Anda di halaman 1dari 6

PERMOHONAN GERAN KOMUNITI 2019 MELALUI eROSES

1. Pengguna yang berjawatan Setiausaha bagi Persatuan Penduduk sahaja yang boleh membuat
permohonan Geran Komuniti 2019.
2. Pengguna perlu masuk ke system eROSES seperti biasa.
3. Paparan pautan mohon geran akan wujud jika Status Permohonan persatuan penduduk
LULUS dan Status Pertubuhan adalah AKTIF.

4. Klik pada pautan Mohon Geran (berwarna merah dan berkelip) pada bahagian Aktiviti
tersebut.
5. Pengguna perlu membaca semua Syarat Permohonan Geran Komuniti 2019 bagi melancarkan
proses permohonan geran tersebut.
6. Pengguna perlu memuat turun Lampiran bagi mendapatkan Contoh Format Kertas Cadangan
Geran.

7. Paparan tentang persatuan akan dipaparkan pada Bahagian A: Maklumat Persatuan. Semak
dan pastikan semua maklumat betul. Isi semua Maklumat Bank.
8. Isi semua maklumat di Bahagian B: Cadangan Kegunaan Geran dan jumlah hendaklah tidak
melebihi RM10,000

9. Jika jumlah melebihi RM10,000 sistem tidak membenarkan untuk memohon geran.
10. Baca akaun tersebut dan klik.

11. Permohonan yang tidak melebihi RM10,000 akan diproses.


12. Sila baca semua penyataan yang telah dipaparkan dengan teliti.
a. Sila cetak dan diperakui oleh sekurang-kurangnya tiga (3) pemegang jawatan
pertubuhan
b. Berikut adalah dokumen yang perlu dikemukakan bersama permohonan ini:
i. Minit mesyuarat
ii. Kertas kerja
iii. Sebut harga
iv. Surat kebenaran PBT (jika berkaitan)
c. Permohonan ini hendaklah dikemukakan ke JPPM Negeri berhampiran sebelum 30
September 2019.

13. Sila cetak permohonan geran. Bawa permohonan geran beserta dokumen sokongan ke JPPM
Negeri.
14. Setelah permohonan geran berjaya dihantar, pautan Maklumat Geran akan dipaparkan.
Melalui pautan itu pengguna boleh mencetak semula permohonan dan lampiran yang
berkaitan dengan permohonan geran.

Anda mungkin juga menyukai