Anda di halaman 1dari 8

SJK (C) CHEE MUNG

PROGRAM
AMBANG MERDEKA
TARIKH : 30 OGOS 2022
MASA : 7.15 pagi – 12.00 tengahari
TEMPAT : GELANGGANG BOLA
KERANJANG

PENDAHULUAN
Program Ambang Merdeka telah diadakan di gelanggang bola keranjang sekolah pada 30
Ogos 2022. Program ini melibatkan semua warga sekolah. Program ini dimulakan pada
pukul 7.15 pagi hingga 12.00 tengahari.

MATLAMAT
Melalui Program Ambang Merdeka, diharap agar semangat patriotik dan perasaan
tanggungjawab terhadap keamanan dan kebebasan negara dalam kalangan warga sekolah
sebagai warganegara Malaysia dipertingkatkan.

OBJEKTIF
1. Melahirkan perasaan bangga dan cinta akan negara serta meletakkan kepentingan
negara melebihi kepentingan diri dalam kalangan warga sekolah.
2. Melahirkan warga sekolah yang bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia
untuk mengekalkan kemerdekaan, mengamalkan tingkah laku patriotik dan berbangga
terhadap kemerdekaan negara.
3. Mewujudkan semangat perpaduan serta kedamaian yang berkekalan dan berterusan
dalam kalangan warga sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat
resam.

JAWATANKUASA KECIL
Pengerusi Puan Lai Kon Len (Guru Besar SJKC Chee Mung)
Naib pengerusi Encik Ling Leong Kuong (PK I)
Penyelaras Puan Choo Chung Mee (PK Hem)
Bendahari Puan Lee Chie Ling (PK KK)
Setiausaha Puan Normas Adliah Binti Noradin
Juruacara Puan Chai Tze Khee
Pengagihan dan Puan Chai Pay Ne
Pengumpulan Bendera
Kecil
AJK Siaraya Encik Kelvin Tee dan murid Tahun 6
AJK Persiapan Tempat Encik Charles Ling dan murid Tahun 6
AJK Aktiviti 1 : Cik Chiong Ching Ting, Puan Lim Mee Ling
(Nyanyian)
AJK Ativiti 2 : Encik Wong Chung Tuang
(Pertandingan Melukis Puan Joice Kong
Poster-Tahap 2) Puan Samantha Pui
AJK Aktiviti 3 : Cik Thian sze Lay
(Pertandingan Mewarna- Cik Chin Kiu Yien
Tahap 1) Encik Fong Jia Jinn
AJK Aktiviti : Encik Charles Ling (Penyediaan video tentang
(Tayangan Video) kemerdekaan)
Semua Guru kelas
Hakim : Puan Catherine Yeo, Cik Wong Chee Fung (Tahap 1)
Cik Vivienne Liong, Puan Wendy Lim (Tahap 2)
AJK Hadiah Cik Beranda Yii, Cik Yii Suei Ling
Gambar & Dokumentasi Puan Normas Adliah Binti Noradin
AJK Kebersihan Cik Yong Shuk Hui dan Pembersih Sekolah
AJK Disiplin Semua Guru
TENTATIF PROGRAM AMBANG MERDEKA
Masa Perkara
7.15 pagi Warga sekolah berkumpul di gelanggang bola keranjang
Sambutan Hari Kemerdekaan bermula
: Lagu Negaraku
7.30 pagi : Lagu Negeri “Ibu Pertiwiku” & Lagu Sekolah
: Ucapan Guru Besar
: Nyanyian Lagu Patriotik
8.00 pagi Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster
9.40 pagi Rehat
10.00 pagi Sambungan Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster
11.00 pagi Penyampaian Hadiah
11.30 pagi Murid balik ke kelas masing-masing
Tayangan Video tentang kemerdekaan
12.00
Bersurai
tengahari

PENUTUP
Program Ambang Merdeka telah dilaksanakan dengan jayanya. Guru memberi kerjasama
yang jitu untuk menjayakan program ini. Murid-murid menunjukkan komitmen yang
tinggi dengan menyertai pelbagai aktiviti dalam program ini.

Laporan disediakan oleh,

.........................................
(Puan Normas Adliah Binti Noradin)
AJK Dokumentasi Sambutan Ambang Kemerdekaan 2022

Laporan disemak oleh,

....................................
(Puan Choo Chung Mee)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Laporan disahkan oleh,

............................
(Puan Lai Kon Len)
Guru Besar

LAMPIRAN
(NYANYIAN LAGU NEGARAKU, IBU PERTIWIKU & LAGU SEKOLAH)

(NYANYIAN LAGU PATRIOTIK)

(UCAPAN DARI GURU BESAR)

(LAUNGAN MERDEKA YANG DIKETUAI OLEH CIKGU FONG JIA JINN)


(TAYANGAN VIDEO KEMERDEKAAN)
(PENYAMPAIAN HADIAH)

Anda mungkin juga menyukai