Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PERTANDINGAN

BERCERITA
TAJUK :
SANG KANCIL YANG
BIJAK
SANG KANCIL YANG BIJAK

Selamat sejahtera Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana. Seterusnya hadirin sekalian.

Dengarlah tuan hai cerita saya,


Kisah seekor haiwan bergeliga,
Di sebuah hutan tinggalnya,
Sang Kancil Yang Bijak itulah tajuknya.

Hai kawan-kawan. Pernahkah kawan-kawan mendengar cerita tentang Sang Kancil


yang menipu Sang Buaya? Kalau tak pernah mari dengar cerita saya.

Ceritanya bermula begini.

Di sebuah hutan, tinggalnya seekor binatang yang paling bijak, iaitu Sang Kancil. Sang
Kancil bukan sahaja bijak, malah, boleh memperdayakan binatang lain secara licik.
Suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan mencari makanan. Tetapi makanan di dalam
hutan ini semuanya telah habis dimakan oleh binatang lain. Sang Kancil berasa sedih
dan sangat lapar. Tiba-tiba datang seekor burung gagak.

“Aaaaak… Aaaaak… Aaaaaak…”

“Wahai Sang Kancil, mengapakah kau bermuram sahaja?” tanya Sang Gagak.

“Sebenarnya aku lapar, tetapi buah-buahan disini telah habis dimakan oleh Sang Tupai
dan Sang Monyet,” jawab Sang Kancil dengan wajahnya yang muram.

“Kalau begitu janganlah bermuram lagi. Di seberang sungai sana ada pelbagai jenis
buah-buahan yang segar dan enak,” kata Sang Gagak terus terbang

“Aaaaak… Aaaaak… Aaaaaak…”

“Betulkah begitu? Tetapi di dalam sungai ini ada banyak buaya.” Bagaimana aku boleh
pergi ke seberang?” Fikir Sang Kancil.
Akhirnya Sang Kancil mendapat satu akal.

“Wahai sahabatku yang gagah perkasa.” Sang Kancil mengajak Sang Buaya dalam
sungai itu

“Hah! Engkau Sang Kancil ada apa? Tanya Sang Buaya

“Aku telah diperintahkan oleh raja supaya mengira binatang di dalam hutan ini.
Sekarang sampai giliran kau dan kawan-kawan sekalian,” kata Sang Kancil

”Untuk apa raja menyuruh kau mengira binatang di dalam hutan ini? Tanya Sang Buaya
kehairanan.

“Oh, baginda ingin mengadakan satu jamuan untuk semua binatang termasuk engkau,”
jelas Sang Kancil

“Jamuan?”

“Kalau begitu aku akan menyuruh seluruh kawanku berbaris supaya senanglah engkau
mengira,” kata Sang Buaya dengan gembira.

Sang kancil berasa amat senang hati kerana ia dapat menipu sang buaya. Selepas
itu,sang buaya dan rakan-rakannya berbaris. Sang kancil dengan penuh gembira
melompat ke atas semua buaya itu sambil mengira dan berjaya menyeberangi sungai.
“Ha…ha…ha…ha…ha…ha…ha.”

“Eh, Sang Kancil, mengapa kau ketawa? Apa yang lucu sangat ni? Berapakah jumlah
kami semua?” Tanya Sang Buaya kehairanan.

“Oh, sebenarnya raja tidak menyuruh aku mengira kamu.” kata Sang Kancil

“Aku hanya ingin menyeberangi sungai ini untuk memakan buaha-buahan di sini,”
katanya lagi.

“Cis, berani engkau menipu aku! Dahulu kau pernah menipu aku. Sekarang engkau
tipu aku dengan rakan-rakan aku pula!” Kata Sang Buaya dengan marahnya.
Sang Buaya dan kawanya-kawannya hanya mampu melihat Sang Kancil dengan rasa
yang sangat marah. Sang Kancil pula puas memakan buah-buahan yang segar dan
enak dengan gembira

Kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini ialah kita mestilah menggunakan akal
secara bijaksana dan janganlah kita mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai