Anda di halaman 1dari 13

Peraturan dan Arahan

Semasa Berada di
Dalam Bengkel
Rangkaian IT
OLEH
ALFRED MUJAH ANAK JIMMY
P R O G R A M S E RV I S R A N G K A I A N K O M P U T E R
Dalam slide yang akan disediakan, para pelajar akan didedahkan
dengan pengertian akan betapa pentingnya kebersihan dan
keselamatan di dalam bengkel seperti yang ditetapkan, setiap kali kelas
amali diadakan, dan untuk memberi arahan kepada semua pihak
termasuk para pelajar dan pensyarah agar mematuhi peraturan-
peraturan berkenaan dengan kebersihan dan keselamatan di dalam
bengkel termasuk prosedur operasi standardnya

ABSTRAK
Pengenalan
Sering kali apabila adanya kelas amali
diadakan, kita akan ke bengkel komputer
di mana kita akan melakukan kerja-kerja
amali seperti latihan memperbaiki
komputer, memasang kabel rangkaian,
melakukan konfigurasi peranti, dan lain-
lain bagi mempersiapkan diri kita ke
dunia tugasan yang sebenar di dalam
pekerjaan nanti. Akan tetapi, terdapat
beberapa perkara yang harus kita ambil
tahu bagi memastikan kebersihan dan
keselamatan bengkel sentiasa terpelihara
dan berada dalam keadaan yang
tersusun.
Sebelum memulakan kelas
01 Pastikan kelas berada dalam
keadaan bersih sebelum
memulakan kelas amali dan
selepas membuka pintu kelas.
Sejurus selepas itu, pasangkan
suis lampu dan kipas sebelum
kelas bermula.
Sebelum memulakan kelas

02 Pastikan meja komputer dan


juga dimana peralatan
diletakkan sentiasa bersih
sebelum memulakan kelas amali
Sebelum memulakan kelas

03 Pastikan meja komputer dan


juga dimana peralatan
diletakkan sentiasa bersih
sebelum memulakan kelas amali
Semasa kelas berjalan lancar

01 Dilarang merokok dan


bervaping di dalam bilik
bengkel komputer
Semasa kelas berjalan lancar

02 Dilarang membawa makanan dan minuman


(kecuali air kosong dan gula-gula anti-sakit
tekak) masuk ke dalam bengkel komputer
sewaktu kelas amali berjalan lancar.
Semasa kelas berjalan
lancar
03 Berhati-hati dan berwaspada
ketika melakukan latihan-latihan
amali di dalam kelas seperti
memasang dan menyambung kabel,
memperbaiki komputer, memasang
motherboard dan cakera ke dalam
CPU komputer dan memperbaiki
telefon bimbit dan pintar di dalam
bengkel. Ia adalah penting dalam
mengelakkan perkara-perkara yang
tidak diingini seperti letupan dan
renjatan elektrik daripada berlaku
dan berulang.
Selepas tamat
kelas amali
01 Sebelum bersurai, sila pastikan
bahawa kelas sentiasa dalam
keadaan yang bersih dan kemas
dengan menyimpan kembali semua
peralatan digunakan ke tempat
yang asal sesudah sesuatu latihan
amali siap.
Selepas tamat
kelas amali
02 Pastikan semua suis kipas,
penghawa dingin, peralatan dan
perkakasan latihan amali dan juga
suis lampu ditutup sejurus sebelum
meninggalkan bengkel. Ini
bertujuan untuk mengelakkan
pembaziran elektrik dan untuk
mengelakkan berlakunya litar
pintas dan letupan bengkel akibat
kerosakan perkakas.
Selepas tamat
kelas amali
03 Pastikan semua tingkap ditutup
dengan ketat sejurus meninggalkan
bengkel bagi mengelakkan
daripada berlakunya sebarang
insiden dan kejadian yang tidak
diingini.
Selepas tamat
kelas amali
04 Dan selepas meninggalkan
bengkel sejurus tamat kelas,
pastikan semua pintu ditutup dan
dikunci untuk mengelakkan
daripada berlakunya kejadian
buruk yang tidak terjangka seperti
rompakan, samun dan
pencerobohan bengkel oleh pihak
individu yang tidak
bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai