Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKUS

Sekolah Kluster Kecemerlangan


36750 Langkap, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-6597996 Fax : 6591690
Email : ABA5062@1bestarinet.yes.my Blog : skchikuscemerlang.blogspot.com Facebook : The Chekozz

Ruj. Kami : SKC.ABA5062/KLUSTER/07 (2)


Ruj. Tuan :
Tarikh : 09 Oktober 2017
Kepada;
Sesiapa yang berkenaan.

Tuan,
JEMPUTAN PERTANDINGAN MEMANAH SEMPENA PROGRAM PEMBANGUNAN MEMANAH
MSSD HILIR PERAK 2017

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Chikus akan menganjurkan Pertandingan Memanah


Sempena Program Pembangunan Memanah Mssd Hilir Perak 2017 pada 28 Oktober 2017
bertempat di Padang SK Chikus, Langkap Perak.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan ini menjemput Persatuan/Kelab


Memanah, Sekolah, Pusat Latihan Negeri dan Penggiat sukan memanah untuk menyertai
pertandingan ini.

4. Bersama-sama ini disertakan maklumat pertandingan, jadual dan borang pendaftaran


untuk perhatian dan tindakan pihak tuan. Di harap agar borang pendaftaran ini dapat
diserahkan kembali sebelum atau pada 26 Oktober 2017 melalui faks sekolah 05-6591690 atau
melalui emel En Razlan Bin Shaari (No Tel: 013-5100311 / Emel: razlan.shaari@yes.my)

Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan
terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

HALMI BIN ABD RAHMAN


Guru Besar
SK Chikus
Sekolah Kluster Kecemerlangan

“Merealisasikan Sekolah Kebangsaan Chikus Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi”


“Sekolah Kebangsaan Chikus Sentiasa di Puncak Kecemerlangan”
PROGRAM PEMBANGUNAN MEMANAH
MSSD HILIR PERAK 2017
Pengenalan

Untuk melahirkan atlet-atlet yang berpotensi memerlukan satu program yang terancang serta
perlu dilaksanakan secara sistematik dan terperinci yang memerlukan satu jangka masa yang
panjang. Atas kesedaran ini sebagai seorang jurulatih maka lahirlah cadangan untuk
mengadakan Pertandingan memanah di sekolah ini. Pertandingan ini akan dilaksanakan oleh
guru-guru dari sekolah ini yang berpengalaman dalam sukan memanah. Pertandingan memanah
ini diadakan kepada pelajar-pelajar yang berminat menyertainya sesuai dengan teori yang
dikemukakan oleh Bompa ,(1995). dalam ‘From Childhood to Champion Athlete’ dalam model
‘Overall Developement’ pada peringkat awal dan menjurus ke arah pengkhususan di peringkat
yang lewat.

Tujuan

1. Memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar serta mempertingkatkan


keyakinan diri dan disiplin para pelajar.
2. Untuk mempertingkatkan kualiti dan kuantiti sukan memanah di daerah Hilir Perak.
3. Untuk melahirkan atlet yang berpotensi di dalam sukan memanah di samping
mempunyai latar belakang akademik yang tinggi.
4. Untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan sukan memanah dalam kalangan guru-
guru.

Objektif

1. Memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan serta pengalaman dan


kemahiran dalam sukan memanah.
2. Memberi pendedahan dalam aspek-aspek kemahiran agar dapat mengembangkan
minda, bakat dan potensi secara menyeluruh dan berketrampilan dalam kegiatan ko-
kurikulum.
3. Program ini merupakan sebagai satu aktiviti untuk mencari bakat-bakat baru sukan
memanah yang berwibawa dan boleh diketengahkan untuk mewakili MSSD, MSSPk
seterusnya MSSM.

Sasaran

1. Kategori Bawah 9 tahun terbuka kepada negeri-negeri, persatuan, kelab dan individu
seluruh negara.
2. Kategori Bawah 12 tahun terbuka kepada negeri-negeri, persatuan, kelab dan individu
seluruh negara.
PERATURAN PERTANDINGAN
PROGRAM PEMBANGUNAN MEMANAH
MSSD HILIR PERAK 2017

PERATURAN AM

1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini mengikut undang-


undang World Archery (WA) dan peraturan am MSSM.

2. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang WA


yang terkini akan dipatuhi.

3. Sebarang keputusan dibuat olej Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Program


Pembangunan Memanah Mssd Hilir Perak 2017, adalah MUKTAMAD.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Atlet hendaklah berumur 12 tahun (lahir pada tahun 2005) dan ke bawah.

2. Terbuka kepada negeri-negeri, persatuan, kelab dan individu seluruh negara.

3. Had maksimum penyertaan pertandingan ini adalah sebanyak 120 orang sahaja (60 lelaki &
60 perempuan).

KATEGORI PERTANDINGAN

1. Hanya acara Recurve sahaja yang akan dipertandingkan.

2. Jarak dan format yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:

LELAKI BAWAH 12 PEREMPUAN BAWAH 12

30 meter 30 meter
(36 arrow x 2 set) (36 arrow x 2 set)
122 cm Target Face 122 cm Target Face

LELAKI BAWAH 9 PEREMPUAN BAWAH 9

10 meter 10 meter
(36 arrow x 2 set) (36 arrow x 2 set)
122 cm Target Face 122 cm Target Face
PERATURAN PERALATAN

1. Peralatan-peralatan berikut mestilah mengikut spesifikasiyang ditetapkan oleh pengelola.


Peralatan-peralatan kategori Recurve adalah dibenarkan, KECUALI:

Bil Peralatan Spesifikasi

1 Limb Glass, Foam & Wooden sahaja

2 Arrow Aluminium sahaja

HADIAH

1. Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:

Lelaki Bawah 12 Perempuan Bawah 12


Acara

Emas Perak Gangsa Emas Perak Gangsa

30 meter - Pusingan 1 1 1 1 1 1 1

1 1 1 1 1 1
30 meter - Pusingan 2

30 meter - 1 1 1 1 1 1
Keseluruhan Individu

Lelaki Bawah 9 Perempuan Bawah 9


Acara

Emas Perak Gangsa Emas Perak Gangsa

10 meter - Pusingan 1 1 1 1 1 1 1

1 1 1 1 1 1
10 meter - Pusingan 2

10 meter - 1 1 1 1 1 1
Keseluruhan Individu

2. Sijil penyertaan akan disediakan kepada peserta.


TAKLIMAT PENGURUSAN PASUKAN

1. Taklimat Pengurusan Pasukan akan diadakan SEBELUM pertandingan.

MASA MELAPOR DIRI

1. Setiap pasukan dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Hakim (Chief Of Judge)
kejohanan untuk pemeriksaan peralatan (Tackle Inspection) pada hari pertandingan.

BANTAHAN

1. Setiap pasukan dibenarkan membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan dibenarkan


membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan
wang pertaruhan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).

2. Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

3. Bantahan hendaklah dibuat kepada Ketua Delegat Teknikal dalam masa 15 minit selepas
keputusan diumumkan atau selepas kejadian berlaku.

PENGESAHAN PENYERTAAN

1. Pengesahan penyertaan perlu dibuat sebelum atau pada 26 Oktober 2017 bagi
memudahkan segala urusan dapat diurus sebaik mungkin oleh pihak pengelola.

PENGINAPAN

1. Tidak disediakan.

MAKANAN DAN MINUMAN

1. Makanan tidak disediakan. Gerai jualan akan disediakan.

2. Air minuman akan dibekalkan sepanjang kejohanan.

YURAN PENYERTAAN

1. Yuran Penyertaan RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) dikenakan untuk setiap
peserta.

2. Yuran penyertaan boleh dibayar pada AJK pendaftaran pada 28 Oktober 2017.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”


BORANG PENYERTAAN

PASUKAN / SEKOLAH : ......................................................................................

PENGURUS : ......................................................................................

JURULATIH : ......................................................................................

KATEGORI RECURVE PEREMPUAN

BIL NAMA KAD PENGENALAN KATEGORI


BAWAH 12 /
BAWAH 9
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Sila lengkapkan borang penyertaan dan fax kepada :


FAX : 05-6591690 / TEL: 05-6597996
Atau email ke
razlan.shaari@yes.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:


013-5100311 (Cikgu Razlan)
BORANG PENYERTAAN

PASUKAN / SEKOLAH : ......................................................................................

PENGURUS : ......................................................................................

JURULATIH : ......................................................................................

KATEGORI RECURVE LELAKI

BIL NAMA KAD PENGENALAN KATEGORI


BAWAH 12 /
BAWAH 9
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Sila lengkapkan borang penyertaan dan fax kepada :


FAX : 05-6591690 / TEL: 05-6597996
Atau email ke
razlan.shaari@yes.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:


013-5100311 (Cikgu Razlan)
JADUAL PERTANDINGAN
PROGRAM PEMBANGUNAN MEMANAH
MSSD HILIR PERAK 2017

HARI /TARIKH MASA PERKARA


8.00 am Pendaftaran
SABTU
28 Oktober 2017 8.30 am Mesyuarat pengurus pasukan
Pemeriksaan alatan

9.00 am Latihan Rasmi Perempuan (Bawah 12 & 9)

9.15 am Pertandingan memanah Perempuan (Bawah 12 & 9)


Jarak 30m (Pusingan 1)

10.45 am Rehat

11.00 am Latihan Rasmi Lelaki (Bawah 12 & 9)

11.15 am Pertandingan memanah Lelaki (Bawah 12 & 9)


Jarak 30m (Pusingan 1)

12.45 pm Rehat

2.00 pm Latihan Rasmi Perempuan (Bawah 12 & 9)

2.15 pm Pertandingan Perempuan (Bawah 12 & 9)


Jarak 30m (Pusingan 2)

3.45 pm Rehat

4.00 pm Latihan Rasmi Lelaki (Bawah 12 & 9)

4.15 pm Pertandingan memanah Lelaki (Bawah 12 & 9)


Jarak 30m (Pusingan 2)

6.00 pm Perasmian penutup


Penyampaian hadiah

6.30 pm Bersurai

NOTIS : SEBARANG PERUBAHAN JADUAL TERTAKLUK KEPADA PIHAK PENGANJUR DAN KEADAAN SEMASA.

Anda mungkin juga menyukai