Anda di halaman 1dari 6

KOPERASI YATRA HINDU MALAYSIA BERHAD

Bil:( 7) Mesy. ALK/KYHMB/24 Tarikh : 19.08.2021

Kepada
Pengerusi dan Semua Ahli Lembaga Koperasi
Koperasi Yatra Hindu Malaysia Berhad

Tuan,

MESYUARAT ALK SECARA MAYA

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat ALK secara maya akan diadakan seperti
berikut. Pautan (Link) akan diberitahu setengah jam sebelum mesyuarat dimulakan.

Tarikh : 04.09.2021 (Sabtu) Masa : mulai 11.00 pg hingga 01.00 th

02. Agenda:
01. Doa Selamat
02. Ucapan Pengerusi
03. Membentangkan Minit Mesyuarat ALK Tergembar pada 26.06.2021dan Mesyuarat
ALK secara maya pada14.08.2021.
04. Perkara-perkara berbangkit
05. Membentangkan Penyata Kewangan
06. Persediaan dan Perkara-perkara MAPT & Pemilihan ALK bagi tempoh 2021-2022
07. Hal-hal lain

03. Tuan dijemput hadir tanpa uzur.

Sekian, terima kasih.

Atas perintah ALK,

t.t.
(P.Kandasamy,AMN,PMC,PJK,PKL,PKC)
Setiausaha Kehormat.

s.k.: Pegawai Eksekutif, SKM WP, Kuala Lumpur.


KOPERASI YATRA HINDU MALAYSIA BERHAD

MINIT MESYUARAT KHAS ALK, ATAS TALIAN GOOGLE

Tarikh : 14.08.2021 (Sabtu) Masa: 11.00pg

Yang hadir: melalui talian:

01. En.S.Balachandran Pengerusi


02. En.K.Balasundaram Pen. Pengerusi
03. En.P.Kandasamy Setiausaha
04. En.K.ChandraSekaran Pen Setiausaha
05. En.V.Mageswaran Bendahari
06. En.K.Tanigajalam ALK
07. En.S.Barathan ALK
08. En.P.Givanathan ALK
09. En.M.Rajoo ALK
10. En.S.Kandasamy ALK
11. En.P.Letchumanan ALK
12. En.N.Govendan ALK

Agenda

01. Doa Selamat


1.1 - En.S.Kandasamy menyanyi doa selamat

02. Ucapan Pengerusi En.S.Balachandran


2.1 – Ucap selamat datang dan hadir Mesyuarat Khas pada hari ini.
2.2 – Mesyuarat khas hari ini diadakan atas permintaan oleh 9 orang ALK yang
diketuai En.K.Balasundaram (Pen. Pengerusi KYHMB).
2.3 – Pengurusan pejabat diadakan dengan lancer dan sistematik walaupun dalam
zaman penularan Covid-19.
2.4 – Dalam UUK Koperasi tidak ada jawatang Penolong Setiausaha.
2.5 – Mesyuarat Khas hari ini akan dikendalikan oleh Penolong Pengerusi.

03. Penolong Pengerusi En.K.Balasundaram memaklumkan seperti berikut


3.1 - Persediaan eAGM dan agihan tugas:
a) Hingga hari ini seramai 95 orang perwakilan telah daftar untuk hadir
mesyusrat agung perwakilan tahunan.
b) Urusan Mesyuarat agung perwakilan tahunan sedang diuruskan. Raptai
mesyuarat agung perwakilan tahunan akan diadakan pada 31.08.2021 melalui
maya.
c) Semua perwakilan akan dimaklumkan pautan mesyuarat zoom.
d) Proses pemilihan diterangkan.
e) Mesyuarat ini akan kendalikan oleh En.Purushothman melalui secara maya
zoom meeting).
f) Puast pengendalian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang ke-25 adalah
dari Shengha Hall, Batu Caves pada 16.09.2021 mulai pukul 10.00 pagi.
Keterangan tersebut (a hingga e) diterima dengan dicadang oleh
En.K.Balasundaram dan disokong oleh En.P.Letchumanan.

3.2 – Meniliti permohonan saguhati calon-calon cemerlang SPM 2020.


a) Bendahari memaklumkan sebanyak 6 permohonan hingga hari ini telah terima.
6 permohonan ini layak untuk memberi saguhati. Setiap calon akan diberi
RM300.00 seorang. Pembayaran ini dilulus dengan dicadang oleh
En.K.Balasundaram dan disokong oleh En.N.Govendan.

3.3 – Meluluskan bayaran pendahuluan kepada syarikat yang mengurus zoom


meeting
a) En.K.Balasundaram memaklumkan bahawa bayaran bagi syarikat yang
mengurus zoom meeting Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang ke-25
pada 16.09.2021 mulai 10.00 pagi hingga akhir mesyuarat ini adalah
RM1,800.00.
b) ALK meluluskan RM500.00 sebagai bayaran pendahuluan kepada Service
Provider. Ini dicadang oleh En.V.Mageswaran dan disokong oleh
En.K.Tanigajalam.

3.4 – Meluluskan wang deposit bagi pembukaan akaun semasa di Public Bank
a) Bendahari memohon kebenaran untuk membuka satu lagi akaun semasa di
Public Bank untuk menguruskan Skim Insurans.
b) Pengerusi memaklumkan bahawa kini koperasi sudah ada 4 bank akaun. Hemat
Pengerusi beliau tidak bersetuju untuk membuka lagi satu akaun. Tetapi jika
majoriti ALK lulus pembukaan akaun semasa di Public Bank boleh diteruskan.
Wang pendahuluan untuk membuka akaun semasa di Public Bank adalah
RM5,000.00. Ini dicadang oleh En.K.Balasundaram dan disokong oleh
En.K.Tanigajalam.

3.5 – Memperkasa Pengurusan sistem kerja kakitangan pejabat


a) Kini ada 2 orang kerani sedang bertugas. Kerana penularan wabak Civid -19, mereka
tidak dapat datang ke pejabat sepeeti biasa. Bendahari diminta menghubungi mereka
Untuk pengurusan pejabat.

3.6- Jualan Insuran B40 Prihatin Kerajaan


a) En.P.Letchumanan menerangkan Insuran B40 Prihatin Kerajaan. Ini adalah
perlindungan melalui MCIS. (My Tenang). Ahli-ahli koperasi dan orang awam boleh
menyertai skim ini yang berumur diantara 18 tahun hingga 60 tahun sahaja.
Pendapatan seseorang atau satu keluarga adalah RM2,500 – RM5,000. Skim ini akan
dilancar pada 30.09.2021.
b) Jika berlaku Kematian Biasa RM5,000 dan bagi Kematian Kemalangan RM25,000
akan dibayar oleh MCIS.
c) Koperasi akan dapat komision sebanyak 10%.
d) En.Ganesan salah seorang pegawai eksekutif memberi keterangan lanjut.
Ini dicadang oleh En.K.Balasundaram dan disokong oleh En.M.Rajoo.

3.7- Lawan Website KYHMB


a) En.N.Govendan menerangkan persediaan kini atas Lawan Website. Beliau memohon
kerjasama semua ALK membantu menghantar artikal, foto dan sebagainya.
b) Website ini akan dilancar ketika Mesyusrat Agung Perwakilan Tahunan yang ke-25.
Kosnya adalah RM1,250.00. Annual payment adalah RN250.00.
Ini dicadang oleh En.N.Govendan dan disokong oleh En.V.Mageswaran.

3.8– Elaun Perwakilan MAPT ke 25


a) ALK melulus elaun perwakilan sebanyak RM100.00 seorang. Elaun ini akan dibankkan
kepada semua perwakilan. RM10,000/- akan dikeluarkan oleh Bendahari dari bank.Ini
dicadang oleh En.V.Mageswaran dan disokong oleh En.S.Barathan.

3.9 – Buku Program eAGM


a) Pengerusi memaklumkan bahawa Buku Program sedang dipercetakkan. Ini akan
dipos kepada semua perwakilan pada 20.08.2021. Semua ALK akan hantar Program
eAGM melalui email masing-masing.

3.10 – Proses Pemilihan ALK


a) En.K.Balasundaram (Petugas Pemilihan) memaklumkan bahawa Borang Google
disediakan supaya perwakilan boleh undi. Taklimat akan diberi kepada semua
perwakilan.
b) Diminta Pengerusi, Pen. Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, En.S.Kandasamy sebagai
petugas dan En.Purushothman aka nada di Broadcast Centre iaitu di Sengha Hall.
Surat kebenaran merentas negeri akan disediakan jika perlu.

Dengan ucapan penangguhan oleh Pengerusi, mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 2.00
petang.

Disediakan oleh
Tt
(P.Kandasamy,AMN,PMC,PJK,PKL,PKC)
Setiausaha Kehormat.

s.k.: Pegawai Eksekutif SKM Wilayah Persekutuan


KOPERASI YATRA HINDU MALAYSIA BERHAD

MINIT MESYUARAT TERGEMBAR ALK, ATAS TALIAN GOOGLE

Tarikh : 26.06.2021 (Sabtu) Masa: 11.00pg

Yang hadir: melalui talian:

01. En.S.Balachandran Pengerusi


02. En.K.Balasundaram Pen. Pengerusi
03. En.P.Kandasamy Setiausaha
04. En.V.Mageswaran Bendahari
05. En.K.Tanigajalam ALK
06. En.S.Barathan ALK
07. En.P.Givanathan ALK
08. En.M.Rajoo ALK
09. En.S.Kandasamy ALK
10. En.P.Letchumanan ALK
11. En.N.Govendan ALK
12. En.K.ChandraSekaran ALK

Agenda 1: Ucapan Pengerusi En.S.Balachandran

1.1 – Mengalu-alukan semua ALK yang hadir mesyuarat tergembar melalui


google hari ini.

1.2 – Hari ini kita akan membincang satu tajuk sahaja iaitu MESYUARAT
AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN YANG KE-25.

1.3 – Kerana PKP, kami tiadak dapat adakan mesyuarat agung perwakilan
seperti tahun-tahun lalu.

1.4 – ALK harus dan perlu ambil keputusan bahawa Mesyuarat Agung
Perwakilan yang ke-25 ini ditangguhkan dan memaklumkan keputusan ini
kepada SKM WP.

1.5 – Pengerusi mencadangkan bahawa koperasi kita boleh menangguhkan


Mesyuarat Agung Perwakilan yang ke-25 ini untuk 3 bulan yang akan
datang.

1.6 – Apailah Negara kita pulih daripada PKP, koperasi boleh mengadakan
Mesyuarat Agung Perwakilan yang ke-25 dengan kebenaran SKM WP.
1.7 – Pengerusi minta pandangan dan cadangan daripada semua ALK.yang
hadir.

1.8 – Pengerusi menjawab pertanyaan ALK atas perkara ini dan betapa
pentingnya menangguhkan Mesyuarat Agung Perwakilan

Keputusan :
Daripada 12 orang ALK yang hadir, seramai 11 orang ALK bersetuju untuk
Penagguhan Mesyuarat Agung Perwakilan yang ke-25 untuk 3 bulan.

Dengan keputusan ini, mesyuarat tergembar ALK atas talian google telah
ditangguhkan pada pukul 12.00 th dengan ucapan penagguhan Pengerusi.

Selepas MESYUARAT TERGEMBAR ALK, ATAS TALIAN GOOGLE tersebut


tamat, En.K.Balasundaram mengutarakan beberapa perkara seperti dibawah untuk
pengetahuan para ALK KYHMB dengan tidak rasmi.

1) Insenfit Pelajaran SPM tahun 2020 belum dimuktamadkan.


2) Ahli-ahli baru belum diluluskan.
3) Untuk insuran, belum buka akaun bank.
4) Bamplets Insurance belum disediakan untuk hantar ke semua ahli.
5) Maybank akaun bagi insurance-akan dikendalikan oleh Bendahari, Pen.
Pengerusi dan ALK Letchumanan.
6) Surat kebenaran dari MITI untuk ALK KYHMB supaya mereka boleh dating ke
Pejabat.

Sekian, terima kasih.

tt
(P.Kandasamy,AMN,PMC,PJK,PKL,PKC)
Setiausaha Kehormat.

s.k.: Pegawai Eksekutif SKM Wilayah Persekutuan

Anda mungkin juga menyukai