Anda di halaman 1dari 1

Novel yang telah saya kaji ialah Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia.

Tema novel ini adalah


keinsafan membawa kejayaan. Persoalan pertama adalah komitmen jurulatih untuk memastikan
anak muridnya berjaya. Contohnya, Encik Kadir melatih Sures, Kumar dan Rajip untuk
memastikan bahawa mereka meraih kejuaraan di Sukan SEA di Bangkok. Seterusnya, persoalan
kedua ialah kegigihan seorang atlet untuk meningkatkan prestasi. Contohnya, Sures berusaha
bersungguh-sungguh untuk meningkatkan rekod masa lariannya supaya dia dapat
menewaskan rekod masa Kamarul. Akhirnya, persoalan ketiga ialah persoalan kasih sayang
seorang ibu terhadap anak. Contohnya, Mak Jah menyayangi anaknya Kamarul dan sentiasa
mengambil berat terhadap segala masalah anaknya.

Anda mungkin juga menyukai