1. Agama merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam agama tersebut
dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapi cabaran.
2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas diamalkan secara aman. Malaysia
kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.
3. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang baik, taat kepada ajaran
agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri.
4. Agama Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada manusia lain dan menyebarkan ilmu yang dimiliki
kepada orang lain tanpa mengira waktu.
5. Nilai lain yang ditekankan oleh agama Islam ialah tidak bersifat pilih kasih, bersifat ihsan, sentiasa sabar untuk
menghadapi segala penderitaan dan kesusahan, merendah diri dan tidak memandang rendah pada orang lain,
selain benar dan amanah.
6. Agama Buddha pula menekankan keyakinan yang berdasarkan kepada pengetahuan. Seseorang penganut
agama Buddha mestilah mempunyai pemikiran yang rasional dan mengambil keputusan yang bijak tanpa
menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
7. Ajaran Hinduisme mengajar penganutnya untuk mempercayai Tuhan dan segala-galanya datang daripada Tuhan
dan Tuhan akan memberikan keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
8. Agama Kristian juga mengajar umatnya untuk mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan serta
berkhidmat untuk masyarakat agar sentiasa dirahmati Tuhan.
1. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai perayaan.
2. Perayaan-perayaan yang disambut setiap tahun ini mempunyai keunikannya tersendiri dan ia dirayakan
bersama-sama dengan kaum lain dengan perasaan muhibah dan perpaduan.
3. Antara perayaan-perayaan penting yang disambut di negara ini ialah Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina,
Deevapali, Thaipusam, Hari Wesak, Krimas, Hari Raya Aidil Adha, Hari Gawai, Tadao Keamatan, Perayaan Ponggal
dan Vaisakhi.
5. Amalan baik kampung menjadi tradisi semua kaum apabila menjelangnya sesuatu perayaan untuk meraikannya
dengan keluarga dan sanak-saudara.
6. Islam menyarankan umatnya memohon maaf ketika perayaan Hari Raya Puasa. Amalan ini dapat menjernihkan
sebarang perselisihan faham dan memulihkan kasih sayang antara anggota keluarga.
7. Semangat komuniti atau kemasyarakatan dapat dilihat ketika sambutan perayaan-perayaan ini. Amalan
memakai pakaian dan memasak makanak tradisional menyerikan lagi sambutan tersebut.
8. Mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan yang sering diadakan oleh kerajaan Malaysia untuk
menjalinkan perpaduan antara kaum. Pelbagai acara dan aktiviti serta juadah tradisional akan dihidangkan untuk
semua lapisan masyarakat.
HARI DEEPAVALI
HARI KRIMAS
TADAO KEAMATAN
HARI GAWAI
HARI VAISAKHI