Anda di halaman 1dari 6

APA ITU TEKNIK KOMPAS AURORA?

Teknik Kompas Aurora merupakan satu teknik yang mengaplikasikan arah mata angin sebagai
rangka jawapan pelajar. Seperti yang kita tahu empat arah mata angin yang utama iaitu Utara, Timur,
Selatan dan Barat. Setiap arah tersebut akan diwakili oleh abjad U, T, S dan B. jadi pelajar harus
ingat di mana kedudukan arah mata angin tersebut. Dan apa pula perkaitan frasa Aurora dalam
teknik ini?

Aurora merupakan fenomena cahaya terang yang dilihat di langit malam, biasanya di Kawasan kutub
(Artik dan Antartika) dan sesetengah saintis memanggilnya “Aurora Kutub”. Terdapat dua jenis
fenomena Aurora iaitu fenomena di utara yang dikenali sebagai Aurora Borealis sempena nama Dewi
Fajar Rom, Aurora dan angin utara dari Bahasa Yunani, Boreas dan fenomena di Selatan yang
dikenali sebagai Aurora Australis.

Bagaimana Teknik Kompas Aurora ini digunakan dalam menjawab soalan KBAT?

Teknik Kompas Aurora ini sesuai untuk soalan (Jawapan positif) yang berkaitan dengan;
• Cara/Langkah
• Cadangan
• Tindakan
• Insiatif
• Peranan
• Sumbangan

Contoh Soalan:
I. Jelaskan tindakan kerajaan/rakyat untuk menjamin kedaulatan negara?
II. Apakah cadangan anda sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara industi yang moden?
III. Bagaimanakah kita sebagai rakyat Malaysia mengekspresikan nilai patriotisme dalam diri
kita?
IV. Huraikan peranan belia negara untuk memajukan negara setaraf negara maju yang lain?
V. Terangkan sumbangan yang dicurahkan oleh generasi muda dalam menjadikan Malaysia
sebagai negara membangun.
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAH/KSSM/KBAT/2021

JADUAL KOMPAS AURORA

Teknik ini menggunakan kata kerja berimbuhan “meN-……-kan”digandingkan dengan kata tugas
sebagai kata kunci utama. Rujuk jadual di bawah.

B – Bagi U - Untuk
…. mempertahankan …. menjadikan
…. merealisasikan …. membangunkan
…. mensejahterakan …. menyelesaikan
…. mencegah/mengawal …. memajukan
…. memelihara …. menunjukkan
…. mengukuhkan ….. menghargai
…. mencari Barat Utara …. meningkatkan
…. mencapai
(B) (U) …. menjana

…. memantapkan Selatan Timur …. mempercayai


…. bersatu (S) (T) …. menyalahgunakan
…. bersama-sama …. berat sebelah
…. berusaha dan …. mencetuskan
…. membangunkan …. mengkhianati
…. mengutamakan …. berpihak kepada mana-mana
…. menjalinkan …. menimbulkan
…. mengeratkan …. menyalalahkan
…. mengekalkan

S - Supaya T - Tidak

2
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAH/KSSM/KBAT/2021

CARA PENGGUNAAN

Fakta (F-isi) + Utara (U) + Barat (B) + Selatan (S) dan Timur (T)* + Contoh (C)

Fokus kepada anak


panah LAWAN ARAH
JAM.

*Unsur T boleh
ditiadakan. Jadi “dan”
tidak perlu digunakan.

Kata Hubung “dan”


disini digunakan untuk
menggabungkan
unsur S (Inferens) dan
unsur T (Huraian 3)

Pelajar diingatkan supaya


mencari gandingan kata
kerja yang sesuai dalam
setiap aspek.

Tips : Kata kerja dalam setiap unsur boleh ditambah mengikut kebiasaan/kesesuaian
yang digunakan oleh pelajar. Yang dinyatakan di dalam jadual merupakan perkataan
yang sering digunakan oleh pelajar semasa menjawab soalan dalam peperiksaan.

3
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAH/KSSM/KBAT/2021

CONTOH PENGGUNAAN TEKNIK KOMPAS AURORA

SOALAN
Hubungan luar negara kita telah wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Berdasarkan
pengetahuan sejarah anda, mengapa hubungan luar ini penting kepada negara. (8 markah)

Berdasarkan pengetahuan sejarah saya,


hubungan luar ini penting kerana dapat mewujudkan ISI (FAKTA)
kerjasama ekonomi untuk meningkatkan ekonomi
UNSUR U (HURAIAN 1)
negara bagi mengukuhkan sumber pendapatan negara
UNSUR B (HURAIAN 2)
supaya memantapkan perkembangan pembangunan
di dalam negara dan tidak menyalahgunakan aset UNSUR S (INFERENS)

negara. Misalnya Kerjasama ekonomi wujud antara UNSUR T (HURAIAN 3)


negara-negara ASEAN di bawah program BIMP-EAGA
(Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei- CONTOH
Indonesia-Malaysia-Filipina)

Di samping itu, hubungan luar juga penting ISI (FAKTA)

kerana dapat berunding bersama untuk


UNSUR U (HURAIAN 1)
menyelesaikan masalah/konflik antara negara bagi
UNSUR B (HURAIAN 2)
mencari jalan penyelesaian melalui rundingan supaya
bersama-sama berkongsi pendapat dan tidak UNSUR S (INFERENS)

menimbulkan sebarang salah faham lagi di kemudian UNSUR T (HURAIAN 3)


hari. Sebagai contoh, negara-negara ASEAN
mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik
CONTOH
seperti pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja
(Cambodia).

4
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAH/KSSM/KBAT/2021

CONTOH PENGGUNAAN TEKNIK KOMPAS AURORA TANPA UNSUR T

SOALAN
Penjajahan Jepun telah meninggalkan banyak kesan buruk kepada rakyat dan juga negara kita.
Rakyat hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Bagaimana kita dapat mengelakkan penjajahan
tersebut berulang kembali. (8 markah)

Antara langkah/cara yang boleh diambil bagi


mengelakkan penjajahan daripada berulang adalah
ISI (FAKTA)
dengan menjalin hubungan dengan semua negara
UNSUR U (HURAIAN 1)
tanpa mengira blok untuk menunjukkan kita tidak
UNSUR B (HURAIAN 2)
memihak kepada mana-mana blok bagi mencegah
UNSUR S (INFERENS)
negara daripada dijajah supaya mengekalkan
kedaulatan negara. Sebagai contoh dasar luar negara
CONTOH
telah mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik
dengan semua negara menjelang tahun 1970.

ISI (FAKTA)

Selain itu, penjajahan dapat dielakkan sekiranya UNSUR U (HURAIAN 1)


pasukan keselamatan diperbesarkan untuk
UNSUR B (HURAIAN 2)
meningkatkan kawalan di sempadan negara bagi
UNSUR S (INFERENS)
mengawal kemasukan pendatang asing supaya
memantapkan peraturan dan undang-undang keluar
CONTOH
masuk ke negara kita. Contohnya, bilangan pasukan
keselamatan yang bertugas di sempadan ditambah
sama ada di perbatasan dan perairan.

Anda mungkin juga menyukai