Anda di halaman 1dari 9

PENGARAH :

Nama:
No. Tel:

LOGO

KERTAS KERJA

KEMPEN KESEDARAN PENTINGNYA SENAMAN SEWAKTU PANDEMIK COVID-19

TARIKH :

27/5/2022 – 9/6/2022

TEMPAT :

Atas Talian

ANJURAN :
Kumpulan 1 ( kumpulan Kesukarelawanan N)

-
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan kelulusan pensyarah


kursus Kesukarelawanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program juga ini bertujuan
memberi kesedaran tentang mengamalkan gaya hidup sihat kepada pesakit pasca covid
yang dibenarkan pulang ke rumah dari hospital dimana mereka dinasihatkan supaya
menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

2.0 PENGENALAN
COVID-19 adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran
pernafasan manusia. COVID-19 ini juga turut dikenali sebagai pandemik koronavirus atau
wabak koronavirus iaitu sejenis penyakit yang berlaku secara global pada tahun 2019. Virus ini
telah wujud di negara kita pada hujung bulan Disember tahun 2019 dan masih berlanjutan
sehingga sekarang. Impak COVID-19 ini sangat hebat sehingga menjejaskan banyak pergerakan
dan juga aktiviti masyarakat di negara kita. Angka kematian dan individu yang dijangkiti oleh
virus COVID-19 juga ini telah melonjak naik dengan mendadak di seluruh negara di dunia dan
menyebabkan setiap negara terpaksa membuat satu larangan Perintah Kawalan Pergerakkan
(PKP) untuk membendung masalah ini agar tidak terus merebak dan menjangkiti orang lain.
Oleh hal yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyeru orang ramai
yang pernah dijangkiti virus COVID-19 dan telah pulih dari jangkitan virus ini untuk terus
mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti melakukan senaman ringan di rumah. Dua pakar
perubatan memberitahu bahawa ini adalah untuk mencegah pembekuan darah di dalam tubuh iaitu
satu keadaan yang dikaitkan dengan virus COVID-19, walaupun pesakit sudah disahkan sembuh.
Disamping itu, senaman ringan ini juga amat penting untuk menguatkan kembali imuniti badan
selain mencegah sebarang komplikasi kesihatan lanjutan yang mungkin akan timbul pada masa
akan datang. Oleh itu, amat penting untuk bekas pesakit COVID-19 ini terus menjaga kesihatan
mereka agar tiada perkara yang lebih rumit berlaku. "Saya akan berehat selama beberapa minggu
pertama dan selepas itu mulakan senaman ringan, secara perlahan, yang bermaksud saya akan
mulakan pada tahap sekitar 10 hingga 20 peratus dari apa yang biasa saya lakukan dan kemudian
meningkatkannya mengikut kemampuan paru-paru dan daya tahan tubuh saya," nasihat Dr Leong
Hoe Nam, pakar penyakit berjangkit di Hospital Mt Elizabeth Novena.

2
3.0 OBJEKTIF
Senaman ialah aktiviti fizikal yang lebih tinggi intensitinya daripada aktiviti harian. Tujuannya
adalah untuk mendapatkan manfaat kesihatan baik dari segi fizikal dan juga mental kepada
bekas pesakit Covid-19.

 Mengurangkan gejala anxiety dan membuatkan bekas pesakit berasa lebih tenang
 Menguatkan kembali imuniti badan selain mencegah sebarang komplikasi kesihatan
lanjutan
 Membantu badan dan minda supaya kekal aktif kerana senaman penting untuk
pemulihan
 Meningkatkan kecergasan fizikal
 Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan ketangkasan
 Meningkatkan kualiti tidur

4.0 JUSTIFIKASI
Melalui poster yang kami laksanakan ini, sesuai dengan tujuan yang dinyatakan pada 1.0 di atas,
ianya sangat wajar dilaksanakan bagi memberi maklumat atau info yang bermanfaat kepada
masyarakat tentang pentingnya senaman selepas pasca covid ini. Menurut berita daripada
Singapura, menyatakan bahawa para pesakit yang sudah pulih daripada jangkitan COVID-19
disyorkan melakukan senaman ringan. Dua pakar perubatan memberitahu Mediacorp bahawa
ini adalah untuk mencegah pembekuan darah di dalam tubuh iaitu satu keadaan yang dikaitkan
dengan virus itu, walaupun pesakit sudah disahkan sembuh. Keadaan membawa maut itu
menarik perhatian umum baru-baru ini apabila seorang pekerja asing berusia 41 tahun dari
China yang dianggap sudah pulih dari COVID-19, telah meninggal dunia minggu lalu. Beliau
didapati tidak bergerak di kabinnya di atas sebuah kapal pesiaran di mana beliau ditempatkan
untuk sementara setelah dibenarkan pulang. Koroner mengesahkan punca kematian sebagai
pembentukan darah beku yang besar di paru-paru berikutan jangkitan itu.

3
5.0 HASIL PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH

LO K1 ELEMEN
KNOWLEDGE Mengenal pasti isu dan cabaran Mengaplikasi kaedah dan
kesukarelawanan di peringkat prosedur untuk
nasional dan global. menyelesaikan pelbagai
masalah yang kompleks.
KNOWLEDGE Mempamerkan sikap Berkerjasama dalam
bertanggungjawab dengan komuniti pembelajaran dna
melibatkan diri dengan gerak kerja kerjaya serta berkomunikasi
berkumpulan mahupun komuniti. secara lisan dan tulisan
melalui pelbagai medium
penyampaian.

6.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM :

Tarikh                          : 27/5/2022 – 9/6/2022


Hari                             : Jumaat (27/5/2022) – Khamis (9/6/2022)
Tempat Program        : Atas Talian

7.0 KUMPULAN SASARAN

- Masyarakat Umum dan terutama kepada pesakit Covid-19

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Penyelaras
Dr. Nurzaimah Binti Asalal

Pengarah Program
Noor Lizawati Binti Abdul Rahman

Timbalan Pengarah Program


Eriscilla Bakuk

Setiausaha Program
Muhammad Aidil Danial Bin Hassan

Bendahari Program

4
Nicky Arcadia Anak Richmond

Ahli-Ahli Jawatankuasa:-
AJK informatif : Howard Abner
AJK kesenian : Loini Masingkin
AJK media dan perhubungan : Hilnisi Saimy
AJK kebajikan dan sosial : Nur Syazwina Ezwin Binti Roslan
AJK program aktiviti : Elyise Binti Fred
AJK persembahan : Duratul Athirah Binti Mohd Fauzil

9.0 CARTA GANTT

BULAN 2022

AKTIVITI
MAC APRIL MEI JUN JULAI

MENGENAL PASTI PROJEK

PEMILIHAN PROJEK/MASALAH

MENGUMPUL DATA DAN ANALISIS


PROJEK

PENETAPAN OBJEKTIF/SASARAN

CADANGAN PENYELESAIAN

PERSEMBAHAN DAN
PERSETUJUAN PIHAK
PENGURUSAN

PELAKSANAAN

PENILAIAN DAN PEMANTAUAN

PENYERAGAMAN

5
10.0 ANGGARAN KEWANGAN
Jadual dibawah menunjukkan anggaran perbelanjaan program Misi Bantuan Kebakaran Rh.
August Jampi, Ban Ulu Betong, Sarawak.
A. PENDAPATAN

BIL. PENDAPATAN RM

1. Sumbangan Syarikat Kecil dan peribadi 550

JUMLAH PENDAPATAN 550

B. PERBELANJAAN

HARGA JUMLAH
BIL. PERBELANJAAN SUMBANGAN KUANTITI
SEUNIT (RM)

1. Sumbangan dana kepada mangsa RM50 11 Keluarga RM550


kebakaran

JUMLAH PERBELANJAAN RM 550 .00

JUMLAH KESELURUHAN (A)RM – (B)RM = RM0.00

11.0 KELESTARIAN

Kempen kesedaran tentang mengamalkan gaya hidup sihat kepada pesakit pasca covid ini
dijangka mampu diteruskan kerana dijalankan secara terancang dan juga sistematik. Disamping
itu, kempen kesedaran ini dijalankan secara online ataupun atas talian menggunakan poster yang
dimuatnaik melalui pelbagai platform media sosial. Maka dengan itu, kesemua individu yang
menggunakan media sosial bakal terlibat didalam kempen ini. Prosedur seperti pendaftaran
tidak perlu lagi dilakukan kerana kempen ini dijalankan secara terbuka kepada semua pengguna
media sosial.

6
12.0 PENUTUP

Kesimpulannya, senaman semasa e - pandemik ini amatlah penting bagi masyarakat kini. Hal
ini kerana impak Covid-19 dapat menjejaskan pergerakan dan aktiviti seharian masyarakat kita.
Namun begitu, e - pandemik ini bukanlah penghalang bagi masyarakat kita untuk tidak
mengekalkan tubuh badan yang sihat. Kini banyak aplikasi - aplikasi yang boleh membantu
masyarakat kita untuk bersenam. Selain itu, aplikasi “youtube” juga mempunyai pelbagai video
yang boleh membimbing masyarakat kita untuk memulakan senaman. Oleh itu, masyarkat
haruslah gaya hidup sihat dan memilih makanan yang berkhasiat walaupun hanya duduk di
rumah. Bagi mendorong semangat kepada masyarakat kita, pihak kami telah mengadakan
kempen kesedaran pentingnya senaman semasa e - pandemik ini supaya dapat memberi
semangat kepada masyarakat untuk kekal sihat walaupun hanya duduk di rumah sahaja. Oleh
itu, pihak kami berharap agar kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan kelulusan. Selain itu,
kami berharap agar program ini mendapat sokongan dan bantuan daripada semua pihak bagi
melancarkan perjalanan program. Kerjasama dan pertimbangan daripada semua pihak amat
kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

13.0 RUJUKAN

Fairul Asmaini Mohd Pilus. Mangsa Covid-19 perlu bersenam. Harian Metro. 2021. Diakses
pada 15 Mei 2022 di laman sesawang
https://www.hmetro.com.my/WM/2021/06/715584/mangsa-covid-19-perlu-bersenam

Majlis Keselamatan Negara. SENAMAN PULIHKAN PARU-PARU SELEPAS DIJANGKITI


COVID-19. Public Health Malaysia. 2022. Diakses pada 15 Mei 2022 di laman sesawang
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/03/12/senaman-pulihkan-paru-paru-selepas-dijangkiti-
covid-19/

Dr. Ramzdhan. Pesakit covid kuarantin di rumah. DrOnCall. 2021. Diakses pada 15 Mei 2022
di laman sesawang https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/pesakit-covid-kuarantin-di-
rumah/195922

Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah. Pemakanan sihat imuniti lawan Covid-19. Utusan Malaysia.
2022. Diakses pada 15 Mei 2022 di laman sesawang
https://www.utusan.com.my/gaya/kesihatan/2022/02/pemakanan-sihat-imuniti-lawan-covid-19/

Farah Marshita Abdul Patah. COVID-19: Aktiviti senaman dalam rumah. BH Online. Diakses
pada 15 Mei 2022 di laman sesawang

7
https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2020/03/667445/covid-19-aktiviti-senaman-dalam-
rumah

Madiha Abdullah. Video senaman, TikTok di pusat kuarantin: 'Bagus untuk moral pesakit' -
Pakar perubatan. Astro Awani. 2021. Diakses pada 15 Mei 2022 di laman sesawang
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/video-senaman-tiktok-di-pusat-kuarantin-bagus-
untuk-moral-pesakit-pakar-perubatan-278084

Majoriti. Ketahui tip pemakanan bantu atasi sindrom Long Covid. 2022. Diakses pada 15 Mei
2022 di laman sesawang https://majoriti.com.my/relaks/2022/02/24/ketahui-tip-pemakanan-
bantu-atasi-sindrom-long-covid

Pesakit COVID-19 yang sudah pulih digesa lakukan senaman ringan, elak risiko darah beku.
Berita. Diakses pada 15 Mei 2022 di laman sesawang
https://berita.mediacorp.sg/singapura/pesakit-covid-19-yang-sudah-pulih-digesa-lakukan-
senaman-ringan-102236

Disediakan oleh : Muhammad Aidil Danial Bin Hassan


Setiausaha Program

8
Tandatangan: .............................................
Tarikh :

Disemak dan diperakukan oleh : Dr. Nurzaimah binti Asalal


Pensyarah Kursus Kesukarelawanan,
Jabatan Pengajian Malaysia,
Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ulasan :

Tandatangan:

Tarikh :

Disemak dan diluluskan oleh: Dr. Kalsum binti Umar


Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Malaysia,
Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tandatangan :

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai