Anda di halaman 1dari 1

PUSAT PENGURUSAN TENAGA DAN KAMPUS LESTARI

Rujukan Kami : UniMAP.COSCEM.500-8/2/3 (11)


Tarikh : 25 Januari 2023

Prof. Madya Datin Gs. Ts. Arnis Asmat


Pengarah
UiTM Green Centre (UGC)
Pejabat Pembangunan Infrastruktur &
Infostruktur, Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor

YBhg. Datin,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH SEMPENA SUSTAINABILITY WEBINAR SERIES


1/2023 : SESI PERKONGSIAN KESEDARAN KELESTARIAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari


(COSCEM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menganjurkan Sustainability Webinar
Series 1/2023 : Sesi Perkongsian Kesedaran Kelestarian kepada staf dan pelajar UniMAP.
Butiran program adalah seperti berikut:-

Tarikh : 20 Februari 2023 (Isnin)


Masa : 9.30 Pagi
Medium : Secara online melalui aplikasi Google Meet

3. Sehubungan itu, pihak kami dengan berbesar hati ingin menjemput pihak YBhg. Datin
untuk menyampaikan ceramah bagi program ini. Sebarang maklumbalas dan pertanyaan
lanjut pihak YBhg. Datin boleh hubungi 019-990 7054.

Segala kerjasama dan perhatian amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


‘ILMU, KEIKHLASAN, KECEMERLANGAN’

Saya yang menjalankan amanah,

PROFESSOR MADYA TS. DR. IRNIS AZURA ZAKARYA


Pengarah
Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari
Universiti Malaysia Perlis

Anda mungkin juga menyukai