Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A.

( Soalan Objektif )

(10 markah)

Bahagian ini mengandungi 10 soalan objektif. Jawab SEMUA soalan. Hitamkan ruangan jawapan yang betul.

1. “ Sejarah membicarakan tentang masyarakat atau perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat ”
Siapakah yang mengucapkan pengertian sejarah tersebut ?
A. Mohd Yusuf Ibrahim C. Ibn Khaldun
B. Herodatus D. Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak

2. Berikut merupakan ciri-ciri sejarah

* Fakta yang tepat dan benar

* Penting dan bermakna

*X

Apakah ciri-ciri X ?
A. Catatan ataupun rekod mengenai sesuatu C. Betul dan tepat
B. Alasan yang bermunasabah D. Sebab dan akibat

3. Candi yang ditemui di Lembah Bujang menjadi bukti tentang kewujudan pengaruh Buddha di Kedah.
Candi berkenaan dikenali sebagai
A. sumber sejarah C. sumber gali cari
B. sumber seni bina D. sumber arkeologi

4. Lisan = Berkait rapat dengan tradisi rakyat


Bertulis = Sumber yang bertulis
X = Mengkaji dengan cara saintifik

Apakah kaedah pengkajian X ?


A. Saintifik C .Arkib negara
B. Matematik D. Arkeologi

5. Berikut merupakan tahap-tahap Zaman Air Batu, kecuali….


A. Zaman Miosen C. Zaman Pliosen
B. Zaman Pleistosen D. Zaman Logam
6. “ Bidang ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi, sisa atau fosil yang telah terawet
dalam sedimen binatang”.
Pernyataan di atas merujuk kepada…..
A. Paleontologi C. Geografi
B. Sejarawan D. Ontologi

7. Proses kecairan air batu dikenali sebagai……………


A. Sejuk beku C. Pengawetan
B. Pemanasan global D. Pengglasieran

8. Dataran tinggi Grand Canyon di Amerika Syarikat dipercayai wujud pada zaman
A. Miosen
B. Pliosen
C. Pleistosen
D. Holosen

9. Zaman Neolitik merujuk kepada………..


A. Zaman Batu Lama
B. Zaman Batu Pertengahan
C. Zaman Batu Baru
D. Zaman Miosen

10. Berikut merupakan aktiviti manusia Zaman Logam……


I Penternakan
II Memburu binatang
III Mengutip hasil hutan
IV Perdagangan
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan III
D. I dan IV

BAHAGIAN A.
Hitamkan pilihan jawapan yang betul.

NO. SOALAN JAWAPAN


1. A B C D
2. A B C D
3. A B C D
4. A B C D
5. A B C D
6. A B C D
7. A B C D
8. A B C D
9. A B C D
10. A B C D

BAHAGIAN B. ( Soalan Struktur )


(20 markah)
Jawab SEMUA soalan.

1. Tafsiran dalam sejarah bererti menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan
sumber-sumber yang berkaitan dengannya.

a) Apakah kepentingan tafsiran dalam sejarah? ( 2 markah )


- Mendorong kita berfikiran terbuka
- Menggalakkan kita berfikiran terbuka

b) Pada pendapat anda, mengapakah wujud perbezaan tafsiran dalam sesuatu peristiwa sejarah yang
sama? ( 4 markah )
-pemilihan sumber yang pelbagai
-perbezaan pandangan
-Perbezaan ideologi
-tujuan penulisan

c) Sesuatu peristiwa sejarah lebih baik sekiranya dilihat dari pelbagai sudut tafsiran.
Ulaskan pernyataan tersebut. KBAT ( 4 markah )
-mengelakkan pendapat berat sebelah atau bias
-Membuat pengkajian secara tersurat dan tersirat
-mengelakkan pendapat yang bersifat mempunyai kepentingan peribadi

2. Zaman terpenting yang memberikan kesan kepada perubahan bentuk fizikal bumi seperti yang ada
pada hari ini ialah Zaman Air Batu.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu? ( 2 markah )


-garis masa geologi yang menunjukkan suhu bumi menurun

b) Nyatakan 4 tahap Zaman Air Batu. ( 4 markah )


i. Miosen
ii. Pliosen
iii. Pleistosen
iv. Holosen

c) Mengapakah berlaku perubahan iklim yang menyebabkan suhu bumi kini menjadi semakin
panas? ( 4 markah )
- Kekurangan kawasan hutan
- Kegiatan radiasi oleh manusia
- Aktiviti pembakaran terbuka

BAHAGIAN C ( Soalan Esei)


( 20 markah )
Jawab SATU soalan sahaja.

1) a) Sejarah ditulis berdasarkan kajian terhadap sumber sejarah, iaitu sumber primer dan sumber sekunder.

i. Nyatakan maksud sumber primer beserta contoh. ( 2 markah )


-sumber belum diolah, bersifat asli dan belum ditafsir

ii. Terangkan perbezaan antara sumber artifak dan sumber bukan artifak. ( 4 markah )
Artifak- peralatan ciptaan manusia yang diguna untuk perburuan, pertanian dan perdagangan
Bukan Artifak- data arkeologi berkaitan dengan budaya manusia yang terdapat di bawah tanah dan di
permukaan tanah. Cth; gua

iii. Terangkan peranan sumber sekunder dalam pengkajian sejarah ( 4 markah )


-ialah bahan yang telah diolah dan diterbitkan dan tersebar kepada umum
-membantu mencapai maklumat dan membuat perbandingan dapatan penyelidikan sejarah yang telah
diterbitkan

b) Sejarah mampu memberikan kefahaman tentang masyarakat, negara dan dunia kepada kita.

i. Apakah akibat sekiranya manusia tidak mempelajari sejarah ? ( 2 markah )


-iktibar daripada peristiwa lalu akan mendorong kita untuk bertindak dengan lebih berhati-hati pada masa
Depan

ii. Sejarah dapat memupuk sikap empati ( memahami perasaan orang lain ) dalam diri. Jelaskan
pernyataan tersebut. ( 4 markah )
-dapat memahami pengorbanan pemimpin pada masa lalu untuk membebaskan negara dari penjajahan
-dapat memupuk kesedaran cinta kepada negara dan menghargai kedaulatan / keamanan negara

iii. Berdasarkan satu peristiwa sejarah negara, terangkan sebab peristiwa tersebut bermakna kepada
anda dan negara. ( 4 markah )
-setiap pendapat dan penjelasan pelajar yang diterangkan secara logik adalah diterima

2) Dunia merupakan bumi tempat tinggal kita dan tempat tinggal berjuta-juta hidupan yang lain.

a) i. Jelaskan maksud Geologi. ( 2 markah )


-merujuk kepada bidang ilmu yang mengkaji pembentukan bumi

ii. Huraikan ciri-ciri Zaman Holosen. ( 4 markah )


- Bermula 10000 tahun dahulu sehingga kini
- Manusia mengalami kemajuan dalam kehidupan
- Manusia mula bertani
- Roda dan tulisan kuneiform dicipta
- Tamadun manusia berkembang

iii. Proses pengglasieran memberikan kesan besar terhadap rupa bentuk fizikal bumi.
Terangkan.
-merujuk kepada proses kecairan air batu akibat suhu bumi meningkat
-paras air laut meningkat
-Bukit bukau dan kawasan tanah tinggi mulai terbentuk seperti tasik dan pulau ( 4 markah )

b) i. Senaraikan 2 kesan penting perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara. ( 2 markah )
-kenaikan paras air laut
-daratan boleh dilalui oleh manusia dengan cara berjalan kaki

ii. Terangkan ciri-ciri fizikal dan hidupan Asia Tenggara sebelum 10 000 tahun dahulu. ( 4 markah )
-merupakan kawasan tanah yang luas
-ciri-ciri fizikal dan hidupan hampir sama
-manusia berkongsi tamadun yang sama

iii. Suhu bumi yang meningkat telah menyebabkan perubahan fizikal dan memberi kesan terhadap
kehidupan bumi. Jelaskan langkah-langkah untuk mengelakkan suhu bumi daripada terus
meningkat. ( 4 markah )
-mewujudkan kawasan hutan yang lebih banyak
-mengurangkan pembakaran terbuka
-mencari alternative bagi menggantikan penggunaan CFC / aerosol
-menggunakan sistem suria @ hidroelektrik

- KERTAS SOALAN TAMAT –


-
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
…………………… …………………………….. ………………………..
Pn. Siti Norhaslina Mohd Yusoff Cik Maznah Binti Muhammad
GMP Sejarah Ketua Panitia Sejarah

Anda mungkin juga menyukai