Anda di halaman 1dari 3

SINGA YANG SOMBONG

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif

lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya

ialah ‘Singa Yang Sombong’.

Yang terlena, sedar-sedarkan.

Yang tersedar, dengar-dengarkan

Yang terdengar fikir-fikirkan.

          Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar

dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah

menjadi mangsanya.

          Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka

berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.  Tiba-

tiba Sang Kancil bangun dan bersuara.

          “Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin

lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh

itu marilah kita  sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu.
          “ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.

          “Siapa  ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil

          Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “Wahai kawan-kawan, biarlah saya

cuba menewaskan singa itu.”

Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.

          “Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan

mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.

          “Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah

kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan

disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.

          Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan

pertarungan antara Singa dan Tebuan.  Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa

masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.

          “Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan

denganku.” Kata Tebuan dengan berani.

“Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa.
“Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku

akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar.” Jawab Tebuan penuh

semangat.

“Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa.

          Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-

pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi

letih. Tebuan  mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang

hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.

          Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya

mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.

          Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua

binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.

          Ingat kawan-kawan, Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang

kecil tidak semestinya lemah.

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar jangan

disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan

fizikal.

          Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai