Anda di halaman 1dari 1

Alfred Mujah anak Jimmy,

Flat No. 11D


SMK Penrissen No.1
93250 Kuching, Sarawak

Encik Varian Kiyu Junerason Anyew


Pegawai Pengesah Kelas IT Networking
b/p Yahos School of Skills,
CM206 1st Floor MJC Batu Kawa New Township,
Jalan Batu Kawa, Batu Kawa,
93250 Kuching, Sarawak TARIKH: 16hb DISEMBER 2022 (KHAMIS)

Encik,

MEMOHON CUTI AWAL ATAS TUJUAN UNTUK KEMBALI KE KAMPUNG HALAMAN


SEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI KRISMAS DAN PERKAHWINAN IBU
SAUDARA SAYA

Dengan segala hormatnya merujuk perkara yang di atas ini, saya Alfred Mujah anak
Jimmy dari kelas IT Networking, ingin menjelaskan sebab saya memohon cuti selama lima
(5) hari, dari 19 hingga 23 Disember 2022, yakni dari hari Isnin hingga Jumaat.

2. Tujuan saya memohon cuti awal selama lima (5) hari ialah untuk kembali ke
kampung halaman saya di Limbang bagi menghadiri perkahwinan ibu saudara saya
Caroline anak Ucha dengan Encik Bornfree Chiam Riong yang akan berlangsung selang
sehari (26 Disember 2022, Isnin) selepas hari Krismas (25 Disember 2022, Ahad), dan juga
di atas urusan keluarga yang perlu diuruskan di sana menjelang hari perkahwinan
berkenaan.

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak Encik dapat mempertimbangkan dan
meluluskan cuti tersebut. Keprihatinan pihak Encik amat saya hargai.

Sekian terima kasih dan harap maklum.

Yang Benar,

ALFRED MUJAH ANAK JIMMY

Anda mungkin juga menyukai