Anda di halaman 1dari 2

TERHAD

Markas Tentera Darat 2


Cawangan Sumber Manusia No. Kawalan
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat #M - 149
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Tel : 03-40140470

10 Mei 2023

MK TD/G1/SP.500-2/2/2/5-M - 149

Saudara/Saudari: MUHAMMAD AFIQ BIN JUMMARY

No.Kad Pengenalan : 010128-04-0191

TAWARAN UNTUK MENGHADIRI PEMILIHAN AKHIR PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT

1. Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dipilih untuk menghadiri Pemilihan Akhir Perajurit Muda TD seperti berikut:

a. Tempat : 15 RAMD, KEM SENAWANG 71450 SENAWANG, N.SEMBILAN

b. Tarikh dan Masa : 25 Mei 2023 Jam 0700

2. Pakaian semasa melapor adalah seperti berikut:

a. Baju T-shirt putih berkolar.

b. Seluar Track Suit warna gelap.

c. Kasut sukan dan stokin putih.

d. Memakai pelitup muka dan membawa hand sanitizer.

3. Calon dikehendaki membawa bersama dokumen seperti berikut:

a. Surat tawaran ini.

b. Kad Pengenalan-asal dan 2 salinan fotostat.

c. Sijil Daftar Kelahiran - asal dan 2 salinan fotostat.

d. Sijil Akademik (SPM/SVM/STPM/STAM/SKM/Diploma & Transkrip) - asal dan 2 salinan fotostat.

(1) Diploma Kejururawatan wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia sertakan
Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia - asal dan 2 salinan fotostat.

e. Sijil Berhenti Sekolah - asal dan 2 salinan fotostat.

f. Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik - asal dan 2 salinan fotostat (sekiranya ada).

g. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa - 2 salinan.

(1) Sekiranya ibu/bapa meninggal dunia, keperluan Sijil Kematian ibu/bapa - 2 salinan fotostat.

(2) Sekiranya ibu/bapa meninggal dunia, keperluan salinan Kad Pengenalan waris pertama dan waris kedua (Contoh:
ibu/bapa dan ahli keluarga yang terdekat - 2 salinan fotostat.

h. Bagi yang telah berkahwin sertakan bersama dokumen seperti berikut:

(1) Surat Nikah - asal dan 2 salinan fotostat.

(2) Salinan Kad Pengenalan Isteri - 2 salinan fotostat.

(3) Salinan Sijil Daftar Kelahiran Anak - 2 salinan fotostat.

1
TERHAD
TERHAD

(4) Salinan Buku Akaun Isteri- Bank Simpanan Nasional (BSN) - 2 salinan fotostat.

i. Filem X-Ray ukuran dada dan Laporan Pakar X-Ray/Radiologi. Pemeriksaan boleh dilaksanakan di Hospital
kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta.

j. Sijil Vaksin (lengkap vaksin dose 1, dose 2 dan booster) - 2 salinan fotostat.

k. Sekeping gambar berwarna berukuran pasport yang terkini.

l. Ballpen berwarna hitam.

m. Sampul Surat Pos Ekspres (Pos Malaysia -beralamat sendiri dibahagian penerima).

*CALON YANG GAGAL MENGEMUKAKAN DOKUMEN SEPERTI DI ATAS TIDAK AKAN DITERIMA

4. Sebagai peringatan anda dikehendaki berketerampilan kemas (rambut digunting dengan kemas bahagian atas dan tepi
semasa Pemilihan Akhir. Calon yang gagal mengikut arahan ini tidak akan dibenar meneruskan Pemilihan Akhir.

5. CALON BERGEJALA COVID-19. Calon yang mempunyai simptom COVID-19 atau masih dalam tempoh kuarantin tidak
dibenarkan untuk mengikuti proses Pemilihan Akhir pada tarikh yang telah ditetapkan. Namun, calon boleh menghadiri proses
Pemilihan Akhir sepanjang tempoh pemilihan setelah disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan.

6. Proses Pemilihan Akhir akan dilaksanakan pada masa, tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan. Calon dibenarkan pulang
pada hari yang sama setelah selesai proses pemilihan. Perjalanan pergi/balik ke pusat pemilihan adalah atas urusan
persendirian. Proses Pemilihan Akhir adalah seperti berikut:

a. Pemeriksaan Dokumen. Permohonan tidak akan dipertimbangkan sekiranya calon gagal mengemukakan dokumen
asal dan tidak menepati syarat-syarat kelayakan akademik yang telah ditetapkan oleh Perkhidmatan. Salinan dokumen
tidak perlu dicop pengesahan.

b. Pemeriksaan Fizikal (BMI). Permohonan tidak akan dipertimbangkan sekiranya calon gagal menepati tahap fizikal
(BMI) yang ditetapkan oleh perkhidmatan.

c. Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian. Calon akan menjalani pemeriksaan ini bagi menepati tahap kesihatan yang
ditetapkan oleh perkhidmatan.

d. Ujian Lisan (Ujian Membaca Al-Quran dan Ujian Asas Fardu Ain). Calon beragama Islam akan menjalani ujian ini
bagi mengenalpasti tahap pengetahuan.

e. Ujian Kecergasan Asas. Calon yang lulus pemeriksaan kesihatan sahaja akan menjalani ujian ni bagi bagi menilai
tahap kecergasan fizikal dan mental calon.

f. Ujian IQ dan Psikologi. Calon akan diuji bagi menentukan tahap IQ dan kestabilan psikologi yang telah ditetapkan
oleh perkhidmatan.

7. CALON YANG GAGAL SALAH SATU DARIPADA PEMERIKSAAN DAN UJIAN YANG DINYATAKAN DI ATAS, TIDAK
AKAN DIBENARKAN MENERUSKAN PROSES PEMILIHAN DAN DIANGGAP GAGAL. SEBARANG KERUGIAN TIDAK
AKAN DITANGGUNG JIKA CALON GAGAL MENEPATI SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH PERKHIDMATAN.

8. Sepanjang proses pemilihan akhir, sajian tengahari dan minum petang disediakan. Calon tidak digalakkan membawa wang
tunai dalam jumlah yang banyak serta membawa barang-barang berharga (sebarang kehilangan adalah atas tanggungjawab
sendiri).

9. Sekian, terima kasih.

"GAGAH SETIA"

MOHD DHANY BIN MOHD NOR


Mej
bp Panglima Tentera Darat

2
TERHAD

Anda mungkin juga menyukai