Anda di halaman 1dari 5

BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Pada zaman dahulu, ada seorang tua bernama Pak Deraman. Dia beristeri
dua. Isteri pertamanya bernama Mak Gayah, manakala isteri keduanya
bernama Mak Molek. Isteri-isteri Pak Deraman tinggal dalam sebuah rumah.
Mereka ada perasaan iri hati antara satu sama lain.

Mak Gayah mempunyai seorang anak perempuan bernama Bawang Merah,


manakala anak Mak Molek bernama Bawang Putih. Bawang Merah seorang
gadis berbudi bahasa serta lemah lembut. Dia juga seorang yang baik hati
dan rajin membuat kerja serta taat kepada ayah dan ibunya.

Bawang Putih pula tidak seperti Bawang Merah. Tingkah lakunya tidak baik.
Perangainya juga kasar dan pemalas. Dia jarang-jarang membantu kerja-
kerja rumah. Mak Molek dan Bawang Putih selalu menyusahkan hidup Mak
Gayah dan Bawang Merah walaupun Mak Gayah dan anaknya selalu
berlembut.

Pada suatu hari, tanpa diduga, Pak Deraman jatuh sakit. Dari sehari ke sehari
keadaannya bertambah teruk. Akhirnya, sampailah ajal Pak Deraman. Sejak
itu, keempat-empat mereka sentiasa dalam keadaan sugul. Mereka terpaksa
keluar mencari rezeki. Arwah Pak Deraman ada meninggalkan sedikit harta
tetapi Mak Molek ingin menguasai kesemua harta itu.

1
Dalam diam-diam Mak Molek dan Bawang Putih membuat perancangan
jahat. Mereka berdua mahu membunuh Mak Gayah.

“Jika dia tiada lagi, tentu kesemua harta itu akan menjadi milik kita,” kata Mak
Molek.

Pada suatu petang, Mak GaYah ke telaga untuk mengambil air. Mak Molek
dan Bawang Putih mengekorinya. Ketika Mak Gayah sedang mencedok air,
tiba-tiba ada orang menolaknya dari belakang.

“Tolong! Tolong!” jerit Mak Gayah tetapi tiada seorangpun yang


mendengarnya. Mak Gayah akhirnya tenggelam.

Apabila menjelang senja, Bawang Merah menjadi cemas. Ibunya tidak


pulang lagi. Dia menjadi cemas lalu menangis.

“Ibu, kenapa tak pulang-pulang lagi. Ke manakah ibu agaknya,” Bawang


Merah merintih.

Semalaman Bawang Merah tidak boleh tidur.

“Wahai ibu! Apakah sebenarnya yang terjadi ke atas dirimu?” Bawang Putih
tertanya-tanya.

Pada keesokan harinya, Bawang Merah keluar mencari ibunya. Semasa dia
sampai di telaga, tiba-tiba terdengar suara ibunya.

“Wahai Bawang Merah, anakku! Mak ada di dalam telaga ini!” kata suara
memberitahu. Ada seekor ikan kaloi mengaku sebagai ibunya.

“Entahlah siapakah yang menolak mak ke dalam telaga ini,” kata ikan kaloi.

2
Pada hari-hari seterusnya, Bawang Merah selalu pergi ke telaga dengan
membawa nasi bercampur sayur keladi.

“Wahai bondaku, bondaku si ikan kaloi. Timbullah bonda, timbullah tunjukkan


diri. Nasi melukut sayur keladi, nasi melukut sayur keladi. Untuk hidangan
bondaku si ikan kaloi,,” (Bawang Merah menyanyi)

Mak Molek dan Bawang Putih berasa curiga melihat tingkah laku Bawang
Merah sejak akhir-akhir ini yang selalu keluar rumah. Akhirnya, mereka tahu
Bawang Merah menemui ibunya di telaga yang telah bertukar menjadi
seekor ikan kaloi.

“Kita mesti tangkap ikan kaloi itu. Jika tidak akan terbongkar rahsia kita,” kata
Mak Molek kepada Bawang Putih.

Berapa lama kemudian, akhirnya Mak Melor dan Bawang Putih berjaya
menangkap ikan kaloi itu. Mereka menggorengnya untuk diberi makan
kepada Bawang Merah. Bawang merah yang berasa lapar terus
memakannya.

Pada maalam itu, Bawang Merah bermimpi.

“Wahai anakku, ikan yang kamu makan itu adalah mak,” beritahu Mak
Gayah. Bawang Merah menangis kesedihan.

3
Keesokannya, Bawang Merah mencari tulang ikan itu lalu menanamnya
berhampiran telaga. Esoknya, tumbuh sepohon pokok besar dan terdapat
sebuah buaian pada dahannya. Setiap hari Bawang Merah bermain-main
sambil menyanyi.

“Laju, buaiku laju. Laju, buaiku laju. Aku anak yatim piatu,” (Bawang Merah
menyanyi)

Pada suatu petang, seorang putera raja lalu dengan para pengiring semasa
Bawang Merah bermain buaian sambil menyanyi. Putera raja terpikat dengan
Bawang Merah dan ingin menjadikannya isteri baginda. Akhirnya mereka
berkahwin dan hidup bahagia.

Kehidupan Mak Molek dan Bawang Putih masih tidak menentu. Mereka
berdua menjadi pekerja suruhan di istana raja.

4
Pengajaran daripada cerita ini ialah:

1. Kita perlulah menjaga hubungan kekeluargaan supaya tidak berlaku


pergaduhan yang melibatkan harta benda.

2. Janganlah menyimpan perasaan tamak dan iri hati terhadap orang lain
kerana akan membuatkan kita menyesal di kemudian hari.

3. Kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada sesiapa sahaja kerana


hidup kita akan lebih bahagia kelak.

Anda mungkin juga menyukai