Anda di halaman 1dari 23

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA
CETAKAN SEMULA

Akta 79

AKTA BUANG NEGERI


1959
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Banishment Act 1959.
Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67 (Akta 32), teks ini bukan perundangan.

DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006

Undang-Undang Malaysia

AKTA 79

AKTA BUANG NEGERI 1959

Pertama kali diperbuat

1959 (Ordinan No. 11


tahun 1959)

Disemak

1972 (Akta 79 m.b.p.


1 Jun 1972)

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU


Cetakan Semula Yang Pertama 1994
Cetakan Semula Yang Kedua
2000

Buang Negeri

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 79
AKTA BUANG NEGERI 1959

SUSUNAN SEKSYEN

Seksyen

1.

Tajuk ringkas

2.

Tafsiran

3.

Waran tangkap dan tahan

4.

Pelaksanaan waran tangkap dan tahan

5.

Perintah buang negeri

6.

Pelaksanaan perintah buang negeri

7.

Penggantungan perintah buang negeri apabila bon disempurnakan

8.

Perintah pengusiran

9.

Pemindahan orang tahanan ke hospital mental

10.

Peruntukan khas berhubung dengan dakwaan menjadi warganegara

11.

Kuasa untuk membatalkan perintah buang negeri atau perintah pengusiran

12.

Kuasa untuk memberikan pengecualian

13.

Penangkapan dan penahanan

14.

Orang yang dibuang negeri atau diusir dilarang memasuki Malaysia

15.

Menyembunyikan atau melindungi orang buangan negeri atau orang


usiran

16.

Kewajipan semua orang untuk memberikan maklumat mengenai orang


buangan negeri atau orang usiran

17.

Beban membuktikan kewarganegaraan

18.

Anggapan berhubung dengan perintah buang negeri dan perintah


pengusiran

19.

Anggapan mengenai pemastautinan

Undang-Undang Malaysia

AKTA 79

Seksyen

20.

Pembuktian surat cara

21.

Perlindungan bagi orang yang bertindak di bawah Akta ini

22.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

23.

(Ditinggalkan)

24.

Pendakwaan dan prosiding di bawah Akta


JADUAL

Buang Negeri

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 79
AKTA BUANG NEGERI 1959

Suatu Akta berhubung dengan pembuangan negeri dan pengusiran


dari Malaysia orang selain warganegara.
[Semenanjung Malaysia1 Mei 1959,
L.N. 112/1959;
Sabah dan Sarawak16 September 1963,
L.N. 232/1963]

Tajuk ringkas
1.

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Buang Negeri 1959.

Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain
Ketua Pegawai Polis mempunyai erti yang diberikan kepadanya
dalam Akta Polis 1967 [Akta 344], dan termasuk seseorang
Pesuruhjaya Polis yang diberi kuasa untuk mengawal Polis Diraja
Malaysia di Sabah dan Sarawak;
orang terkecuali ertinya seseorang yang dikecualikan daripada
seksyen 5 dan 8 melalui apa-apa perintah yang dibuat di bawah
seksyen 12;
pegawai kanan polis ertinya pegawai polis yang berpangkat
Inspektor atau lebih tinggi daripada Inspektor;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 79

perintah buang negeri ertinya perintah yang dibuat di bawah


seksyen 5;
perintah pengusiran ertinya perintah yang dibuat di bawah
seksyen 8; dan diusir bererti bahawa perintah pengusiran telah
disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat
dan dia telah meninggalkan Malaysia mengikut pengertian
subseksyen 18(3);
waran tangkap dan tahan ertinya waran yang dikeluarkan di
bawah seksyen 3.
Waran tangkap dan tahan
3. (1) Jika Menteri berpendapat, apabila menerima maklumat bertulis
yang dikemukakan kepadanya oleh Ketua Polis Negara atau seseorang
Ketua Pegawai Polis, bahawa ada alasan yang munasabah bagi
mempercayai bahawa pembuangan negeri mana-mana orang yang
Menteri berpuas hati bukan seorang warganegara atau orang terkecuali
berfaedah kepada kebaikan Malaysia, Menteri boleh mengeluarkan
waran bagi penangkapan dan penahanan orang itu.
(2) Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta, dan
tertakluk kepada apa-apa syarat dan arahan sebagaimana yang
ditetapkan dalam pemberitahuan itu, mewakilkan penjalanan
kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1)
(a) mengenai Sabah dan Sarawak, kepada pihak berkuasa
persekutuan tempatan atau kepada mana-mana orang lain
dalam Negeri itu sebagaimana yang difikirkan suai manfaat
oleh Menteri; dan
(b) mengenai mana-mana Negeri lain, kepada Setiausaha
Kerajaan Negeri itu.
(3) Sesuatu waran tangkap dan tahan hendaklah mengikut
Borang A dalam Jadual.
Pelaksanaan waran tangkap dan tahan
4. (1) Pegawai polis atau pegawai penjara yang melaksanakan
sesuatu waran tangkap dan tahan hendaklah memberitahu isi waran
itu kepada orang yang ditangkap atau ditahan itu dan, jika dikehendaki
sedemikian, hendaklah menunjukkan kepadanya waran itu atau
salinannya yang di bawah tandatangan pihak berkuasa yang telah
mengeluarkan waran itu.

Buang Negeri

(2) Jika pada melaksanakan sesuatu waran tangkap dan tahan


mana-mana orang ditangkap atau dikehendaki supaya ditahan
selanjutnya dalam penjara selepas tamat apa-apa hukuman
pemenjaraan yang dijatuhkan ke atasnya pegawai yang melaksanakan
waran itu hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, dan walau
bagaimanapun dalam masa dua puluh empat jam (tidak termasuk
masa bagi apa-apa perjalanan yang perlu) dari penangkapan atau
dari tamatnya hukuman itu mengemukakan orang yang ditangkap
itu, atau yang ditahan sedemikian itu di hadapan Majistret yang
hendaklah, apabila dikemukakan waran itu yang ditandatangani
dengan sewajarnya dan apabila dibuktikan kesamaan identiti orang
yang ditangkap atau ditahan itu dengan orang yang dinamakan
dalam waran itu, dengan perintah yang diendors pada waran itu,
mengkomitkan orang itu ke penjara, untuk ditahan di situ mengikut
maksud waran itu:
Dengan syarat bahawa jika orang itu membuktikan bahawa dia
ialah warganegara atau orang terkecuali Majistret hendaklah
memerintahkan supaya orang itu dilepaskan dengan serta-merta.
Perintah buang negeri
5. (1) Jika Menteri berpuas hati selepas apa-apa siasatan atau
berdasarkan apa-apa maklumat bertulis sebagaimana yang
difikirkannya perlu atau mencukupi bahawa pembuangan negeri
dari Malaysia mana-mana orang yang bukan warganegara atau
orang terkecuali akan berfaedah kepada kebaikan Malaysia, Menteri
boleh membuat perintah supaya orang itu dibuang negeri dari
Malaysia sama ada seumur hidupnya atau selama apa-apa tempoh
lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
(2) Sesuatu perintah buang negeri hendaklah mengikut
Borang B dalam Jadual dan hendaklah ditandatangani oleh Menteri.
(3) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas sesuatu perintah
buang negeri dibuat terhadap mana-mana orang suatu salinan perintah
itu hendaklah disampaikan kepada orang itu oleh pegawai penjaga
penjara tempat orang itu dikurung atau oleh seseorang pegawai
kanan polis; dan pegawai yang menyampaikan salinan itu hendaklah
memberitahu orang yang terhadapnya perintah itu dibuat bahawa
dia boleh pada bila-bila masa dalam masa empat belas hari dari
penyampaian itu memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk
mendapatkan suatu perintah supaya perintah buang negeri itu
diketepikan atas alasan bahawa dia ialah warganegara atau orang
terkecuali.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 79

Pelaksanaan perintah buang negeri


6. (1) Tertakluk kepada Akta ini suatu perintah buang negeri boleh
dilaksanakan pada bila-bila masa selepas tamat empat belas hari
dari tarikh penyampaian suatu salinan perintah itu di bawah
subseksyen 5(3), apabila dikeluarkan oleh Menteri suatu waran
pelaksanaan yang hendaklah mengikut Borang C dalam Jadual dan
hendaklah ditandatangani oleh Menteri.
(2) Apabila menerima waran pelaksanaan sesuatu perintah buang
negeri yang dibuat terhadap mana-mana orang, pegawai penjaga
penjara tempat orang itu dikurung hendaklah memberitahu orang
itu tempoh dia dibuang negeri dan memberinya amaran bahawa dia
dilarang oleh undang-undang kembali ke Malaysia atau memasuki
atau bermastautin di Malaysia, kecuali sebagaimana yang khas
diperuntukkan dalam perintah buang negeri itu.
(3) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas menerima
waran pelaksanaan sesuatu perintah buang negeri yang dibuat terhadap
mana-mana orang, pegawai penjaga penjara tempat orang itu dikurung
atau seseorang pegawai penjara yang dilantik oleh pegawai itu
bagi maksud itu hendaklah menyerahkan orang yang diperintahkan
supaya dibuang negeri itu kepada seorang pegawai kanan polis
yang dilantik oleh Ketua Polis Negara untuk menerimanya, dan
orang itu hendaklah sesudah itu dibawa dalam jagaan pegawai
kanan polis itu atau seseorang pegawai kanan polis lain dan diletakkan
dalam apa-apa alat pengangkutan yang suai manfaat untuk dibawa
ke negara yang dia menjadi warganegaranya atau ke mana-mana
tempat lain sebagaimana yang dinyatakan dalam waran itu.
(4) Mana-mana orang buangan negeri yang berada dalam jagaan
seseorang pegawai kanan polis di bawah subseksyen (3) boleh
diterima masuk dan ditahan dalam mana-mana penjara atau tempat
lain yang sesuai di Malaysia sehingga dia dapat diletakkan dalam
suatu alat pengangkutan untuk dibawa mengikut subseksyen itu.
Penggantungan perintah buang negeri apabila bon
disempurnakan
7. (1) Menteri boleh mengikut budi bicaranya pada masa membuat
sesuatu perintah buang negeri atau pada bila-bila masa selepas itu
mengarahkan supaya perintah itu digantung dan supaya orang yang
diperintahkan supaya dibuang negeri itu menyempurnakan suatu
bon untuk kelakuan baiknya dengan penjamin yang memuaskan

Buang Negeri

hati Menteri bagi apa-apa amaun dan apa-apa tempoh (yang tidak
melebihi lima tahun) dan tertakluk kepada apa-apa syarat tentang
kemastautinan atau selainnya sebagaimana yang dinyatakan dalam
arahan itu.
(2) Jika Menteri berpuas hati bahawa seseorang yang tertakluk
kepada perintah buang negeri yang diarahkan supaya digantung di
bawah subseksyen (1) telah tidak mematuhi mana-mana syarat
yang dinyatakan dalam bon yang disempurnakan olehnya di bawah
subseksyen itu atau bahawa tidaklah berfaedah kepada kebaikan
Malaysia jika orang itu terus berada di Malaysia, Menteri boleh
pada bila-bila masa membatalkan penggantungan perintah buang
negeri itu dan apabila penggantungan itu dibatalkan orang itu
boleh ditangkap dan ditahan tanpa waran, dan perintah buang
negeri yang asal itu hendaklah sesudah itu dilaksanakan mengikut
Akta ini.
(3) Jika sesuatu perintah buang negeri telah digantung di bawah
subseksyen (1) dan penggantungan itu tidak dibatalkan sebelum
tamat tempoh yang baginya jaminan untuk kelakuan baik telah
diberikan di bawah subseksyen itu, apabila tamat tempoh itu perintah
itu hendaklah luput dan terhenti berkuat kuasa, tetapi tiada apaapa jua dalam subseksyen ini boleh menghalang pembuatan suatu
perintah buang negeri yang baharu terhadap orang itu.
Perintah pengusiran
8. (1) Menteri boleh, jika difikirkannya patut, sebagai ganti
pengeluaran waran tangkap dan tahan atau sebagai ganti pembuatan
perintah buang negeri membuat suatu perintah menghendaki manamana orang yang dia berpuas hati bukan warganegara atau orang
terkecuali supaya meninggalkan Malaysia sebelum tamat tempoh
empat belas hari dari tarikh penyampaian satu salinan perintah itu
di bawah subseksyen (4).
(2) Sesuatu perintah pengusiran hendaklah mengikut Borang D
dalam Jadual.
(3) Menteri boleh dengan suatu perintah pengusiran mengenakan
apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut tentang
kemastautinan, pekerjaan atau kelakuan atau pengawasan polis
atau selainnya orang yang terhadapnya perintah itu dibuat dan
syarat itu hendaklah dipatuhi oleh orang itu selagi dia berada di
Malaysia.

10

Undang-Undang Malaysia

AKTA 79

(4) Satu salinan perintah pengusiran itu hendaklah disampaikan


kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat oleh seorang
pegawai kanan polis, atau oleh mana-mana orang lain yang diberi
kuasa oleh Menteri untuk menyampaikan perintah itu dan salinan
perintah itu hendaklah disampaikan kepada orang itu sendiri mengikut
cara yang sama sebagaimana saman dikehendaki disampaikan di
bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]; dan pegawai atau
orang yang menyampaikan salinan itu hendaklah memberitahu
orang yang terhadapnya perintah itu dibuat bahawa dia boleh pada
bila-bila masa dalam masa empat belas hari dari penyampaian itu
memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan suatu
perintah supaya perintah pengusiran itu diketepikan atas alasan
bahawa dia ialah warganegara atau orang terkecuali.
(5) Seseorang yang terhadapnya suatu perintah pengusiran telah
dibuat hendaklah pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan oleh
Menteri dalam perintah itu menyempurnakan suatu bon bagi
pematuhan wajar terma perintah pengusiran itu, dengan penjamin
yang memuaskan hati Menteri dan bagi apa-apa amaun dan tertakluk
kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Menteri
patut ditentukannya.
(6) Jika seseorang yang terhadapnya suatu perintah pengusiran
telah dibuat melarikan diri atau menyembunyikan dirinya supaya
perintah itu tidak dapat disampaikan atau jika dia tidak sebelum
tarikh yang ditentukan menyempurnakan bon yang dikehendaki di
bawah subseksyen (5) dengan memuaskan hati Menteri atau jika
orang itu tidak mematuhi mana-mana syarat bon itu atau tidak
meninggalkan negara mengikut perintah itu orang itu boleh ditangkap
tanpa waran oleh mana-mana pegawai polis dan hendaklah tanpa
kelengahan yang tidak perlu dan walau bagaimanapun dalam masa
dua puluh empat jam (tidak termasuk masa bagi apa-apa perjalanan
yang perlu) dari penangkapan itu, dibawa ke hadapan Majistret
yang hendaklah, apabila dikemukakan kepadanya perintah pengusiran
itu dan apabila dibuktikan kesamaan identiti orang yang ditangkap
itu dengan orang yang dinamakan dalam perintah itu, mengkomitkan
orang itu ke penjara untuk ditahan di situ sementara menunggu
keputusan sama ada suatu perintah buang negeri patut dibuat terhadap
orang itu:
Dengan syarat bahawa jika orang itu membuktikan bahawa dia
warganegara atau orang terkecuali Majistret hendaklah
memerintahkan supaya orang itu dilepaskan dengan serta-merta.

Buang Negeri

11

(7) Jika mana-mana orang telah ditangkap dan ditahan di bawah


subseksyen (6) Menteri boleh sesudah itu mengkensel perintah
pengusiran itu dan membuat suatu perintah buang negeri terhadap
orang itu mengikut seksyen 5.
(8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Menteri
pada bila-bila masa mengkensel mana-mana perintah pengusiran
yang dibuat olehnya terhadap mana-mana orang dan mengambil
tindakan terhadap orang itu mengikut seksyen 3, 4 atau 5.
(9) Jika suatu perintah pengusiran telah dibuat terhadap manamana orang yang ditahan mengikut suatu waran tangkap dan tahan
orang itu hendaklah apabila dia menyempurnakan bon yang
dikehendaki di bawah subseksyen (5) dilepaskan dari tahanan di
bawah waran tersebut.
(10) Jika seseorang yang terhadapnya suatu perintah pengusiran
telah dibuat membuat suatu permohonan kepada Mahkamah Tinggi
di bawah seksyen 10 supaya perintah pengusiran itu diketepikan
dan permohonan itu ditolak, tempoh empat belas hari yang dinyatakan
dalam subseksyen (1) hendaklah bermula dari tarikh penolakan
permohonan itu.
Pemindahan orang tahanan ke hospital mental
9. (1) Bilamana seseorang yang ditahan di bawah Akta ini ternyata
kepada Menteri, berdasarkan perakuan seorang pengamal perubatan
berdaftar, tidak sempurna akal, Menteri boleh, dengan perintah
bertulis yang menyatakan alasan bagi mempercayai bahawa orang
itu tidak sempurna akal, mengarahkan supaya orang itu dipindahkan
ke mana-mana hospital mental atau tempat jagaan selamat lain
yang sesuai dalam Malaysia, untuk ditahan dan dirawat di situ
sebagaimana diarahkan oleh Menteri sehingga ternyata kepada
Menteri, berdasarkan perakuan seorang pengamal perubatan berdaftar,
bahawa orang itu telah sempurna akalnya semula; dan sesuatu
perintah yang dibuat di bawah subseksyen ini hendaklah, walau
apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan,
menjadi kuasa yang memadai bagi penerimaan orang itu masuk ke
hospital mental itu atau tempat lain yang tersebut dalam perintah
itu.
(2) Dalam seksyen ini pengamal perubatan berdaftar ertinya
seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah manamana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung
dengan pendaftaran pengamal perubatan.

12

Undang-Undang Malaysia

AKTA 79

Peruntukan khas berhubung dengan dakwaan menjadi


warganegara
10. Mana-mana orang yang berkenaan dengannya suatu perintah
buang negeri atau perintah pengusiran telah dibuat boleh dalam
masa empat belas hari dari penyampaian suatu salinan perintah
buang negeri itu di bawah subseksyen 5(3), atau dari penyampaian
suatu salinan perintah pengusiran itu di bawah subseksyen 8(4),
mengikut mana-mana yang berkenaan, memohon kepada Mahkamah
Tinggi untuk mendapatkan suatu perintah supaya perintah buang
negeri atau perintah pengusiran itu diketepikan atas alasan bahawa
dia ialah warganegara atau orang terkecuali; dan jika dibuktikan
atas permohonan itu bahawa orang itu ialah warganegara atau
orang terkecuali, Mahkamah Tinggi hendaklah mengetepikan perintah
buang negeri atau perintah pengusiran itu, dan mengarahkan supaya
pemohon itu dibebaskan.
Kuasa untuk membatalkan perintah buang negeri atau perintah
pengusiran
11. Sesuatu perintah buang negeri atau perintah pengusiran boleh
pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.
Kuasa untuk memberikan pengecualian
12. Menteri boleh dengan perintah mengarahkan bahawa manamana orang tertentu, atau orang daripada mana-mana golongan
tertentu, hendaklah terkecuali daripada seksyen 5 dan 8, sama ada
tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan
oleh Menteri.
Penangkapan dan penahanan
13. (1) Mana-mana orang yang telah melakukan atau yang
semunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap
Akta ini boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai
polis.
(2) Jika seseorang telah ditangkap atau ditahan di bawah Akta
ini mana-mana pegawai polis, atau mana-mana orang lain yang
diberi kuasa oleh Menteri bagi maksud itu, boleh mengambil segala
langkah yang semunasabahnya perlu bagi mengambil gambar foto,
mengukur, mengambil cap jari dan selainnya mengenal pasti orang
itu.

Buang Negeri

13

Orang yang dibuang negeri atau diusir dilarang memasuki


Malaysia
14. (1) Tiap-tiap orang, yang bukan warganegara atau orang
terkecuali
(a) yang dibuang negeri atau diusir dengan sah dari Malaysia
atau dari mana-mana wilayah yang terkandung dalam
Malaysia; atau
(b) yang dibuang negeri, dideportasi atau diusir dengan sah
dari Singapura,
dilarang memasuki atau tinggal di Malaysia selagi tempoh dia
dibuang negeri, dideportasi atau diusir belum tamat atau selagi
perintah buang negeri, deportasi atau pengusiran itu belum dikensel
atau dibatalkan dan sama ada perintah itu telah dilaksanakan atau
tidak:
Dengan syarat bahawa Menteri boleh menurut budi bicaranya
mengecualikan mana-mana orang yang dibuang negeri, dideportasi
atau diusir dari Singapura daripada larangan yang terkandung dalam
subseksyen ini.
(2) Mana-mana orang yang memasuki atau tinggal di manamana bahagian Malaysia berlawanan dengan larangan yang
terkandung dalam subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan
terhadap Akta ini dan, apabila disabitkan, boleh
(a) jika tempoh orang itu dibuang negeri, dideportasi atau
diusir adalah kurang daripada lima tahun, dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi pembuangan negeri, deportasi
atau pengusiran itu;
(b) jika tempoh orang itu dibuang negeri, dideportasi atau
diusir adalah untuk seumur hidup atau selama lima tahun
atau lebih, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
lima tahun; dan
(c) jika orang itu telah dahulunya disabitkan di bawah Akta
ini atau mana-mana undang-undang yang digantikan oleh
Akta ini kerana secara tidak sah memasuki atau tinggal
di Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau di manamana wilayah yang sekarang ini terkandung di dalam
Malaysia setelah dibuang negeri, dideportasi atau diusir
dengan sah dari Malaysia atau dari Singapura, dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun.

14

Undang-Undang Malaysia

AKTA 79

(3) Walaupun suatu pendakwaan terhadap mana-mana orang di


bawah seksyen ini belum selesai Menteri boleh membuat suatu
perintah buang negeri terhadap orang itu mengikut Akta ini dan
berdasarkan itu mahkamah hendaklah memerintahkan supaya orang
itu dilepaskan tetapi tidak terjumlah kepada pembebasan daripada
pertuduhan di bawah seksyen ini untuk membolehkan perintah
buang negeri itu dilaksanakan.
(4) Jika pada masa tamat apa-apa hukuman yang dijatuhkan ke
atas mana-mana orang di bawah seksyen ini tempoh orang itu
dibuang negeri, dideportasi atau diusir belum lagi tamat, orang itu
hendaklah, melainkan jika Menteri memerintahkan selainnya, dibawa
keluar dari Malaysia, dan subseksyen 6(3) dan (4) hendaklah terpakai
mutatis mutandis bagi orang itu seolah-olah perintah buang negeri
telah dibuat dalam halnya di bawah seksyen 5.
Menyembunyikan atau melindungi orang buangan negeri atau
orang usiran
15. Mana-mana orang yang dengan disedarinya menyembunyikan
atau melindungi mana-mana orang lain
(a) yang terhadapnya suatu waran tangkap dan tahan telah
dikeluarkan tetapi belum lagi dilaksanakan;
(b) yang terhadapnya suatu perintah pengusiran telah
dikeluarkan tetapi belum lagi disampaikan; atau
(c) yang boleh ditangkap dan ditahan di bawah Akta ini,
melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh di denda
tidak melebihi lima ratus ringgit dan dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi enam bulan:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidaklah terpakai bagi seseorang
isteri yang melindungi atau menyembunyikan suaminya atau
seseorang suami yang melindungi atau menyembunyikan isterinya.
Kewajipan semua orang untuk memberikan maklumat mengenai
orang buangan negeri atau orang usiran
16. (1) Mana-mana orang yang tahu tentang adanya di Malaysia
mana-mana orang yang diperihalkan dalam perenggan 15(a), (b)
atau (c) hendaklah dengan serta-merta memberikan maklumat yang
penuh dan tepat mengenainya kepada Majistret atau pegawai polis
yang paling dekat.

Buang Negeri

15

(2) Mana-mana orang yang, tanpa alasan munasabah (yang


pembuktiannya terletak pada orang itu), tidak memberikan maklumat
yang tersebut terdahulu adalah melakukan suatu kesalahan dan,
apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima
puluh ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
bulan:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagi
seseorang isteri yang tidak memberikan maklumat berhubung dengan
suaminya atau seseorang suami yang tidak memberikan maklumat
berhubung dengan isterinya.

Beban membuktikan kewarganegaraan


17. Jika dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau
berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau dicadangkan
hendak dilakukan di bawah Akta ini, apa-apa soal timbul sama ada
mana-mana orang ialah warganegara atau orang terkecuali, maka
beban membuktikan bahawa dia ialah warganegara atau orang
terkecuali terletak pada orang itu.

Anggapan berhubung dengan perintah buang negeri dan perintah


pengusiran
18. (1) Tertakluk kepada seksyen 10, sesuatu perintah buang negeri
atau perintah pengusiran hendaklah, sehingga perintah itu diketepikan
atau dibatalkan di bawah Akta ini, atau sehingga perintah itu tamat
tempohnya, menjadi keterangan konklusif dalam semua mahkamah
dan bagi segala maksud bahawa orang yang diperintahkan supaya
dibuang negeri atau diusir melalui perintah itu bukanlah warganegara
atau orang terkecuali.
(2) Sesuatu endorsan atas sesuatu perintah buang negeri bahawa
perintah itu telah dilaksanakan dengan meletakkan orang yang
dinamakan dalamnya di dalam suatu alat pengangkutan yang
menghala ke suatu destinasi di luar Malaysia tanpa singgah di
mana-mana tempat lain di dalam Malaysia hendaklah menjadi
keterangan konklusif, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang
yang diperintahkan supaya dibuang negeri itu telah dihantar keluar
dari Malaysia.

16

Undang-Undang Malaysia

AKTA 79

(3) Sesuatu endorsan pada sesuatu perintah pengusiran bahawa


perintah itu telah dilaksanakan dengan menyampaikannya kepada
orang yang dinamakan dalamnya mengikut cara yang dinyatakan
dalam subseksyen 8(4) hendaklah, selepas tamatnya tempoh empat
belas hari yang disebut dalam subseksyen 8(1) atau (10), menjadi
keterangan konklusif, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang
yang diperintahkan supaya diusir itu telah meninggalkan Malaysia.
Anggapan mengenai pemastautinan
19. Jika dibuktikan dalam mana-mana pendakwaan di bawah Akta
ini bahawa mana-mana orang telah berada di Malaysia selama
lebih daripada dua puluh empat jam mahkamah hendaklah
menganggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa orang itu
telah tinggal secara sukarela di Malaysia.
Pembuktian surat cara
20. Tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai suatu waran, perintah,
arahan atau surat cara lain yang dibuat atau dikeluarkan oleh Menteri
atau mana-mana orang lain menurut mana-mana peruntukan yang
terkandung dalam Akta ini atau yang berkuat kuasa di bawah Akta
ini dan berupa sebagai ditandatangani olehnya atau bagi pihaknya
bolehlah diterima sebagai keterangan dan hendaklah, sehingga
dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai suatu surat cara yang
dibuat atau dikeluarkan olehnya.
Perlindungan bagi orang yang bertindak di bawah Akta ini
21. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini tiada
guaman, pendakwaan atau lain-lain prosiding undang-undang boleh
dibawa terhadap mana-mana orang kerana apa-apa jua yang dilakukan,
atau dimaksudkan hendak dilakukan, dengan suci hati di bawah
Akta ini.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
22. (1) Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat peraturanperaturan bagi melaksanakan Akta ini.

Buang Negeri

17

(2) Dalam membuat apa-apa peraturan-peraturan di bawah


subseksyen (1) Menteri boleh menambah, mengubah atau
membatalkan semua atau mana-mana borang yang dinyatakan dalam
Jadual.
23. (Ditinggalkan).

Pendakwaan dan prosiding di bawah Akta


24. (1) Apa-apa perintah yang dibuat atau waran yang dikeluarkan
atau bon yang disempurnakan di bawah mana-mana undang-undang
yang digantikan oleh Akta ini dan apa-apa prosiding yang diambil
di bawah mana-mana undang-undang sedemikian sebelum mula
Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah berkuat kuasa dari segala
segi seolah-olah perintah, waran, bon atau prosiding itu telah dibuat,
dikeluarkan, disempurnakan atau diambil dengan sah di bawah
Akta ini.
(2) Bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah
Akta ini apa-apa perintah buang negeri, deportasi atau pengusiran
yang berupa sebagai dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang diberi
kuasa bagi maksud itu di bawah mana-mana undang-undang yang
berkuat kuasa pada tarikh perintah itu di Malaysia atau di manamana wilayah yang sekarang ini terkandung dalam Malaysia atau
di Singapura hendaklah menjadi bukti yang memadai tentang hakikat
dan tarikh pembuangan negeri, deportasi atau pengusiran itu dan
terma dan syarat.
(3) Subseksyen 18(2) dan (3) terpakai bagi mana-mana perintah
yang disebut dalam subseksyen (2) seolah-olah perintah itu ialah
suatu perintah buang negeri atau perintah pengusiran.

18

Undang-Undang Malaysia

AKTA 79

J ADUAL
[Subseksyen 22(2)]
BORANG A
(Subseksyen 3)
WARAN TANGKAP DAN TAHAN

Kepada:
Ketua Polis Negara dan semua pegawai polis lain dan kepada*
Penguasa Penjara di......................................................................................
BAHAWASANYA saya dapati mengikut seksyen 3 Akta Buang Negeri 1959,
adalah berfaedah kepada kebaikan awam supaya .................................................
yang beralamat di.............................................................dibuang negeri dari
Malaysia:
Oleh yang demikian kamu pegawai polis yang tersebut adalah dengan ini
diarahkan supaya menangkap .............................................. yang tersebut di
mana-mana jua dia dijumpai dalam Malaysia dan menyerahkannya ke Penjara
di..................................................... dan*
Kamu Penguasa Penjara yang tersebut adalah dengan ini diarahkan supaya
menahan .................................................................yang tersebut dalam jagaan
selamat dalam penjara di........................................................... sehingga kamu
menerima perintah selanjutnya daripada saya/Menteri.
Bertarikh pada........... haribulan....................... 20.........
.........................................
Menteri
.............................................
(Menurut kuasa perwakilan di bawah
subseksyen 3(2))
ENDORSAN
A DALAH D ENGAN INI D IPERINTAHKAN menurut subseksyen 4(2) Akta Buang
Negeri 1959 supaya..................................................................yang dinamakan
dalam ini yang beralamat di .....................................................................................
............................................................................................................. dikomitkan
ke penjara, untuk ditahan di situ mengikut maksud waran ini.
Bertarikh pada ............... haribulan.......................... 20..........
................................
Majistret
*Potong dalam hal seseorang yang sedang ditahan dalam penjara.
Potong sebagaimana yang sesuai.

Buang Negeri

19

BORANG B
(Seksyen 5)
PERINTAH BUANG NEGERI

Saya, ..........................................................................................................., Menteri


yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembuangan negeri
dengan ini memerintahkan mengikut seksyen 5 Akta Buang Negeri 1959, supaya
............................................................................................................. dibuang
negeri dari Malaysia selama

seumur hidupnya
*
...... tahun dari tarikh Perintah ini.

Diberikan di bawah tandatangan saya pada......... haribulan........................


20...........
.................................
Menteri
ENDORSAN
Saya, ....................................................... dengan ini memperakui bahawa saya
pada hari ini telah menyampaikan satu salinan perintah di atas kepada orang
yang dinamakan dalamnya dan telah menerangkan kepadanya natijah perintah
itu.
Bertarikh pada ............ haribulan ....................... 20.......
................................................
(Pegawai Penjaga Penjara di
........................ atau Pegawai
Kanan Polis)
* Potong mana-mana alternatif yang tidak berkenaan.

BORANG C
(Seksyen 6)
WARAN PELAKSANAAN PERINTAH BUANG NEGERI

Kepada Penguasa Penjara di...............................................................................


dan kepada Ketua Polis Negara dan semua pegawai polis lain:
Bahawasanya menurut suatu perintah pembuangan negeri yang dibuat mengikut
seksyen 5 Akta Buang Negeri 1959 ...........................................................................

20

Undang-Undang Malaysia

AKTA 79

........................................................................(kemudian daripada ini disebut


orang buangan negeri tersebut) telah diperintahkan supaya dibuang
negeri dari Malaysia selama

seumur hidupnya
*
...... tahun dari tarikh Perintah ini.

Oleh yang demikian saya dengan ini mengarahkan kamu Penguasa Penjara
tersebut supaya menyerahkan orang buangan negeri tersebut ke dalam jagaan
mana-mana pegawai kanan polis yang dilantik oleh Ketua Polis Negara bagi
maksud itu bersama-sama dengan Waran ini:
DAN selanjutnya saya mengarahkan kamu Ketua Polis Negara atau pegawai
kanan polis lain yang kamu lantik bagi maksud itu supaya menerima orang
buangan negeri tersebut ke dalam jagaan kamu dan menyebabkannya dibawa
ke.......................................................... dan di sana diletakkan dalam suatu alat
pengangkutan yang sesuai untuk dipindahkan ke....................................................
...............................................................................................................................
D AN selanjutnya saya mengarahkan kamu Ketua Polis Negara supaya
mengembalikan Waran ini kepada saya dalam masa .....................................
hari dari pelaksanaannya dengan menunjukkan pelaksanaan wajarnya dengan
suatu endorsan yang dibuat padanya.
Diberikan di bawah tandatangan saya pada.............. haribulan .........................
20.........
....................................
Menteri
ENDORSAN
Saya, ................................................................................................. dengan ini
memperakui bahawa Waran di atas telah dilaksanakan dengan sewajarnya dengan
membawa orang buangan negeri yang dinamakan dalam Waran itu
ke .......................................................... dan di sana meletakkannya ke dalam
...................................................... untuk dipindahkan ke .......................................
DAN selanjutnya saya memperakui bahawa saya telah menyerahkan satu
salinan perintah buang negeri yang disebut dalam Waran tersebut kepada orang
buangan negeri tersebut pada masa dia dipindahkan dari Malaysia dan telah
menerangkan kepadanya natijah perintah itu dan memberi amaran kepadanya
bahawa dia dilarang oleh undang-undang kembali ke atau memasuki atau tinggal
di Malaysia sepanjang tempoh dia dibuang negeri.
Bertarikh pada............... haribulan.................. 20.........
.......................................
(Pegawai Kanan Polis)
*Potong mana-mana alternatif yang tidak berkenaan.

21

Buang Negeri
BORANG D
(Seksyen 8)
PERINTAH PENGUSIRAN

Saya, .........................................................................................., Menteri yang


pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembuangan negeri
dengan ini mengikut seksyen 8 Akta Buang Negeri 1959, memerintahkan,
supaya ............................................... meninggalkan Malaysia sebelum tamat
tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian satu salinan perintah ini, dan
selepas itu terus tinggal di luar Malaysia:
Dan dengan ini saya menetapkan ...................... haribulan ................... 20.......
sebagai tarikh yang pada atau sebelumnya ................................. tersebut hendaklah
menyempurnakan bon yang dinyatakan dalam subseksyen (5) seksyen tersebut
dengan jumlah wang sebanyak RM ............................ dengan penjamin-penjamin
penjamin

[Masukkan di sini apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen 8 Akta


Buang Negeri 1959.]
Diberikan di bawah tandatangan saya pada ............. haribulan ............. 20...........

...................................
Menteri

ENDORSAN
Saya, ................................................................................... dengan ini memperakui
bahawa saya pada hari ini telah melaksanakan perintah di atas dengan
menyampaikan satu salinannya kepada orang yang dinamakan dalamnya dan
menerangkan kepadanya natijah perintah itu dan memberikan amaran kepadanya
bahawa apabila perintah itu mula berkuat kuasa dia adalah dilarang oleh undangundang kembali ke atau memasuki atau tingggal di Malaysia.
Bertarikh pada............ haribulan .... ................ 20..........
.......................................................
(Pegawai Kanan Polis atau orang
lain yang diberi kuasa oleh

22

Undang-Undang Malaysia

AKTA 79

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA 79
AKTA BUANG NEGERI 1959
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa
dari

L.N. 231/1963

Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Keselamatan Dalam Negeri


dan Ketenteraman Awam) (Singapura)
1963

16-09-1963

L.N. 232/1963

Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Keselamatan Dalam Negeri


dan Ketenteraman Awam) (NegeriNegeri Borneo) 1963

16-09-1963

L.N. 239/1963

Pembetulan P.U. 231/1963


dan 232/1963

L.N. 359/1964

Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Peruntukan-Peruntukan Am)


(Sabah) 1964

16-09-1963

L.N. 360/1964

Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Peruntukan-Peruntukan Am)


(Sarawak) 1964

16-09-1963

L.N. 361/1964

Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Peruntukan-Peruntukan Am)


(Singapura) 1964

16-09-1963

L.N. 406/1964

Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Keselamatan Dalam Negeri


dan Ketenteraman Awam) (NegeriNegeri Borneo) (Pindaan) 1964

26-11-1964

L.N. 407/1964

Perintah Pengubahsuaian UndangUndang (Keselamatan Dalam Negeri


dan Ketenteraman Awam) (Singapura)
(Pindaan) 1964

26-11-1964

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)


1975

29-08-1975

Akta A324

Akta Kanun Acara Jenayah (Pindaan


dan Peluasan) 1976

10-01-1976

Buang Negeri

23

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 79
AKTA BUANG NEGERI 1959
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa
dari

15

Akta 160

29-08-1975

16

Akta 160

29-08-1975

Jadual

Akta 160

29-08-1975

Anda mungkin juga menyukai