Anda di halaman 1dari 7

FAQ

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2022 (BMT)

1. Siapakah yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang


dilaksanakan oleh RISDA?
Penerima yang layak menerima BMT adalah pekebun kecil / penoreh getah dan
seorang penerima hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.

Syarat-syarat kelayakan BMT seperti berikut :


i) Warganegara Malaysia.
ii) Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
iii) Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
iv) Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari
pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
v) 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau
penoreh).
vi) Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
vii) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi
Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

2. Berapakah kadar bantuan BMT 2022 yang dilaksanakan oleh RISDA?


Kadar bantuan adalah RM600 dan bayaran secara 2 peringkat (RM300 x 2
bulan) pada bulan November dan Disember 2022.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Pekebun Kecil Getah Pemilik Pengusaha


dalam skop bantuan ini?
Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki
tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan Penoreh Bukan Pemilik?


Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun
kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan Pemilik Tanah Yang Sah?
Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti
dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam
Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat
tanah atau mahkamah yang berkenaan.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan “Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan


RISDA”?
i) Pekebun kecil yang tersenarai di dalam Sistem e-SPeK.
ii) Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di
atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
iii) Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha di bawah Agensi lain, pengisian
Borang BMT (Pemilik) beserta surat pengesahan daripada Agensi di
bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu Lembaga Getah
Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Jabatan Kemajuan
Orang Asli (JAKOA), FELCRA dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan.
iv) Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu
oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar merangkumi pembangunan
ladang sejahtera, ladang komersial dan penempatan serta diuruskan oleh
RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA.

7. Berapakah jumlah maksimum keluasan tanah bagi pekebun kecil yang ingin
memohon bantuan BMT?
Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5
hektar secara agregat.

8. Bolehkah pekebun kecil getah yang berkongsi tanah dalam satu geran
memohon BMT?
Satu lot hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi
satu lot yang sama.

2
9. Bolehkah Pemilik Pengusaha dan Penoreh Bukan Pemilik mendapat bantuan ini
bagi satu lot yang sama?
Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot
yang sama, sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan
tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.

10. Bagaimanakah cara membuat semakan Penerima Bantuan Musim Tengkujuh


Tahun 2022 (BMT 2022)?
Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui
laman web pekebunkecilmakmur.com.my.

11. Bagaimanakah cara mengemaskini permohonan bagi pekebun kecil yang


pernah menerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2021 (BMT 2021)?
Pekebun kecil boleh mengemaskini maklumat terkini pemohon secara atas
talian (online) di laman web pekebunkecilmakmur.com.my atau hadir ke Pejabat
RISDA berhampiran jika memerlukan bantuan.

12. Bagaimanakah cara membuat permohonan baru Bantuan Musim Tengkujuh


(BMT)?
Permohonan BMT 2022 dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui
laman web pekebunkecilmakmur.com.my mengikut kategori seperti berikut :

i) Pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau
bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen
sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Geran asal tanah dan salinan; dan
c) Salinan buku akaun bank yang aktif.

3
ii) Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah menyertakan dokumen
sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
c) Salinan geran lot yang ditoreh; dan
d) Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
e) Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad
PAT-G; dan
f) Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

Permohon BMT 2022 dari Kategori Pekebun Kecil juga boleh membuat
permohonan di mana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA yang berhampiran
manakala bagi permohonan Penoreh Bukan Pemilik hanya boleh dibuat di
Pusat Tanggungjawab di mana kebun yang ditoreh itu berada.

13. Bagaimanakah caranya pembayaran BMT dibuat?


Penerima BMT 2022 yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara
Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh
penerima ketika permohonan dibuat. Nombor akaun bagi Tabung Haji dan
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk bayaran
bantuan

14. Adakah setiap permohonan dari pekebun kecil getah dikira sebagai layak
mendapat BMT?
Setiap permohonan dari pekebun kecil getah yang memenuhi syarat akan
disenaraikan untuk menerima bantuan BMT seterusnya.

15. Bagaimanakah caranya pekebun kecil getah di bawah Agensi selain dari
RISDA membuat permohonan BMT 2022?
Pemohon pekebun kecil di bawah Agensi lain yang tidak menyertai program
tanam semula RISDA boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman
web pekebunkecilmakmur.com.my beserta dokumen sokongan berikut :

4
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau
mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
c) Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
d) Surat pengesahan daripada Agensi; dan
e) Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
(wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
sahaja).

16. Bagaimanakah caranya peserta Agensi yang menyertai program tanam semula
dengan RISDA membuat permohonan BMT 2022?
Pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA boleh membuat
permohonan secara atas talian (online) melalui laman web
pekebunkecilmakmur.com.my dan tidak perlu mendapatkan pengesahan
daripada Agensi yang berkaitan serta menyertakan dokumen sokongan berikut:
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Geran asal tanah dan salinan; dan
c) Salinan buku akaun bank yang aktif.

17. Bagaimanakah caranya pekebun kecil di Sarawak membuat permohonan BMT


2022?
i) Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) yang menerima bantuan atau skim
tanaman getah di bawah RISDA boleh membuat permohonan secara atas
talian (online) melalui laman web pekebunkecilmakmur.com.my dan tidak
perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Pertanian Sarawak
(JPS).
ii) Pekebun Kecil yang menerima bantuan atau skim tanaman getah dari
Jabatan Pertanian Sarawak boleh membuat permohonan secara atas talian
(online) melalui laman web pekebunkecilmakmur.com.my dan perlu
mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Pertanian Sarawak (JPS).
iii) Pekebun Kecil yang menerima bantuan atau skim tanaman getah dari
Agensi lain boleh membuat permohonan secara atas talian (online) melalui

5
laman web pekebunkecilmakmur.com.my dan disahkan oleh Agensi yang
berkaitan.

18. Bagaimanakah caranya waris bagi pemilik tanah yang telah meninggal dunia
dan belum tukar hakmilik tanah membuat permohonan BMT 2022?
Waris pemilik tanah yang sah boleh membuat permohonan secara atas talian
(online) melalui laman web pekebunkecilmakmur.com.my dan menyertakan
Borang TS20(A) [Borang Pengakuan Kematian dan Waris-Warisnya] dan
Borang TS20(B) [Surat Sumpah Oleh Pihak Yang
Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah] serta menyertakan salinan sijil mati
sebagai pengesahan.

19. Bagaimanakah caranya untuk pemohon mendapatkan surat atau borang yang
perlu dilampirkan bersama sebagai dokumen sokongan yang diperlukan ketika
membuat permohonan BMT?
Surat atau borang boleh dimuat turun secara atas talian melalui laman web
pekebunkecilmakmur.com.my dan senarai surat atau borang tersebut adalah
seperti berikut :
i) Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
ii) Surat pengesahan daripada Agensi.
iii) Borang TS20(A) - Borang Pengakuan Kematian dan Waris-Warisnya.
iv) Borang TS20(B) - Surat Sumpah Oleh Pihak Yang Berkongsi/Waris-
Waris/Pemegang Amanah.

20. Bagaimanakah caranya pekebun kecil getah yang berkongsi tanah dalam satu
lot membuat permohonan BMT?
Hanya salah seorang pemilik tanah bagi lot tersebut layak memohon BMT dan
memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Borang TS20(B) iaitu
Surat Sumpah Oleh Pihak Yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah
digalakkan untuk diisi oleh pemohon sebagai bukti telah mendapat persetujuan
daripada ahli kongsi yang lain. Wakil penerima (pemohon) bagi lot tersebut
akan membahagikan bantuan kepada ahli kongsi secara adil dan melepaskan

6
RISDA daripada sebarang tindakan guaman, perbicaraan, tuntutan,
permintaan, kos dan perbelanjaan apa jua yang diambil dan dibuat terhadap
RISDA.

21. Adakah pekebun kecil getah yang mempunyai geran tanah berstatus selain
getah (bendang, kebun, pertanian dan lain-lain) tetapi bertanam getah layak
membuat permohonan BMT?
Layak membuat permohonan BMT dan lawatan kebun ke lot tersebut bagi
mengesahkan status tanaman atas lot tersebut akan dibuat oleh Pegawai
RISDA sebagai pengesahan sebelum diproses permohonan untuk kelulusan.

22. Sekiranya terdapat penipuan dalam permohonan BMT oleh pekebun kecil,
apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak RISDA?
Sekiranya pemohon menipu atau menggunakan apa-apa dokumen dengan niat
menipu, pemohon boleh didakwa di bawah Seksyen 420 dan 468 Kanun
Keseksaan yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara
selama tempoh tidak kurang dari satu (1) tahun dan tidak melebihi 10 tahun
serta denda (Seksyen 420) dan tidak melebihi tujuh (7) tahun dan denda
(Seksyen 468) seperti yang telah dinyatakan dalam semua borang permohonan
BMT serta ditandatangani oleh pemohon sebagai persetujuan.

23. Adakah permohonan BMT online dicapai di mana-mana lokasi?


Permohonan BMT online boleh dicapai di mana-mana lokasi yang mempunyai
capaian internet menggunakan komputer, komputer riba, tablet dan telefon
pintar.

24. Berapakah nombor talian hotline yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang
pertanyaan lanjut berkaitan BMT?
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT boleh dihubungi melalui talian
03-42512125 atau 03-42512135 atau 03-42512023.

Anda mungkin juga menyukai