Anda di halaman 1dari 13

SET 5

SULIT

MODUL PEMBELAJARAN TAHUN 6 2013

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011


Set 5

50 minit Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu
jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah


dibuat. Kemudian hitamkan jawaban yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi hanya 11 halaman bercetak.


[Lihat sebelah
SULIT

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B,
C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.
Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 19


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Pak Mohsin tidak ada selera makan terlantar di hospital,” kata isterinya.
A Lantas
B Namun
C Supaya
D semenjak

2 Puan Raihana merebus dua telur masin di dalam se periuk kecil.


A biji ... butir
B butir ... biji
C biji ... buah
D buah ... buah

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah


3 Abang menggunakan se cangkul untuk menanam
beberapa sampah sarap.
A bilah ... bunjut
B buah ... kampit
C batang ... buntil
D laras ... longgok

4 Nabil mendapat markah tertinggi, dia tetap berusaha untuk


memperoleh keputusan yang cemerlang.
A Biarpun ... oleh itu
B Walaupun ... namun
C Sungguhpun ... selain itu
D Adapun ... lebih-lebih lagi

5 “Setiap orang perlu berjimat-cermat. , dalam kegawatan ekonomi yang dihadapi


sekarang,” nasihat Perdana Menteri Malaysia.
A Lagipun
B Walaupun
C Sungguhpun
D Lebih-lebih lagi

6 Tun Abdul Razak ialah seorang yang banyak berbakti kepada pembangunan
negara Malaysia.
A Jutawan
B Wartawan
C Karyawan
D Negarawan

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah


7 Mereka sedang memasukkan barangan keperluan ke dalam
kereta sebelum bertolak ke Cameron Highland.
A But
B Bonet
C Kokpit
D Bagasi

8 Para pelancong sering ke Pulau Langkawi kerana pemandangannya indah nian.


A Dikunjungi
B Kunjungan
C Berkunjung
D Mengunjungi

9 Juragan kapal dagang itu mengarahkan awak-awak kapalnya supaya sauh.


A Melabuhkan
B Melontarkan
C Menurunkan
D Mencampakkan

10 “Orang yang sahaja tahan terhadap sikap orang yang itu,” kata Puan
Haryana kepada kawan-kawannya.
A telinga lintah ... mulut murai
B telinga kuali ... panas baran
C telinga gajah ... mulut becok
D telinga nipis ... panas tangan

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah


11 Amir Irfan memaut dahan pohon rambutan itu
supaya dia tidak terjatuh.
A erat-erat
B ketat-ketat
C cepat-cepat
D kemas-kemas

12 “Kuiz itu diadakan bagi menguji murid-murid tahap dua dalam mata pelajaran
Matematik.” kata Cikgu Ruziah.
A Kepintaran
B Kecekapan
C Kecergasan
D Kecemerlangan

13 Sampah sarap di atas kawasan itu setelah selesainya perniagaan pasar malam
di taman perumahan tersebut.
A Bertaburan
B Bertempiaran
C Berterbangan
D Berlonggokan

14 Kemudahan homestay yang diperkenalkan kepada pelancong dapat sumber


pendapatan penduduk desa.
A Memperoleh
B Memantapkan
C Memperkukuh
D Mempertingkat

15 Demam Pak Cik Wahid telah setelah makan ubat yang diberikan oleh doktor
yang merawatnya di klinik itu.
A Turun
B Susut
C Kebah
D Hilang

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah


16 Mak Long Hasnah ikan-ikan cencaru itu sebelum
dilumuri garam dan serbuk kunyit.
A Mengelar
B Mengerat
C Menghiris
D Menyiang

17 Datin Krisha tetamunya dengan pelbagai jenis kurma dari Timur Tengah
semasa majlis berbuka puasa di rumahnya.
A dihidangi
B hidangkan
C menghidangi
D menghidangkan

18 Ramli pendapatan yang lumayan hasil usaha gigihnya menternak udang galah.
A diperoleh
B diperolehi
C memperoleh
D memperolehi

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah


19 Perlawanan bola baling peringkat negeri itu berakhir apabila
wisel dibunyikan.
A pemain
B penentu
C pengadil
D penamat

20 Muhammad Zakir mengajak kawan-kawannya memancing di kawasan lombong tinggal itu.


Perkataan seerti bagi mengajak ialah
A Memohon
B Membawa
C Mempelawa
D mengundang

21 Mahadi menyiapkan kerja itu sambalewa sahaja menyebabkan hasilnya tidak sempurna.
Perkataan berlawan bagi sambalewa ialah
A Teliti
B Tekun
C Tegas
D Tangkas

22 Pernahkah awak berkunjung ke Pusat Peranginan Bukit Fraser sebelum ini?


Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
A Ya, Saya akan ke sana pada bulan hadapan.
B Belum, inilah kali pertama saya sampai di sini.
C Pasti, tahun hadapan saya akan datang ke sini lagi.
D Sudah, kunjungan saya ke sini dirancang setahun yang lalu.

23 “Sudah pasti. Aku yakin kau akan berjaya kerana kau memang berbakat,” kata Azhar.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A Bolehkah kau berjaya dalam pertandingan itu?
B Adakah kau akan memasuki pertandingan tersebut?
C Bagaimanakah aku boleh berjaya dalam pertandingan itu?
D Bolehkah aku memenangi pertandingan yang diadakan itu?

Soalan 24 dan Soalan 25


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

24 Saya dan ibu saya membawa kanak-kanak yang kehilangan ibu bapanya itu ke balai polis.
A Ibu bapa yang kehilangan itu kami bawakan anaknya ke balai polis.
B Kanak-kanak yang kehilangan ibu bapanya itu kami bawa ke balai polis.
C Balai polis kanak-kanak yang hilang itu kami hantar kepada ibu bapanya.
D Kanak-kanak yang kehilangan itu dibawa oleh ibu bapanya ke balai polis.

25 Pelbagai isu semasa telah dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini.
A Pada bulan ini pelbagai isu telah dibincangkan dalam mesyuarat PIBG.
B PIBG telah membincangkan isu semasa dalam mesyuarat bulan kali ini.
C Hanya isu semasa yang dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini.
D Dalam mesyuarat bulanan kali ini, PIBG telah membincangkan pelbagai isu semasa.

Soalan 26 hingga Soalan 28


Pilih ayat-ayat yang betul.

26 I Setengah orang tidak mahu mengakui kesilapan sendiri.


II Encik Leong memagari kebun sayurnya dengan kawat berduri.
III Shahril akan meneruskan kerja-kerja menembuk dinding pejabat itu.
IV Ibu muda yang mengandung anak pertama itu teringin akan buah kedondong.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

27 I Berbagai spesies ikan mati berdamparan di dalam sungai itu.


II Suzinah berdolak-dalih apabila disoal oleh guru kelasnya kerana takut.
III Kemesraan di antara Suzie dengan ayah tirinya sangat disenangi oleh ibunya.
IV Dia dimarahi bapanya kerana merodok sarang kerengga pada pokok rambutan itu.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

28 I Semasa hendak ke kedai, Syahmi kehujanan di pertengahan jalan.


II Dia mentafsirkan hutangnya kepada bank tersebut berjumlah lima ribu ringgit.
III Cerpen tentang “Langit Masih Cerah” itu telah dikarang oleh saudara Masri Karjah.
IV Kebanyakan murid-murid tahun enam menghadiri Kem Pecutan Terakhir UPSR itu.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 29 dan Soalan 30


Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

29 I Musim gugur juga dikenali dengan nama musim luruh.


II Banyak pahlawan gugur dalam medan peperangan tersebut.
III Kelab bola keranjang itu telah gugur lima pemainnya pada musim ini.
IV Tanpa disangka-sangka basikal Rahmat gugur di bawah pokok kelapa.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II dan IV sahaja

30 I Berat hati ibu tua itu untuk melepaskan anaknya pergi ke kota.
II Lori itu bergerak perlahan kerana muatan yang dibawanya berat.
III Dia belum pernah mendapat ikan pari berat itu selama menjadi nelayan.
IV Aisah agak berat untuk meninggalkan kedua-dua ibu bapanya di kampung.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

No. 123, Jalan Serindit 3/1B,


Taman Ampang Mewah,
68000 Ampang Tambahan,
Selangor Darul Ehsan.
29 Ogos 2009.

Menemui sahabatku, Wahidah binti Ahmad Sakhri yang berada di Tanjung Gemuk, Rompin,
Pahang dengan selamatnya.
Apa khabar saudari sekeluarga sekarang? Saya berharap agar saudari sekeluarga
berada dalam keadaan sihat. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Saya meminta maaf kerana terlewat membalas surat saudari tempoh hari. Sebenarnya
pada masa itu kami sekeluarga pergi ke Tanah Tinggi Cameron. Kami menginap selama tiga
hari dua malam di sebuah rumah tumpangan di sana. Saya berasa amat gembira ketika berada
di kawasan tanah tinggi itu. Udara yang segar, kehijauan alam sekitarnya serta bunga yang
pelbagai warna begitu menambat hati kami sekeluarga.
Tanah Tinggi Cameron terbahagi kepada tiga daerah utama, iaitu Tanah Rata, Ringlet
dan Brinchang. Pemandangan di Tanah Rata sangat indah dengan sungai, air terjun dan tasik.
Di sini juga disediakan pelbagai kemudahan seperti chalet, hotel, restoran aneka makanan,
bank, pejabat pos dan pusat beli-belah. Kami turut mengambil kesempatan untuk mandi-manda
dan berkelah di kawasan Air Terjun Robinson.
Ayah telah membawa kami melawat Ringlet dan Berinchang yang terkenal sebagai
pusat pengeluaran bunga dan teh. Suhunya yang sejuk membolehkan bunga-bunga tumbuh
subur di situ. Tanah Tinggi Cameron sememangnya terkenal dengan penanaman teh terbesar
dan terbaik di Malaysia. Di sini tedapat kilang memproses teh yang dibawa terus dari ladang.
Teh Boh merupakan satu pengeluaran teh dari Tanah Tinggi Cameron.
Kami juga turut melawat beberapa kawasan yang menarik seperti “Rose Garden” dan
“Kea Farm”. Saya diberitahu oleh salah seorang peniaga di “Rose Garden” bahawa di situ
terdapat 600 jenis bunga ros dengan 200 warna yang menarik. “Kea Farm” pula merupakan
sebuah ladang sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti
tomato, kubis dan strawberi tumbuh subur di sini kerana cuaca yang dingin dan udaranya pula
segar. Sebelum kami pulang kami sempat membeli sayur-sayuran dan beberapa jenis bunga.
Bagaimana pula dengan percutian saudari? Pastinya saudari juga telah memanfaatkan
masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah bersama-sama keluarga. Saya berharap agar saudari
dapat menceritakan pengalaman bercuti kepada saya dalam surat saudari yang akan datang.
Akhir kata sebelum berpisah, terimalah salam daripada saya untuk saudari sekeluarga.
Sekian, terima kasih.

Sahabatmu yang benar,


Rosmaria

31 Mengapakah penulis meminta maaf kepada sahabatnya?


A Dia tidak tahu sahabatnya menghantar surat kepadanya.
B Dia tidak membalas surat daripada sahabatnya dengan segera.
C Dia telah lama tidak menulis surat kepada sahabatnya kerana terlupa.
D Dia dan keluarganya melawat Cameron Highlands tanpa pengetahuan sahabatnya.

32 Apakah yang dilakukan oleh penulis dan keluarganya semasa berada di Tanah Rata.
A Makan di restoran pelbagai menu yang istemewa
B Bermandi-manda dan berkelah di Air Terjun Robinson
C Bermalam selama tiga hari dua malam di sebuah chalet
D Membeli pelbagai jenis bunga mawar dan sayur-sayuran

33 Perasaan penulis semasa berada di kawasan peranginan tanah tinggi itu adalah
A terharu
B bangga
C bahagia
D gembira

34 Apakah maklumat yang dapat diperoleh penulis ketika melawat “Rose Garden”?
A Mempunyai 600 jenis bunga dengan 200 jenis warna.
B Mempunyai pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
C Keadaan cuaca dan udara yang segar di kawasan peranginan.
D Kehijauan alam sekitar peranginan yang menambat hati para pengunjung.

35 Pernyataan berikut adalah benar tentang kawasan peranginan yang dilawati oleh penulis
dan keluarganya kecuali
A Sayur-sayuran dan buah-buahan tumbuh subur di “Kea Farm”.
B “Rose Garden” terkenal dengan tempat pelbagai jenis bungan ros.
C Kehijauan ladang teh telah menambat hati penulis dan keluarganya.
D Kawasan peranginan itu terletak di negeri tempat tinggal kawan penulis.

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Buah jambu melaka berwarna merah apabila cukup masak. Jambu ini bukan sahaja manis
tetapi rangup apabila dikunyah. Kulitnya nipis dan berlilin, manakala isinya pula berwarna putih
kemerah-merahan. Buah jambu ini sangat enak sekali dimakan dengan mencecahnya pada
gula yang dicampurkan dengan kicap. Tambah enak lagi kalau dicampurkan sedikit cili padi.
Pada zaman dahulu, kanak-kanak yang suka mengunyah daun jambu muda kononnya
seperti mengunyah sirih. Daun jambu muda rasanya agak kelat dan masam. Daun jambu muda
juga enak dibuat ulam bersama-sama sambal belacan. Manakala putik jambu melaka dapat
digunakan sebagai peluru senapang buluh atau senapang bambu.

Jambu melaka mempunyai banyak nama dalam kalangan masyarakat Melayu seperti
jambu bar, jambu bol, jambu bola, dan jambu keling tetapi yang paling popular ialah jambu
melaka. Di Thailand jambu ini dikenali sebagai chomphu saraek, di Kemboja sebagai shompuh
kraham, dan di Vietnam pula sebagai man hurong tau. Sementara penduduk di Indonesia
memanggilnya dengan nama dardana atau jambu tersana.
Bagi masyarakat Barat, mereka memakan jambu ini dengan cara memanggangnya.
Jambu yang telah dibubuh perasa yang disukai akan dipanggang, kemudian dihidangkan
dengan krim sebagai pencuci mulut. Masyarakat Guyaba pula mengasingkan kulit jambu
daripada isinya untuk dibuat sirap. Kajian oleh Haiwaii Herbs of Medicinal Valeu mendapati
bahawa serat daun jambu ini banyak digunakan sebagai ubat tradisional. Contohnya ubat luka,
sembelit dan ubat lidah serta bibir yang pecah-pecah. Akar jambu juga dapat mengubati
penyakit gatal-gatal dan meringankan pesakit yang menghidap edema atau bengkak-bengkak
pada kulit badan manusia.
Walaupun pokok jambu ini mudah didapati di negara ini tetapi khasiat yang ada pada
pokok ini amat perlu dihargai kerana banyak memberikan faedah kepada kehidupan manusia.
Mungkin suatu hari nanti, jambu ini boleh dikomersialkan sebagai satu lagi hasil pertanian yang
bertaraf dunia di negara kita.

36 Bagaimanakah rasa buah jambu melaka apabila telah ranum?


A Manis
B Payau
C Maung
D Masam

37 Masyarakat di Negara Barat memakan jambu dengan cara


A mengupas kulitnya sebelum memakan isinya
B memanggang dan membubuh perasa yang digemari
C mencecahnya pada gula yang dicampur dengan kicap
D menghancurkan jambu tersebut untuk dibuat jus minuman

38 Mengapakah pokok jambu melaka mempunyai berbagai-bagai nama mengikut sesebuah


negara pokok jambu itu ditanam?
A Pokok jambu ini tidak serupa saiz buahnya
B Pokok jambu mempunyai bentuk yang berbeza
C Mengikut kesesuaian bahasa bagi tempat tertentu
D Pokok jambu mempunyai buah yang pelbagai rasa

39 Mengapakah kanak-kanak pada masa dahulu mudah mengenali jambu ini?


A Mereka suka memakan jambu yang sudah ranum
B Bahagian tertentu pokok jambu dapat dijadikan ubat
C Buah jambu banyak terdapat di sekeliling rumah mereka
D Mereka menggunakan putik jambu sebagai alat permainan

40 Berpandukan petikan, kita perlu menghargai pokok jambu melaka ini kerana
A kecantikan pokok dan buahnya
B sukar didapati di bandar-bandar besar
C kemanisan buah dan kemerahan kulitnya
D khasiat dan kegunaannya dalam kehidupan

- KERTAS SOALAN TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai