Anda di halaman 1dari 27

IMBUHAN AWALAN BER…..

Bentuk Awalan ber-


1.Bentuk ber- sekeluarga dengan awalan be- dan bel-.
2.Awalan ber- dapat berubah menjadi be-, atau bel, atau tetap ber- seperti yang
berikut.:
Awalan
Keterangan
Contoh
be-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf r atau suku kata
pertamanya berakhir dengan er
be.rasa, be.roda
be.rumah, be.kerja
dan be.serta

bel-
Apabila bertemu dengan kata-kata ajar dan unjur.
bel.ajar, bel.unjur
ber-
Apabila bertemu dengan kata-kata yang lain daripada yang tersebut di atas.
ber.ayah,ber.bentuk, ber.gaduh, ber.kepak, dan ber.tenaga

Makna Awalan ber-


Awalan ber- mempunyai beberapa makna, iaitu:
(a) mempunyai.... BERIBU
Animated clip art image of a woman walking with a little girl holding hands berayah = mempunyai
ayah
beribu = mempunyai ibu
(b) memakai....
berbaju = memakai baju
berkasut = memakai kasut
(c) menaiki atau menunggang....
berkereta = menaiki kereta
berbasikal = menunggang basikal
(d) menggunakan....
berpayung = menggunakan payung
bertungkat = menggunakan tongkat
(e) mengeluarkan atau menghasilkan....
berbunga = mengeluarkan bunga
bertelur = menghasilkan telur
(f) mengusahakan....
bersawah = mengusahakan sawah
Speaker, Announcer MC master of ceremonies berkedai = mengusahakan kedai
(g) mengucapkan....
berdoa = mengucapkan doa
berjanji = mengucapkan janji
BERUCAP
(h) menunjukkan sikap....
berkasar = menunjukkan sikap kasar
berlembut = menunjukkan sikap lembut

(i) dalam keadaan....


bergembira = dalam keadaan gembira
berduka = dalam keadaan duka
Animated Boy
doing push upsBERSENAM
(j) melakukan perbuatan pada diri sendiri....
bercukur = mencukur diri sendiri
bersembunyi = menyembunyikan diri sendiri
(k) ada sesuatunya
berbahaya = ada bahayanya
berduri = ada durinya
(l) berlaku atau bekerja sebagai....
berdukun = berlaku sebagai dukun
berguru = bekerja sebagai guru

...................................................................................................................................
\

LATIHAN IMBUHAN AWALAN BER…


LATIHAN 1
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Encik Azmi melarang anaknya _______ dengan budak-budak yang nakal itu.
A. bergaul B. bersalam C. bertanya D. berdebat
2. Kebanyakan penduduk di kampung saya buta huruf dan tidak ______tinggi.
A. berkulit B. bermata C. berpelajaran D. berhidung

3. Datuk Omar masih boleh membaca perkataan-perkataan yang _______________ kecil itu.
A. berbaca B. berwarna C. berhuruf D. berbuku

4. Lelaki yang bertongkat dan ______________ tebal itu ialah bekas pengawai polis yang dihormati
ramai.
A. bermisai B. berjanggut C. bersikat D. bergigi

5. pelajar-pelajar Tingkatan Satu Cempaka ______________ tegak apabila Cikgu Jasni


masuk ke dalam kelas.
A. berjalan B. berbaris C. bersusun D. berdiri

6. Adrian sering membawa isteri dan anak-anaknya _______________ di tepi pantai


pada hari minggu.
A. berlari B. bermain C. berjalan D. bersiar-siar

7. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia supaya _______________ cermat dan tidak boros
berbelanja untuk mengelakkan berlakunya inflasi.
A. bersikap B. berjimat C. berwang D. berbuat

8. Encik Hakimi _______________ hendak menghantar beberapa orang kakitangannya berkursus di


luar negeri untuk meningkatkan lagi produktiviti syarikatnya.
A. berlatih B. bercadang C. berdiam D. berlanggar

9. Surat yang dikirim oleh sahabat penanya dan Indonesia belum______________ lagi.
A. berbalas B. bersoal C. berbuka D. bersusun

10. Mariati ____________ dengan nasib yang menimpa penghuni asrama


perempuan itu apabila asrama mereka hangus terbakar.
A. berenam B. bersimpati C. bergaduh D. bermewah
LATIHAN 2
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.

1. Pokok mangga yang ditanam di belakang rumah Pak Seman ____________ merah.
2. Salimah __________________ di atas katilnya sambil membaca surat khabar.
3. Puan Nooraini _______________ kebaya ke majlis perkhawinan anak perempuan Datuk Anwar.
4. Penyanyi yang ______________ merdu itu berjaya memikat hati ribuan penonton yang menyaksikan
persembahan di Stadium Negara.
5. Nenek Halijah __________________ kepada cucu-cucunya hingga larut malam.
6. Kami _________________ telah terpilih sebagai wakil sekolah dalam pertandingan perbahasan
peringatan sekolah-sekolah.
7. Encik Shamsuddin melarang anaknya memetik pokok mawar yang baru __________________ itu.
8. Tiap-tiap hari Johari ________________ ke kebun getahnya yang terletak di hujung kampung.
9.Seluar pendeknya yang koyak itu belum ________________ .
10.Kedua-dua orang adik-beradik itu asyik _________________ seperti anjing dengan kucing.
bersuara berdaun berbunga berbasikal bertiga
berjahit berbaju berbaring berkelahi bercerita
LATIHAN 3
Masukkan imbuhan beR- pada perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, tuliskan
semula ayat-ayat itu dalam kurangan yang disediakan.

1. Pesakit itu tidak dibenarkan memakan makanan yang minyak dan pedas.
_________________________________________________________________________________

2. Adik lari-lari anak apabila melihat ayah dan ibu pulang dari pasar raya.
_______________________________________________________________________________

3. Apabila saya pulang dari kerja, pinggan mangkuk itu belum basuh.
________________________________________________________________________________

4. Orang ramai digalakkan kebun sayur di belakang rumah masing-masing untuk menjimatkan
perbelanjaan harian.
____________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

5. Kelmarin, angsa Pak Cik Lailin telur di bawah rumah Tuk Penghulu Hamad.
________________________________________________________________________________

6. Kami empat pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Melaysia di Stadium Shah Alam.
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

7. " Berikan kuih ini kepada budak yang baju biru itu," kata Rafidah kepada Filza.
________________________________________________________________________________

8. Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, mangsa berkenaan sudah tidak nafas lagi.
__________________________________________________________________
9.Para penonton tepuk tangan apabila ahli silap mata itu muncul di atas pentas.
__________________________________________________________________
10.Mereka dua berkawan baik semenjak menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia lagi.
__________________________________________________________________
LATIHAN 4 (pemulihan)
Isilah tempat kosong di bawah ini dengan kata di dalam petak.
1. Haris dan Harison _________ ke Seremban.
2. Sejak tadi adik _________ saja.
3. Bulan _________ pada waktu malam.
4. Gadis manis itu _________ kebaya.
5. Neneknya sudah tidak _________ lagi.
6. Ramesh selalu _________ sejak kematian adik.
7. Bendera Malaysia _________ biru, kuning, dan putih.
8. Kasut ayah cantik dan _________ .
9. Murid-murid itu _________ kaki ke sekolah.
10. Askar-askar itu _________ dengan sungguh-sungguh untuk mempertahankan negara.
berbaju bercahaya berduka bergigi
berjalan berjuang berkereta berkilat
berwarna bermuram
LATIHAN 5 (pemulihan)
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.
1. Orang kaya itu _________ besar.
2. Orang yang _________ tinggi selalu dihormati.
3. Mereka _________ ke tepi pantai.
4. Bapa saya _________ putih.
5. Dia _________ sambil berfikir.
6. Ibu sedang _________ di dalam biliknya.
7. Dua orang budak itu sedang __________ .
8. Ayah sedang _________ dengan jiran.
9. Laporan itu bulum _________ lagi.
10.Surat yang _________ itu dimasukkan ke dalam sampul.
bertulis berpengetahuan berkelahi
berjalan berbual berbaju
berbasikal berlipat berkereta
bersolek

...........................................................................................................................................
Awalan Ter
Bentuk Awalan ter-

1. Ada tiga jenis awalan ter-, iaitu:


(a) ter- tak transitif
(b) ter- adjektif
(c) ter- pasif

2. Awalan ter- sekeluarga dengan awalan te- dan tel-.

3. Awalan ter- dapat berubah menjadi te-, atau tel-, atau tetap ter- seperti yang
berikut:

Awalan
keterangan
contoh
te-
(a) apabila bertemu dengan kata yang bermula
dengan huruf r
(b) apabila bertemu dengan kata yang suku
pertamanya berakhir dengan er
te.rasa, te.rendam,
te.ringkas, te.rupa
te.percik,
te.perlus,te.perdaya,
te.sergam,
te.serkup, te.serlah
tel-
apabila bertemu dengan kata anjur
tel.anjur
ter-
apabila bertemu dengan kata yang bermula
dengan huruf yang lain daripada huruf r
ter.cengang,
ter.nganga,ter.senyum

Makna Awalan ter-

Awalan ter- mempunyai beberapa makna, iaitu:

(a) tidak sengaja men... atau di....


terambil = tidak sengaja mengambil atau diambil
terpijak = tidak sengaja memijak atau dipijak

(b) paling....
terbaik = paling baik
tertinggi = paling tinggi

(c) keupayaan (dapat di....)


terangkat = dapat diangkat
terdaki = dapat didaki

Contoh ayat:

1. Dia tertelan tulang ikan semasa memakan nasi semalam .


2. Rubiah terpijak ekor kucingnya .
3. Orang tua itu tidak terpanjat tangga - tangga itu .
4. Fuad terangkat kotak - kotak yang besar itu .
5. Hua Eng ialah pelajar yang terpandai di dalam kelasnya .
6. Bangunan itulah yang tertinggi di bandar ini .

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat - ayat di bawah .
1 Dahlia ____________ sebentuk cincin emas di halaman rumahnya semalam .
A terjumpa C terlipat
B tercari D terangkat

2 Apabila ___________ bunyi orang menangis di kawasan perkuburan itu , dia pun
berlari dengan pantas .
A terasa C terduduk
B terhidu Dterdengar

3 Yuran ____________ di atas jalan raya apabila basikalnya tertanggal seketul batu .
A tertanggal C terlompat
B tersungkur D tersenyum

4 Ridzuan hendak mencukur jangutnya tetapi ____________ misainya .


A tergunting C terkerat
B tercetak D tercukur

5 Sejak dari tadi , Roland dan Khairi asyik ________________ apabila bercakap dengan
Mak Cik Rugayah .
A termarah - marah C terkuat -kuat
B tersengih - sengih D tersedu - sedu

6 Dengan suara yang ______________ , pemuda itu mencertiakan tentang perbuatan


yang dilakukannya semasa kami tiada di rumah .
A terjerit - jerit C teresak - esak
B termati -mati D tergagap - gagap

7 Walaupun berbadan besar , Harun tidak _____________nasiyang bayak itu


A terminum C terkena
B termakan D tertelan

8 Nurul Huda merupakan perenang yang ____________ dalam acara renang di Sukan
SEA itu .
A terpendek C terbijak
B terbesar D termuda

9 Pak Cik Imran dan Mak Cik Salmah ____________ bangga apabila kesemua anak
mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading .
A terbawa C tersenyum
B tersimpul D terbiar

10 Khairul Nizam tidak dapat pergi ke mana - mana kerana pintu rumahnya
___________ dari luar .
A tersangkut C terkunci
B tersimpan D terdedah

Isikan kata itu di tempat kosong yang berikut .

1. Banyak penumpang bas ____________ kerana bas dinaiki oleh mereka rosak .
2. Dia __________menerima permintaan kawannya .
3. Hidupnya __________kerana selalu didera ibu tiri .
4. Rahimah __________ apabila dia diumumkan sebagai pemenang .
5. Faruk mengaduh kesakitan apabila idahnya __________.
6. Gadis yang berambut panjang itulah yang ___________.
7. "Saya ___________ kerana bas sekolah rosak," kata Raman .
8. Kami _____________semasa menyaksikan pertunjukan silap mata .
9. Kereta itu ___________tiang lampu .
10. Dia selalu _______________akan peristiwa pahit itu .

tercantik terkandas terlambat tercengang terpaksa


terlanggar tergigit terseksa tersenyum terkenang

LATIHAN TATABAHASA SET G


1. Abang terjun ke dalam sungai untuk.................... budak yang hampir mati lemas itu.
A.menyelamatkan B. terselamat C. selamat D. diselamatkan
2. Kami mengucapkan ribuan terim kasih kepada semua....................yang sudi menghulurkan derma
ini.
A.dermawan B. prasangka C. rupawan D. jelitawan
3.Kerajaan sedang mamajukan kawasan ................ .
A. pedalaman B. dalaman C. pendalaman D. kedalaman
4.Makanan yang .....................badan ialah jenis-jenis makanan yang ................... zat protin.
A. membinakan, mengandungi B. membina, mengandungi C. membina,mengkandungkan
D. terbina, kandungan
5.Rakyat jelata haruslah berganding bahu demi menjamin ...................negara.
A. selamatan B. penyelamatan C. peselamatan D. keselamatan
6. Di hujung kampung itu ada empat.................... rumah.
A. kotak B. pintu C.papan D.biji
7. Kebun sayurnya dirosakkan oleh se.................. lembu.
A. kumpulan B. pasukan C. kawan D. rawan
8. Di dalam perahu itu ada dua ....................jala.
A. rawan B. keping C. buah D.bidang
9. Penjual sate itu membawa beberapa...................lidi ke gerai.
A. tangkai B. bilah C. berkas D. batang
10. Bapa membeli se.....................komputer untuk abang.
A. buah B. biji C. bentuk D. kotak
11. Penguasa Majlis Daerah sentiasa mengambil berat tentang kebersihan di.......................di kompleks
ini.
A. kaki bangku B. kaki ayam C. kaki lima D.kaki botol
12. Penghulu itu sangat mengambil berat tentang.........................nya.
A. anak buah B. anak kapal C.anak yatim D.anak tangga
13. Orang tang dihantar ke dalam bilik rawatan cemas itu tinggal.........................sahaja.
A. nyawa-nyawa ikan B. pening lalat C. makan tidur D. cari mati
14. Dalam pertandingan bola jaring itu, Vasanti menjadi .......................pasukan kita.
A.cahaya mata B. mata pencarian C.campur tanggan D. ayam tambatan
15.Budak yang .........................itu memang susah diajar.
A. berat telinga B. buta hati C. geli hati D. pasang teling
16.Pemuda berambut panjang itu telah meragut beg tangan wanita itu.
A. mengambil B. menyerah C. merampas D. menghulur
17.Zaini tidak menduga sama sekali bahawa dia berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan
Filem Kodak itu.
A. menerima B. merasa C. mengharap D.menyangka
18. Kasim berazam akan belajar dengan bersungguh-sungguh demi melanjutkan pelajaran ke peringkat
universiti.
A.bertekad B. berfikir C. berharap D. bermimpi
19.Penyanyi terkenal itu sedang menyanyi di atas pentas itu.
A. mahir B. masyhur C. cekap D. jaguh
20.Perhubungan Sura dan Siti menjadi renggang apabila keluarga mereka saling bermusuhan.
A.rapat B. erat C. jarang D. teruk

Jawapan Latihan TatabahasaF2


1. Abang terjun ke dalam sungai untuk.................... budak yang hampir mati lemas itu.
A.menyelamatkan B. terselamat C. selamat D. diselamatkan
2. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua....................yang sudi menghulurkan derma
ini.
A.dermawan B. prasangka C. rupawan D. jelitawan
3.Kerajaan sedang mamajukan kawasan ................ .
A. pedalaman B. dalaman C. pendalaman D. kedalaman
4.Makanan yang .....................badan ialah jenis-jenis makanan yang ................... zat protin.
A. membinakan, mengandungi B. membina, mengandungi C. membina,mengkandungkan
D. terbina, kandungan
5.Rakyat jelata haruslah berganding bahu demi menjamin ...................negara.
A. selamatan B. penyelamatan C. peselamatan D. keselamatan
6. Di hujung kampung itu ada empat.................... rumah.
A. kotak B. pintu C.papan D.biji
7. Kebun sayurnya dirosakkan oleh se.................. lembu.
A. kumpulan B. pasukan C. kawan D. rawan
8. Di dalam perahu itu ada dua ....................jala.
A. rawan B. keping C. buah D.bidang
9. Penjual sate itu membawa beberapa...................lidi ke gerai.
A. tangkai B. bilah C. berkas D. batang
10. Bapa membeli se.....................komputer untuk abang.
A. buah B. biji C. bentuk D. kotak
11. Penguasa Majlis Daerah sentiasa mengambil berat tentang kebersihan di.......................di
kompleks ini.
A. kaki bangku B. kaki ayam C. kaki lima D.kaki botol
12. Penghulu itu sangat mengambil berat tentang.........................nya.
A. anak buah B. anak kapal C.anak yatim D.anak tangga
13. Orang tang dihantar ke dalam bilik rawatan cemas itu tinggal.........................sahaja.
A. nyawa-nyawa ikan B. pening lalat C. makan tidur D. cari mati
14. Dalam pertandingan bola jaring itu, Vasanti menjadi .......................pasukan kita.
A.cahaya mata B. mata pencarian C.campur tanggan D. ayam tambatan
15.Budak yang .........................itu memang susah diajar.
A. berat telinga B. buta hati C. geli hati D. pasang teling
16.Pemuda berambut panjang itu telah meragut beg tangan wanita itu.
A. mengambil B. menyerah C. merampas D. menghulur
17.Zaini tidak menduga sama sekali bahawa dia berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan
Filem Kodak itu.
A. menerima B. merasa C. mengharap D.menyangka
18. Kasim berazam akan belajar dengan bersungguh-sungguh demi melanjutkan pelajaran ke peringkat
universiti.
A.bertekad B. berfikir C. berharap D. bermimpi
19.Penyanyi terkenal itu sedang menyanyi di atas pentas itu.
A. mahir B. masyhur C. cekap D. jaguh
20.Perhubungan Sura dan Siti menjadi renggang apabila keluarga mereka saling bermusuhan.
A.rapat B. erat C. jarang D. teruk

LATIHAN TATABAHASA SET F

1.Dia mempergunakan saya sebagai _______________ untuk menjawat jawatan itu.


A.batu loncatan B.batu alas C.hati batu D.batu giling

2.Kita mesti____________ semasa guru mengajar.


A.rabun ayam B.kaki ayam C.buta huruf D.pasang telinga

3.Diana mencurahkan____________ nya kepada abang saya.


A.ambil hati B.isi hati C.buah hati D.mata hati

4.Apabila terdengar berita sedih itu mukanya menjadi_____________ macam mayat.


A.biru B putih C.pucat D.hitam

5.Walaupun masih kecil namun dia____________ macam pendeta.


A.degil B.lurus C.bijak D.baik
6.Raja negeri Antah Berantah itu__________ macam firaun.
A.zalim B.degil C.liar D.buas

7.___________ roda kereta kuda itu dibuat daripada kayu.


A.jejari B.tetupai C.kekuda Dlelabu.

8____________ lah ketika memegang ______________ kaca itu.


A.bercermat-cermat, bebalai B.beragak-agak,dedahan C.berhati-hati,berbuli D.perlahan-
lahan,deduri

9.Kita mestilah menghormati jiran____________.

A.tetamu B.tetangga C.sesama D. kekisi

10.__________ yang rendang itu ditanam oleh tukang kebun sekolah saya.
A.dedaun B.kekabu C.lelangit D.pepohon

11.Ayah memberikan beberapa____________ tebu kepada budak kecil itu.


A.buku B.ketul C.ruas D.ulas

12.Beliau mendeklamasikan se__________ sajak hasil nukilan S.Y.Din


A.jalur B.buah C.gugus D.untai

13.Ibu kehilangan se___________cincin dan se__________ rantai emas.


A.buah,jalur B.ketul,gugus C.biji,untai D.bentuk,utas

14.Kelincahan gadis iyu menjadi ____________penduduk kampung kami.esar hati B.


ABuah mulut B.rambang mata C.mata keranjang D.kutu rambu

15.''Janganlah berasa ____________ apabila mnlihat dia membeli basikal baru,'' kata loke kepada sim
Min Chin.
A.besar hati B.kepala angin C.iri hati D.patah hati
16.Kami telah____________ hendak mendaki gunung Everest.
A.bulat hati B.isi hati C.busuk hati D.makan hati

17.Dia memang ___________. Setiap hari asyik tidur saja .


A.anak angkat B.anak emas C.rabun ayam D.berat tulang

18.Penjenayah yang_________itu telah dibawa ke lokap.


A.diberkas B.dicelup C.dijaga D.ditanya

19.Kakak____________ tin biskut itu di atas kepalanya.


A.menjinjing Bmenatang C.menjunjung D.memikul

20.Dia berjalan____________ kerana tapak kakinya luka.


A.terkedek-kedek B.tergerak-gerak C.terangguk-angguk D.terhincut-hincut

Jawapan Soalan Tatabahasa Set F


1.Dia mempergunakan saya sebagai _______________ untuk menjawat jawatan itu.
A.batu loncatan B.batu alas C.hati batu D.batu giling

2.Kita mesti____________ semasa guru mengajar.


A.rabun ayam B.kaki ayam C.buta huruf D.pasang telinga

3.Diana mencurahkan____________ nya kepada abang saya.


A.ambil hati B.isi hati C.buah hati D.mata hati

4.Apabila terdengar berita sedih itu mukanya menjadi_____________ macam mayat.


A.biru B. putih C.pucat D.hitam

5.Walaupun masih kecil namun dia____________ macam pendeta.


A.degil B.lurus C.bijak D.baik
6.Raja negeri Antah Berantah itu__________ macam firaun.
A.zalim B.degil C.liar D.buas

7.___________ roda kereta kuda itu dibuat daripada kayu.


A.jejari B.tetupai C.kekuda D.lelabu

8____________ lah ketika memegang ______________ kaca itu.


A.bercermat-cermat, bebalai B.beragak-agak,dedahan C.berhati-hati,berbuli D.perlahan-
lahan,deduri

9.Kita mestilah menghormati jiran____________.


A.tetamu B.tetangga C.sesama D. kekisi

10.__________ yang rendang itu ditanam oleh tukang kebun sekolah saya.
A.dedaun B.kekabu C.lelangit D.pepohon

11.Ayah memberikan beberapa____________ tebu kepada budak kecil itu.


A.buku B.ketul C.ruas D.ulas

12.Beliau mendeklamasikan se__________ sajak hasil nukilan S.Y.Din


A.jalur B.buah C.gugus D.untai

13.Ibu kehilangan se___________cincin dan se__________ rantai emas.


A.buah,jalur B.ketul,gugus C.biji,untai D.bentuk,utas

14.Kelincahan gadis iyu menjadi ____________penduduk kampung kami.besar hati .


ABuah mulut B.rambang mata C.mata keranjang D.kutu rambu

15.''Janganlah berasa ____________ apabila melihat dia membeli basikal baru,'' kata loke kepada sim
Min Chin.
A.besar hati B.kepala angin C.iri hati D.patah hati
16.Kami telah____________ hendak mendaki gunung Everest.
A.bulat hati B.isi hati C.busuk hati D.makan hati

17.Dia memang ___________. Setiap hari asyik tidur saja .


A.anak angkat B.anak emas C.rabun ayam D.berat tulang

18.Penjenayah yang_________itu telah dibawa ke lokap.


A.diberkas B.dicelup C.dijaga D.ditanya

19.Kakak____________ tin biskut itu di atas kepalanya.


A.menjinjing B menatang C.menjunjung D.memikul

20.Dia berjalan____________ kerana tapak kakinya luka.


A.terkedek-kedek B.tergerak-gerak C.terangguk-angguk D.terhincut-hincut

...................................................................................................................................................................

LATIHAN TATABAHASA SET E


1 __________ botol itu dengan air.
A Terisi B Berisi C Mengisi D Isikan

2 Saya tidak _____________ beg yang berat itu.


A terangkat B keberangkatan C angkatan D mengangkat

3 Usah___________ perkara itu kepadanya.


A tertanya B menanyakan C tanyakan D tanya

4 Kaki Kok Chye sakit kerana_____________ batu.


A penyepak B tersepak C sepakan D disepak

5_________ kertas ini ke dalam tong sampah.


A Membuang B buangan C buangkan D Dibuang
6 Peluh yang keluar____________ bajunya.
A membasahi B dibasahkan C dibasahi D terbasah

7 Kim Her____________ kepalanya apabila ditanya.


A digelang B tergelang C gelengan D menggelengkan

8 Rozi deman kerana____________bapanya.


A kerinduan B dirindui C merindui D merindu

9 Dialah yang_________ pinggan itu.


A terpecah B memecahkan C pecahan D dipecah

10 Perlahan-lahan mereka___________ lereng yang curam itu.


A diturunkan B merununi C keturunan D penurunan

11 Air sungai ini___________ dengan deras.


A mengalir B menurun C melimpah D menerjun

12 Paul__________-dengan pantas apabila hari hendak hujan.


A bergerak B melompat C berjalan D merayap

13 Puan Lim___________sayur dengan pisau.


A Memotong B membelah C mencincang D membedah

14 Eddy___________ terbahak-bahak melihat pertunjukan itu.


A menangis B termenung C tersenyum D ketawa

15 Mereka___________ bukit itu dengan mudah.


A menaiki B memanjat C mendaki D merangka
16 Chong Wah sedang memancing__________ di sungai.
A ikan B harimau C ayam D buaya
17 Ibu negara Malaysia ialah ____________.
A Ipoh B Shah Alam C Kuala Lumpur D Seremban

18 Emak membeli ikan di___________.


A sekolah B pasar C bank D hospital

19______________ seorang guru yang baik hati.


A Datuk B Murid C Jiran D Gikgu Lim

20 Saya bercita-cita hendak menjadi seorang_________.


A bank B pencuri C polis D bunga

Jawapan Tatabahasa Set E


Latihan 5
1 __________ botol itu dengan air.
A Terisi B Berisi C Mengisi D Isikan

2 Saya tidak _____________ beg yang berat itu.


A terangkat B keberangkatan C angkatan D mengangkat

3 Usah___________ perkara itu kepadanya.


A tertanya B menanyakan C tanyakan D tanya

4 Kaki Kok Chye sakit kerana_____________ batu.


A penyepak B tersepak C sepakan D disepak

5_________ kertas ini ke dalam tong sampah.


A Membuang B buangan C buangkan D Dibuang

6 Peluh yang keluar____________ bajunya.


A membasahi B dibasahkan C dibasahi D terbasah
7 Kim Her____________ kepalanya apabila ditanya.
A digeleng B tergeleng C gelengan D menggelengkan

8 Rozi demam kerana____________bapanya.


A kerinduan B dirindui C merindui D merindu

9 Dialah yang_________ pinggan itu.


A terpecah B memecahkan C pecahan D dipecah

10 Perlahan-lahan mereka___________ lereng yang curam itu.


A diturunkan B menuruni C keturunan D penurunan

11 Air sungai ini___________ dengan deras.


A mengalir B menurun C melimpah D menerjun

12 Paul__________dengan pantas apabila hari hendak hujan.


A bergerak B melompat C berjalan D merayap

13 Puan Lim___________sayur dengan pisau.


A Memotong B membelah C mencincang D membedah

14 Eddy___________ terbahak-bahak melihat pertunjukan itu.


A menangis B termenung C tersenyum D ketawa

15 Mereka___________ bukit itu dengan mudah.


A menaiki B memanjat C mendaki D merangka

16 Chong Wah sedang memancing__________ di sungai.


A ikan B harimau C ayam D buaya

17 Ibu negara Malaysia ialah ____________.


A Ipoh B Shah Alam C Kuala Lumpur D Seremban

18 Emak membeli ikan di___________.


A sekolah B pasar C bank D hospital

19______________ seorang guru yang baik hati.


A Datuk B Murid C Jiran D Gikgu Lim

20 Saya bercita-cita hendak menjadi seorang_________.


A bank B pencuri C polis D bunga

LATIHAN SET D
1. Dia menggunakan selimut yang tebal untuk ______________ badannya.
A panas B berpanas C memanasi D memanaskan

2. Beberapa orang pagawai yang melakukan _____________ akan dikenakan tindakan undang-undang.
A menyeleweng B menyelewengkan C penyelewengan D penyeleweng

3. Bapa saudara Tan Wing suka _______________.


A pengembara B berkembara C mengembara D pengembaraan

4. Kenny Lim, pernah _____________ sebuah kumpulan muzik lima tahun lalu.
A pertubuhan B ditubuhkan C penubuhan D menubuhkan

5. Para siswazah akan mengusahakan projek ternakan ikan di se_____________ tanah di tepi jalan raya
itu.
A bentuk B keping C bidang D batang

6. "Bubuhlah _____________ garan ke dalam kuih kari itu," kata emak.


A genggam B cubit C senduk D cebis
7. Satu _____________ sayur kangkung ini dijual dengan harga empat puluh sen.
A batang B sikat C tangkai D ikat

8. Gadis itu bukan saja cantik ______________ berbadi bahasa.


A tetapi juga B namun C tambahan pula D dan

9. Dia menyimpan semua wangnya di dalam bank ______________ selamat.


A serta B supaya C sementara D kalau

10. Baiklah berjagung-jagung dahulu ______________ menunggu padi masak.


A sebelum B sampai C sewaktu D sementara

11. Orang itu ___________ di biliknya sambil memikirkan sesuatu.


A lalu-lalang B lintang-pukang C mundar-mandir D simpang-siur

12. Abang Hassan menebang pohon itu untuk dijadikan beberapa ____________ tiang dan beberapa
_____________ papan.
A buah...keping B buah...helai C batang...keping D batang...kerat

13. Api pelita itu ____________ ditiup angin.


A berliang-liuk B berlenggok-lenggok C menari-nari D melambai-lambai

14. Ketua kampung telah ____________ pendapatnya dalam mesyuarat itu.


A menghamparkan B menghuraikan C mencadangkan D mengulas

15. Ular itu ____________ di atas dahan pohon besar itu.


A menular B menjalar C meraba D melata

16. Abang ____________ adik mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir.
A memerintah B memanggil C menyuruh D mengarah
17. Penduduk kampung itu ______________ untuk mengadakan kerja secara gotong-royong.
A bulat hati B kata dua C bulat kata D kata patus

18. "Saya ingin ____________ abang saya yang belajar di luar negeri," kata Amir.
A mengikut jejak B mengikut telunjuk C membuka langkah D membuka jalan

19. Orang yang ___________ akan berjaya dalam hidupnya.


A ringan tulang B ringan mulut C ringan kepala D ringan tangan

20. Doktor menasihati Encik Lim supaya ____________ agar penyakitnya lekas sembuh.
A bawah angin B kepala angin C beralih angin D beralih akal

Jawapan Tatabahasa Set D


1. Dia menggunakan selimut yang tebal untuk ______________ badannya.
A panas B berpanas C memanasi D memanaskan

2. Beberapa orang pagawai yang melakukan _____________ akan dikenakan tindakan undang-undang.
A menyeleweng B menyelewengkan C penyelewengan D penyeleweng

3. Bapa saudara Tan Wing suka _______________.


A pengembara B berkembara C mengembara D pengembaraan

4. Kenny Lim, pernah _____________ sebuah kumpulan muzik lima tahun lalu.
A pertubuhan B ditubuhkan C penubuhan D menubuhkan

5. Para siswazah akan mengusahakan projek ternakan ikan di se_____________ tanah di tepi jalan raya
itu.
A bentuk B keping C bidang D batang

6. "Bubuhlah se_____________ garam ke dalam kuih kari itu," kata emak.


A genggam B cubit C senduk D cebis
7. Satu _____________ sayur kangkung ini dijual dengan harga empat puluh sen.
A batang B sikat C tangkai D ikat

8. Gadis itu bukan saja cantik ______________ berbudi bahasa.


A tetapi juga B namun C tambahan pula D dan

9. Dia menyimpan semua wangnya di dalam bank ______________ selamat.


A serta B supaya C sementara D kalau

10. Baiklah berjagung-jagung dahulu ______________ menunggu padi masak.


A sebelum B sampai C sewaktu D sementara

11. Orang itu ___________ di biliknya sambil memikirkan sesuatu.


A lalu-lalang B lintang-pukang C mundar-mandir D simpang-siur

12. Abang Hassan menebang pohon itu untuk dijadikan beberapa ____________ tiang dan beberapa
_____________ papan.
A buah...keping B buah...helai C batang...keping D batang...kerat

13. Api pelita itu ____________ ditiup angin.


A berliang-liuk B berlenggok-lenggok C menari-nari D melambai-lambai

14. Ketua kampung telah ____________ pendapatnya dalam mesyuarat itu.


A menghamparkan B menghuraikan C mencadangkan D mengulas

15. Ular itu ____________ di atas dahan pohon besar itu.


A menular B menjalar C meraba D melata

16. Abang ____________ adik mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir.
A memerintah B memanggil C menyuruh D mengarah

17. Penduduk kampung itu ______________ untuk mengadakan kerja secara gotong-royong.
A bulat hati B kata dua C bulat kata D kata putus

18. "Saya ingin ____________ abang saya yang belajar di luar negeri," kata Amir.
A mengikut jejak B mengikut telunjuk C membuka langkah D membuka jalan

19. Orang yang ___________ akan berjaya dalam hidupnya.


A ringan tulang B ringan mulut C ringan kepala D ringan tangan

20. Doktor menasihati Encik Lim supaya ____________ agar penyakitnya lekas sembuh.
A bawah angin B kepala angin C beralih angin D beralih akal

http://rohana-rahman-bm.blogspot.com/p/latihan.html\

Anda mungkin juga menyukai