Anda di halaman 1dari 24

Daulat

Tuanku
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH
BINTI ALMARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ
28-29 JANUARI 2023 | DATARAN MERDEKA

MyKarnival.com
Sekapur Sirih

Segala pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas taufik, hidayah serta
limpah kurnia-Nya hingga kita dapat bersama-sama hadir ke Majlis Perasmian Karnival
MAIWP Tahun 2023 yang akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Seawal-awal kata, dipersembahkan setinggi-tinggi junjungan kasih atas limpah perkenan


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua bercemar duli bagi menyempurnakan Majlis
Perasmian Karnival MAIWP Tahun 2023 ini.

Sebagai salah sebuah agensi agama di bawah portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memainkan peranan
penting dalam membantu masyarakat terutamanya golongan asnaf di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya terutamanya menerusi pengagihan dana zakat.

Sejak awal penubuhannya, MAIWP telah menunjukkan prestasi


peningkatan yang sangat membanggakan, pelbagai inisiatif dan
program telah berjaya dilaksanakan dan MAIWP sering dijadikan
benchmark bukan sahaja di kalangan agensi zakat di Malaysia malah
turut menyerlah di peringkat antarabangsa. Patik yakin dan percaya di
bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, MAIWP akan
terus bergerak cemerlang sebagai peneraju dalam pembangunan
ummah di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya.

Justeru, sekalung ucapan syabas dan tahniah tidak terhingga kepada


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang berjaya
merealisasikan program Karnival MAIWP 2023 pada kali ini. Semoga
MAIWP terus teguh dalam memartabatkan Islam dan membentuk
masa depan yang gemilang di masa hadapan.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamulalaikum


Warahmatullahi Wabakatuh

DATO’ SETIA DR. MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR


MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)
Seulas Pinang

Patik merafak sembah, menjungjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah
Al-Musta'in Billah, bercemar duli, berangkat bagi menyempurnakan perasmian
Karnival MAIWP Tahun 2023 ini.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sesungguhnya, telah


bertambah makna serta menambah serikan lagi majlis perasmian pagi ini.

Karnival yang diadakan selama dua hari bermula 28 hingga 29 Januari 2023
ini telah menggabungkan pameran jualan usahawan asnaf, perkhidmatan dari
Institusi Pendidikan dan Kesihatan MAIWP, Walimatul Urus Perdana dan
MAIWP Run 2023.

Bertemakan Kecemerlangan MAIWP ke Arah 50 Tahun – Memperkasa dan


Berdaya Usaha, karnival ini bukan sahaja akan memberi peluang masyarakat
untuk mendekati MAIWP malahan menariknya pada Karnival ini, MAIWP turut
akan meraikan 100 pasangan pengantin yang terdiri daripada asnaf fakir,
miskin dan muallaf dalam Majlis Walimatul Urus Perdana.

Dengan penyempurnaan perasmian hari ini Patik percaya MAIWP akan terus
mempertingkatkan usaha proaktif dalam melaksanakan pelbagai lagi inisiatif
dan program bagi menyantuni rakyat sebaik yang mungkin.

Kepada pengurusan MAIWP dan semua pihak yang terlibat dalam


Karnival MAIWP Tahun 2023 ini, saya ingin mengucapkan setinggi
penghargaan dan harapan saya semoga program Karnival MAIWP
ini yang akan dijadikan kalendar aktiviti tahunan untuk warga
Kuala Lumpur pada tahun-tahun yang akan datang, insyaallah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamulalaikum


Warahmatullahi Wabakatuh

TAN SRI DR. MOHD DAUD BAKAR


Pengerusi
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Secubit Gambir

Patik mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk


menyampaikan sepatah dua kata di dalam buku program Majlis Perasmian
Karnival MAIWP ini.

Pertamanya saya mewakili pengurusan MAIWP selaku penganjur Karnival


MAIWP Tahun 2023 ingin menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang turut sama berganding bahu melaksanakan
Karnival MAIWP yang julung kali diadakan pada tahun ini. Terima kasih juga
kepada pihak Naurah Care yang terlibat secara langsung sebagai rakan
strategik MAIWP dalam penganjurkan karnival pada kali ini.

Insyaallah, sebanyak 100 buah reruai telah disediakan bagi menarik kehadiran
warga Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya ke Karnival MAIWP
ini. Karnival ini diadakan tidak lain tidak bukan untuk sebagai salah satu
usaha MAIWP memperhebatkan lagi usaha keterlihatan kepada masyarakat
tentang usaha proaktif MAIWP melaksanakan agenda pembangunan ummah
di Wilayah Persekutuan khususnya menerusi agihan zakat.

Akhirnya, patik wakili pengurusan MAIWP dan semua yang terlibat ingin
mengambil kesempatan merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan
Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bagi menyempurnakan Majlis Perasmian
Karnival MAIWP Tahun 2023 ini.

Sekian, terima kasih

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

MOHD NIZAM BIN HAJI YAHYA


Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
SeNaRai
AtUR cAra
PROgrAm
- Atur Cara Penuh Karnival MAIWP
- Atur Cara Pelancaran Karnival MAIWP
- Atur Cara Pelepasan Larian MAIWP RUN
- Atur Cara Walimatul Urus Perdana
Atur CarA PenuH Karnival MAIWP

28 JanuaRi 2023 (sabtu) | Hari Pertama

8.00 pagi Rerurai Pameran dan Jualan Bermula (sepanjang hari)

10.00 pagi Pelancaran Karnival MAIWP disempurnakan oleh

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah


Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah
Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum
Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

- Pengurniaan Anugerah Ikon Usahawan dan Pendidikan MAIWP

- Persembahan kesenian dan kebudayaan daripada pelajar Institusi


Pendidikan MAIWP

[Persembahan Silat (MSN/UCMI), Tarian Zapin dan Dikir Barat (UCMI),


Persembahan Lagu Ketuhanan (SMISTA), Caklempong (SMA MAIWP),
Drum Roll (Kompleks Darul Kifayah)]

- Perkongsian Maklumat dan Promosi daripada Hab Halal JAKIM,


PERKESO, KWSP, Bank Muamalat dan lain-lain syarikat dan agensi

- Promosi Produk Usahawan MAIWP daripada Bahagian Pembangunan


Asnaf MAIWP

8.30 malam - Persembahan Tempur Tanpa Senjata (TDM)

- Persembahan Kumpulan Rabbani dan Aeydan (Rabbani Junior)


Atur CarA PenuH Karnival MAIWP

29 JanuaRi 2023 (ahad) | Hari Kedua

6.30 pagi Program MAIWP RUN disempurnakan oleh

Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

8.00 pagi Rerurai Pameran dan Jualan Bermula (sepanjang hari)

11.00 pagi Program Walimatul Urus Perdana 100 Pasangan Pengantin disempurnakan oleh
Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

- Persembahan Silat, Kompang, Gamelan & Persembahan Artis Jemputan (Inteam)

- Demonstrasi Akrobatik Motorsikal (Army Red Worior)

- Persembahan kesenian & kebudayaan daripada pelajar Institusi Pendidikan MAIWP

- [Pementasan Teater Muzikal, Persembahan Bercerita (Permata MAIWP) dan


Persembahan Koir (UCMI)]

- Persembahan, Demonstrasi dan Pertandingan

- [Bengkel PEKOMIK, Pertandaingan melukis Poster/Canting, Demonstrasi Robotik,


Persembahan Busking (C.A.M Buskers)]

- Perkongsian Maklumat Pengurusan Halal dan Pelancaran Pembelajaran Taradun


Gantian (PTG) KPBKL, Promosi Produk Usahawan MAIWP daripada Bahagian
Pembangunan Asnaf, MAIWP, Pelancaran “Pembelajaran Mesra Gig Ekonomi
(KPBKL) dan Bual Bicara Anak Syurga (Autism) (UCMI)]

8.30 malam Persembahan kumpulan Raihan, Nada Murni II dan Penampilan khas
artis jemputan Salman Alfarisi
Atur CarA Pelancaran Karnival MAIWP

28.1.2023 (sabtu) | 11.00 Pagi – 1.00 Tengah hari

10.00 pagi Ketibaan tetamu jemputan

10.30 pagi : Ketibaan tetamu kenamaan

10.40 pagi : Ketibaan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan
YBhg. Datin Setia Nik Roslini binti Raja Ismail

10.50 pagi : Ketibaan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri

11.00 pagi : Keberangkatan Tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan
Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti
Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

- Negaraku
- Bacaan doa
- Sembah Ucapan Menjunjung Kasih oleh YBhg.Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar,
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
- Tayangan Video Montaj

- Penyempurnaan Pelancaran Karnival MAIWP oleh KDYMM Seri Paduka


Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

- Pengurniaan Anugerah Ikon Usahawan MAIWP dan Ikon Pendidikan MAIWP

- Negaraku

Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan


Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad
Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-
Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan diiringi YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad
Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Datin Seri Hamidah
Khamis meninggalkan majlis

1.00 tengah hari Majlis bersurai


Atur CarA Pelepasan Larian MAIWP Run

29.1.2023 (ahad) | 6.45 pagi – 9.00 Pagi

Bermula di DataRan DBKl | Tamat di dataRan MerdeKa

6.15 pagi Ketibaan peserta

6.30 pagi Ketibaan tetamu kenamaan

6.40 pagi : Ketibaan YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan

6.45 pagi : Ketibaan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

7.00 pagi : Flag-off peserta larian


Penyampaian hadiah cabutan bertuah

9.00 pagi : Majlis bersurai

a
Atur CarA WAlimatul uRus PeRdaNa

29.1.2023 (aHaD) | 11.00 pagi – 1.00 tengah hari

10.00 pagi Ketibaan tetamu jemputan

10.15 pagi Ketibaan Pasangan - pasangan Pengantin

10.30 pagi Ketibaan tetamu kenamaan

10.50 pagi Ketibaan YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Puan Sri Faizah binti A.Bakar

11.00 pagi Ketibaan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan
YBhg. Datin Setia Nik Roslini binti Raja Ismail

- Bacaan doa

- Ucapan Aluan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar,
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

- Ucapan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

- Upacara Akad Nikah 2 Pasangan Pengantin

- Penyerahan Cenderamata kepada Pasangan Pengantin oleh


YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan
YBhg. Datin Setia Nik Roslini binti Raja Ismail

- Sesi Bergambar

- Jamuan Makan

- YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan
YBhg. Datin Setia Nik Roslini binti Raja Ismail meninggalkan majlis

1.00 tengah hari - Majlis bersurai


Sekalung Budi
Penganjur

Rakan
Strategik

Dengan Kerjasama

Rakan Sinergi & Penaja

MyKarnival.com
Powered by:
MAWAR APPS

Minuman Rasmi
Walimatul Urus Perdana

Rakan Sinergi Radio


SILA IMBAS KOD QR
KARNIVAL MAIWP DI BAWAH

MyKarnival.com
Autograf
Autograf
MyKarnival.com

Anda mungkin juga menyukai