Anda di halaman 1dari 53

BENGKEL PERMODELAN DATA

Dr. Salmi Binti Baharom


Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
• Menerangkan bagaimana untuk membina rajah
hubungan entiti.
• Menerangkan bagaimana untuk menjelmakan
hubungan dari rajah hubungan entiti.
• Menerangkan bagaimana menggunakan proses
normalisasi untuk memecahkan satu hubungan
dengan anomali kepada hubungan berstruktur.
PENGENALAN

SPPD
Pangkalan
data

Program Aplikasi

• Sistem berasaskan pangkalan data terdiri dari:


 Program aplikasi
 Pangkalan data
 Sistem pengurusan pangkalan data (SPPD / DBMS)
PROGRAM APLIKASI
PROGRAM APLIKASI
PANGKALAN DATA
• Pangkalan data terdiri dari satu koleksi data yang
bersistematik.
• Ia menyokong penyimpanan dan manipulasi data.
• Pangkalan data memudahkan pengurusan data.
• Contoh:
Sistem e-Slip: Pangkalan data GAJI yang terdiri dari:
o maklumat peribadi kakitangan
o maklumat gaji kakitangan
o maklumat jabatan
PANGKALAN DATA
KAKITANGAN
no_kakitangan nama_kakitangan no_ic_baru no_ic_lama jawatan emel jabatan status

A02538 SALMI BINTI BAHAROM 1234567890 A12345678 PENSYARAH KANAN salmi@upm.edu.my 93303 AKTIF

A12563 JAMILAH BINTI DIN 6489505969 A83838838 PENSYARAH KANAN milah@upm.edu.my 93303 AKTIF

A00023 ALI BIN AHMAD 2883838484 544646464 PROFESOR ali@upm.edu.my 97774 PENCEN



JABATAN
kod_jabatan nama_jabatan

93303 JABATAN KEJURUTERAAN PERISIAN DAN SISTEM MAKLUMAT

97774 JABATAN SISTEM KOMPUTER

90003 JABATAN RANGKAIAN

99304 JABATAN MULTIMEDIA


PANGKALAN DATA
BUTIR_GAJI
no_kakitangan kod amaun

A02538 106 5480.87

A02538 121 700.00

A02538 122 600.00

A02538 141 300.00

A02538 203 781.65

A02538 210 2.00

A02538 222 50.00

A02538 223 2,250.00

A02538 237 100.00

A02538 241 95.96

A02538 418 4.00

A12563 106 6650.00

A12563 121 700.00




SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA

• SPPD adalah terdiri dari koleksi program-


program yang membolehkan pengguna untuk
mencapai pangkalan data, memanipulasi data
dan membuat laporan.
• Ia juga membantu kawalan capaian kepada
pangkalan data.
• SPPD yang paling popular di pasaran adalah
SPPD hubungan (i.e. relational DBMS)
• Contoh SPPD hubungan adalah MySQL,
Oracle, and Microsoft SQL Server.
PROSES MEMBUAT REKA BENTUK
1. Kenalpasti matlamat sebenar sistem.
2. Berbincang dengan pengguna untuk
mengenalpasti borang dan laporan asas.
3. Kenalpasti data yang perlu disimpan.
4. Reka bentuk jadual-jadual dan hubungan
5. Kenalpasti jika terdapat kekangan
6. Menentusahkan reka bentuk
MODEL PERHUBUNGAN ENTITI
• Model perhubungan entiti (ER-Model) adalah
perwakilan logikal data dalam sebuah
organisasi atau domain.
• Rajah perhubungan entiti (ER-Diagram) adalah
alat yang digunakan untuk model
perhubungan entiti dalam bentuk grafik
KONSEP ASAS MODEL HUBUNGAN ENTITI

• Entiti - Orang, tempat, objek, peristiwa atau


konsep dalam persekitaran pengguna yang
datanya perlu diselenggara
• Atribut - sifat atau ciri-ciri yg memperihalkan
satu jenis entiti.
• Hubungan - Pertalian atau hubungan antara
entiti
JENIS ENTITI
Jenis entiti merupakan satu set atau koleksi objek
dalam persekitaran sebenar yang berkongsi sifat.
IDENTITI ENTITI CONTOH

Orang STAF, PELAJAR, PENSYARAH


Tempat DAERAH, BANDAR, NEGERI
Objek BANGUNAN, ALAT, PRODUK
Peristiwa PENDAFTARAN, PERMOHONAN
Konsep KURSUS, AKAUN
Contoh Jenis Entiti merujuk kepada Identiti Entiti
RAJAH HUBUNGAN ENTITI
Nama Entiti Kata Kerja
Nama Atribut

Entiti Perhubungan Atribut

Contoh:
idProf namaProf

PROFESOR ajar KELAS

namaKelas

idKelas
CONTOH RAJAH HUBUNGAN ENTITI
ASAS NOTASI RAJAH HUBUNGAN ENTITI
Satu entiti khas
yang juga
merupakan
hubungan

Simbol
Entiti

Simbol
Atribut
Simbol
Hubungan
ENTITI
• Jenis Entiti vs. Keseketikaan Entiti
Jenis entiti – merujuk kepada entiti yang
mempunyai ciri-ciri yang sama
Keseketikaan entiti – setiap satu kejadian (i.e.
single occurrence) dalam satu jenis entiti
• Entiti Kuat vs. Entiti Lemah
Entiti Kuat – kewujudan jenis entiti bebas dari
jenis entiti yang lain.
Entiti Lemah – kewujudan jenis entiti yang
bergantung kepada jenis entiti yang lain.
JENIS DAN KESEKETIKAAN ENTITI
Jenis Entiti: PELAJAR
noMatrik namaPelajar
75115 Farazila Yusof
75794 Wan Haniza Wan Hassim
Setiap baris 76740 Norw ani Mohd Zain
Berikut merupakan 77388 Zaraw ahida Zakaria
entiti keseketikaan 77512 Rozita Bt Bahamad
(i.e. instance entity) 77558 Armamorhana Ahmad
Kepada entiti 77655 Siti Amrah Zakaria
Pelajar 78436 Siti Nor Haiza Mad Janapi
78447 Noriati Jaminah
84781 Emilza Fuad
84817 Azli Kamarudzaman
84858 Faddly Mazlan
84904 Balkhis Diba Mansor
85013 Aina Najmi Shari
ENTITI KUAT DAN ENTITI LEMAH

STAF 1 M
mempunyai TANGGUNGAN

No_Staf Nama Entiti Lemah


MENAMAKAN ENTITI
• Menggunakan kata nama.
• Pemilihan nama yang deskriptif dan spesifik.
 Contoh: PURCHASE_ORDER dan CUSTOMER_ORDER
• Pemilihan nama yang ringkas.
 Contoh: PENDAFTARAN_UTK_PELAJAR_DALAM_KELAS
• Bagi identiti entiti PERISTIWA, pemilihan nama
adalah hasil dari peristiwa bukan aktiviti atau proses
peristiwa.
 Contoh: Satu peristiwa di mana seorang pengurus projek
memberikan tugas kepada seorang pekerja untuk bekerja
dalam satu projek.
ATRIBUT

• Perihal atau ciri-ciri sesuatu entiti.


• Atribut yang penting sahaja ditunjukkan.
• Contoh Atribut:
PELAJAR : No_matrik, Nama, Alamat
NEGARA : Kod_negara, Nama_negara
Nama

No_matrik Alamat
PELAJAR

Perwakilan Atribut di dalam Rajah Hubungan Entiti


ATRIBUT
• Atribut Mudah vs. Atribut Komposit
Atribut Mudah – tidak boleh dipecahkan kepada komponen yang
lebih kecil
Atribut Komposit – boleh dipecahkan kepada beberapa
komponen.
• Atribut Nilai Tunggal vs. Atribut Nilai Berbilang
Nilai Tunggal – setiap atribut mempunyai satu nilai
Nilai Berbilang – setiap atribut mempunyai lebih dari satu nilai
• Atribut Terbitan
Atribut Terbitan – atribut yang mempunyai nilai yang boleh
diperolehi dari pengiraan nilai atribut yang berkaitan.
• Atribut Pengecam
CONTOH ATRIBUT KOMPOSIT

Satu atribut
dipecahkan kepada
beberapa
komponen.
Entiti dengan atribut berbilang (Skill) dan atribut terbitan
(Years_Employed)

Atribut Berbilang
Atribut Terbitan Seorang pekerja boleh ada
Dari Date_Employed dan Tarikh Semasa pelbagai kemahiran
PENGECAM (KUNCI)
• Untuk memudahkan pencarian maklumat dalam pangkalan
data, maka dalam setiap rekod yang disimpan akan
mempunyai satu atribut yang dikenali sebagai atribut
kekunci.
• Tiga jenis kunci iaitu:
Kunci Calon – satu atribut yang boleh menjadi kunci iaitu
memenuhi syarat untuk dipilih sebagai kunci.
Pengecam (Kunci Primer) – Satu atribut (atau kombinasi atribut-
atribut) yang mengecam secara unik keseketikaan individu satu
jenis entiti.
Pengecam Komposit – satu pengecam yang terdiri dari atribut
komposit
CIRI-CIRI PENGECAM
• Atribut yang mana nilainya tidak akan
berubah.
• Atribut yang mana nilainya tidak akan nol.
• Elakan guna pengecam pintar yang
strukturnya seperti klasifikasi, lokasi dan
sebagainya. Kerana nilai-nilai seperti ini
mungkin akan berubah.
• Gantikan kepada kunci yang baru dan mudah
bagi kunci yang panjang dan komposit
KUNCI ATRIBUT MUDAH

Kunci digariskan
KUNCI ATRIBUT KOMPOSIT

Kunci terdiri dari


dua komponen
HUBUNGAN
• Sekutuan antara keseketikaan satu atau lebih
jenis entiti yang berkaitan
• Nama hubungan menerangkan fungsi
gabungan tersebut.

Nama hubungan:
menulis

PENULIS BUKU

An author writes one or more books


A book can be written by one or more authors.
RELATIONSHIP
• Jenis Hubungan vs. Keseketikaan Hubungan
– Jenis hubungan dimodelkan sebagai bentuk diamond dan
garis di antara jenis entiti-entiti manakala keseketikaan
hubungan adalah hubungan spesifik di antara keseketikaan
entiti.
• Hubungan boleh mempunyai atribut
– Atribut ini menerangkan ciri-ciri mengenai penyekutuan
antara entiti-entiti dalam hubungan tersebut.
• Dua entiti boleh mempunyai lebih dari satu jenis
hubungan di antara mereka (i.e. hubungan pelbagai)
• Entiti Penyatuan merupakan gabungan satu hubungan
dan entiti.
Jenis Hubungan

Entiti dan Keseketikaan Hubungan


DARJAH HUBUNGAN
• Darjah satu hubungan merupakan bilangan
jenis entiti yang menyertai hubungan tersebut.
• Tiga jenis darjah hubungan:
Hubungan Unari
Hubungan Binari
Hubungan Ternari
DARJAH HUBUNGAN

Dua entiti
Satu entiti yang berkait
yang berkait dalam satu
Tiga entiti yang
dalam satu hubungan
berkait dalam
hubungan
satu hubungan
KARDINALITI HUBUNGAN
• Satu – ke – Satu
 Setiap entiti dalam hubungan hanya akan ada cuma satu keseketikaan
entiti yang berhubung.
• Satu – ke – Banyak
Satu entiti pada satu bahagian hubungan boleh mempunyai
banyak keseketikaan entiti yang berhubung, tetapi satu
entiti pada satu bahagian yang lain hanya akan mempunyai
maximum satu keseketikaan entiti yang berhubung.
• Banyak – ke – Banyak
Entiti di kedua-dua bahagian yang berhubung boleh
mempunyai banyak keseketikaan entiti.
DARJAH DAN KARDINALITI HUBUNGAN

(a) Hubungan Unari


(b) Hubungan Binari
(c) Hubungan Ternari

PELAJAR KURSUS
daftar

PENSYARAH

• Satu hubungan serentak antara keseketikaan tiga jenis entiti.


• Rajah hubungan entiti di atas menunjukkan:
 Satu pelajar boleh daftar banyak kursus dan satu kursus didaftar
oleh ramai pelajar
 Satu pelajar boleh ada ramai pensyarah dan satu pensyarah boleh
ada ramai pelajar
 Satu pensyarah boleh ajar banyak kursus dan satu kursus diajar oleh
ramai pensyarah.
Hubungan Binari

PELAJAR daftar KURSUS

ada ajar

PENSYARAH

Menjelmakan hubungan ternari kepada hubungan binari


(c) Hubungan Ternari

Nota: satu hubungan boleh mempunyai atributnya sendiri


KEKANGAN KARDINALITI

• Kekangan kardinaliti merupakan bilangan


keseketikaan entiti untuk satu entiti yang boleh
atau mesti bersekutu dengan keseketikaan entiti
yang lain.
• Kardinaliti Mininum
Jika kosong, maka opsyen
Jika satu atau lebih, maka mandatori
• Kardinaliti Maximum
Bilangan maximum
KARDINALITI OPSYEN DAN MANDATORI
KEKANGAN KARDINALITI
(a) Hubungan asas dengan hanya ditunjukkan kardinaliti maximum

(b) Kardinaliti minimum mandatori


CONTOH HUBUNGAN PELBAGAI

PEKERJA dan JABATAN – entiti boleh berhubung antara satu


sama lain dengan pelbagai cara.
ENTITI KUAT, ENTITI LEMAH DAN
HUBUNGAN IDENTIFIKASI

HUBUNGAN IDENTIFIKASI
ENTITI KUAT ENTITI LEMAH
ENTITI PENYATUAN
• Ia merupakan satu entiti yang mempunyai atribut
• DAN ia juga satu hubungan yang menghubungkan entiti-entiti
• Bilakah satu hubungan dengan atribut akan menjadi entiti
penyatuan
 Semua hubungan untuk entiti penyatuan mesti banyak
 Entiti penyatuan mempunyai maksud yang bebas dari entiti-entiti
lain
 Seeloknya entiti penyatuan mempunyai pengecam unik dan
mempunyai atribut yang lain
 Entiti penyatuan juga boleh untuk menyertai dalam hubungan lain
dengan entiti yang bersekutu dengan hubungan tersebut.
 Hubungan ternari sepatutnya diubah kepada entiti penyatuan
Certificate_Number Date_Completed
CONTOH ENTITI PENYATUAN
CERTIFICATE

Entiti penyatuan digambarkan dengan bentuk kotak dan bentuk diamond


di dalamnya. Perhatikan kardinaliti banyak-ke-banyak ke arah entiti
penyatuan dan bukan kepada entiti yang lain
(b) Hubungan Ternari sebagai entiti penyatuan
LATIHAN 1
Untuk setiap pasang ayat dibawah, kenalpasti entiti-entiti
dan hubungan yang mewakili ayat tersebut.

1. “Setiap pelajar mesti ambil satu atau lebih modul”


“Setiap modul mesti diambil oleh satu atau lebih pelajar”

2. “Setiap pelanggan mesti menerima sekurang-kurangnya satu penghantaran”


“Setiap satu penghantaran mesti dihantar kepada hanya seorang pelanggan”

3. “Seorang pelanggan mungkin mempunyai seorang pengurus akaun”


“Setiap pengurus akaun hanya ada satu pelanggan”
LATIHAN 2
Sebuah syarikat insuran automobil perlu untuk menyimpan
maklumat tentang pemegang polisi kenderaan. Maklumat yang
perlu disimpan adalah maklumat pelanggan, kereta dan
kemalangan. Maklumat pelanggan adalah no_lesen, nama dan
alamat. Pelanggan boleh mempunyai satu atau lebih kereta di mana
maklumat kenderaan yang diperlukan adalah no_plet, model dan
tahun. Sebuah kereta mungkin terlibat dalam banyak kemalangan.
Jika kereta terlibat dalam kemalangan, maklumat yang diperlukan
adalah no_laporan, lokasi dan tarikh. Setiap kereta yang terlibat
dalam kemalangan perlu ditaksirkan kos kerugian.

Bina Rajah Hubungan Entiti.


LATIHAN 3
Lukiskan Rajah Hubungan Entiti berdasarkan borang dan laporan berikut.

(a) Club Membership Data Entry Form

CLUB LOCKERS REPORT


LockerRoom LockerNumber MemberNumber MemberName LockerSize

Men 2100 1000 Jones Medium


Men 2115 3000 Wu Large
Women 2200 2000 Albert Large
Women 2217 4000 Lai Small

(b) Club Locker Report


LATIHAN 4
Syarikat ABC ingin membina sebuah Sistem Pengurusan Stok. Setiap transaksi
kemasukan dan pengeluaran barang perlu direkodkan oleh pegawai. Terdapat
beberapa pegawai akan dipertanggungjawabkan untuk merekod kemasukan
dan pengeluaran barang-barang. Maklumat yang perlu disimpan adalah
maklumat PEGAWAI, BARANG dan PEMBEKAL. Maklumat pegawai adalah
id_pekerja, nama, no_telefon, gambar, password. Maklumat barang adalah
kod_barang, nama_barang, gambar_barang. Manakala maklumat pembekal
adalah id_pembekal, nama_pembekal, alamat, no_telefon. Maklumat
transaksi kemasukan dan pengeluaran stok perlu menyatakan tarikh, quantiti
dan keterangan. Polisi pihak syarikat pula hanya membenarkan satu barang
hanya boleh dibekal oleh hanya satu pembekal sahaja.

Bina Rajah Hubungan Entiti berdasarkan senario di atas.

Anda mungkin juga menyukai