

C. Paleolitik - Mesolitik - Logam - Neolitik

D. Mesolitik - Neolitik - Paleolitik - Logam

Jawapan:B. Paleolitik - Mesolitik - Neolitik - Logam.

2. Senarai berikut menunjukkan lokasi Zaman Prasejarah di dunia.

- Catal Huyuk

- Gobekli Tepe

Lokasi tersebut terletak di

A. Iran
B. Turki

C. Britain

D. Perancis

Jawapan:B. Turki.

3. Pilih lokasi Zaman Prasejarah di dunia yang betul.

A. Gua Chauvet - China

B. Altamira - Sepanyol

C. Gobekli Tepe - Britain

D. Shahr-i-Sokhta - India

Jawapan:B. Altamira - Sepanyol.

4. Apakah lokasi Zaman Prasejarah di Filipina?

A. Sa Hyun

B. Gua Tabon

C. Ban Chiang

D. Gua Padah-lin

Jawapan:B. Gua Tabon.

5. Mengapakah gua dipilih sebagai tempat kediaman oleh manusia Zaman Paleolitik?
I. Boleh bercucuk tanam

II. Membekalkan sumber air

III. Selamat daripada binatang buas

IV. Melindungi diri daripada cuaca buruk

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

Jawapan: D. III dan IV.

6. Apakah ciri-ciri Zaman Paleolitik?

I. Mempunyai ketua

II. Tempat kediaman di dalam gua

III. Mengamalkan kepercayaan animisme

IV. Menternak binatang dan bercucuk tanam

A. I dan II

B. I dan IV
C. II dan III

D. III dan IV

Jawapan: C. II dan III.

7. Apakah yang membezakan masyarakat Zaman Neolitik daripada masyarakat zaman sebelumnya?

A. Hidup secara nomad

B. Tinggal secara menetap

C. Tidak menggunakan peralatan batu

D. Tidak melakukan pengumpulan makanan

Jawapan:

8. Apakah ciri peralatan batu yang digunakan pada Zaman Paleolitik?

I. Halus

II. Licin

III. Kasar

IV. Ringkas

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III
D. III dan IV

Jawapan: D. III dan IV.

9. Gambar menunjukkan kegiatan ekonomi manusia Zaman Prasejarah.

- gambar

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang kegiatan tersebut?

A. Bersifat komersial

B. Bekerjasama mencari rezeki

C. Berkongsi makanan yang diperoleh

D. Bergantung pada sumber alam semula jadi

Jawapan:

10. Apakah kesan penempatan kekal manusia Zaman Neolitik?

I. Mengamalkan animisme

II. Wujud sistem bermasyarakat

III. Mula bercucuk tanam dan menternak binatang

IV. Teknologi membuat logam semakin berkembang

A. I dan II
B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

Jawapan:

11. Apakah peranan pemimpin dalam kehidupan manusia Zaman Logam?

A. Mengetuai upacara ritual

B. Memastikan masyarakat bersatu

C. Menjalin hubungan dengan kuasa luar

D. Menyelesaikan masalah anggota masyarakat

Jawapan:

12. Pernyataan berikut merujuk kepada kepercayaan manusia Zaman Prasejarah.

- Mereka mempercayai setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat, iaitu jiwa dan
roh orang mati.

Apakah kepercayaan tersebut?

A. Animisme

B. Amalan tradisi

C. Upacara keagamaan
D. Undang-undang adat

Jawapan:

13. Apakah yang membezakan aktiviti pertanian masa kini dengan masa lalu?

A. Memenuhi keperluan keluarga

B. Dilaksanakan secara komersial

C. Tidak melibatkan tenaga manusia

D. Perlu mendapatkan lesen daripada kerajaan

Jawapan:

14. Apakah Zaman Prasejarah yang boleh dikaitkan dengan lokasi berikut?

- Gua Kecil, Pahang

- Jenderam Hilir, Selangor

A. Logam

B. Neolitik

C. Mesolitik

D. Paleolitik

Jawapan:

15. Rajah berikut menunjukkan ciri-ciri manusia Zaman Prasejarah.


X - Tinggal menetap

- Mencipta peralatan daripada gangsa dan besi

Di manakah lokasi manusia X?

A. Gua Cha, Kelantan

B. Gua Niah, Sarawak

C. Kota Tampan, Perak

D. Sungai Tembeling, Pahang

Jawapan:

16. Apakah lokasi Zaman Paleolitik di Malaysia?

A. Gua Niah

B. Gua Madai

C. Jenderam Hilir

D. Lembah Bernam

Jawapan:

17. Pilih pasangan yang betul.

Penemuan - Lokasi

A. Tembikar - Tingkayu
B. Lukisan gua - Gua Cha

C. Pisau Tembeling - Kota Tampan

D. Ukiran batu megalit- Pengkalan Kempas

Jawapan:

18. Apakah penemuan yang dijumpai di Gua Niah, Sarawak?

I. Tembikar

II. Lukisan gua

III. Loceng gangsa

IV. Pisau Tembeling

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

Jawapan:

19. Pilih pasangan yang betul.

Jenis pengebumian - Lokasi penemuan


A. Pengebumian melentur - Gua Cha, Kelantan

B. Pengebumian tempayan - Kota Tampan, Perak

C. Pengebumian perahu - Pantai Timur, Sabah

D. Kubur kepingan batu - Lembah Bernam, Selangor

Jawapan:

20. Mengapakah kita perlu mengkaji kehidupan masyarakat Zaman Prasejarah?

A. Meneruskan amalan tradisi

B. Menghargai bantuan kuasa asing

C. Mempelajari teknologi zaman purba

D. Mencontohi kegigihan dan semangat berusaha

Jawapan:

Bahagian B

$bl

1. Zaman Batu merujuk kepada penggunaan teknologi batu dalam kehidupan manusia.

(a) Senaraikan tiga tahap Zaman Baru. 3 markah

(b) Zaman Logam menunjukkan perkembangan teknologi dan corak kehidupan yang lebih baik.
Jelaskan pernyataan tersebut. 3 markah
(c) Huraikan iktibar yang diperoleh daripada Zaman Prasejarah. 4 markah

2. Zaman Prasejarah berlaku di seluruh dunia yang dikesan melalui penemuan tinggalan manusia
sama ada artifak atau ekofak.

(a) Senaraikan dua lokasi Zaman Prasejarah di Turki. 2 markah

(b) Huraikan penemuan lokasi Zaman Prasejarah berikut:

(i) Altamira, Sepanyol 2 markah

(ii) Gua Chauvet, Perancis 2 markah

(c) Cadangkan cara memelihara dan memulihara lokasi Zaman Prasejarah. 4 markah

3. Maklumat berikut tentang Zaman Mesolitik.

- Zaman Mesolitik berlaku antara Zaman Paleolitik dengan Zaman Neolitik. Cuaca pada Zaman
Mesolitik tidak terlalu sejuk. Kehidupan manusia pada Zaman Mesolitik memperlihatkan cara hidup
yang semakin berkembang.

(a) Senaraikan tiga ciri tempat kediaman manusia Zaman Mesolitik. 3 markah

(b) Bagaimanakah manusia Zaman Mesolitik mendapatkan makanan? 3 markah

(c) Pada pendapat anda, apakah nilai yang boleh dicontohi daripada manusia Zaman Mesolitik? 4
markah

4. Gambar menunjukkan pertanian pada Zaman Prasejarah.


(a) Aktiviti pertanian mula dijalankan pada Zaman Neolitik. Jelaskan pernyataan tersebut. 3
markah

(b) Bagaimanakah aktiviti pertanian pada masa kini? 3 markah

(c) Cadangkan cara menarik minat generasi muda hari ini untuk menceburi bidang pertanian. 4
markah

5. Manusia Zaman Prasejarah banyak mewariskan penemuan dan aktiviti mereka kepada tamadun
manusia. Mereka telah mencipta pelbagai peralatan yang sehingga kini masih dapat ditemui dalam
kehidupan manusia.

(a) Apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan peralatan manusia Zaman Prasejarah? 2
markah

(b) Peralatan gangsa dan besi merupakan hasil ciptaan inovasi yang banyak membantu kehidupan
manusia sehingga kini. Jelaskan pernyataan tersebut. 4 markah

(c) Cadangkan cara memupuk budaya reka cipta dalam kalangan generasi muda hari ini. 4 markah

6. Kewujudan Zaman Prasejarah di Malaysia dibuktikan melalui penemuan lokasi di kawasan gua dan
kawasan terbuka.

(a) Senaraikan tiga lokasi gua yang menjadi tapak Zaman Prasejarah di Malaysia. 3 markah

(b) Buktikan penemuan tembikar dan manik manusia Zaman Prasejarah di Malaysia. 4 markah

(c) Gambar berikut menunjukkan penemuan bukti Zaman Prasejarah di Malaysia.

- Lukisan gua
- Ukiran batu

Huraikan kepentingan lukisan gua dan ukiran batu tersebut. 3 markah

7. Bukti tinggalan yang ditemukan di tapak Zaman Prasejarah menunjukkan kegiatan ekonomi
manusia Zaman Prasejarah.

(a) Senaraikan tiga kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia Zaman Prasejarah. 3 markah

(b) Nyatakan tiga kawasan yang dikaitkan dengan aktiviti penanaman padi yang dijalankan manusia
Zaman Neolitik. 3 markah

(c) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara meningkatkan hasil pertanian? 4 markah

Bahagian C

1. (a) Zaman Prasejarah boleh dibahagikan kepada Zaman Batu dan Zaman Logam.

Jelaskan maksud:

(i) Zaman Batu 3 markah

(ii) Zaman Logam 3 markah

(b) Terangkan lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia. 6 markah

(c) Jelaskan kesan jika lokasi Zaman Prasejarah terbiar dan dimusnahkan. 8 markah
2. Kehidupan manusia Zaman Prasejarah mempunyai ciri-ciri tertentu.

(a) Jelaskan peralatan manusia Zaman Prasejarah. 8 markah

(b) Bagaimanakah manusia Zaman Logam menjalankan kegiatan ekonomi? 4 markah

(c) Kehidupan manusia Zaman Neolitik dan Zaman Logam menunjukkan kemunculan pemimpin
dalam organisasi sosial. Jelaskan ciri-ciri pemimpin yang berwibawa. 8 markah

3. Aktiviti memburu binatang merupakan aktiviti paling tua diamalkan oleh manusia untuk
mendapatkan makanan.

(a) Gambar berikut menunjukkan aktiviti memburu binatang pada Zaman Prasejarah dan masa kini.

Jelaskan perbezaan cara manusia Zaman Prasejarah dan manusia masa kini memburu binatang. 6
markah

(b) Manusia Zaman Prasejarah percaya kematian bukan penamat kepada kehidupan.

Jelaskan pernyataan tersebut. 6 markah

(c) Huraikan cabaran yang dihadapi oleh manusia Zaman Prasejarah yang harus dicontohi oleh
generasi muda hari ini. 8 markah

Petikan akhbar berikut tentang Zaman Prasejarah di Malaysia.

$bl

Tamadun manusia tertua ditemui - Sumber: Kosmo, 14 Februari 2011

Lembah Lenggong diiktiraf – Sumber: Sinar Harian, 2 Julai 2012


(a) Apakah tujuan kita mempelajari Zaman Prasejarah.

(b) Terangkan ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Prasejarah di Lenggong, Perak.

(c) Cadangkan langkah-langkah untuk memelihara warisan Zaman Prasejarah di Malaysia.

Lawatan ke galeri (Gallery walk)

Murid dibahagikan kepada empat Zaman Prasejarah. Setiap kumpulan akan mendapatkan maklumat
tentang ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Prasejarah tersebut. Hasil dapatan ditampal dan
dibentang di hadapan kelas. Setiap kumpulan akan bergerak untuk melihat dan menganalisis hasil
dapatan kumpulan lain.

Anda mungkin juga menyukai