Anda di halaman 1dari 1

Sholawat Tafrijiyyah@Nariyah

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna
kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu
yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua
hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya)
dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah
rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan
nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh
alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi
lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari
gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan
membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa
masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat
jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444x.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat
fardhu sebanyak 11x yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan
mencapai ke darjat yang tinggi. Kata Al-Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini
setiap hari sebanyak 44x nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan
rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11x setiap hari setiap lepas
sembahyang lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41x atau 100x, ALLAH akan
menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313x setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa
rahsia ghaib.

4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444x akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia
dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai