Anda di halaman 1dari 4

(Moderator)

Terima kasih kepada saudari Nashreen atau Sis Nashi di atas ucapan pembukaan itu tadi.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, nama saya Muhammad Hafizuddin bin Faidzal
ataupun turut dikenali sebagai Bro Fixx selaku moderator yang akan bersama-sama
menemani anda semua serta Panel jemputan kita pada malam ini. Alhamdulillah sebelum kita
memulakan program kita, marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah S.W.T kerana
pada malam ini kita diberikan ruang dan peluang untuk bersama-sama di dalam majlis ilmu
untuk membincangkan satu tajuk yang sangat menarik, cukup hebat untuk kita bincangkan
bersama iaitu bual bicara kita yang bertajuk ‘‘Motivasi Kearah Transformasi Dalam
Penghayatan Israk Mikraj.’’

Sebelum kita memulakan majlis kita, saya ingin memperkenalkan panel jemputan kita yang
kacak bergaya, dan tidak asing lagi di dalam dunia dakwah ini tidak lain dan tidak bukan Encik
Muhammad Danial Aidil bin Jaffar ataupun turut dikenali sebagai Da’i Danial. Da’i Danial
merupakan seorang pendakwah bebas, Konsultan Kesihatan Islam, Selebriti TV dan juga
merupakan Ketua Pengurus Ejen ECR Holding Sdn. Bhd. Assalamualaikum Da’i Danial,
Apa Khabar? Da’i Danial sihat? Alhamdulillah. Saya sebenarnya gementar sikit bukan apa
bukan selalu kita dapat bersama-sama dengan orang yang hebat-hebat ini. Perasaan mcm
gementar bercampur dengan teruja sebabnya selalunya kita selalu tengok Da’i dekat tv je tapi
harini kita berjumpa betul-betul pulak dalam satu program yang sama, walaupun kita hanya
bersama secara atas talian.

Sebelum saya meneruskan program kita pada malam ini, saya ingin mengambil kesempatan
untuk menerangkan format Bual Bicara kita dimana pada malam ini kita akan ada tiga(3) sesi
dimana pada sesi yang pertama(1) saya akan lontarkan persoalan kepada panel
jemputan dan membuka ruangan persoalan daripada penonton. Pada sesi yang kedua dan
ketiga, selepas selesai soalan yang diajukan, kami akan melontarkan pula soalan-soalan
daripada penonton-penonton kita di fb live dan di saluran youtube live. boleh Da’i?
Alhamdulillah.

Baiklah tanpa saya melengahkan masa lagi, kita kembali semula kepada tajuk kita iaitu
Motivasi Kearah Transformasi Dalam Penghayatan Israk Mikraj. Seperti yang kita tahu
setiap tahun, pada 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan
sempena peristiwa Israk dan Mikraj dimana peristiwa ini berlaku setahun sebelum Hijrah
Rasulullah SAW dari Kota Mekkah ke Kota Madinah. Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan
antara mukjizat terbesar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selepas Al-Quran dan
merupakan peristiwa agung dan mulia di mana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
diisrakkan dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa dan dari sana Baginda dimikrajkan ke langit.

Dalam peristiwa Isra’ Mikraj ini Baginda Rasulullah S.A.W telah menyaksikan tanda-tanda
kebesaran pemerintahan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala. Dalam peristiwa Israk
tersebut, Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah diperlihatkan dengan berbagai-
bagai kejadian dan peristiwa aneh yang menunjukkan keadaan perbuatan manusia berserta
balasan yang bakal mereka terima. Ini adalah sebagai satu ujian kepada manusia terhadap
keimanan dan ketakwaan mereka.

Berbalik kepada tajuk bual bicara kita iaitu Motivasi Kearah Transformasi Dalam
Penghayatan Israk Mikraj, macam mana kita nak jadikan ataupon mengambil ikhtibar
daripada peristiwa Isra’ Mikraj supaya mampu memotivasikan diri kita bagi melakukan
perubahan ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh, seorang individu ini dia solat tapi mungkin
ketika dia solat, dia tak kusyuk sebab dalam fikiran dia, dia memikirkan perlawanan bola yang
akan berlangsung atau kadang-kadang dia lewatkan solat dia untuk keluar melepak atau
sebagainya. jadi kalau kita lihat balik peristiwa isra mikraj dimana Rasulullah S.A.W berusaha
untuk mengurangkan waktu solat daripada 50 rakaat kepada 5 rakaat. Jadi daripada situ macam
mana kita nak motivasikan daripada kisah Rasulullah S.A.W supaya kita boleh berubah
daripada solat yang ala kadar kepada solat yang kusyuk. Itu yang akan kita dan Da’i Danial
bincang sebentar lagi In Shaa Allah.

PERSOALAN

Baiklah Da’i Danial, sekarang kita masuk ke sesi soal jawab dimana kemungkinan akan ada
soalan yang panas-panas yang akan ditanya oleh para penonton untuk dijawab oleh Da’i
Danial, harap-harapnya jangan panas sangatla soalan-soalan tu. Okay, baiklah tanpa
membuang masa lagi kita akan masuk pada sesi pertama kita. Dai Danial dah sedia utk soalan
1 kita? Baiklah soalannya berbunyi begini:

Soalan yang pertama

1) Allah SWT telah merehatkan seketika Rasulullah SAW dalam satu malam untuk Allah
SWT berikan ketenangan rohani yang akan memajukan motivasi Rasulullah SAW ke
hadapan.Persoalannya adalah apakah motivasi yang diberikan oleh Allah ketika
peristiwa isra’ mikraj.

Soalan kedua

Baiklah Da’i Danial untuk soalan yang kedua, Sebagai seorang mahasiswa, bagaimana kami
nak mengekalkan momentum kesedaran tentang pedih dan dahsyatnya azab Allah sebagaimana
yang diperlihatkan dalam peristiwa israk mikraj ini? Baik Da’i Danial nampaknya kita ada
soalan daripada penonton kita. Soalan kiriman daripada saudara/i (nama fb/yt pengaju) dia kata
(.......)

Soalan ketiga

Rasulullah saw merupakan insan istimewa yangg terpilih menyaksikan dan melalui peristiwa
israk mikraj, jadi apa yang perlu kami lakukan agar perit jerih Rasulullah saw ini dapat dihargai
oleh generasi kini dan akan dtg? Sekarang kita akan beralih kembali kepada soalan daripada
penonton, kiriman daripada (nama fb/yt pengaju) penonton kita ni kata (.......)

PENUTUP

Terima kasih DA’I Danial di atas perkongsian pada malam ini. Semoga kita semua mendapat
pengajaran dan menghayati erti isra’ mikraj seperti mana yang telah diterangkan oleh Da’i
Danial. Terima kasih sekali lagi Da’i kerana memberi banyak perkongsian kepada kami,
banyak yang kami boleh amalkan daripada perkongsian ini. Semoga Allah S.W.T memberikan
rezeki yang banyak untuk Da’i dan kami semua mendoakan semoga Da’i dan ahli keluarga
Da’i dalam keadaan sihat sentiasa Aaminn. Nampaknya masa amat mencemburui kita, jam pun
menunjukkan dah pukul (......). saya minta maaf kalau ada salah atau kekurangan pada diri saya
sepanjang program kita bersama, kalau ada salah jangan simpan dalam hati ya hahaha.. saya
nak amik kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para penonton yang sudi
bersama dengan kita dari awal sampai ke akhir program kita pada malam ini, yang sudi bersama
dengan kita untuk bersama mendengar perkongsian daripada Da’i Danial yang sangat-sangat
bermanfaat buat kita semua In Shaa Allah. Akhir kata dari saya, yang baik kita amalkan yang
buruk jangan dikenangkan, semoga kita dapat bertemu kembali di lain program pada masa akan
datang In Shaa Allah. Saya menyerahkan kembali program kepada MC bertugas, silakan Sis
Nashi.

Anda mungkin juga menyukai