Anda di halaman 1dari 1

PASTI AL-IRFAN KAWASAN TEBRAU

No. 5A & 5B, Jalan Jambu 2, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor,
Email : pastialirfantebrau@gmail.com

Kepada : Rujukan Kami : PASTI/K/02/22-43


Ibu bapa / Penjaga Murid, Tarikh : 05 Disember 2022 / 10 Jamadil Awal 1444H
PASTI Al-Irfan Tebrau.

Assalamualaikum wbt,

Tuan/Puan,

KUTIPAN DANA CERIATHON 2022

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikut adalah butiran berkaitan :-

Tarikh Terima 08 Disember 2022 (Khamis)


Tarikh Pulang 05 Januari 2023 (Khamis)

3. Kutipan dana ceraithon bertujuan :-


a) Menceria serta menambah baik infrastruktur prasarana dan premis cawangan PASTI
b) Membantu menampung pembiayaan aktiviti kurikulum, ko-kurikulum serta yang berkaitan akademik
murid dari masa ke semasa.

4. Murid akan diberikan kad ceriathon dan 5 murid yang terbanyak mengumpul dana sumbagan, akan
menerima hadiah saguhati daripada pihak pengurusan.

Segala perhatian dan kerjasama didahului dengan ucapan jazakumullahu khair kathira. Sekian.

“Membina Generasi Bertaqwa”

Yang menjalankan amanah,

……………………………………..
Ustaz Kamal Ariff Bin Mohd Bakri,
Pengerusi PASTI Al-Irfan Tebrau.

Anda mungkin juga menyukai