Anda di halaman 1dari 21

BIRO USRAH

PGPI TEKS USRAH FASA 1

TAJUK 4 : PENGENALAN KEPADA AQIDAH


ISLAMIYYAH

OBJEKTIF:
1. Memahami tasawur aqidah Islamiyyah.
2. Memahami kesan aqidah Islamiyah dalam kehidupan Muslim.
3. Memahami syirik, khurafat, nifaq dan murtad serta implikasinya dalam kehidupan Muslim
____________________________________________________________________________

DEFINISI AQIDAH, TAUHID DAN IMAN

Aqidah, Tauhid dan Iman adalah tiga perkataan yang saling berhubung kait antara satu sama lain. Bahkan
sebahagian para ulama’ menggunakan ketiga-tiga perkataan ini secara bertukar ganti (interchangeable)
dengan merujuk maksud yang sama. Justeru adalah penting bagi setiap Muslim memahami dan mengetahui
maksud setiap perkataan tersebut khususnya dari sudut istilah syara’nya.

i. Aqidah

Bahasa : Lafaz Aqidah berasal daripada kalimah (‫ عقيدة‬-‫ يعقد‬-‫ )عقد‬yang bermaksud ikatan/simpulan atau janji
yang kuat. Diumpamakan tali yang ada ikatan atau simpulan memudahkan tangan berpaut. Menakala bagi
haiwan, ia ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan agar hidup dalam keadaan aman.
Haiwan yang buas tidak akan jinak tanpa ikatan dan pasti ia akan membawa masalah kepada hidupan yang
lain. Begitu juga dengan manusia, mereka memerlukan ikatan yang dapat menjamin keharmonian manusia di
duna dan akhirat.

Istilah : Aqidah ialah kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus
dalam apa jua keadaan. Juga membawa erti bersungguh-sungguh dan berpegang kepada al-Qur'an dan as-
Sunnah dan melaksanakannya di dalam kehidupan. Firman Allah :

"Tidak ada paksaan di dalam (memeluk) agama (Islam). Kerana sesungguhnya telah jelas kebenaran (Islam)
daripada kesesatan (Kufur). Oleh itu, barangsiapa yang engkar kepada Toghut, dan ia pula beriman kepada
Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh kepada simpulan (tali Allah) yang teguh, yang tidak akan
putus. Dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 1(al-Baqarah : 256)

1
Al-Baqarah 2 : 256.
21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

Aqidah adalah suatu perkara yang telah ditetapkan malah wajib bagi pegangan aqidah itu disertakan dengan
kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya sebarang syak merupakan suatu
keraguan (dzan) dan bukan aqidah. Dalilnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah,
mereka itulah orang-orang yang benar”.2

ii. TAUHID

Asas kepada Aqidah ialah tauhid kepada Allah. Tauhid dalam Islam adalah intipati dari Islam itu sendiri.
Bahasa : Mengesakan Allah
Istilah : Beri'tikad, percaya dan yakin bahawa Allah itu Tuhan yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.
Secara ringkas : Orang yang mentauhidkan Allah ialah mereka yang meyakini bahawa Allah adalah satu-
satunya yang mencipta alam dan mempunyai segala sifat-sifat dan nama-nama yang maha sempurna dan Dia
sahaja yang layak disembah. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad), Allah Tuhan yang Maha Esa, Tuhan tempat bergantung segala sesuatu. Dia
tidak beranak an tidak diperanakkan dan tidak ada yang setara dengan-Nya." 3

Pembahagian Tauhid

Majoriti para Ulama’ membahagikan Tauhid kepada tiga kategori iaitu Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah
dan Tauhid al Asma wa as Sifat.

a. Tauhid Rububiyyah

Dari sudut bahasa, Rububiyyah berasal daripada perkataan Rabb (‫ )رب‬yang bermaksud pengurus ataupun
pemilik. Tauhid Rububiyah ialah beri’tiqad atau mengaku bahawa Allah swt yang Esa sahaja pencipta
sekelian makhluk dan alam ini. Dia memiliki segala makhluk, menghidup dan mematikan sesuatu, memberi
mudharat dan manfaat kepada sesuatu. Dia berkuasa memberi rezeki, mentadbir sekelian makhluk dan alam
sama ada yang di langit dan di bumi.
Tauhid Rububiyah ini diiktiraf dan diakui oleh semua manusia sama ada seorang Islam atau seorang kafir,
kecuali golongan mulhid (atheis) yang tidak percaya adanya Tuhan. Kerana itu kalau seeorang itu hanya
mengakui dan beriman dengan tauhid rububiyah sahaja tidak disertakan dengan tauhid yang lain, dia tidak
boleh dianggap Islam. Untuk menjadi Islam, seseorang itu mestilah mengakui juga tauhid uluhiyah dan tauhid
asma’wa sifat bersama tauhid rububiyah. Orang kafir termasuk kafir musyrikin di zaman Rasulullah saw dan
2
Al-Hujurat 49 : 15.
3
Al-Ikhlas 112 : 1-4.
21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

sebelumnya seperti Abu Lahab dan lain-lain pengikut mengaku dengan tauhid ini. Firman Allah yang
bermaksud:

"Tanyakanlah (Wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah yang ada pada bumi ini dan segala yang ada
padanya?" Kalau kamu mengetahui. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah ". Katakanlah: "Mengapa
kamu tidak mahu berfikir (dan insaf)?"
(al-Mukminun : 84-85)

“Katakanlah, siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang berkuasa
menciptakan pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup daripada yang
mati dan yang mengeluarkan yang mati daripada yang hidup? Dan siapakah yang mentadbir segala urusan?”
Maka mereka menjawab: “ALLAH”.
(Surah Yunus ayat 31).

Namun apa yang perlu diperhatikan ialah pengakuan terhadap Rububiyyah Allah semata-mata tidaklah dapat
menyelamatkan manusia daripada api neraka malahan langsung tidak dapat menjamin masuknya sesorang itu
ke syurga. Sebagai contoh kaum Musyrikin Makkah, Munafik, orang-orang kristian (nasrani) ataupun yahudi
turut mengakui Rububiyyah Allah. Namun kesemua mereka adalah kafir dan kekal di dalam neraka
selamanya.

Malahan golongan kafir yang Rasulullah (saw) perangi, bunuh, rampas harta benda ghanimah (harta
rampasan perang) dan fa’ie (harta yang ditinggalkan oleh musuh dan didapati dengan tidaknya berlaku
pertempuran) ] dan halalkan wanita-wanita (sebagai tawanan dan hamba) mereka itu juga mengikrarkan
Tauhid Al-Rububiyyah dengan mengakui bahawa Allah lah yang mencipta, memberi rezeki, menghidupkan
serta mematikan dan yang mengurus serta mentadbir seluruh alam ini. Malah mereka juga bertawaf di
baitullah dan memberi sedeqah serta menunaikan nazar.

Dalam perang Badar juga kita menyaksikan bahawa Abu Jahal berdoa kepada Allah agar memusnahkan
tentera Muhammad (saw) dan memberi kemenangan kepada tentera Musyrikin Makkah (Rujuk Sirah
Nabawiyah oleh Ibnu Hisyam atau mana-mana Sirah Nabawiyah yang lain). Pada ketika itu Abu Jahal begitu
bersungguh-sungguh menyangka bahawa dia berperang pada pihak yang benar. Jadi Abu Jahal juga percaya
bahawa yang memberi manfaat (kejayaan) dan mudharat (kekalahan) ialah Allah tetapi, bukankah Abu Jahal
ditempatkan di neraka.

Oleh itu adakah kita telah menjadi Muslim yang cukup sempurna hanya dengan mengatakan bahawa Allah
yang telah menjadikan diriku, menjadikan matahari, bulan dan bintang. Sudah tentu tidak. Ini kerana
seseorang itu belum benar Islamnya walaupun ia mengucapkan dua kalimah syahadat, solat, zakat, haji dan
puasa sekiranya dia baru beriman dengan Rububiyyah ALLAH dan tidak mengikutinya dengan Tauhid
Uluhiyyah. Seseorang itu hanya benar islamnya hanyalah selepas ia mengakui dan mengikrarkan Uluhiyyah
Allah. Dan untuk inilah Rasulullah memerangi orang-orang kafir iaitu sehingga mereka mengakui Uluhiyyah
Allah. Firman Allah:
“Dan perangilah olehmu akan mereka sehingga tiada lagi fitnah (syirik) dan dien (nizamul hayah @ way of life
@ sistem/cara/perlembagaan untuk individu/negara) itu semata-mata bagi hanya Allah (hingga kesemua
manusia di muka bumi ini menjadi Islam)
(Surah Al-Anfal ayat 39).
b. Tauhid Uluhiyyah

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

Tauhid Uluhiyah yang juga dipanggil tauhid ibadah/ubudiah ialah mengi’tiqad dan beriman bahawa Allah
swt sahaja yang layak disembah dengan sebenar dan tidak boleh menyekutui-Nya dengan sesuatu.
Dia sahaja yang berhak disembah, dikasihi dan ditaati, kepada-Nya tempat bertawakkal, tempat berserah,
tempat menaruh harapan, permohonan dan doa. Allah SWT sahaja yang mempunyai kekuasaan dan
pemerintahan. Firman Allah swt:

"Hanya pada-Mu kami sembah dan hanya pada-Mu kami memohon pertolongan."4

Kerana itu tidak boleh seseorang itu menyembah atau memuja bulan, bintang, matahari, patung berhala, batu,
pokok, kubur atau isme-isme.5 Juga tidak boleh menyembah para nabi, wali, malaikat dan lain-lain lagi. Jika
seseorang itu menyembah dan memuja perkara lain, maka perkara itu adalah Tuhannya. Jika ini berlaku
perbuatan tersebut menyebabkan berlakunya syirik kerana rosaknya pada tauhid uluhiyah.

Apabila seseorang beriman dengan tauhid uluhiyah, maka secara automatik dia beriman denga tauhid
rububiyah dan tauhid asma’ wa sifat. Ini kerana tauhid uluhiyah mengandungi di bawahnya tauhid-tauhid lain
dan tidak sebaliknya. Sebab itu seseorang yang hanya beriman dengan tauhid rububiyah sahaja tidak
semestinya dia beriman dengan tauhid uluhiyah. Ada dari mereka (orang kafir) yang beriman dengan tauhid
rububiyah; mereka menyembah dan memuja patung-patung, berhala-berhala, bulan, bintang dan
seumpamanya tetapi mereka tidak mentaati Allah SWT.

Dalam memahami, mengimani dan menzahirkan tauhid Uluhiyah dalam kehidupan seorang Muslim, adalah
sangat penting bagi seorang Muslim memahami maksud ‘Ilah’. Dari sudut bahasa, Ilah diterjemahkan kepada
Tuhan. Walaubagaimanapun, perlu difahami Ilah dalam pengertiannya yang sebenar bukan semata-mata
bermaksud Tuhan sebagaimana yang difahami oleh penganut agama dan kepercayaan lain. Perkataan Ilah
membawa beberapa pengertian yang saling melengkapi iaitu:

1) Ilah sebagai Tempat Tumpuan dan Matlamat Pengabdian


Pengertian Ilah sebagai tempat tumpuan dan matlamat pengabdian ialah seseorang muslim itu mestilah
membentuk hidupnya agar sentiasa berada di dalam Ubudiah kepada Allah. Segala nikmat di dalam hidupnya
adalah ditujukan untuk mentaati Allah. Dengan ini beerti bahawa seseorang muslim itu mestilah menolak
segala perkhidmatan yang bertentangan dengan kehendak Allah. Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuk dan sujudlah (solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan
mentauhidkan-Nya). Serta kerjakanlah amal-amal kebajikan, supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)."
(al-Hajj : 77)

“Hanya kepada Engkau sahajalah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon
pertolongan”
(al Fatihah: 4)

2) Ilah sebagai Tempat Perlindungan

4
Al-Fatihah 1 : 4
5
Fahaman-fahaman ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme, komunisme, liberalisme, nationalisme, feudalisme dsb.
21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

Dengan syahadah, seseorang muslim itu meyakini bahawa tiada siapa pun yang mampu memberi
perlindungan selain daripada Allah, segala perlindungan yang diberikan oleh mana-mana jua makhluk adalah
bersifat sementara dan bergantung kepada keizinan Allah. Allah bebas menarik keizinannya bila-bila masa
yang dikehendakinya. Firman Allah:

"Katakanlah wahai Muhammad: "Aku berlindung kapada Tuhan pemelihara sekelian manusia, Tuhan yang
mentadbir sekelian manusia, Tuhan yang disembah oleh sekelian manusia."
(an-Nas: 1-3)

3) Ilah sebagai Tumpuan Kecintaan

Pengertian yang terkandung di dalam kalimah syahadah juga menuntut bahawa Allah adalah tumpuan
kecintaan yang wajib dizahirkan melebihi segala-galanya. Kasih sayang dan cinta sesama manusia hendaklah
diasaskan kepada kecintaan kepada Allah. Firman Allah:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara mara kamu, isteri-isteri
(atau suami-suami) kamu kamum keluarga dan harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu
bimbang akan rosak, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara
yang kamu cintai lebih daripada Allah, Rasul-Nya dan berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga
Allah mendatangkan keputusan (azab seksaan-Nya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-
orang yang Fasiq."
(at-Taubah : 24)

4) Ilah sebagai Pemberi Rezeki

Disini syahadah menjelaskan satu hakikat yang nyata, iaitu Allah sahajalah yang memberi rezeki. Makhluk
hanyalah sebagai pembawa dan penyampai-Nya sahaja; bukan pemberi rezeki dan tidak berupaya untuk
menambah atau menguranginya. Firman Allah SWT di dalam kitab-Nya;

"Wahai manusia, kenagkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu, tidak ada sama sekali
yang menjadikan sesuatu selain daripada Allah, ia memberi rezki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada
Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (daripada menyembah-Nya)?”
(Fatir : 3)

5) Ilah sebagai Sumber Perundangan

Pengertian Ilah juga mengandungi maksud Allah sebagai tempat rujukan dalam menentukan hukum. Allah
sahaja yang berhak untuk menentukan undang-undang. Kekuasaan ini adalah mutlak dan tidak boleh
dibahagi-bahagikan6. Firman Allah:
“Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah
orang-orang yang kafir”
(Al-Maidah : 47)

c. Tauhid Asma' wa Sifat

6
Rujuk Al-Maidah : 44

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

Tauhid asma’ wa sifat ialah mengi’tiqad dan mengaku bahawa Allah swt bersifat dengan sifat-sifat
kesempurnaan dan maha suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan Allah SWT mempunyai 99 nama yang
layak dengan kebesaran-Nya.
Segala nama dan sifat-sifat Allah tidak menyerupai dengan nama-nama dan sifat-sifat makhluk; ilmu Allah
SWT tidak sama dengan ilmu manusia, kudrat Allah SWT berbeza dengan kudrat makhluk dan lain-lain.
Firman Allah SWT:

"… Dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat."


(ash-Syura: 11)

"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (mulia). Oleh itu serukanlah (berdoa) kepadanya dan juga
menyebut nama-nama itu. Dan pulaukanlah mereka yang telah berpaling dari kebenaran dalam masa
menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan dari segala apa yang mereka telah
kerjakan."
( al-A’raf: 180 )

Untuk membetulkan tauhid ini seseorang Muslim mestilah mengisbatkan nama dan sifat-sifat Allah swt
sebagaimana yang diisbatkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam hadis
dan menafikan semua yang berlawanan dengan apa yang ditetapkan oleh Allah swt dan Rasul.
Imam Ahmad b Hanbal berkata :

‘Jangan sifatkan Allah swt kecuali dengan apa yang disifatkan oleh Allah swt dan Rasul-Nya dan jangan
melebihi apa yang disebut oleh Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw."

iii. Iman

Iman bermaksud tasdiq di dalam hati, iqrar dengan lisan dan perbuatan dengan seluruh anggota badan.
Sesungguhnya iman itu bukanlah semata-mata pernyataan seseorang dengan hanya sahaja bahawa dia
seseorang yang beriman (mukmin). Ini adalah kerana orang-orang munafiq mengatakan bahawa mereka
beriman, sedang hati mereka tidak beriman. Firman Allah SWT:

“Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian, padahal
mereka itu sesungguhnya tidak beriman. Mereka hanya menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal
mereka itu menipu diri sendiri, padahal mereka tidak sedar.”
(Al-Baqarah: 8-9)

Di samping pengetahuan, pengertian dan kepercayaan yang kuat, perlu juga ianya sejajar dengan ketundukan
hati, kepatuhan kemahuan dan kerelaan menjalankan perintah dan putusan dengan kejujuran hati. Firman
Allah:
“Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara
yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu yang keberatan
terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (An-Nisaa : 65)

Rasulullah menghuraikan dasar-dasar atau rukun-rukun Iman dalam hadith yang masyhur apabila Jibril
bertanya Baginda tentang pengertian Iman dan Baginda (SAW) bersabda:

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

“Yang dikatakan itu ialah dengan engkau beriman kepada Allah SWT, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya,
rasul-rasulNya, hari kiamat dan engkau beriman bahawa qadar baik dan jahat adalah daripada Allah SWT”.
Secara umumnya, unsur-unsur dalam pembentukan Aqidah dapat disimpulkan melalui rukun Iman: beriman
kepada Allah, malaikat, rasul, kitab, Hari Qiamat, qadha & qadar.

Beriman kepada Allah diasaskan kepada tiga perkara; tauhid Rububiyah, tauhid Uluhiyah, tauhid Asma’ wa
ssifat. Tauhid Rububiyah ialah beriman kepada Allah sahaja yang menjadi dan menciptakan semua makhluk.
Allah sahaja yang menghidup dan mematikan dan bersifat dengan sifat ketuhanan yang layak bagi Allah.
Tauhid Uluhiyah ialah beriman bahawa Allah sahaja yang layak disembah dan dipuja dengan sebenarnya dan
menafikan penyembahan selain Allah. Tauhid asma wa sifat ialah beriman bahawa Allah mempunyai 99 nama
yang baik dan bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna.

Beriman kepada Malaikat ialah beriman dengan penuh keyakinan tentang adanya makhluk yang bernama
malaikat yang dijadikan daripada nur. Tidak diketahui bilangannya kecuali Allah dan yang wajib diketahui
hanya sepuluh.

Beriman kepada Rasul ialah beriman dengan sekelian Rasul sebagai utusan Allah untuk mengajar umat
manusia akan hukum-hukum-Nya. Bilangan mereka banyak dan yang wajib diketahui hanya 25.

Beriman kepada Kitab ialah beriman bahawa Allah telah menurunkan sebanyak 104 buah kitab-kitab kepada
Rasul-rasul-Nya. Diantaranya ialah : at-Taurat kepada Nabi Musa a.s, az-Zabur kepada Nabi Daud a.s, al-Injil
kepada Nabi Isa a.s dan Al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Al-Quran telah menasakhkan(mansuh)
semua kitab-kitab yang terdahulu.

Beriman kepada Hari Qiamat ialah beriman bahawa selepas hidup di dunia ini terdapat pula hidup yang lain
di mana Allah akan menghidupkan semula semua manusia untuk dihisab dan menerima balasan.

Beriman kepada Qadha & Qadar ialah beriman bahawa segala sesuatu yang berlaku di alam ini adalah
dilakukan oleh Allah dan dengan qadha dan qadar-Nya. Manusia hanya bertanggungjawab mengenai kerja,
usaha dan ikhtiar sahaja.

KONSEP SYAHADAH

Syahadah bererti pengetahuan, penerangan, perkhabaran, dan pernyataan. Sebab itu seseorang yang
bersyahadah dipanggil bersaksi, kerana dia mengkhabarkan atau memberitahu apa yang dii’tiqadkan olehnya.
Kalimah syahadah mengandungi ‘Iqrar’(‫رار‬NN‫) اق‬, I’tiraf‫تراف‬NN‫))اع‬, I’tiqad ( ‫اد‬NN‫ )اعتق‬: iaitu pengakuan,
pengi’tirafan, dan kepercayaan.
Pembahagian kalimah syahadah (Nafi dan Isbat):
 kalimah‫ ) )ال اله‬beerti “ tiada Tuhan “ merupakan pengakuan keimanan beserta penafian behawa tiada
sesuatu yag layak disembah kecuali Allah
 kalimah (‫ ( اال هللا‬beerti ‘ melainkan Allah’ mengandungi penegasan dan pengecualian atau ‘ithbat’
dengan menolak Tuhan selain Allah dan menegaskan keEsaan Allah.
Syahadatain merupakan pintu masuk kepada Islam dan asas terpenting tertegakya Islam. Islam tidak tertegak
jika tidak dilaksanakan rukunnya yang 5 dan segala rukun itu tertegak jika tidak sempurna Syahadatain
bahkan tidak ada Islam sebelum Syahadatain. Syahadatain adalah jiwa bagi Islam seumpama nyawa sebagai

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

nadi kepada badan. Setiap anggota badan manusia tidak berperanan sebagai manusia hidup tanpa nyawa.
Begitulah Syahadatain yang meruapakan nyawa bagi setiap bahagian Islam. Amalan atau ibadat orang Islam
yang tidak kerana-Nya ibarat menanam benih yang mati. Olehitu, amalan kebajikan orang kafir tiada harga di
sisi Allah kerana ia dianggap bangkai. Orang Islam amalannya solah kerana kebajikannya banyak, sekiranya
tiada roh Syahadatain adalah tidak diterima oleh Allah SWT
.
Sabda Rasulullah SAW kepada Mu’az bin Jabal ketika diutus ke Yaman:

“ Sesungguhnya engkau akan didatangi dari kalangan Ahli Kitab, maka ajaklah mereka kepada pengakuan
bahawa, “Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku Rasulullah”. Kalau mereka patuh, beritahu mereka
bahawa Allah mewajibkan kepada mereka lima solat pada setiap hari dan malam. Kalau mereka patuh,
beritahu mereka bahawa Allah mewajibkan zakat harta yang diambil daripada orang-orang yang kaya dan
dikembalikan kepada orang-orang yang berhajat. Maka kalau mereka patuh, jauhilah daripada menceroboh
harta benda mereka dan takutlah kamu akan doa orang yang terkena zalim. Sesungguhnya tiada hijab
antaranya dengan Allah SWT”.

Mengucap Syahadatain merupakan syarat dilakukan hukum dunia berhubung dengan seseorang Muslim
seperti perkahwinan, berimamkan solat, disembahyangkan bila mati dan juga ditanam di perkuburan Islam
selama seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan iman.

Seseorang yang melafazkan Syahadatain kerana uzur seperti bisu, atau mati setelah beriman tetapi tidak
sempat mengucapkan syahadatain, maka dia adalah tetap mukmin. Sebaliknya bagi orang yang mampu dan
mempunyai masa mengucapkannya tetapi enggan dan keenggannya itu kerana engkar, maka dia adalah kafir.
Soal hatinya bukan urusan kita, kalau hatinya membenarkan Islam dan segala hukumnya, maka mengikut
Qaul Rajeh, dia beriman di sisi Allah tetapi tidak boleh dilakukan mu'amalah ke atasnya sebagai Muslim
kerana tidak diketahui imannya. Sesungguhnya disebut di atas ialah kepada orang-orang yang mahu
menganut Islam. Orang yang dilahirkan Islam, ia dianggap Muslim selagimana tidakmelakukan perkara-
perkara yang membatalkan iman.

KEISTIMEWAAN AQIDAH ISLAMIAH

 Tidak Bertentangan dengan Ilmu Pengetahuan yang benar


Aqidah Islam tidak bertentangan dengan ilmu pengetahuan yang benar malah mendukung, menganjurkan dan
menyerukannya kepada manusia. Ilmu pengetahuan yang bermanfaat telah ditunjukkan oleh Al Quran dan As
Sunnah. Kesepaduan ilmu yang telah ditunjukkan di dalam aqidah Islam terbukti apabila kajian serta fakta
sains hasil penyelidikan ilmiah telah membuktikan kebenaran Al Quran dan As Sunnah.

Dalam soal aqidah Islamiah, pengetahuan yang diterima adalah pengetahuan yang berdasarkan kepada ‘Ilmu.
‘Ilmu ini bermaksud satu pencapaian, satu pemahaman, pengertian dan penerimaan yang putus yang tidak
ada sedikit pun keraguan. Ilmu tentang La Ilaha Illallah itu ialah ilmu yang menepati kebenaran yang
disampaikan oleh para ‘anbiya’ dan mesti didasarkan kepada dalil. Oleh yang demikian, aqidah islamiah
terpelihara dari unsur-unsur dzan, syak, dan waham (keraguan). Malah, unsur-unsur tahyul, mistik, khurafat
dan mitos jauh sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang sahih dan benar.
 Universal, Sesuai Dengan Semua Zaman, Tempat Dan Keadaan

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

Seorang mukmin akan diikat dengan satu ikatan keyaqinan, yang mengikat dirinya, pemikiran, hati sehingga
kehidupannya menjadi terarah dan terpimpin. Keyakinan dan keimanan ini didasarkan pada rukun-rukun iman
(arkanul iman) seterusnya menggambarkan satu kefahaman yang sejagat atau universal di mana setiap
peribadi manusia berhak menyertai ‘aqidah ini dan berada dalam ikatannya. Ia adalah rukun-rukun yang tidak
terikat dengan benda, masa, bangsa ataupun tempat. Malah sirah telah menggambarkan bahawa pelbagai
bangsa bermula dari generasi terdahulu sehingga kini telah menjadikan aqidah Islamiah sebagai pegangan
dan sumber penggerak dalam kehidupan.

 Aqidah Tauhid yang REVOLUTIONARY

Aqidah Islamiah bersifat revolutionary kerana ia mengubah / merubah seluruh pemikiran dan merubah diri
manusia. Sekiranya sebelum beriman, manusia melihat ‘alam tabie’ (nature) dan segala macam benda
sebagai mempunyai kekuasaan dan menyembah bermacam-macam perkara, tetapi setelah mereka menerima
“La Ilaha Illallah”, mereka menolak seluruh yang mereka pandang sebelum ini. Ini bererti dengan penerimaan
kalimah Tauhid, manusia telah melakukan satu revolusi, satu rombakan dan satu perubahan yang menyeluruh
dalam diri mereka, dalam pemikiran, sikap dan peribadi. Lantas mereka bebas dari ikatan kebendaan duniawi.

 Aqidah Islam Yang Praktikal

Aqidah Islamiah bukan sahaja bersifat ‘aqliah (yang diterima aqal), tetapi juga bersifat nafsiah(kejiwaan), dan
amaliyyah (praktikal). Aqidah Islamiah itu bukan merupakan aqidah yang beku yang hanya merupakan
perbendaharaan hati. Ia mestilah dijelaskan dan dijelmakan di dalam tindakan dan pekerjaan seseorang. Ia
juga merupakan satu keyaqinan yang terukir yang telah tersirat kukuh di dalam hati dan dibuktikan dengan
‘amal. ‘Amal itu merupakan penghayatan kepada keimanan dan ‘aqidah.

TUNTUTAN SYAHADAH

Apabila seseorang insan telah mengucapkan Syahadatain, maka tertanggunglah ke atasnya beberapa
tanggungjawab sebagai membuktikan ikrar penyaksiannya terhadap ketuhanan Allah dan kerasulan
Muhammad SAW. Ia juga bermaksud seseorang itu telah mengisytiharkan kesediaannya untuk tunduk kepada
tuntutan-tuntutan kesaksian yang diberikannya. Ketika itulah seseorang itu baru dikatakan benar dalam
kesaksiannya.

Golongan ini merupakan orang-orang yang mukmin. Mereka adalah orang-orang yang beriman kepada Allah
dan tunduk serta patuh kepada tuntutan-tuntutan Allah samaada tuntutan di dalam hubungan dengan Allah
atau yang berkaitan dengan dirinya yang mesti dilaksanakan di bawah telunjuk dan naungan ajaran Allah.

Firman Allah SWT :


“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada
Allah dan RasulNYA, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang
dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah ; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan
imannya).”
(Surah al-Hujurat : Ayat 15)
Kalimah tauhid atau shahadah bukanlah kalimah yang beku, tetapi merupakan satu kalimah yang luas ertinya
lagi progresif. Kalimah inilah yang menentukan seluruh hidup seseorang dan menjadi daya penggeraknya.

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

Disimpulkan bahawa tuntutan Syahadatain ialah mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya (Imtisalu Awamirihi Wajtinabu Nawahih).

1) Melaksanakan Semua Rukun Islam

1) Mengucap dua kalimah shahadah


Dua kalimah syahadah adalah rukun yang pertama daripada lima rukun Islam. Dua kalimah
syahadah ini merupakan rukunnya yang pertama maka ia perlu dihayati sesungguh-
sungguhnya oleh setiap orang Islam.

2) Solat 5 kali sehari semalam


Solat merupakan tiang agama, mendirikan solat bererti mendirikan agama. Meninggalkannya
bererti meruntuhkan agama.

3) Puasa di bulan Ramadhan


Dituntut melakukannya setahun sekali selama sebulan di Bulan Ramadhan

4) Membayar zakat
Dituntut melakukannya apabila cukup nisab dan haulnya bagi yang berkemampuan

5) Menunaikan ibadah haji Ke Baitullah (Makkah)


Dituntut melakukannya sekali seumur hidup apabila telah mencapai kemampuan sama ada
daripada segi kewangan, kesihatan dan keselamatan.

2) Berintima' (Menggabungkan Diri) Dengan Islam Dari Sudut Aqidah, Ibadah, Akhlak, Dan Keluarga.

Penggabungan diri ke dalam Islam bukanlah penggabungan yang diwarisi, bukan juga penggabungan kerana
hobi, bukan penggabungan lahiriah. Penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan ke dalam Islam
itu sendiri, beriltizam dengan Islam dan menyesuaikan diri dengan Islam dalam semua aspek hidup. Terdapat
sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap muslim iaitu merangkumi aspek aqidah, ibadah, akhlak dan keluarga
supaya dengan kewujudan sifat ini penggabungan dirinya ke dalam Islam merupakan penggabungan yang sah
dan benar. Firman Allah yang bermaksud :

“ Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslimin dari dahulu dan (begitu pula) dalam (Al Quran)
ini, supaya Rasul itu menjadi saksi ke atas kamu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap
manusia. “
(Al-Hajj: Ayat 78)

 Intima’ Dari Sudut Aqidah :


Akidah yang benar dan sah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam
sebagai agama yang mengatur hidupnya. Akidah tersebut mestilah sejajar dengan apa yang termaktub dalam
kitab Al Quran dan As Sunnah Rasulullah SAW.

 Intima’ Dari Sudut Ibadah :


Ibadah dalam Islam merupakan kemuncak dari perasaan tunduk dan patuh kepada Allah dan
21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

‘klimaks’ dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah sebagai tempat pengabdian diri. Ibadah
juga merupakan tangga penyambung antara makhluk dan Penciptanya. Islam menuntut supaya
seluruh kehidupan ini adalah ibadah dan taat kepada Allah. Sebagaimana firman Allah yang
bermaksud :

“ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-KU. Aku sekali-kali tidak
menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan tidak menghendaki supaya mereka member Aku makan.”
(Surah Adz-Dzaariyaat Ayat 56-57)

 Intima’ Dari Sudut Akhlak :


Akhlak yang mulia adalah menjadi matlamat asasi bagi risalah Islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah
dalam hadithnya :

“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Akhlak yang mulia adalah tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak
disertai oleh akhlak.Akhlak juga merupakan amal yang paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba pada
hari Qiamat. Sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalnya tidak akan dipercepatkan hisab. Dalam Islam
akhlak merupakan intipati bagi segala ibadah. Tanpa akhlak, ibadah merupakan adat resam dan gerak laku
yang tidak mempunyai nilai dan faedah.

 Intima’ Dari Sudut Keluarga


Apabila seseorang telah benar-benar beriman dan ruh Islam telah meresap ke dalam hati dan jiwanya, maka
akan timbul rasa ‘tanggungjawab’ terhadap orang lain untuk menyampaikan Islam.

Rasulullah telah bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil berat urusan orang-orang Islam maka beliau bukan dari
golongan mereka.”
(Hadith Riwayat al Baihaqi)

Tanggungjawab menegakkan Islam dalam masyarakat bermula dari pembentukan rumahtangga muslim. Ini
dibuktikan dengan firman Allah yang bermaksud;

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya
adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai
Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya.”
(Surah At Tahrim Ayat 6)

3) Melaksanakan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

Melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar merupakan kewajiban ke atas setiap mukmin. Kita perlu menyedari
bahawa, sebahagian besar dari hukum Allah telah dipermainkan, riba’ dihalalkan, perjudian dibenarkan, arak
dan segala bentuk kemungkaran dibenarkan. Kewajiban umat adalah untuk kembali melaksanakan perintah
Allah dan memperjuangkan Islam (jihad). Sebagaimana firman Allah ;

“ Hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru/ mengajak kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran, dan merekalah golongan yang beruntung.”
(Surah Ali Imran ayat 104)

Hadith Rasulullah tentang tuntutan amar ma’ruf Nahi Mungkar ;

“Barangsiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasa),
sekiranya tidak mampu hendaklah diubah dengan lisannya, sekiranya tidak mampu hendaklah diubah dengan
hatinya (kebencian terhadap maksiat tersebut), maka itulah selemah-lemah iman.”
(Hadith Riwayat Muslim)

4) Berusaha memperjuangkan Syariah Islamiah sebagai perlembagaan dan perundangan

Setiap Muslim hendaklah beriman bahawa Syariah Islamiah adalah sebaik-baik perundangan yang
diwahyukan oleh Allah yang bukan semata-mata memberikan rahmat kepada Umat Islam tetapi juga kepada
masyarakat dunia secara amnya. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Apakah hukum (peraturan) jahiliyyah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada
(hukum) Allah bagi orang-orang yang yaqin.?”
(Surah Al Maidah Ayat 50)

Atas keyakinan inilah setiap Muslim wajib berusaha memberikan penerangan dan pemahaman kepada
masyarakat termasuk kepada non Muslim tentang keistimewaan Syariah Islamiah dan berganding bahu ke
arah melaksanakan perundangan agung ini di atas tanah airnya yang dicintai. Pada masa yang sama, menjadi
suatu kemestian bagi setiap Muslim dalam member sokongan dan dokongan kepada organisasi Islam yang
bermatlamat melaksanakan Syariah melalui usaha dakwah, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya.

SYIRIK, MURTAD, NIFAQ DAN FASIQ

Allah SWT dan RasulNya SAW memberikan amaran kepada setiap Mukmin supaya berusaha semampu yang
mungkin untuk menjauhi Syirik, Murtad, Nifaq dan Fasiq. Syirik, Murtad, Nifaq dan Fasiq adalah sempadan
kepada setiap Mukmin yang mesti difahami agar tidak terjebak dalam kancah yang membinasakan diri dunia
dan akhirat.

i. SYIRIK
Syirik bermakna mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain daripada sifat uluhiyyahnya (berhak
disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya dan didoakan kepadaNya) ataupun sifat rububiyyahnya
(menjadikan, mentadbir, dan menguruskan alam). Sesiapa yang menganggap mana-mana satu daripada
sifat-sifat yang tersebut itu ada pada selain daripada Allah, sesungguhnya dia telah melakukan syirik dengan

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

Allah walaupun dia pada masa itu masih mengaku beriman dengan Allah. Sebagaimana firman Allah
subhaanahu wa taaala:

“Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah s.w.t dalam pada itu mereka tidak sunyi dari berbuat
syirik.”
(Surah Yusuf: Ayat 106)

Perkataan kufur juga mempunyai makna yang sama dengan syirik walaupun terdapat di kalangan ulama yang
membezakan di antara kufur dengan syirik tetapi apabila dilihat kepada mafhumnya maka ianya tidaklah
mempunyai perbezaan yang boleh dianggap bahawa dua perkataan itu mempunyai makna yang terlalu
berlainan.

Syirik dengan makna menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam semua perkara. Oleh kerana
hujjah yang tidak ditolak lagi tentang keesaan Allah s.w.t dan keagunganNya maka sesiapa yang menyengutui
Allah dengan sesuatu yang lain sama ada pada ZatNya, SifatNya dan Af’alNya, termasuk juga Hukum
Syari’atNya adalah bermakna telah kufur denga hakikatnya yang sebenar. Begitu juga seseorang yang kafir
adalah dianggap syirik kerana mencabar wujudnya Allah s.w.t, kesesaanNya dan kesempurnaanNya apabiila
ia menerima sesuatu yang lain.

Boleh juga dianggap syirik apabila mendustakan risalah Nabi Muhammad s.a.w. atau mendustakan
sebahagian daripadanya kerana telah mendustakan sesuatu yang diwajib oleh Allah s.w.t telah membuktikan
hujah-hujah yang jelas dan kuat tentang kerasulan Nabi s.a.w. segala apa yang disabda, diamal dan diakui
oleh Rasullullah s.a.w adalah wahyu dari Allah s.w.t., maka barangsiapa yang ingkar walaupun sebahagian
daripadanya adalah bermakna dia tidak mengi’tiraf apa yang dikemukakan oleh Allah s.w.t., tidak mengakui
kesempurnaan dan kebenaran hujah-hujahNya. Jadi dengan itu dia telah menganggap sesuatu yang lain atau
dirinya sendiri menyengutui Allah dalam menentukan sesuatu itu benar ataupun tidak benar.

Adalah juga dianggap syirik kepada orang-orang yang tidak redha dengan hukum Allah s.w.t atau sebahagian
daripada hukum Allah s.w.t atau sebahagian daripada hukumNya dan menganggap hukum yang lain lebih baik
atau lebih adil daripadanya seperti yang berlaku di dalam hadith Rasulullah s.a.w kepada ‘Adi bin Hatim at
Tha’ie dalam menjelaskan Firman Allah s.w.t Maksudnya:

“Mereka jadikan paderi-paderi dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan yang lain daripada Allah.”
( At Taubah: Ayat 31)

ii. MURTAD
Murtad bermakna kembali setelah Islam. Ijma ulama menyatakan bahawa seseorang Muslim yang ingkar
kepada apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah adalah murtad; iaitu kafir setelah Islam kecuali jika dia benar-
benar jahil. Tetapi sekiranya diberitahu dan ditegakkan hujah namun dia masih tetap dengan keingkarannya
maka dia dihukumkan dengan kufur dan murtad.

Sesungguhnya ingkar itu berlaku dengan perkataan dan perbuatan yang tidak mungkin ditakwil melainkan
kufur menurut Nas yang jelas. Adalah dianggap perkataan sebarang perkara menepati maksudnya seperti
tulisan sama ada yang berbentuk buku atau makalah di dalam akhbar, majalah, juga resolusi-resolusi yang
diambil oleh sesuatu persidangan atau seumpamanya. Sesungguhnya hokum murtad itu tidak diambil
terhadap perkara-perkara yang kurang jelas ataupun sangkaan semata-mata kerana ianya mestilah berlaku

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

secara putus dan tidak mungkin ditakwilkan di antaranya dalam perkara-perkara yang dipanggil ( Maklum min
din biddharurah ) dalam hokum yang diketahui walaupun seorang awam, juga di dalam perkara yang ada
dalam Nas yang terang daripada Al-Quran atau Hadith atau Ijma’ dan Qias yang nyata.

iii. NIFAK
Nifak dalam Bahasa Arab di ambil dari akar kata (kata dasar) (‫ )نفق اليربوع‬yang bererti "Lubang Tikus", ini
kerana kebiasaannya tikus mudah menampakkan jalan masuk ke lubangnya namun tidak menampakan jalan
keluarnya. Ibn Qaiyim rahimahullah mendefinisikan nifaq sebagai:

"Nifak itu ialah penyakit yang memenuhi anggota dalaman seseorang yang tidak disedari olehnya. Kerana
nifak adalah urusan yang tersembunyi pada manusia. Cara kebanyakan yang menyembunyikan nifaknya ialah
dengan bermuka-muka sebagai seorang pelaku kebaikan sedangkan dia adalah seorang yang pembuat
kerosakan".

Menurut Ibn Qaiyim lagi, nifak itu terbagi dua:


Pertama: Nifak Akbar, "Nifak Besar" atau nifak akidah (iktiqad) yang menyebabkan pelakunya jika tidak
bertaubat sebelum meninggal dunia dia akan dikekalkan di dalam neraka. Di neraka pula Si Munafik ini akan
ditempatkan di neraka yang paling terbawah (kerak neraka).
Boleh diertikan juga bahawa nifak akbar ialah:

“Merahsiakan kekufuran dalam hati dan melahirkan keimanannya dengan lisan dan perbuatan (amalan)”.

Antara contoh-contoh nifak akbar (nifak besar) ialah:


1. Mendustakan apa yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sama ada sebahagian atau
keseluruhannya. Seperti menolak dan mendustakan bahawa hadis-hadis sahih (as-Sunnah) tidak perlu dipakai
lagi dan cukup hanya dengan mengambil al-Quran sahaja.
2. Mempermain-mainkan, memperlekeh atau menghina sebahagian dari ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Seperti menghina penutupan aurat bagi wanita mukminah, menghina
akhlak Islamiyah atau memperlekeh dan menghina perlaksanaan hukum-hukum Allah Azza wa-Jalla yang
alasannya hanya semata-mata bertujuan untuk mempermain-mainkan agama Allah.
3. Membenci Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam sama ada dengan tindakan, ucapan, sindiran atau
hasutan. Seperti menuduh bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai seorang sayhwani (gila sex
atau kaki perempuan).
4. Merasa gembira dan senang dengan kejatuhan Islam dan senang dengan kemenangan kuffar atau
menolong (membantu) musuh dengan apa cara sekalipun dalam usaha menghancurkan Islam, memerangi
umat dan Daulah Islamiyah.
5. Membenci ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu 'alaih wa-sallam atau menentangnya sehingga
menghalang-halangi dakwah dan kelancaran perjalanannya sebagaimana firman Allah:

“Nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalang-halangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya”.


(An-Nisa, 4:61.)

Kedua: Nifak Asghar (‫)اصغر‬, "Nifak kecil" atau nifak amali iaitu salah satu dari dosa-dosa besar yang paling
besar. Namun pembuatnya tidak akan dikekalkan di dalam neraka. Dinamakan nifak kecil ialah apabila
perbuatan seseorang nampak jelas berbeza dengan apa yang telah disyariatkan oleh syara.

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

Antara contoh-contoh nifak kecil ialah:


1. Mudah dan suka berdusta dalam ucapan atau perkataannya sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam
al-Quran dan sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alihi wa-sallam:

“Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik benar-benar orang pendusta
(pembohong)”
(Al-Munafiqun, 63:1)

"Sesungguhnya dusta itu mengarah kepada kemaksiatan, kemaksiatan mengarah kepada neraka.
Sesungguhnya seseorang itu akan terus berdusta dan sentiasa mencari celah dusta sehingga ia dicatit di sisi
Allah sebagai pendusta".

2. Tidak menepati janji sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:

"Dan apabila berjanji ia tidak menepatinya"

3. Mengkhianati amanah sebagaimana larangan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dari melakukan
pengkhianatan:
"Janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu"

4. Curang atau keluar dari peraturan akhlak Islamiyah apabila berlaku pertengkaran atau ikhtilaf (berselisih
faham), misalnya berkata bohong dalam menjelaskan perkara yang sebenar atau melebih-melebihkan
permasalahan dengan segala kebohongan dan penipuan. Rasulullah bersabda:
5.
"Tanda-tanda munafik itu empat: Apabila berkata ia dusta, jika ia berjanji tidak menepatinya, apabila
bertengkar ia berlaku curang dan apabila berjanji dia berkhianat".

6. Gemar menipu (penipuan) sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-
sallam:
"Sesungguhnya setiap penipu akan dipancangkan baginya sebuah bendera dan dikatakan ini adalah penipuan
si Fulan anak si Fulan". 7

ANCAMAN ALLAH & RASULNYA TERHADAP PENYAKIT NIFAQ KEPADA MANUSIA

Allah mengancam orang-orang munafik dan yang berpenyakit nifak dengan azab yang amat pedih iaitu
dengan api neraka Jahanam sebagaimana firmanNya:

“Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih”.
(An-Nisa, 4:138)
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkat yang paling bawah dari neraka”.
(An-Nisa, 4:145)
“Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam
Jahanam”. (An-Nisa, 4:140)

7
H/R Bukhari (5710) Al-Adab.
21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

“Allah mengancam orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka
Jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka dan Allah melaknati mereka dan bagi
mereka azab yang kekal”.
(At-Taubah, 9:68)

“Sehingga Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang musyrikin lelaki dan
perempuan dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang mukminin lelaki dan perempuan. Dan adalah
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
(Al-Ahzab, 33:73)

Bagi orang yang beriman, pasti akan merasa takut, gerun dan mengerikan gambaran siksa dan azab api
neraka Jahanam yang pedih yang diceritakan oleh Allah di dalam firmanNya. Semuanya itu telah disediakan
untuk Si Munafik. Allah tidak akan mungkir janji, orang-orang munafik pasti akan celaka di dunia dan di akhirat
akan mendapat azab yang pedih.

Sekiranya diperhatikan dalam 20 ayat pertama Surah al-Baqarah, Allah SWT memperihalkan tentang tiga
golongan iaitu Mukmin, Kafir dan Munafiq dengan ratio yang berikut:

Pertama: Empat ayat memperkatakan golongan orang-orang beriman (ayat 2 – 5);


Kedua: Dua ayat memperkatakan tentang golongan orang-orang kafir (ayat 6 – 7);
Ketiga: Tiga belas ayat memperkatakan tentang golongan orang-orang munafik (ayat 8 – 20)

Jelasnya, ayat yang memperkatakan perihal Si Munafik melebihi yang lain agar orang-orang beriman
mengenal perangai, sikap, perbuatan dan juga agar berwaspada terhadap kejahatan mereka. Mereka (Si
Munafik) gemar membuat fitnah, banyak melakukan kejahatan dan fasad, mudah menyamar semasa bergaul
bersama masyarakat Islam dan mereka sentiasa merancang kejahatan dan kerosakan terhadap orang-orang
Islam.

Nifak adalah perbuatan yang tersembunyi yang tidak boleh dikesan dengan cepat dan mudah. Orang munafik
lebih merbahaya dari orang kafir terhadap akidah, kekuatan dan kesatuan jamaah umat Islam kerana
kekufuran adalah perbuatan yang nampak (kelihatan) dan mudah diketahui. Golongan Munafiq umpama
gunting dalam lipatan dan api dalam sekam bagi Ummah yang mulia ini.

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di Madinah
barulah muncul orang-orang munafik. Namun, Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menyingkap tirai Si Munafik
dan membuka rahsia-rahsia kejahatan dan kefasadan mereka. Itulah sebabnya semua ayat-ayat yang
membongkar tentang rahsia-rahsia kejahatan orang-orang munafik semuanya turun di Madinah sehingga
surah tersebut dinamakan Surah Madiniyah. Sebagaimana firman Allah:

"Di antara manusia ada yang mengatakan kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian, pada hal mereka itu
sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang
beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar".

Fenomena nifak, cerita tentang pakatan dan gerakan jahat ketua-ketua munafik semuanya bermula setelah
wujudnya negara Islam Madinah. Ia berterusan sehingga mula terbitnya unsur-unsur perpecahan gara-gara
21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

fitnah orang-orang munafik juga bermula di Madinah. Begitu juga membiaknya aliran-aliran sesat dan
pemecah-belah umat yang terdapat sama ada di negara-negara Islam atau bukan negara Islam dari dahulu
sehingga sekarang semuanya berpunca dari fitnah yang dicipta oleh orang-orang munafik. Mereka ingin
menghancurkan Islam dan umatnya setelah negara Islam menjadi kuat dan meluas.

Berkata Ibn Abi Hatim radiallahu 'anhu:


"Mereka (orang-orang munafik) mudah melahirkan ucapan (‫ )ال اله اال هللا‬kerana inginkan agar terselamat darah
dan harta mereka, tidak ada niat mereka selain yang demikian."[9]

Berkata Sa'id dari Qatadah:


"Sifat-sifat orang munafik itu banyak: Buruk akhlaknya, jika benar lisannya namun bertentangan dengan
hatinya, amat bertentangan amalannya kerana diwaktu pagi ia melakukan yang benar dan diwaktu petang pula
ia melakukan yang sebaliknya".

SIFAT-SIFAT ORANG MUNAFIQ

1. Paling jelas sifat orang-orang munafik adalah pendusta. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:
"Dan Allah bersaksi bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang pembohong
(pendusta)".
(Al-Munafiqun, 63:1)
2. Sifat orang munafik itu penipu. Firman Allah:
"Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman"

3. Orang munafik tidak termasuk orang yang beriman:


"Dan sebenarnya mereka (orang-orang munafik) bukanlah orang-orang yang beriman".

4. Orang munafik berpenyakit hati:


"Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya".

5. Orang munafik pembuat kerosakan di dunia:


“Ingatlah! Mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar".

6. Orang munafik adalah orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu dan menyedari tentang kebodohannya:
"Ingatlah! Sesungguhnya mereka orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu".

7. Orang munafik tergolong dalam golongan syaitan:


"Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan sesungguhnya kami
sependirian dengan kamu, kami hanya berolok-olok".

8. Sifat orang-orang munafik suka mengolok-olokkan, memperlekeh (mempermain-mainkan) agama Allah:


"Kami hanyalah berolok-olok".

9. Sifat atau sikap orang munafik tidak ada pendirian dan terumbang-ambing:
"Mereka terumbang-ambing dalam kesesatan".

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

10. Orang-orang munafik membeli (mengambil) kesesatan (bid'ah kekafiran dan kesyirikan) dengan
meninggalkan petunjuk sunnah (keimanan), mereka tidak akan berjaya dalam perniagaan mereka:
"Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perningaan mereka
dan tidaklah mereka mendapat petunjuk".

FASIQ

Fasiq pada umunya ialah maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan keluar dari jalan yang dibenarkan. Di
dalam Al-Quran, istilah fasiq ini digunakan bagi menerangkan perbuatan-perbuatan tersebut:
1. Maksiat kepada Allah dalam meninggalkan tauhid, maka ini adalah syirik (As-Sajadah:18)
2. Maksiat kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka ini adalah kufur (At-
Taubah:80)
3. Maksiat kepada Deen tanpa syirik dan kufur (Al-Maidah:25)

KESAN-KESAN AQIDAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Kesan dan pengaruh aqidah dapat dilihat daripada beberapa konteks yang berikut:

i. Pengaruh aqidah dalam pembinaan jiwa: Aqidah memberi kekuatan jiwa yang besar kepada
seseorang bila jiwa dipenuhi dengan sifat raja’ (mengharap) kepada Allah, bertawakkal kepada-Nya,
redha dengan Qadarnya, sabar terhadap ujian, tidak meminta pertolongan kepada makhluk maka ia
menjadi kuat dan kukuh laksana gunung

ii. Pengaruh Aqidah dalam pengawalan diri (self control): Hati yang beriman dan mentauhidkan Allah
akan bertindak memandu seluruh gerak geri manusia daripada melakukan perkara yang diharamkan
oleh Allah. Jiwa yang mentauhidkan menjadi ‘break’ yang menahan manusia melakukan perkara yang
membinasakan dirinya di dunia dan akhirat.

iii. Pengaruh Aqidah dalam pembentukan akhlak: Akhlak yang mulia adalah manifestasi kepada
aqidah yang sahih dan mantap. Keimanan kepada Allah dan hari Kiamat sebagai contohnya
melahirkan desakan dan motivasi yang kuat dalam diri untuk menyantuni makhluk Allah sama ada
sesama manusia dan alam seluruhnya. Ini adalah disebabkan Allah hanya meredhai hambaNya yang
berlaku ihsan dan berakhlak mulia sesama makhluk.
Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik Mukmin, adalah yang paling baik akhlaknya”

iv. Pengaruh Aqidah terhadap amal perbuatan: Perkataan amal di dalam Islam berkait rapat dengan
perkataan ilmu; orang yang berilmu hendaklah beramal. Pengertian amal dalam Islam sangat luas.
Setiap gerakan positif yang didorong oleh Aqidah atau yang digalakkan oleh Islam adalah amal. Setiap
amal atau perbuatan yang dilakukan mestilah ada hubungan hati dengan Allah; memikirkan apakah
balasan yang akan diterima di akhirat kelak. Firman Allah:

Dan katakanlah : “Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang mukmin akan melihat amalan
kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu
Dia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”(at-Taubah: 105)

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

v. Pengaruh aqidah dalam pembentukan masyakat madani: Sifat yang diasaskan kepada aqidah
akan melahirkan satu bentuk persaudaraan yang sukar dirungkai oleh anasir yang tidak sihat. Contoh:
Persaudaraan Muhajirin dan Ansar yang begitu mantap atas dasar aqidah Islamiah sehingga mampu
mendirikan sebuah Negara yang disegani dalam masa yang singkat.

Aqidah juga sangat berpengaruh dalam melahirkan pimpinan dan rakyat yang berintegriti dan dan berusaha
melaksanakan peraturan dan undang-undang yang dicipta Allah yang bukan sahaja member manfaat kepada
umat Islam tetapi juga kepada non-Muslim. Undang-undang Allah

KESAN SYIRIK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Syirik adalah malapetaka dalam kehidupan manusia. Syirik bukan sahaja jenayah yang paling besar kepada
Allah, tetapi juga memberikan pelbagai implikasi yang buruk terhadap kehidupan individu dan masyarakat.

i. Syirik meruntuhkan kekuatan jiwa. Secara psikologinya, syirik hanya membiakkan kebimbangan,
kegelisahan, dan tragedi kemanusiaan. Manusia yang melakukan syirik tidak akan memperoleh
ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya lantaran ia telah melanggar fitrahNya iaitu
mentauhidkan Allah. Firman Allah:

"Akan Kami masukkan ke dalam hati orang-orang kafir rasa takut, disebabkan mereka
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah sendiri tidak menurunkan keterangan tentang itu.
Tempat kembali mereka ialah neraka; dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang-orang yang
zalim." (Surah Ali 'Imran [3]: 151).

ii. Syirik menjatuhkan kemuliaan dan darjat manusia. Manusia telah dilantik oleh Allah SWT sebagai
khalifah di muka bumi ini dan telah dimuliakan, disediakan langit dan bumi untuk kegunaannya. Selain
dari itu, Allah menjadikan manusia sebagai ketua kepada semua yang ada di alam maya ini tetapi
sayangnya manusia itu sendiri jahil terhadap kedudukan dirinya dan menjadikan sesetengah makhluk
di alam ini sebagai tuhan yang disembah. Ada di antara manusia yang menyembah lembu sedangkan
lembu tesebut dijadikan oleh Allah SWT kepadanya untuk digunakan dan dimakan ketika menjadi
sembelihan. Tetapi mereka menjadikan lembu itu sembahan suci bagi mereka. Al- Quran
menerangkan betapa dahsyatnya manusia ditewaskan oleh syirik:

“Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu
disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).” (Surah al
Hajj: 31)

iii. Syirik membiakkan pemikiran tahyul dan dongeng yang akan memandulkan dan
memperbodohlan pemikiran manusia. Antara perbuatan syirik termasuklah percaya kepada
ramalan ahli nujum, bomoh dan cerita-cerita yang langsung tidak mempunyai asas dan justifikasi yang
kuat samaada dari sudut syara’ ataupun bukti saintifik. Hal ini menyebabkan rasional dan logic akan
ditenggelamkan dengan kepercayaan syirik yang karut dan tahyul. Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya Ruqyah (jampi serapah), Tamimah (tangkal) dan Tiwalah (ubat pengasih) adalah 
syirik.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

iv. Syirik menghalang kemajuan manusia. Syirik adalah penghalang kepada kehendak-kehendak dan
kerja-kerja manusia yang berfaedah. Ia juga sebagai penghalang kepada keyakinan diri sendiri dan
Allah kerana syirik mengajar manusia supaya bertawakal kepada pemberi-pemberi syafaat dan orang-
orang perantaraan, lalu mereka lakukan dosa dan kemungkaran yang membinasakan. Mereka
percaya bahawa tuhan-tuhan mereka akan memberi pertolongan kelak di sisi Allah SWT. Inilah
pegangan yang pernah diiktikadkan oleh musyrikin Arab terhadap tuhan-tuhan dan berhala mereka.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan mereka menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan
kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) dapat mendatangkan kemanfaatan dan mereka berkata:
"Mereka (yang kami sembah itu) adalah pemberi- pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". (Surah
Yunus: ayat 18)

Hal seumpama ini juga berlaku kepada orang-orang Nasrani di mana mereka melakukan pelbagai
kemungkaran yang dikehendaki oleh hawa nafsu mereka. Mereka mempercayai bahawa tuhan mereka (al-
Maseh) telah menghapuskan segala kesalahan mereka ketika ia disalib dulunya dengan anggapan bahawa itu
satu tebusan buat manusia sejagat.

21
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 1

RUJUKAN :
1. Al-Quran al-karim
2. Hakikat Tauhid: Dr. Yusuf Al-Qardawi
3. Muqaddimah Aqidah Muslim: Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang
4. Akidah Islamiah: Syed Sabiq , Pustaka Jiwa 2003
5. Aqidah & Perjuangan : Hj. Fadzil Mohd. Noor
6. Petunjuk Sepanjang Jalan : Syed Qutb
7. Apa Ertinya Saya Menganut Islam : Fathi Yakan

SOALAN KEFAHAMAN :

1) Bagaimana anda melaksanakan tuntutan shahadah dalam diri ?


2) Apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan dalam usaha menjauhkan perbuatan syirik dalam
masyarakat ?
3) Bagaimana anda mencadangkan cara-cara dan kaedah perlaksanaan untuk menangani gejala murtad?
4) Sebagai mahasiswa, anda bertanggungjawab melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Bagaimana caranya anda memberi kefahaman kepada masyarakat kampus tentang aqidah Islamiah?

21

Anda mungkin juga menyukai

  • BMMB3043 Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah-VERSI PELAJAR
    BMMB3043 Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah-VERSI PELAJAR
    Dokumen5 halaman
    BMMB3043 Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah-VERSI PELAJAR
    BM10621 WAN NURMIZA AINAFAQIHAH BINTI WAN MOHD ZAID
    Belum ada peringkat
  • RMK BMMB3132 Versi Pelajar
    RMK BMMB3132 Versi Pelajar
    Dokumen9 halaman
    RMK BMMB3132 Versi Pelajar
    BM10621 WAN NURMIZA AINAFAQIHAH BINTI WAN MOHD ZAID
    Belum ada peringkat
  • RMK BMMB3103 Versi Pelajar
    RMK BMMB3103 Versi Pelajar
    Dokumen6 halaman
    RMK BMMB3103 Versi Pelajar
    BM10621 WAN NURMIZA AINAFAQIHAH BINTI WAN MOHD ZAID
    Belum ada peringkat
  • RMK BMM1034 Versi Pelajar
    RMK BMM1034 Versi Pelajar
    Dokumen8 halaman
    RMK BMM1034 Versi Pelajar
    BM10621 WAN NURMIZA AINAFAQIHAH BINTI WAN MOHD ZAID
    Belum ada peringkat
  • RMK VERSI PELAJAR Kesantunan Masyarakat Malayia Latest
    RMK VERSI PELAJAR Kesantunan Masyarakat Malayia Latest
    Dokumen6 halaman
    RMK VERSI PELAJAR Kesantunan Masyarakat Malayia Latest
    BM10621 WAN NURMIZA AINAFAQIHAH BINTI WAN MOHD ZAID
    Belum ada peringkat
  • RMK BMMB3083
    RMK BMMB3083
    Dokumen6 halaman
    RMK BMMB3083
    BM10621 WAN NURMIZA AINAFAQIHAH BINTI WAN MOHD ZAID
    Belum ada peringkat
  • RMKSJHK3182
    RMKSJHK3182
    Dokumen9 halaman
    RMKSJHK3182
    BM10621 WAN NURMIZA AINAFAQIHAH BINTI WAN MOHD ZAID
    Belum ada peringkat
  • RMK BMMB3073
    RMK BMMB3073
    Dokumen9 halaman
    RMK BMMB3073
    BM10621 WAN NURMIZA AINAFAQIHAH BINTI WAN MOHD ZAID
    Belum ada peringkat
  • RMK Edup3053
    RMK Edup3053
    Dokumen5 halaman
    RMK Edup3053
    BM10621 WAN NURMIZA AINAFAQIHAH BINTI WAN MOHD ZAID
    Belum ada peringkat
  • RMK SJHK3063
    RMK SJHK3063
    Dokumen6 halaman
    RMK SJHK3063
    BM10621 WAN NURMIZA AINAFAQIHAH BINTI WAN MOHD ZAID
    Belum ada peringkat
  • RMK SJHK3073
    RMK SJHK3073
    Dokumen5 halaman
    RMK SJHK3073
    BM10621 WAN NURMIZA AINAFAQIHAH BINTI WAN MOHD ZAID
    Belum ada peringkat
  • Rancangan Orientasi Pengajaran Mpu3062
    Rancangan Orientasi Pengajaran Mpu3062
    Dokumen7 halaman
    Rancangan Orientasi Pengajaran Mpu3062
    BM10621 WAN NURMIZA AINAFAQIHAH BINTI WAN MOHD ZAID
    Belum ada peringkat