Anda di halaman 1dari 7

Contoh Karangan SPM

Kepentingan Amalan Membaca

SOALAN:
Kempen-kempen untuk memberikan kesedaran kepada rakyat
tentang kebaikan membaca perlu diteruskan dan dipelbagaikan
kerana banyak kebaikannya. Bincangkan kebaikan membaca
kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja.

Pada era globalisasi ini, pendidikan dalam semua lapisan


masyarakat semakin penting dan diutamakan. Walaupun pelbagai
usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam memupuk amalan
membaca namun, budaya membaca dalam masyarakat masih
rendah lagi. Melalui pembacaan, seseorang dapat memperoleh
pelbagai ilmu pengetahuan yang secara tidak langsung dapat
membantu memajukan negara. Dengan ini, isu budaya membaca
dalam kalangan masyarakat tidak boleh dipandang ringan. Jika
budaya tersebut dibiarkan begitu sahaja hasrat masyarakat untuk
menjadikan negara kita negara maju pasti akan terganggu.
Pengamalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat akan
mendatangkan pelbagai faedah terhadap diri kita. Oleh itu, semua
lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya
membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca,


seseorang akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini
kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan
pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam
buku, majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan
telah dipasarkan di pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup
membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak dan diri
sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu
yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa
Membaca Bangsa Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha
dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya menjayakan
kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang
amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-
nilai murni dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah
rajin membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Selain itu, membaca akan membantu menambahkan
perbendaharaan kata yang kita miliki. Hal ini kerana dengan
membaca kita akan menemukan pelbagai jenis perkataan baharu.
Jika kita membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang
Sains kita akan mengenali lebih banyak istilah atau kosa kata
baharu dalam bidang berkenaan seperti Anemia dan X-ray. Malah,
apabila seseorang telah mengenali banyak perbendaharaan kata,
mereka akan dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa
berkenaan. Individu itu juga akan dapat menguasai sesuatu bahasa
dengan mudah. Penguasaan perbendaharaan kata sangat berguna
dalam menongkah arus globalisasi kini. Persaingan antara
masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan menjadi lebih
mudah. Dengan ini, kita haruslah rajin membaca supaya dapat
menambahkan perbendaharan kata dalam minda kita.

Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus


dengan keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana
pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan
pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga mata
pelajaran tertentu yang memerlukan pembacaan yang banyak.
Sebagai contoh, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Mata
pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas kerana kita
akan dapat maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam
penulisan esei. Pembacaan boleh dilakukan di perpustakaan
mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah dinaik
taraf dengan kemudahan yang lebih selesa seperti meja, kerusi,
penghawa dingin dan kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat
menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan yang kondusif.
Secara eksplisit, pelajar akan mengingati lebih banyak ilmu
pengetahuan daripada bahan bacaan tersebut. Pelajar yang
cemerlang adalah pelajar yang rajin membaca. Oleh itu, semua
pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian
agar mendapat keputusan yang cemerlang.
Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang
ialah masa senggang antara dua pekerjaan. Masa lapang perlu diisi
dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh menjadikan amalan
membaca sebagai hobi kita. Selain membaca, kita boleh menjadikan
perkara lain sebagai hobi sekiranya perkara itu berfaedah. Terdapat
24 jam diperuntukkan kepada seseorang, namun masa yang singkat
itu sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan pelbagai
aktiviti. Dengan ini, kita haruslah menggunakan masa lapang
dengan efisien kerana masa itu emas. Sekiranya seseorang itu tidak
mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh membaca ketika
menunggu bas. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan
masa mereka seharusnya mengisi masa dengan amalan membaca.

Di samping itu, budaya membaca dapat membantu memajukan


negara. Hal ini demikian kerana tokoh-tokoh yang pakar dalam
bidang tertentu dapat membantu meningkatkan ekonomi negara
kita. Lanjutan itu, negara kita dapat membangun dengan pesat.
Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah menyebabkan
banyak ciptaan baharu direka. Sebagai contoh, Negara Jepun yang
maju dalam bidang sains dan teknologi telah mencipta pelbagai
jenis barangan yang berfungsi secara automatik. Membaca akan
menambahkan ilmu pengetahuan kita dan ilmu-ilmu yang
diperoleh ini bolehlah digunakan dalam memajukan sektor-sektor
tertentu seperti sektor pelancongan. Apabila sektor-sektor
dibangunkan, ekonomi negara kita akan pesat membangun seperti
Cendawan Tumbuh Selepas Hujan. Secara umumnya, negara kita
akan layak bersaing dengan negara maju yang lain. Kemajuan
negara pula perlu disusuli dengan budaya menulis buku. Oleh itu,
kita hendaklah rajin membaca supaya tanah air kita dapat
dibangunkan dan dimajukan. Malah, kita dapat hidup dalam
keadaan yang lebih baik.

Kesimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah


kepada individu mahupun negara. Melalui membaca kita akan
dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan
yang diperoleh itu bukan sahaja dapat membantu seseorang
mendapat keputusan yang cemerlang malah dapat memajukan
negara. Walaupun pada hari ini pelbagai prakarsa telah
dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca namun, usaha
tersebut diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam memupuk budaya membaca. Hal
ini disebabkan budaya membaca perlu dipupuk sejak anak-anak
kecil lagi kerana Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya. Ibu bapa
juga bertanggungjawab menjadi suri teladan kepada anak-anak
dengan banyak membaca buku. Selain itu, pihak kerajaan perlu
menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan supaya
kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen membaca juga
perlu dipergiat. Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca giat
dijalankan, negara Malaysia pasti akan menjadi negara yang maju.
Oleh itu, semua orang wajiblah membaca dan berusaha
meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu
dapat dilahirkan.

Bila kali terakhir anda membaca buku selain daripada buku teks atau buku
latihan? Adakah anda merupakan seorang yang mempunyai hobi
membaca? Jika ya, membaca adalah salah satu hobi yang sangat
menguntungkan kerana pelbagai manfaat yang akan diperoleh. Sebagai
rujukan kepada pelajar, berikut dikongsikan contoh karangan kepentingan
amalan membaca kepada masyarakat (Kebaikan). Setiap negeri di
Malaysia mempunyai perpustakaan yang menghimpunkan pelbagai bahan
bacaan dari serata dunia. Tetapi adakah masyarakat kita memanfaatkan
kemudahan awam ini dengan baik? Persoalan ini wajar dibincangkan
kerana budaya membaca dalam kalangan masyarakat semakin pudar dari
hari ke hari. Dengan menghuraikan kepentingan membaca kepada
masyarakat, ia pasti dapat membantu menyedarkan masyarakat tentang
pentingnya budaya membaca.
Isi Kandungan [Tutup] Contoh Karangan Kenaikan Amalan Membaca
Kepada Masyarakat
Isi-isi penting Pendahuluan Isi 1 Penutup Contoh Karangan Kenaikan
Amalan Membaca Kepada Masyarakat Pelajar boleh merujuk isi-isi penting
dan huraian karangan yang bertemakan kepentingan amalan membaca
kepada masyarakat (Kebaikan) seperti berikut: Isi-isi penting Jambatan
kepada ilmu pengetahuan Menambah baik penguasaan dan kefahaman
bahasa Membuka pemikiran masyarakat untuk lebih kritis dan kreatif
Menjadi sumber inspirasi dan motivasi Menambah kemahiran dan
keupayaan masyarakat Menjadi cakna terhadap isu semasa Pendahuluan
Marcapada ini, masyarakat dunia menumpukan kemajuan sains dan
teknologi yang menjadi kayu pengukur kepada kejayaan sesebuah bangsa
atau negara. Tetapi tanpa disedari, golongan muda yang merupakan waris
masa hadapan dunia membesar dengan menikmati kemajuan sains dan
teknologi ini sehingga mereka kurang gemar untuk membaca dan belajar.
Perkembangan permainan video dan hiburan yang boleh didapati dengan
mudah telah menyebabkan mereka lalai dan lebih suka untuk
menghabiskan masa terhadap perkara-perkara tersebut. Seorang penulis
terkenal Perancis pada zaman dahulu, Voltaire berkata, semakin banyak
aku membaca, semakin banyak yang aku peroleh dan semakin yakin
bahawa aku tidak mengetahui semua perkara. Petikan kata-kata ini
menunjukkan bahawa mustahak untuk kita mengamalkan budaya
membaca dalam diri dan juga dalam kalangan masyarakat supaya kita
mendapat faedah yang terbaik. Oleh itu, wajar untuk kita bincangkan,
apakah kepentingan amalan membaca kepada masyarakat? Isi 1
Kepentingan utama kemahiran membaca menjadi amalan masyarakat
adalah kerana ia merupakan satu jambatan kepada ilmu dan pengetahuan.
Sebagai manusia, kita tumbuh dan berkembang seiring dengan usia dan
kemampuan kita. Semakin dewasa, semakin banyak perkara, komitmen
dan tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh setiap individu. Maka,
penting untuk kita sentiasa memastikan setiap generasi berkembang
dengan ilmu dan pengetahuan yang terbaik buat mereka. Salah satu cara
untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan adalah dengan membaca.
Seiring dengan amalan tersebut, adalah guru-guru di sekolah dan ahli
keluarga serta rakan yang membeimbing kita untuk memahami apa yang
dibaca dengan lebih baik. Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal
manikam. Apabila masyarakat kaya dengan ilmu dan pengetahuan
nescaya perkembangan masyarakat dan  Tegasnya, amalan membaca
adalah kunci kepada penyebaran ilmu dan pengetahuan kepada ahli
masyarakat. Isi 2 Pada masa yang sama, amalan membaca dalam
masyarakat dapat menambah baik penguasaan dan kefahaman bahasa
yang dibaca. Dalam konteks ini, penguasaaan dan penyemarakkan bahasa
kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu. Jikalau bukan kita, masyarakat yang
tinggal di Tanah Melayu yang akan bertutur, menulis dan membaca bahasa
ini, siapa lagi yang akan menggunakan bahasa tersebut? Secara amnya,
membaca dapat menambah perbendaharaan kata yang kita ketahui
sekaligus menambah nilai diri setiap individu. Semakin banyak kita
membaca, semakin pelbagai prosa kata yang kita boleh gunakan. Begitu
juga dengan penguasaaan bahasa asing seperti Bahasa Inggeris yang
penting dalam era globalisasi pada hari ini. Jika masyarakat hari ini ingin
berkembang seiring dengan era globalisasi, kita hendaklah juga
mempelajari dan menguasai bahasa asing dengan membaca. Isi 3
Kepentingan lain amalan membaca di Malaysia adalah ia membantu
meningkatkan pemikiran masyarakat secara kritis dan kreatif. Dari aspek
perkembangan kanak-kanak, amalan membaca dapat membantu
pertumbuhan kognitif serta menguatkan memori. Dari aspek golongan
dewasa pula, membaca dapat membantu masyarakat untuk membuka
minda dan tidak menjadi seperti katak yang duduk di bawah tempurung.
Hal ini kerana, bahan bacaan yang dihasilkan terdiri daripada pelbagai
jenis dan genre. Tetapi kita juga perlu memastikan bahan bacaan tersebut
mempunyai kredibiliti yang disahkan. Penulis bahan bacaan hendaklah
individu yang pakar dalam bidang yang ditulis dan memberikan fakta yang
sahih dan tidak diputar belitkan. Hasilnya, masyarakat yang membaca
pelbagai jenis bahan bacaan akan mempunyai pendapat yang lebih kritis
dan mempunyai daya kreatif yang lebih baik. Isi 4 Sumber inspirasi dan
motivasi juga adalah salah satu kebaikan yang akan diperoleh masyarakat
jika mengamalkan budaya membaca. Antara bahan bacaan yang digemari
secara peribadi adalah bacaan yang berbentuk biografi di mana, ia
menceritakan tentang kisah sebenar seorang individu yang berjaya dalam
kerjaya atau hidup mereka. Dengan menghayati pembacaan biografi, kita
secara langsung dapat mengambil iktibar daripada fasa-fasa kehidupan
yang dilalui oleh seseorang serta mengaplikasikan nilai-nilai yang baik
dalam realiti untuk mengecapi kejayaan. Persis kata peribahasa Melayu,
buang yang keruh ambil yang jernih. Izharnya, amalan membaca akan
memanfaatkan masyarakat dalam membentuk jati diri dan ketrampilan
yang terbaik untuk diri sendiri dan juga nusa bangsa. Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang boleh digarap setiap
ahli masyarakat sekiranya mengamalkan budaya membaca. Masyarakat
perlu menjadikan membaca sebagai salah satu hiburan dan pengisian
masa lapang di mana aktiviti yang sia-sia seperti melepak dan merempit
dapat dielakkan. Program NILAM di peringkat sekolah yang menggalakkan
pelajar membaca wajar diperkasakan bukan sahaja di peringkat sekolah
tetapi juga di peringkat komuniti. Semoga budaya membaca ini menjadi titik
tolak kepada tanah air kita untuk menyaingi negara-negara maju yang lain.
Seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang kaya dengan ilmu
pengetahuan dan mempunyai jati diri yang kukuh. Related : ibu bapa,
rakyat malaysia, pelbagai faedah, memupuk amalan membaca,
menambahkan ilmu pengetahuan,
© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/amalan-membaca/

Anda mungkin juga menyukai