Anda di halaman 1dari 6

Perihal Dagangan (Pindaan) 1

D.R. 4/2021

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk meminda Akta Perihal Dagangan 2011.

[ ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perihal Dagangan


(Pindaan) 2021.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan
oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Penggantian tajuk panjang

2. Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], yang disebut


“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan tajuk
panjang dengan tajuk panjang yang berikut:

“Suatu Akta bagi maksud untuk menggalakkan amalan


perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan
palsu dan pernyataan, pengendalian dan amalan palsu atau
mengelirukan berhubung dengan pembekalan barang-barang
2 Rang Undang-Undang

dan perkhidmatan, dan dengan melarang, menyekat atau


selainnya mengawal selia atau mengawal penggunaan apa-apa
pernyataan, ungkapan atau petunjuk yang mungkin
mendiskriminasi atau memboikot apa-apa keluaran atau
barang-barang atau untuk tidak menggalakkan, melarang,
menghalang atau mempengaruhi mana-mana orang daripada
menggunakan atau mengambil apa-apa keluaran atau
barang-barang dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan,
dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan
atau bersampingan dengannya.”.

Seksyen baharu 39a

3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 40


seksyen yang berikut:

“Kuasa menangkap

39a.  (1)  Seseorang Penolong Pengawal boleh menangkap tanpa


waran mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah
telah melakukan atau cuba untuk melakukan apa-apa kesalahan
di bawah seksyen 5, 16, 17, 20 atau 51 Akta ini.

  (2) Seseorang Penolong Pengawal yang membuat


tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa
kelengahan yang tidak perlu membawa orang itu
ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu
hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] seolah-olah dia ditangkap
oleh seorang pegawai polis.”.

Seksyen baharu 52a

4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 52


seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk mengambil sampel

52a.  (1)  Seseorang Penolong Pengawal boleh, tanpa bayaran,


meminta, memilih, mengambil atau mendapatkan sampel
apa-apa barang bagi maksud analisis daripada mana-mana
Perihal Dagangan (Pindaan) 3

orang yang mengilang, mengeluarkan, menjual atau


mengimport barang-barang itu atau daripada ejen atau
pekhidmatnya.

  (2) Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa


permintaan yang dibuat oleh seseorang Penolong Pengawal
di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.”.

Pindaan seksyen 54

5. Seksyen 54 Akta ibu dipinda dengan menggantikan nota bahu


dengan nota bahu yang berikut:

“Anggapan dan pemeriksaan berkenaan dengan sampel”.

Penggantian seksyen 56

6. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 56 dengan


seksyen yang berikut:

“Pengecualian

56.  Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam


Warta dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan
dalam perintah itu, mengecualikan pemakaian mana-mana
peruntukan Akta ini—

kepada mana-mana orang atau kumpulan orang; atau


(a)

kepada apa-apa perihalan barang-barang yang


(b)
dimaksudkan untuk—

(i) dihantar ke suatu tempat di luar Malaysia; atau

(ii) apa-apa kegunaan atau maksud tertentu


sebagaimana yang disebut dalam perintah
itu.”.
4 Rang Undang-Undang

Seksyen baharu 56a

7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 56


seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk memerintahkan pematuhan

56a.  (1)  Jika Pengawal mempunyai alasan yang munasabah


untuk mempercayai bahawa seseorang sedang melanggar,
telah melanggar atau akan melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini, Pengawal boleh membuat perintah menghendaki
orang itu untuk menghentikan pelanggaran itu, menahan diri
daripada pelanggaran itu atau menahan diri daripada apa-apa
pelanggaran lanjut.

  (2)  Sesalinan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)


hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang yang dinamakan
dalam perintah itu dan perintah itu hendaklah berkuat kuasa
sebaik selepas perintah itu disampaikan.

  (3) Bagi maksud seksyen ini, penyampaian boleh dibuat


melalui penyampaian ke diri atau melalui pos berdaftar
Akuan Terima, pengiriman faksimili atau apa-apa cara
penghantaran lain yang menyebabkan perintah itu dihantar
secara bertulis kepada orang yang dinamakan dalamnya.

  (4)  Kuasa untuk membuat perintah di bawah subseksyen (1)


boleh dijalankan oleh Pengawal sendiri atau oleh mana-mana
pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.

  (5) Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa


perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen ini oleh Pengawal
atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis
oleh Pengawal melakukan suatu kesalahan.”.

Pindaan seksyen 69

8. Perenggan 69(2)(b) Akta ibu dipinda dengan memasukkan


selepas perkataan “penggunaan apa-apa” perkataan “pernyataan,”.
Perihal Dagangan (Pindaan) 5

Pengesahan dan tanggung rugi

9. (1) Fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh mana-mana


pihak berkuasa berwibawa yang dinamakan oleh Menteri di bawah
seksyen 29 Akta ibu berkenaan dengan perakuan dan penandaan
halal bagi tempoh mulai 1 Januari 2012 hingga 22 Oktober 2018,
iaitu hari sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan
Perihal Dagangan (Fi Perakuan dan Penandaan Halal) (Pindaan)
2018 [P.U. (A) 268/2018], hendaklah disifatkan telah dikenakan
dan dipungut dengan sah.

(2) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa,


dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana
pegawai Kerajaan Malaysia, mana-mana pihak berkuasa berwibawa
yang dinamakan oleh Menteri di bawah seksyen 29 Akta ibu
atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya berkenaan
dengan apa-apa fi yang telah dikenakan dan dipungut berkenaan
dengan perakuan dan penandaan halal semasa tempoh yang disebut
dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding
undang-undang telah dibawa, dimulakan atau dikekalkan,
ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada
pembayaran balik boleh dibuat berkenaan dengan fi yang telah
dikenakan atau dipungut itu.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Perihal Dagangan 2011
(“Akta 730”).

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan


kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

3. Fasal 2 bertujuan untuk menggantikan tajuk panjang Akta 730 bagi meluaskan
skop Akta untuk memasukkan larangan penggunaan apa-apa pernyataan, ungkapan
atau petunjuk yang mungkin mendiskriminasi atau memboikot apa-apa keluaran atau
barang-barang atau untuk tidak menggalakkan, melarang, menghalang atau
mempengaruhi mana-mana orang daripada menggunakan atau mengambil apa-apa
keluaran atau barang-barang dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan.
Dengan perluasan skop Akta 730, pernyataan, ungkapan atau petunjuk terhadap
komoditi terbesar Malaysia terutamanya minyak kelapa sawit seperti ungkapan
“tiada minyak kelapa sawit” yang digunakan dalam mana-mana iklan termasuk
label makanan, notis dan katalog akan dilarang melalui peraturan-peraturan
yang akan dibuat di bawah Akta 730.
6 Rang Undang-Undang
4. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 39 a ke dalam
Akta 730 untuk memberi seseorang Penolong Pengawal kuasa untuk menangkap
mana-mana orang yang dipercayainya telah melakukan atau cuba melakukan
apa-apa kesalahan di bawah seksyen 5, 16, 17, 20 atau 51 Akta 730.

5. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 52 a ke dalam


Akta 730 untuk memberi seseorang Penolong Pengawal kuasa untuk meminta,
memilih, mengambil atau mendapatkan sampel apa-apa barang bagi maksud
analisis, tanpa bayaran, daripada mana-mana orang yang mengilang, mengeluarkan,
menjual atau mengimport barang-barang itu atau daripada ejen atau pekhidmatnya.
Seksyen baharu 52a yang dicadangkan juga bertujuan untuk menjadikan suatu
kesalahan jika mana-mana orang enggan untuk mematuhi apa-apa permintaan
yang dibuat oleh seseorang Penolong Pengawal.

6. Fasal 5 bertujuan untuk menggantikan nota bahu seksyen 54 Akta 730


untuk menggambarkan peruntukan seksyen 54.

7. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 56 Akta 730 untuk memberi


Menteri kuasa untuk mengecualikan mana-mana orang atau kumpulan orang
daripada pemakaian mana-mana peruntukan Akta 730. Pada masa kini, Menteri
hanya boleh mengecualikan apa-apa perihalan bagi barang-barang yang
dimaksudkan untuk dihantar ke suatu tempat di luar Malaysia atau apa-apa
kegunaan atau maksud tertentu.

8. Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 56 a ke dalam


Akta 730 untuk memberi Pengawal kuasa untuk membuat perintah untuk
menghendaki mana-mana orang untuk menghentikan apa-apa pelanggaran,
menahan diri daripada pelanggaran atau menahan diri daripada apa-apa
pelanggaran lanjut Akta 730.

9. Fasal 8 bertujuan untuk meminda perenggan 69(2)(b) Akta 730 berbangkit


daripada pindaan tajuk panjang Akta 730. Pindaan yang dicadangkan bertujuan
untuk meluaskan kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan bagi
melarang, menyekat, mengawal selia atau mengawal penggunaan apa-apa
pernyataan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan.

10. Fasal 9 bertujuan untuk mengesahkan pengenaan dan pemungutan fi


bagi perkhidmatan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa berwibawa berkenaan
dengan pensijilan dan penandaan halal bagi tempoh mulai 1 Januari 2012
hingga 22 Oktober 2018. Pengenaan dan pemungutan fi itu disifatkan sah walaupun
ia dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan
(Fi Perakuan dan Penandaan Halal) (Pindaan) 2018 [P.U. (A) 268/2018] yang
mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan fi itu bermula pada
23 Oktober 2018.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa


perbelanjaan wang tambahan.
[PN(U2)3216]

Anda mungkin juga menyukai