Anda di halaman 1dari 8

Apa itu Agroteknologi?

Program studi Agroteknologi mengajak para mahasiswanya mempelajari


penerapan teknologi dalam budidaya tanaman sesuai dengan prinsip pertanian
yang jangka panjang. Para mahasiswa akan belajar bagaimana merencanakan
dan merancang sistem produksi tanaman secara efektif dan produktif. Cakupan
bidang ini tidak terbatas pada penggunaan traktor, sistem pengairan dan
pengolahan hasil pertanian saja, akan tetapi pada seluruh proses dan berbagai
aspek dalam budidaya tanaman maupun ternak dan proses pengolahan hasilnya.

Agroteknologi adalah suatu pembelajaran yang mencakup 3 bagian yaitu ilmu tanah, hama dan
penyakit, budidaya (agronomi) dan dapat dijelaskan bahwa agronomi ialah ilmu yang
mempelajari tentang sains dan teknologi suatu tanaman yang melibatkan penelitian
dan pengembangan.

Rawatan dan bantuan kecemasan

Setiap pelajar dan pensyarah haruslah mengetahui teknik-teknik pertolongan cemas dengan betul agar sebarang
kecederaan yang memerlukan rawatan segera dapat dilakukan sebelum pelajar yang mengalami keceraan
mendapat yang lanjut daripada hospital. Definisi pertolongan cemas ialah pertolongan segera yang diberikan
kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak
hospital. 

Prinsip-prinsip pertolongan cemas adalah :

i.  Menyelamatkan nyawa.

ii.  Mengurangkan kesakitan.

iii. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk.

Iv. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital.

Terdapat beberapa teknik-teknik pertolangan cemas akibat kecederaan berikut :

1 ) Luka/Pendarahan

i.                     Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti 

             [darah membeku].

ii.                   Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas  

             kawasan  yang luka.

iii.                 Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan   

             otak.Praktikkan teknik RICE.


iv.         Tenangkan mangsa.

iv.                 Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

2) Terkejut

       i.              Baringkan mangsa.

      ii.              Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga .

      iii.             Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'. 

      iv.             Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ketepi dan kaki  
                        
                        ditinggikan .

v.                            Selimutkan jika suhu badan menurun.

vi.                         Segera hantar ke hospital

3) Terbakar

      i.              Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk 

     ii.              Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih.

     iii.             Baringkan mangsa.

     iv.             Jangan gerakkan bahagian yang terbakar

     v.              Beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar.

     vi.             Hantar segera ke hospital

4) Melecur

       i.              Sejukkan dengan air sejuk

       ii.             Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian.

       iii.            Rawat seperti mangsa terbakar

5) Kejutan elektrik 

       i.             Putuskan hubungan elektrik.

       ii.            Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [ear] jika pernafasan mangsa                    


                      terhenti.

     iii.            Rawat bagi terbakar jika ada.


Rekod kemalangan
i. Guru dapat mempertingkatkan pengurusan bengkel.

ii. Guru dapat memastikan kemalangan yang sama tidak berulang.

iii. Boleh menjadi sumber rujukan kepada pihak-pihak tertentu jika


sesuatu kemalangan itu memerlukan siasatan lanjut.

iv. Boleh menjadi bukti untuk menentukan sama ada langkah-


langkah pencegahan kemalangan yang diamalkan berkesan atau
pun tidak.

Contoh format yang terkandung di dalam buku rekod kemalangan seperti


berikut :

TARIK NAM TAHU JENIS RAWAT T.T


H A N KEMALANG AN GUR
MURI AN AWAL U
D
1.3.201 Ali b. 4 W Luka ibu jari Rawatan  
1 Mad terkena pahat luka di
bengkel

APA ITU OSHA???

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan dimana seseorang pekerja
memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain
yang mungkin terjejas aktiviti-aktivitinya.

SEJARAH OSHA???

KOD HAMURABI (PEMBALASAN)

· Dijejak di Babylon seawal tahun 2500 sebelum masihi.

· Di negeri tersebut seorang raja memerintah berpandukan kod undang-undang.


· Menekankan hukuman bagi kesalahan .

· Menetapkan pencegahan kemalangan dilakukan melalui pembalasan melalui data.

UNITED KINGDOM

· Sejak kurun ke-19 revolusi industri bermula

· Sentiasa bekerja dengan mesin berbanding penggunaan tangan dan binatang.

PERANAN OSHA

Sejak 120 tahun yang pada akhir abad ke -19.

1. Dandang sebelum 1914

2. Keselamatan jentera 1914-1962

3. Industri 1953-1967

4. Semua industri 1970-1994

5. Semua bidang pekerjaan selepas 1994

TERMA-TERMA POPULAR DALAM OSHA???

Prinsip

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:

 Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan


dan kemahiran yang baik
 Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat
kerja bebas daripada sebarang kemalangan
 Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan
keselamatan di tempat kerja
 Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh
semua pekerja di tempat kerja
 Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi
menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
 Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
NIOSH

institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Bahasa Inggeris: National


Institute of Occupational Safety and Health; NIOSH) ialah agensi persekutuan Malaysia yang
bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan membuat cadangan untuk pencegahan
kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. NIOSH terletak di bawah
pentadbiran Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

SEJARAH NIOSH

NIOSH ditubuhkan pada 1 Jun 1992 sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Kementerian


Sumber Manusia dengan visi menjadi pusat kecemerlangan dalam keselamatan dan kesihatan
pekerjaan. NIOSH pada awalnya bermula sebagai sebuah syarikat berdaftar pada tahun 1965
dengan geran sebanyak RM1 juta daripada Kerajaan dengan dana endaumen RM50 juta
bersamaan RM40 juta dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang mana akan
dilaburkan dan kembalinya pelaburan tersebut, akan digunakan untuk membiayai sebahagian
operasi dan aktiviti yang dijalankan oleh NIOSH.[3] Ibu pejabat NIOSH yang pertama adalah di
Damansara dan telah berpindah ke Bandar Baru Bangi.

"DOSH tu apa ?"


- Department of Occupational Safety & Health atau nama Melayu adalah Jabatan Keselamatan &
Kesihatan Pekerja (JKKP)
"Apa tugas DOSH ni ?"
- DOSH antara tugas utamanya adalah melaksana dan menguatkuasakan undang-undang yang
berkaitan kesihatan & keselematan pekerja dan juga menyedia garis panduan serta pendaftaran
untuk Orang Yang Kompeten.
"DOSH ada buat kursus ke ?"
- DOSH tidak menganjurkan apa-apa kursus kompeten, tapi mengawal selia penyedia latihan
untuk kursus kompeten yang ada di Malaysia.
"Kalau nak sertai kursus Safety Officer & Safety Supervisor nak amik dengan siapa ?"
- Skill Solutions adalah training provider untuk kursus SSS & SHO malah mendapat lesen dari
DOSH untuk emnganjurkan kursus tersebut.

Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk
secara berterusan mempertingkatkan kualiti produk, perkhidmatan serta prestasi
keselamatan dan kesihatan warga JKKP di samping mereka yang berkaitan.

Pihak pengurusan dan warganya JKKP akan sama-sama berusaha untuk mencegah
sebarang potensi ketidakakuran produk dan perkhidmatannya serta sebarang
kemungkinan kecederaan dan penyakit dari insiden yang berlaku di tempat kerja.

Jabatan ini komited untuk: -


 Menyediakan dan menyelenggara suatu tempat dan sistem kerja yang berkualiti,
selamat serta sihat dari sebarang hazad dan risiko;
 Memastikan bahawa semua warga JKKP adalah diberi maklumat, arahan, latihan
dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan
tanpa risiko kepada kesihatan;
 Menyiasat semua ketidakakuran produk dan perkhidmatannya, insiden, penyakit
pekerjaan, keracunan pekerjaan dan kejadian berbahaya serta mengambil
langkah-langkah untuk memastikan ianya tersebut tidak berulang lagi;
 Mengenalpasti, mematuhi kehendak-kehendak pelanggan, perundangan dan lain-
lain keperluan seperti ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan industri yang diluluskan;
 Mempromosikan dan mencapai Objektif Kualiti, Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan, Prosedur Kerja, Peraturan dan Garis Panduan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan di kalangan warga JKKP di seluruh negara.

Untuk memastikan pelaksanaan dasar ini, sistem Pengurusan Kualiti, Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan diwujudkan, dilaksanakan dan diselenggarakan di Jabatan ini.

CIDB
embaga Pembangunan Industri Pembinaan ( “CIDB”) adalah satu
entiti yang tidak dapat dielakkan bagi mereka yang terlibat dalam
industri pembinaan di Malaysia, sebahagian besarnya penglibatan
CIDB adalah melalui levi di mana ia dikenakan ke atas semua projek
pembinaan utama, dan kursus-kursus wajib yang dijalankan olehnya.
CIDB adalah sebuah badan korporat yang telah dicipta oleh “Akta
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994”
( “Akta “). Tujuannya telah diringkaskan oleh Menteri Kerja Raya
pada majlis pembukaan rasmi:
“Kita sedang memasuki ke dalam era pertumbuhan berterusan
kerana kita meletakkan diri kita ke alaf baru apabila kita menjadi
sebuah negara perindustrian dengan barangan bukan sahaja
dihasilkan untuk mengeksport tetapi juga kemahiran dan kepakaran
untuk menjual di luar negara. Bagi memenuhi aspirasi ini industri
pembinaan perlu dibimbing, dipupuk dan dibangunkan untuk
mencapai kualiti yang diperlukan . 
Fokus CIDB adalah pada:
 Pertumbuhan yang mampan, pembangunan kapasiti dan
pemerkasaan
 Penambahbaikan prestasi industri dan amalan terbaik
 Perubahan industri, disokong oleh amalan perolehan yang
konsisten dan beretika
 Meningkatkan nilai kepada pelanggan dan masyarakat

PERKESO

Latar Belakang
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan
Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan
menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan
(Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah
kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan
sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.
Fungsi dan Peranan
Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep
tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian
pendapatan (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income). Perlindungan
keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di
bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen
102; Minimum Standard for Social Security. Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi
utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja
dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.

Anda mungkin juga menyukai

  • Ulangkaji Tajuk 1 (Kuiz 1)
    Ulangkaji Tajuk 1 (Kuiz 1)
    Dokumen3 halaman
    Ulangkaji Tajuk 1 (Kuiz 1)
    RBT0623 Abigail Low Xin Ern
    Belum ada peringkat
  • Ulangkaji Tajuk 2 (Kuiz 2)
    Ulangkaji Tajuk 2 (Kuiz 2)
    Dokumen3 halaman
    Ulangkaji Tajuk 2 (Kuiz 2)
    RBT0623 Abigail Low Xin Ern
    Belum ada peringkat
  • Untitled
    Untitled
    Dokumen1 halaman
    Untitled
    RBT0623 Abigail Low Xin Ern
    Belum ada peringkat
  • Kesan-Kesan Angin
    Kesan-Kesan Angin
    Dokumen1 halaman
    Kesan-Kesan Angin
    RBT0623 Abigail Low Xin Ern
    Belum ada peringkat
  • 1.0 Penghargaan
    1.0 Penghargaan
    Dokumen6 halaman
    1.0 Penghargaan
    RBT0623 Abigail Low Xin Ern
    Belum ada peringkat
  • Sains Eksperimen
    Sains Eksperimen
    Dokumen4 halaman
    Sains Eksperimen
    RBT0623 Abigail Low Xin Ern
    Belum ada peringkat
  • Rujukan
    Rujukan
    Dokumen3 halaman
    Rujukan
    RBT0623 Abigail Low Xin Ern
    Belum ada peringkat
  • Kesan
    Kesan
    Dokumen2 halaman
    Kesan
    RBT0623 Abigail Low Xin Ern
    Belum ada peringkat
  • Amalan Pertanian
    Amalan Pertanian
    Dokumen5 halaman
    Amalan Pertanian
    RBT0623 Abigail Low Xin Ern
    Belum ada peringkat
  • Kesan Pengabaian Penada Wacana
    Kesan Pengabaian Penada Wacana
    Dokumen1 halaman
    Kesan Pengabaian Penada Wacana
    RBT0623 Abigail Low Xin Ern
    Belum ada peringkat
  • 1
    1
    Dokumen2 halaman
    1
    RBT0623 Abigail Low Xin Ern
    Belum ada peringkat
  • Doc1111 BM
    Doc1111 BM
    Dokumen2 halaman
    Doc1111 BM
    RBT0623 Abigail Low Xin Ern
    Belum ada peringkat
  • Konsep Moral
    Konsep Moral
    Dokumen5 halaman
    Konsep Moral
    RBT0623 Abigail Low Xin Ern
    Belum ada peringkat