Anda di halaman 1dari 8

MODUL SEJARAH TINGKATAN 1 JPN PERAK

BAB 1:MENGENALI SEJARAH

BAHAGIAN A

1. Maklumat berikut berkaitan dengan pengertian.

Peristiwa yang benar-benar berlaku pada


waktu yang lampau, kisah, riwayat dan
tambo

Pengertian sejarah tersebut adalah dalam


A bahasa Inggeris
B bahasa Melayu
C bahasa Yunani
D Kamus Dewan

2. Sejarah merujuk kepada peristiwa masa lalu yang diperoleh berdasarkan


A Percakapan
B Cerita
C Bukti
D Pemahaman

3. Antara berikut, yang manakah merupakan pandangan sejarawan, Muhd Yusof


Ibrahim?
I Merupakan masa lalu itu sendiri
II Merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku
III Membicarakan perkara tentang masyarakat manusia
IV Catatan rekod sesuatu peristiwa yang berlaku suatu masa dahulu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

1
MODUL SEJARAH TINGKATAN 1 JPN PERAK

4. Apakah karya E.H. Carr yang terkenal?


A Histories
B Muqaddimah
C What is History
D The Persian War

5. Dalam bahasa Melayu, istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab, syajaratun
yang bererti pokok. Sejarah juga dikaitkan dengan
I cerita
II riwayat
III asal usul
IV penyelidikan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6. Maklumat berikut berkaitan dengan pengertian sejarah mengikut pandangan


sejarawan.

Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab
berlakunya sesuatu peristiwa.

Siapakan tokoh sejarawan tersebut?


A E. H. Carr
B Herodotus
C Ibn Khaldun
D Khoo Kay Kim

2
MODUL SEJARAH TINGKATAN 1 JPN PERAK

7. Rajah berikut menujukkan garis masa dalam sejarah.

0M 10 M 100 M

Zaman X
Sebelum
Masihi Y

Apakah X dan Y ?

X Y
Dekad Abad
A
Abad Dekad
B
Dekad Alaf
C
Abad Alaf
D

8. Maklumat berikut berkaitan dengan ruang dalam sejarah.

Ruang dalam sejarah yang luas mendorong sejarawan


membahagikan penulisan mereka kepada tema tertentu,
seperti politik, ekonomi dan sosial.

Mengapakah sejarawan bertindak membahagikan penulisan mereka ?


A Maklumat lebih tersusun
B Memudahkan penyelidikan
C Memudahkan penyimpanan
D Mengelakkan keciciran maklumat

3
MODUL SEJARAH TINGKATAN 1 JPN PERAK

9. Pilih pernyataan yang benar tentang sumber primer.


I Merupakan sumber yang bersifat asli dan belum ditafsirkan
II Merupakan bahan yang belum diolah atau diterbitkan
III Merupakan sumber asli yang telah dicetak dan diterbitkan
IV Merupakan jurnal yang diterbitkan tanpa mengubah keasliannya.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10. Pilih padanan yang benar tentang sumber primer dan sumber sekunder.

Sumber primer Sumber sekunder


Jurnal Batu bersurat
A
Majalah Diari
B
Artifak Akhbar
C
Buku Ensiklopedia
D

11. Maklumat berikut berkaitan dengan sumber sejarah

Artifak merupakan peralatan ciptaan manusian


yang digunakan untuk perburuan, pertanian
dan perdagangan.

Apakah jenis sumber tersebut ?


A Sumber primer
B Sumber sekunder
C Sumber bahan sejarah
D Sumber tidak boleh baharu

4
MODUL SEJARAH TINGKATAN 1 JPN PERAK

12. Anda ditugaskan untuk mengkaji tentang sejarah Tamadun Melayu.


Apakah sumber primer yang perlu anda rujuk ?
A Ensiklopedia
B Manuskrip
C Akhbar
D Jurnal

13. Apakah kaedah yang digunakan dalam penyelidikan sejarah ?


I Kaedah lisan
II Kaedah bertulis
III Kaedah membaca
IV Kaedah bual bicara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14. Kaedah lisan terdiri daripada tiga tahap.


Apakah yang perlu dilakukan pada tahap pertama ?
A Meyakinkan tokoh
B Menentukan tokoh
C Meneliti sumber bertulis
D Menilai fakta dengan sumber bertulis

15. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah arkeologi ?


A Mencari maklumat sejarah daripada bahan lisan
B Mencari maklumat sejarah daripada bahan bertulis
C Mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah
D Mencari maklumat sejarah daripada buku-buku di perpustakaan

5
MODUL SEJARAH TINGKATAN 1 JPN PERAK

16. Apakah bahan tinggalan sejarah yang ditemukan melalui kaedah ekskavasi ?
I Jurnal
II Binaan batu
III Bahan logam
IV Dokumen rasmi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17. Susun kerja-kerja di makmal arkeologi mengikut urutan yang betul/


I Pembersihan
II Pengkatalogan
III Penganalisisan
IV Pemunggahan dan pengisihan

A III, I, IV, II
B II, I, IV, III
C I, II, III, IV
D IV, I, II, III

18. Apakah yang menyebabkan wujudnya perbezaan tafsiran dalam sejarah antara
sejarawan ?
I Perbezaan ideologi
II Menganalisis pandangan
III Perbezaan tema penulisan
IV Pemilihan sumber yang pelbagai

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6
MODUL SEJARAH TINGKATAN 1 JPN PERAK

19. Dialog berikut berkaitan dengan tafsiran dalam sejarah.

Sejarawan A : Tok Janggut adalam pemberontak kerana menentang British


: Tok Janggut bangkit menentang
peraturan cukai British
Sejarawan B

Berdasarkan dialog tersebut, mengapakah wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah ?


A Tujuan penulisan
B Sumber yang terhad
C Membuktikan kehebatan
D Perbezaan gaya pemikiran

20. Apakah kepentingan mempelajari sejarah


A Membina keyakinan diri
B Menyemai semangat kenegerian
C Membangunkan negara dan bangsa
D Mewujudkan rasa cinta antara ahli keluarga

7
MODUL SEJARAH TINGKATAN 1 JPN PERAK

CADANGAN JAWAPAN

1. D 11. A
2. C 12. B
3. B 13. A
4. C 14 B
5. C 15. C
6. B 16. C
7. A 17. D
8. B 18. B
9. A 19. A
10. C 20. C

Anda mungkin juga menyukai