Anda di halaman 1dari 1

PANTUN BM

Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua;


Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua.

Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal;


Langkah pahlawan tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal.

Pokok pinang ditanam rapat Puyuh kini berlari-lari


Samalah kita menjunjung adat Tunggak budaya semai dihati

Hendak belayar ke Teluk Betong, Sambil mencuba labuhkan pukat;


Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

Kapal Anjiman disangka hantu Nampak dari Kuala Acheh


Rosak iman kerana nafsu Rosak hati kerana kasih

Adik ke kedai membeli halia Emak memesan membeli laksa


Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa

Enak rasanya ikan gelama, Jika dimasak secukup rasa,


Solat itu tiang agama, Perlu dijaga setiap masa.

Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi;


Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.

Anda mungkin juga menyukai