Anda di halaman 1dari 15
KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental, Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualit dengan peringkat yang lebih awal. ‘Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan Contehnya, bayi yang baru lahir tidak dapat bertutur dan meminta apa yang dikehendaki. Apabila sudah berumur satu tahun, dia mula berupaya menyebut satu atau dua patah perkataan seperti “ma......ma” atau “pa....pa". Dari keadaan tidak boleh bertutur kepada boleh bertutur beberapa patah perkataan, nyatalah kanak-kanak ini ‘telah mengalami perkembangan. Karl Garrison(1965 ) berpendapat bahawa perkembangan adalah hasil daripada tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Paul Eggan dan Don Kauchak (2006) berpendapat perkembangan adalah perubahan dalam yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Slavin (1989) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Menurut crow(1998), perkembangan merupakan perubahan secara “kualitalif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Contohnya, Thillainathan pelajar Tahun 2 tidak berupaya menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan konsep pecahan, Bagaimanapun , apabila berada dalam Tahun 3, Thillainathan telah menunjukkan kebolehan menyelesatkan masalah yang berkaitan dengan pecahan, Ini menunjukkan wujudnya perubahan dari segi pemikiran dalam dirinya. Nyatannya Thillainathan telah mengalami proses perkembangan. Kesimpulanya, perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma, PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bay! pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan Kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa. Seterusnya, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh menggengam ‘objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebin dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus. Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses perkembangan seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk pencapaian kemahiran-kemahiran baru kelak...... (B.F.Skinner 1974) Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama telapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sesetengah kanak-kanak boleh verjalan pada umur 70 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan 18 bulan. Ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang kita dapat lihat di dalam sesebuah billk darjah, Akhir sekali, perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah Kemunculan potensi yang sedia ada di dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk , berjalan dan kemudian berlari. la dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada di dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang, FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUH! PERKEMBANGAN 2 jenis faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, iaitu : Faktor Baka Dan Persekitaran a) Faktor Baka Kajian pengaruh genelik ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah dipelapori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889) di Australia. Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Gen-gen ini terkandung dalam kromosom, la menguasai perkembangan manusia adalah unik bagi setiap individu. Tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan waa mata. Kajian abli-ahli psikolagi Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dan Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya, Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli- ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Perbezaan emosi juga dipengaruhi oleh baka. Mengikut kajian ahli- ahli psikologi, ‘emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu dan bapa. Misalnya, ibu bapa yang melahirkan anak yang agresif dan autokratik, b) Faktor persekitaran Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. la termasuk pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum tahir merangkumi pemakanan dan kesihalan ibu, gaya hidup ibu misalnya adakah ibunya merokok semasa hamil, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Fakior-faktor selepas kelahiran pula adalah seperti pemakanan, sosio ekonomi dan tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakal, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua in dikatakan mempengaruhi perkembangan. Teori Ekologi (2004) adalah diutarakan oleh Eric Bronfenbrenner (1917). Teori ‘ekologi ini memfokuskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan individu dari lahir hingga dewasa. Teori Ekologi Bronfenbrenner merangkumi lima sistem ekologi berasaskan kepada interaksi kanak-kanak dalam keluarga mereka, dan di antara rakan sebaya ‘serta orang-orang dewasa yang dekat, termasuk pengaruh sosiobudaya keluarga dan komuniti tempatan. Bronfenbrenner membahagikan sistem ekologi ini kepada lima jenis. sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Teori Ekologi Bronfenbrenner yang memfokuskan pengaruh sistem ekologi terhadap perkembangan kanak-kanak, mengisikan kena pada masanya kekosongan teori perkembangan dan pembelajaran di antara teori behavioral dan teori anthroplogikal. Teor! ekologikal ini menarik perhatian pendigik-pendigik agar bukan sahaja hanya mengutamakan alam belajar dalam bilkk darjah, tetapi juga alam persekitaran di luar bilik darjah. Dengan perkatean lain guru tidak patut hanya menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga harus member pertimbangan pengaruh daripada interaksi dan Komunikasi murid- murid mereka dengan keluarga, rakan sebaya, jiran, dan komuniti, tempatan di luar sekolah. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Pada amnya, perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat seperti berikut: 1, Peringkat bayi (0-2 tahun) 2. Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun) 3. Peringkat kanak-kanak (6-12 tahun) Setiap peringkat kanak-kanak tersebut biasanya_— mengalami perkembangan yang unik dalam aspek-aspek seperti psikomotor, mental, emosi, sosial dan bahasa. Berikut ialah huraian secara ringkas tentang asek-aspek perkembangan kanak-kanak dalam ketiga-tiga peringkainya. 4. Aspek Perkembangan psikomotor (Jasmani) Peringkat Umur (Tahun) ‘Aspek perkembangan Psikomotor Bayi 0-2 * Mula memperolehi koordinasi dan kawalan tot, Tulang masih lembut, ‘| Mula membezakan suara daripada keluarga dan orang lain, ‘* Mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Awal — kanak- kanak 26 + Tubuh badan menjadi lebin besar, lebih tegap dan lebih tinggi. + Mempunyai satu set gigi * Semakin aktif dengan menggunakan kaki dan tangannya. + Otak berkembang menjadi lebih besar dan terkawal. Kanak-kanak 6-12 Penyelerasan motor dan kawalan tubuh badan bertambah baik. Otot mata sudah matang untuk membaca Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan bunyi-bunyi yang berlainan Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa. 2. Aspek perkembangan kog Peringkat Umur ‘Aspek perkembangan mental (Tahun) Mengetahui keadaan keliling dengan cara Bayi 0-2 mendengar bunyi Mula mengaitkan objek dengan kata-kata mula menggunakan bahasa sebagai ganti Awal kanakekanak | 2-6 gambaran benda, Boleh membentuk konsep yang mudah. Mula boleh mengelaskan objek berdasarkan cirri-ciri amnya. Sudah pandai melakukan operasi konkrit. Kanak-kanak 6-12 Mereka boleh menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti ‘lebih berat’, ‘lebih padat’ dan ‘lebih tinggi’. Boleh memberi perhatian kepada beberapa perkara serentak dan keupayaan ingatan semakin bertambah. PLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL (6 HINGGA12) TAHUN Oleh kerana kanak-kanak dalam peringkat umur 6 hingga 12 tahun ini sanggup berlatih dalam jangka masa yang panjang demi meningkatkan mutu permainan mereka. Kanak-kanak boleh diajar bermainan alat-alat muzik aktiviti-aktivit melukis. Ini akan mengembangan daya imaginasi mereka dengan cepat Boleh adakan latihan untuk pelbagai jenis permainan agar pelajar dapat memperoleh kemahiran-kemahiran tertentu. Ini akan membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam beberapa jenis permainan dengan penuh yakin Selain itu, melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihan-latinan ‘seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap. Guru wajarlah menyediakan peluang untuk aktiviti-aktiviti yang lasak dengan menekankan aspek-aspek daya kekualan dan ketahanan untuk jangka masa yang lebin lama. Walaupun kanak-kanak perempuan, terutamanya mereka yang telah awal mencapai peringkat baligh, mungkin pada umumnya tidak meminati aktivitisaktivit yang lasak dan berpanjangan, Pembentukan postur yang baik bagi kumpulan kanak-kanak dalam lengkungan umur ini menimbulkan masalah. Oleh yang demikian guru perlulah mengawasi gaya duduk dan berjalan kanak-kanak di bawah pengurusanya dan merancang aktiviti-aktiviti yang dapat membantu postur yang balk, Perhatian yang Khusus hendaklah diberi kepada kanak-kanak perempuan yang telah cukup umur, Ini adalah kerana pada peringkat umur ini kanak-kanak perempuan membesar secara mendadak, Gejalah ini pada umumnya membuat mereka merasa sensilif terhadap perubahan-perubahan fizikal mereka, Contohnya, untuk mengalihkan perhatian umum terhadap ketinggian tubuh badan dan pembesaran buah dada, mereka akan mengimbangkannya dengan cara merendahkan kedua-dua bahu mereka. Dari masa ke semasa bolehlah diadakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk ujian kendiri. Ujian ini boleh digabungkan ke dalam aktiviti-akt dividu yang bukan hanya mencabar keupayaan fizikal kanak-kanak tetapi juga keupayaan mental untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, dapat membina sikap terhadap dii yang sempuma iaitu seperti sikap menjaga badan bersin dan selamat yang selaras dengan sikap sempurna dan relistik serta perasaan normal dan mencukupi. Ini kerana kekuatan rupa bentuk fizikal dan perkembangan kelenjar menentukan penerimaan seseorang individu oleh dirinya -sendiri dan penerimaan oleh orang lain. Selain daripada itu.aktiviti senaman dan pemakanaan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak. perbezaan saiz berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut erlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian. IMPLIKAS! PERKEMBANGAN KOGI IGGA 12) TAHUN (6 Guru hendaklah menyediakan buku-buku bacaan dan tulisan-tulisan yang menggunakan huruf dan gambar yang besar kerana ini boleh menyebebkan kanak- kanak memusatkan perhatian terhadap pengajaran. Mengikut teori perkembangan Jean Piagel.implikasinya adalah teruskan penggunaan bahan yang konkrit terutama untuk mempelajar kemahiran yang baru ini boleh diajar kepada kanak-kanak peringkat pra operasi.Contohnya, model-model tiga dimensi (3D) untuk mewakil objek-objek yang baru pelajari. Ini dapat menarik minat mereka terhadap pelajaran dan mereka masih memerlukan objek-objek konkrit untuk menyelesaikan satu-satu masalah. Beri peluang kepada pelajar untuk memanipulasikan dan menguji objek-objek yang diajar.Contoh, membuat eksperiman dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan. Membuat eksperimen tentang mikroorganisma dan sebagainya. Pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun.Contoh, mulakan pembacaan dengan buku yang mudah beransur kepada yang lebih kompleks.Bahagikan pembentangan kepada langkah-langkah yang mudah. Gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks. Memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik, Ini boleh memperkembangkan daya pemikiran kanak-kanak, Galakan interaksi dan perbincangan kumpulan. Ini adalah kerana pelajar-pelajar telah mula menerima pandangan orang lain. Tekankan pada perkaitan antara dua ssituasi, Ini akan meningkatkan lagi Keupayaan pelajar untuk mengaitkan satu situasi kepada satu situasi yang lain. Adakan latihan-latinan untuk memperkukuhkan proses kebalikan di kalangan pelajar. Contohnya, 1+2=3 dan 2+1=3; dengan itu a+b=c dan b+a=c, berikan masalah- masalah yang berkaltan dengan konsep, ruang, kelajuan dan masa. Pelajar-pelajar pada peringkat 6 hingga 12 tahun ini mula menguasai konsep-konsep tersebut. Mengikut Vygotsky (1978) juga terdapat lima implikasi perkembangan kongitif kanak-kanak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi yang pertama ialah penilaian guru perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu member latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak, Implikasi seterusnya adalah, guru perlu menggunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. Pada had atas guru periu menetapkan objektif untuk kanak-kanak capai. Objektif guru perlu ada pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar ketika itu, Selain itu, guru juga hendaklah membantu bila kanak-kanak memerlukan bantuan. Guru juga perlu memberi galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasikan kemahiran supaya mencapai ‘objektif, Implikasi yang ketiga mengikut Vygotsky ialah guru perlu mengalakkan kanak- kanak meminta bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan dan sokongan dari rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar. Implikasi yang keempat ialah guru hendaklah mengawal dan mengalakkan kanak- Kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Guru juga hendaklah membimbing kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. Strategi ini meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak dengan cepat. Implikasi terakhir mengikut Vygotsky ialah guru perlu memberi arahan yang bermakna. Seboleh-bolehnya guru hendaklah mengaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Guru juga hendaklah mengurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar. Secara tidak langsung implikasi ini mengembangkan perkembangan kognitif kanak-kanak. (CARA-CARA GURU DAPAT MELANGGANI MASALAH PERBEZAAN INDI DALAM BILIK DARJAH Cara pertama ialah kaedah kumpulan. Oish kerana pelajar di dalam sesebuah elas berbeza dari segi Keupayaan, guru bolehlah membentuk kumpulan aktiviti pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan mereka. Ini memudahkan guru untuk menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu membuat carta kemajudn dan rekod pelajar untuk setiap pelajarannya. Hasil pemnertatian guru dan pencapaian palajar perlu dicatat dari masa ke masa Cara kedua ialah, program pengayaan dan pemulihan. Untuk kumpulan- kumpulan yang diagihkan mengikut tahap keupayaan, setelah pelajar-pelajar menyudahkan latihan untuk pengajéran dan pembelajaran pada hari tersebut, guru bolehlah menyediakan behan pengayaaan untuk kumpulan cerdas dan. bahan pemulihan untuk pelajar yang tambat. Peneguhan positif dan negatif, Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru harustah memberi peneguhan posilif kepada tingkah laku yang disukai atau ditetima oleh seriua guru dan ibu bapa. Guru hendakiah memberi petieguhan négatit untuk mengelakkan tingkah taku yang tidak disukai, Contohnya, guru yang hendak mengelak daripada pelajar menibuat bising, akan mengatakan, ‘saya akan membenarkan pelajar yang diam keluar rehat lebih awal’, Sepertimana dinyatekan dalam teori Bruner (1915). Pelajar akan diam untuk mengelakkan daripada keluar rehat lambat. Guru juga boleh menggunakan prinsip Premack atau “grandmother's rule", iaitu dengan mengatakan, “Pelajar yang dapat nembuat latihan matematik 10 betul, akan saya membenarkan membaca komik Doremon”. Ini bermakna pelajar-pelajar yang membuat latihan matematik dengan cermat akan dapat sesuatu yang disukainya. Cara ketiga iaiah, pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan. Guru hendaklah menyediakan latihan atau tugasan yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar untuk meggatakkan pelajar berfikir dan berkembang seterusnya, Cara keempat ialah pengajaran dan pembelajaran individu. Guru perlu mengadakan bimbingan individu atau menyediakan latihan individu untuk pelajar yang lambat. Aktiviti pengajaran-pembelajaran harus sesuai dengan keupayaan dan minat pelajar, Contohnya, untuk pelajar-pelajar tahun 4 dan 5, mereka suka membuat latihan yang menyeronokkan, seperti teka silang kata. Sekiranya mereka lemah dalam bahasa, guru boleh menyediakan latihan berbentuk silang kata bahasa. ‘Ada kalanya membuat model bersama pelajar akan menambahkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Contohnya, belajar bahasa Inggeris bagi ‘sesetengah pelajar adalah membosankan, tetapi sekiranya guru membuat model rumah bersama pelajar menggunakan kotak dan selepas itu di labelkan dalam bahasa Inggeris untuk tempat-tempat di dalam rumah tersebut, ini akan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan kepada pelajar. Mempelbagaikan bentuk penilaian. Penilaian kertas dan pensil tidak akan dapat menggambarkan kecerdasan sebenar seseorang pelajar. Untuk menggalakan kreativiti, guru boleh menilai pelajar semasa aktiviti pengajaran-pembelajaran, menilai hasil kerja pelajar, buku skrap, laporan aktiviti, laporan projek dan lain-tain. Seterusnya, cara guru dapat melanggani masalah perbezaan individu dalam bilik darjah ialah mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran, Guru harus mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengadakan kuiz, aktivit perbincangan dalam kumpulan, percambahan fikiran, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan lawatan. Memulakan pelajaran dengan induksi set yang menarik, ‘seperti tayangan video, bercerita, mendengar lagu, bernasyid dan lain: in. Selain itu, cara kelima adalah mempelbagaikan bahan bantu mengajar. Pembelajaran melalui akhbar dalam bilik darjah adalah salu cara pengajaran yang boleh merangsang minda pelajar berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh didapati dalam surat khabar. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar, seperti penyampaian maklumat melalui transperansi, melalui web atau pencarian internet, menyampaikan maklumat melalui carta dan lain-lain. Ini adalah sesuai kerana dalam sesebuah bilik darjah, terdapat pelajar yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan ada yang kinestetik. Akhir sekali ialah, Keadah gerak balas berkehendakkan gure menimbulkan minat kanak-kanak untuk meraneang, menyusun, mengadakan pertunjukkan dan memberi laporan hasil daripada pojek tersebut. RUMUSAN Secara kesimpulannya, ahli-alili psikologi menyatakan bahawa perkembangan ‘kanak-kanak merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat tahir hingga ke peringkat kematangan. Perkembangan ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan faktor bake. Melalul ‘teori-teori ahil-ahli psikologi, teori fizikal difokuskan kepada pertumbuhan tulang dan ‘tot dan bersedia untuk melakukan segala aktivitifizial. Teori kognitif pula, difokuskan kepada kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingali perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran masing- masing. Guru-gueu harus melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh memperkembangankan lagi perkeritiangan fizikal dan kognitif. Ini dapat membantu dalam perkembangan kanak-kanak yang sihat. Walaupun , terdapal perbezaan individu di dalam sesebuah bilik darjah, guru harus mengetahui dan mengamalkan cara-cara untuk menangani masalah perbezaan ‘individu, Ini dapat mewujuidkan suasana yang seimbang di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai