Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS HI’TEA 2022 SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1

TEKS TINDAKAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah; Pengacara Majlis
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Pengacara Majlis
Indah bermalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha dan Yang Diraikan


Puan Noramizan bt Abd Rahman (Pengetua SMK Bandar Sri Damansara
1)
Yang Dihormati
Encik Othman bin Kos dan mantan PK Kokurikulum Puan Zabariah binti
Abdullah selaku mantan PK Kokurikulum SMKBSD1

Yang Dihormati
En Shahrol Bin Ibrahim (Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bandar Sri
Damansara 1)

Yang Dihormati
Datin Ilia (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Bandar Sri Damansara
1)

Yang Dihormati
Pn (Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bandar Sri Damansara 1)

Yang Dihormati
Pn Jayanthi Sembayah (Penolong Kanan Petang SMK Bandar Sri
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS HI’TEA 2022 SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1

Damansara 1)

Seterusnya, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, serta hadirin


dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, dan


Salam SMK Bandar Sri Damansara 1.
Hadirin yang dimuliakan,

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa. Pengacara Majlis

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah &

sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan Bacaan Doa
dibacakan oleh Ustaz Arif Asyraf . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Ustaz Arif Asyraf atas bacaan doa itu tadi.
Terlebih dahulu kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana Pengacara Majlis
dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun
untuk Majlis “Hi-Tea Smk Bandar Sri Damansara 1” dengan bertemakan
Arabian Day....
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Untuk memulakan majlis, dijemput Encik Muhammad Khairul Rafidee Mat


Eil selaku Pengerusi Kelab Guru dan Staff Sesi 2022 untuk tampil
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS HI’TEA 2022 SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1

memberi sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad Khairul Rafidee Mat Eil
atas ucapan yang bermakna sebentar tadi.

Para Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Tidak lengkap dan berseri majlis ini tanpa ucapan daripada Puan
Pengetua kita. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan Pengacara Majlis
mempersilakan Puan Noramizan bt Abd Rahman untuk memberikan
sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Noramizan bt Abd Rahman atas


ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa marilah kita menadah tangan untuk membaca
doa makan. Ustaz Fahim dipersilakan baca doa makan. Pengerusi Majlis

Semua guru dipersilakan untuk menjamu selera.

Para hadirin sekalian,

Kita akan teruskan majlis dengan penyampaian hadiah sempena guru


yang melangsungkan perkahwinan dan mendapat cahaya mata pertama di
sekolah ini.
Dengan ini dijemput Puan Noramizan bt Abd Rahman untuk
Pengerusi Majlis
menyampaikan hadiah tersebut.
Hadiah cahaya mata pertama di sekolah :
1. Cikgu Faiz
2. Cikgu Shairah
3. Cikgu Adilla
4. Cikgu Aqilah
5. Cikgu Nadia
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS HI’TEA 2022 SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1

Hadiah perkahwinan :
1. Cikgu Shanti

Terima kasih Puan Noramizan bt Abd Rahman atas penyampaian hadiah


itu tadi.
Hadirin sekalian,
Seterusnya adalah antara sesi yang dinanti-nantikan oleh semua guru kita
iaitu sesi pertukaran hadiah di antara guru-guru SMKBSD1.
Jadi diminta guru-guru untuk bangun dan silalah memberi hadiah anda
kepada rakan guru yang anda telah cabut namanya sebelum ini. Hadiah Pengerusi Majlis

berharga rm25 ke atas, dan atas rezeki mungkin ada yang dapat hadiah
berharga rm 100 ke atas.

Terima kasih kepada semua guru atas pertukaran hadiah itu tadi.
Acara seterusnya yang dinanti-nantikan juga oleh semua guru iaitu acara
cabutan bertuah 10 Normal prize. Ataupun 10 hadiah terawal.
Dengan ini dijemput Datin Ilia selaku PK hem kita untuk mencabut 10
nombor bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada 10 orang Pengerusi Majlis

guru yang bertuah.

Terima Kasih Datin Ilia atas penyampaian itu tadi.


Para hadirin sekalian, Pengerusi Majlis
Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada 10 orang guru terawal
yang membayar yuran kelab guru dan staff. Dipersilakan PK Kokurikulum
kita iaitu Puan............. untuk menyampaikan hadiah tersebut.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS HI’TEA 2022 SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1

10.
Terima kasih Puan....... atas penyampaian itu tadi.

Anugerah 10 sijil guru sifar MC dan CRK


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Telus kata buat anak dara
Pesan jua si bujang resah
Tidak kira siapa pun dia
Pasti ada jasa yang dicurah

Enak sungguh buah mangga


Dibawa khas dari Perlis
Tuan berpindah disambut mesra
Semoga beroleh kenangan manis

Dipersilakan Puan Noramizan bt Abd Rahman untuk menyampaikan


cenderamata yang sangat bermakna kepada Puan Zabariah bt Abdullah
yang telah dinaikkan pangkat dan bertukar ke sekolah yang baru. Pengerusi Majlis
Seterusnya penyampaian hadiah kepada Puan Chai Yee Xin,dan Encik
Khairul Hakimi Amaran yang juga telah bertukar ke sekolah yang baru.
Dan juga penyampaian hadiah kepada Puan Nazirah yang telah bersara
pada bulan 3 tahun 2022.

(minta kak ba stay untuk ucapan)

Terima kasih Puan Noramizan Abd Rahman.,

Tak enak rasanya jika tiada ucapan daripada mantan PK Kokurikulum kita
iaitu Puan Zabariah bt Abdullah, jadi kami ingin menjemput sekali lagi
Puan Zabariah untuk menyampaikan ucapan atau sepatah dua kata ..
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS HI’TEA 2022 SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1

Terima kasih Puan Zabariah di atas ucapan itu tadi. Semoga terus
menyinar di tempat yang baru.

Seterusnya kita ke cabutan 5 big Prize. Dengan ini kami menjemput


Encik Shahrol untuk mencabut nombor bertuah dan menyampaikan
hadiah kepada yang bertuah.
Pengerusi Majlis

Terima kasih diucapkan kepada Encik Shahrol.

Hadirin sekalian,

Dengan bertemakan Arabic atau Arabian, ramai guru-guru kita


memakai pakaian serba anggun dan segak pada hari ini. Masa yang
ditunggu tunggu kami akan mengumumkan Anugerah Male dan
Female best outfit.

Kami menjemput Puan Noramizan untuk menyampaikan hadiah


kepada 2 orang pemenang. Pemenangnya adalah……
Pengerusi Majlis
Male :____________________

Female :____________________

(minta pengetua stay untuk penyampaian hadiah grand prize)

Seterusnya, penyampaian hadiah Grand Prize

Dengan berakhirnya ucapan itu tadi, majlis kita pada pagi ini sudah sampai Pengacara Majlis
ke penghujungnya.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


semua guru SMK Bandar Sri Damansara 1 yang telah hadir dan
memeriahkan majlis hi tea pada hari ini.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata;
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
TEKS PENGACARAAN
MAJLIS HI’TEA 2022 SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1

Dari Tambunan bawa delima,


Masak sebiji di balik daun;
Jasamu tuan kami terima,
Jadikan kenangan bertahun-tahun.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Saya mewakili
kelab guru dan staf 2021 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
hadirin yang setia mengikuti majlis ini hingga ke penghujungnya. Sekian
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai