Anda di halaman 1dari 4

5.2.

Maksim Kedermawanan

Maksim kedermawanan atau maksim kemurahan hati, mengharapkan penutur dapat

menghormati orang lain. Penghormatan terhadap orang lain akan terjadi apabila penutur

dapat mengurangi keuntungan bagi dirinya sendiri dan memaksimalkan keuntungan bagi

pihak lain. Pelaksanaan maksim kedermawanan dapat dilihat pada contoh berikut :

Contoh ayat Maksim Kedermawaan di dalam Cerpen Pak Utih.

1. Muka surat 62, perenggan 38.

Sepuluh orang pengemis berderet menghulur tempurung. Pak Utih takjub kenapa

tak seorang pun di antara beribu ribu orang itu bersedekah. Betul-betul kurang

ajar orang-orang di kota besar ini. Oleh Pak Utih dihulur wang syiling sepuluh sen

tiap-tiap seorang.

5.3. Maksim Penghargaan

Di dalam maksim penghargaan menjelaskan bahawa seseorang akan dianggap santun

apabila dalam pertuturannya selalu berusaha memberikan penghargaan kepada pihak lain.

Dengan maksim ini, pertuturan yang disampaikan tidak saling mengejek, mencaci,

merendahkan pihak yang lain. Penutur yang sering mengejek penutur lain semasa bertutur

akan dianggap sebagai orang yang tidak sopan. Tindakan mengejek merupakan tindakan yang

tidak menghargai orang lain. Pelaksanaan maksim penghargaan dapat dilihat pada contoh

berikut:

Contoh ayat Maksim Penghargaan di dalam Cerpen Pak Utih.

1. Muka surat 63, perenggan 44.


Pak Utih bercadang hendak memanggil semua sanak saudaranya berkumpul

untuk mendengar cerita tentang kota besar yang dibina oleh Tunku Abdul

Rahman itu.

2. Muka surat 61, perenggan 35.

“ Ini Cuma untuk encik saja. Kalau orang lain tak kurang satu ratus. Ini jam

orang putih buat. Tahan sampai anak cucu.”

5.4 Maksim Kesederhanaan

Maksim kesederhanaan atau maksim rendah hati, penutur diharap dapat bersikap rendah hati

dengan cara mengurangi pujian terhadap diri sendiri. Orang akan dikatakan sombong dan

bongkak hati jika semasa bertutur selalu memuji dan meninggikan dirinya sendiri.

Pelaksanaan maksim kesederhanaan atau maksim rendah hati dapat dilihat pada contoh

berikut:

Contoh ayat Maksim Kesederhanaan di dalam Cerpen Pak Utih.

1. Muka surat 55, perenggan kedua.

Pak Utih tidak sanggup membiar orang-orang kota mengejek-ngejek keluarganya

semata-mata kerana berpakaian rompong-rompong. Untuk Mak Utih saja

sekurang-kurangnya sehelai baju warna merah hijau merah. Untuk lima orang

anak lelakinya, Pak Utih terpaksa menyediakan lima buah songkok empat inci

tinggi.

2. Muka surat 57, perenggan 13.

“ Orang-orang kota cuma pandai pukul gebang saja. Masuk kampung nasihat

supaya berjimat cermat. Tapi kalau hendak berjimat apa pun, hati mahu juga

seronok.

3. Muka surat 62, perenggan 39.


Sampai di kedai Mamak Maiden dekat Empire Theatre, mereka singgah makan.

Mamak tersenyum mula-mulanya tapi bukan nasi yang diminta oleh Pak Utih.

Cuma air sejuk tujuh gelas sahaja. Mak Utih sudah siap bekalan dari rumah lagi.

5.5. Maksim Persetujuan

Di dalam maksim ini, penutur saling membina persetujuan semasa bertutur. Apabila

terdapat persetujuan antara diri penutur dengan penutur lain semasa bertutur, masing-masing

daripada mereka akan menunjukkan sikap santun. Pelaksanaan maksim persetujuan dapat

dilihat pada contoh berikut:

Contoh ayat Maksim Persetujuan di dalam Cerpen Pak Utih.

1. Muka surat 56, perenggan 6.

Mula-mula mereka muafakat juga hendak berangkat ke kota, tapi bisul si Hamid

tidak juga mahu pecah.

2. Muka surat 58, prenggan 17.

“Berangkatlah pak. Jangan dengar cakap orang sekarang ini. Habis duit pun tidak

apa. Kita yang punya. Hati kita yang seronok.” Pak Utih Mengangguk tanda

setuju. Mak Utih pun mengangguk. Barangkali tanda setuju juga.

3. Muka surat 60, perenggan 67.

“ Kita tidur sajalah di kaki lima.” Mak Utih memecah, “ Lima belas ringgit tu

boleh beli seribu macam. “ Tidur atas simen di kaki lima itu sejuk, ” balas Pak

Utih. “Nanti semua kita dihinggapi penyakit untut.”

5.6. Maksim Kesimpatian

Maksim ini diungkapkan dengan pertuturan asertif dan ekspresif. Di dalam maksim

kesimpatian, penutur dapat memaksimalkan sikap simpati antara pihak yang satu dengan
pihak lain. Jika lawan penutur mendapatkan kejayaan, penutur wajib memberikan ucapan

selamat. Bila lawan penutur mendapat kesusahan atau musibah, penutur layak berduka atau

mengutarakan pembelaan sebagai tanda kesimpatian. Sikap antisimpati terhadap penutur akan

dianggap tindakan tidak santun. Pelaksanaan maksim kesimpatian dapat dilihat pada contoh

berikut:

Contoh ayat Maksim Kesimpatian di dalam Cerpen Pak Utih.

1. Muka surat 56, perenggan 4.

Kesihatan keluarganya lebih penting daripada pakaian. Kalau salah seorang di

antar keluarganya jatuh sakit, rancangan raksasa untuk ke kota tidak akan

diteruskan. Pak Utih tidak lupa meminta doa kepada Tuhan agar terselamat dari

sebarang malapetaka ; sekurang-kurangnya dalam sebulan dua ini.

2. Muka surat 56, perenggan 6.

Malulah kalau Si Hamid berjalan kangkang-tempang di tengah kota. Dan lebih

malu lagi kalau bisul it uterus pecah dalam kedai mamak nasi.

3. Muka surat 58, perenggan 16.

Kami Cuma hendak beli benda-benda baru. Mak Utih kau ini cuma. Hendak

makan sepinggan mee goreng dan mahu kerintingkan rambutnya. Budak-budak

ini cuma nak tengok wayang gelap, ambil gambar dan kalau ada mau sangat pak

ni naik bas dua tingkat.

Anda mungkin juga menyukai