Anda di halaman 1dari 1

Aku merupakan sebuah komputer.

Aku dilahirkan di sebuah


kilang yang terletak di Johor Bahru. Aku berwarna putih. Setelah
siap dipasang, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak lalu
dihantar ke sebuah kedai komputer yang berada di Negeri
Sembilan.
Setelah aku tiba di kedai itu, aku dipamerkan oleh pekerja
kedai di dalam kabinet kaca yang diletak di hadapan kedai. Aku
mengenali beberapa kawan yang baharu, seperti komputer riba
Asus, komputer riba Samsung dan lain-lain. Selepas beberapa
hari, aku telah dibeli oleh seorang perempuan.
Dia telah menghadiahkan aku kepada anak lelakinya yang
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Nama tuan aku adalah Meng Keong. Meng Keong berasa
gembira semasa menerima aku. Dia meletakkan aku di dalam
bilik tidurnya. Dia sentiasa menggunakan aku untuk
pelajarannya. Dia menggunakan aku untuk melayari Internet.
Apabila membuat projek sekolah yang diberi oleh guru, tuan
aku juga menggunakan aku. Kadangkala, tuan aku akan
menggunakan aku untuk menghantar e-mel kepada kawan-
kawannya.
Tuan aku menjaga aku dengan baik. Tuan menutup aku
selepas menggunakanku. Aku berasa gembira kerana dapat
berkhidmat kepada tuan aku yang sangat baik ini.

Anda mungkin juga menyukai