Anda di halaman 1dari 2

SKRIP FORUM BM: PDPR DALAM ERA DIGITAL

MODERATOR: DHILA

PANEL 1: FINAZ

PANEL 2: ZULAIKHA

PANEL 3: WAWA

MODERATOR Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillahirabbilalamin
Wassolatuwassalamu ala asrafil ambiyai wal mursalin
Wa ala alihi wasahbihi ajmain.
Assalamualaikum warahmatullahitaalahiwabarakatuh,

Salam sejahtera , salam 1 Malaysia kepada ahli panel dan sidang hadirin yang disayangi sekalian.
Segala puji pujian kehadrat illahi kerana dengan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam
sebuah diskusi ilmiah iaitu perbincangan forum dengan tajuk PDPR DALAM ERA DIGITAL. Di sini,
saya turut mengalukan kehadiran rakan-rakan siswa serta barisan pensyarah yang sudi hadir pada
forum kali ini. Sayang seribu kali sayang, pertemuan pada hari ini harus dijalankan secara dalam
talian atas keadaan pada masa kini yang tidak mengizinkan.

Sebelum kata bersulam bicara,


Sebelum ilmu menusuk di dada,
Kata orang tak kenal maka tak cinta,

Oleh itu sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi, eloklah sekiranya kita berkenalan dengan 3
orang ahli panel kita pada hari ini. Baiklah, ahli panel yang pertama, saudari (Nur Shafinaz Binti
Murad) .Selamat datang. Apa khabar saudari?

PANEL 1 Alhamdulillah saya sihat , bagaimana dengan saudari moderator?

MODERATOR Alhamdulillah saya juga sihat sentiasa. Seterusnya ahli panel yang kedua, saudari (Nur Zulaikha
Binti Ahmad Nizar). Bagaimana keadaan saudari?
PANEL 2 Syukur ke hadrat ilahi, saya sihat walafiat.
MODERATOR Baik, ahli panel yang ketiga dan terakhir pada hari ini, saudari (Nurul Fatien Nasuha Binti Mohd
Fadhlin). Adakah baik-baik sahaja di sana saudari?
PANEL 3 Alhamdulilah saya baik-baik sahaja wahai saudari. Terima kasih kerana bertanya :)
MODERATOR Usai salam perkenalan dengan barisan panel, marilah kita meneruskan pengisian ilmu pada hari
ini bagi tajuk forum yang telah disebutkan sebentar tadi iaitu PDPR DALAM ERA DIGITAL dengan
persoalan-persoalan yang dapat membuka minda para siswa guru terhadap pemahaman kepada
perbincangan topik ini. Baiklah, sebahagian siswa guru mungkin sedia maklum akan konteks
perkataan PDPR itu sendiri setelah hampir daripada kita semua berpengalaman menjalani proses
PDPR selepas pandemik COVID-19 melanda dunia. Justeru bagi mengetahui dengan lebih
mendalam, saya ingin mengajukan soalan kepada panel yang pertama , apakah yang dimaksudkan
dengan PDPR DALAM ERA DIGITAL ? …. Dipersilakan saudari Nur Shafinaz
PANEL 1 Terima kasih diucapkan kepada saudari moderator yang molek pekertinya membawa rasional
persoalan
MODERATOR Terima kasih saudari atas penjelasan yang bermanfaat serta dapat menambahkan pemahaman
para siswa guru sekalian.Seterusnya, sudah tentu kita ingin mengetahui sejauh mana
keberkesanan yang diperoleh semasa melaksanakan PDPR DALAM ERA DIGITAL ini. Oleh itu, saya
persilakan panel kedua saudari Nur Zulaikha berkongsi pandangan anda.

PANEL 2 Bimillahirahmanirahim, assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terima kasih saudari
moderator, sahabat-sahabat ahli panel serta sidang hadirin yang dihormati. Baiklah ..

MODERATOR Alhamdulillah, begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh ahli panel kedua sebentar tadi.
Pelbagai manfaat disebalik PDPR ini telah dikongsikan kepada umum. Baiklah, setiap perkara yang
berlaku mempunyai kelemahan yang tersendiri maka dengan pelaksanaan PDPR dalam era serba
moden kini, masih adakah kelemahan dan kesukaran yang dialami sesetengah pihak? dengan itu
saya mengalukan ahli panel ketiga, saudari Nurul Fatien Nasuha untuk berkongsi pendapat
anda…..dipersilakan
PANEL 3 Terima kasih saudari moderator yang tidak kurang petah bicaranya atas soalan yang diujarkan.

MODERATOR Terimakasih saudari atas penerangan yang menarik serta menyedarkan kita semua bahawa
walaupun berada dalam zaman yang boleh dikata dimonopoli oleh kecanggihan digital tetapi
masih terdapat segelintir individu yang mengalami kesukaran mereka tersendiri dalam
melaksanakan PDPR ini. Kini anda dapat lihat bahawa pelaksanaan PDPR ini hendaklah dipandang
daripada kedua-dua sudut, baik dari aspek kelebihannya mahupun kekurangannya kerana dengan
penelitian yang menyeluruh membolehkan proses pembelajaran dijalankan dengan lebih
berkesan. Baiklah, saya ingin membuka peluang bagi satu soalan daripada siswa guru untuk
diajukan kepada barisan panel…..dipersilakan
SOMEONE NTAH salam sejahtera/ selamat petang , saya ingin bertanyakan soalan.. pada pendapat ahli-ahli panel,
apakah cabaran yang dihadapi bagi segelintir ibu bapa pelajar semasa pelaksanaan PDPR DALAM
ERA DIGITAL INI?
MODERATOR Terima kasih saudari atas soalan yang diajukan dan dipersilakan ahli panel yang ingin menjawab
soalan tersebut.
PANEL 3 saudari moderator, izinkan saya menjawab soalan tersebut
MODERATOR Ya, sudah tentu saudari..dipersilakan
PANEL 3

MODERATOR Begitu bernas jawapan yang diberikan dan diharap para siswa guru sedikit sebanyak dapat
memperoleh ilmu yang bermanfaat untuk diaplikasikan di dalam diri apabila bergelar guru kelak.
Baiklah...sampai di sini sahaja majlis forum kita pada hari ini, terkasar bahasa,tersilap bicara
mohon dimaafkan. Terima kasih diucapkan kepada barisan panel, para siswa guru serta pensyarah
atas kesudian anda semua untuk turut serta dalam perbincangan pada hari ini.
Saya akhiri forum ini dengan wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum w.b.t dan salam
sejahtera.

kalau ada masalah teknikal ( terkeluar meet, line putus)

MODERATOR: Maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku..Tidak mengapa,, kita teruskan lagi
perbincangan, baiklah…./ saya ajukan pula soalan kepada panel yang seterusnya(soalan still sama
tapi panel next) (GORENG2 AYAT)

Anda mungkin juga menyukai