Anda di halaman 1dari 9

Maklumat

Berkaitan Kelas
E-TAJWID PRO
Maklumat Berkaitan Kelas E-TAJWID PRO

1. Pendahuluan
Kelas ini dilaksanakan bagi membincangkan maklumat utama dalam buku
Ringkasan Ilmu Tajwid al-Quran edisi 2022. Perbincangan dalam kelas ini
menfokuskan teori-teori penting dalam ilmu Tajwid secara mendalam.

2. Kesesuian dan Kelayakan Peserta


Tahap pengajaran dalam kelas ini adalah di peringkat sederhana tinggi dan amat
sesuai diikuti oleh peserta yang telah mempunyai asas ilmu Tajwid. Kelas ini
disasarkan khusus kepada orang awam dewasa atau para asatizah yang ingin
mendalami ilmu Tajwid secara lebih terperinci.

3. Kelebihan Yang Peserta Akan Perolehi

 Dapat membezakan kepelbagaian istilah-istilah penting yang sentiasa


digunapakai dalam ilmu Tajwid.
 Dapat memurnikan kekeliruan terhadap isu-isu yang sering menjadi
persoalan dan perbezaan pendapat dalam pengajaran Tajwid.

4. Topik Yang Dibincangkan

 Rasm dan Dhabt al-Quran (Minggu 1-2)


 Makhraj dan Sifat Huruf – (Minggu 3-6)
 Tafkhim dan Tarqiq – ( Minggu 7-10)
 Tamasul, Tajanus, Taqarub dan Taba’ud – ( Minggu 11)
 Hukum Lam, Nun dan Mim Sakinah – ( Minggu 12-17)
 Pembahagian dan Jenis-Jenis Mad – ( Minggu 18-21)
 Pembahagian dan Jenis-Jenis Iltiqa’ As-Sakinain – ( Minggu 22)
 Hamzah Qata’ dan Hamzah Wasal – ( Minggu 23)
 Bacaan Khusus Riwayat Hafs – ( Minggu 24)
5. Persoalan Yang Akan Dibincangkan
Terdapat banyak pendedahan serta info baharu yang akan dikongsikan dalam
kelas ini. Berikut merupakan sebahagian persoalan Tajwid yang dapat
dikumpulkan manakala sebahagian persoalan lain akan dibincangkan dalam
kelas secara terperinci.

🔴 Asas Pengenalan Huruf, Tulisan, Tanda dan Mushaf


1) Apakah perbezaan di antara huruf Hijaiyyah dan huruf Abjadiyyah?
2) Bagaimana khilaf ulama tentang bilangan huruf?
3) Bagaimanakah perbezaan mushaf zaman Rasulullah dengan mushaf terkini?
4) Siapakah yang mengasaskan perletakan titik pada huruf?
5) Apakah perbezaan di antara huruf mu'jamah dan huruf muhmalah?
6) Apakah perbezaan di antara Rasm dan Dhabt (Tanda)?
7) Perbezaan antara mushaf Malaysia dan Indonesia?
8) Mengapakah mushaf Indonesia tidak boleh dipakai walaupun rasm Uthmani?
9) Bagaimanakah kaedah perletakan tanda dalam al-Quran?
10) Mushaf apakah yang dirujuk untuk penerbitan mushaf al-Quran di Malaysia?
11) Apakah perubahan tanda pada cetakan mushaf al-Quran yang terkini?

🔴 Makhraj dan Sifat Huruf


1) Apakah perbezaan di antara makhraj dan sifat?
2) Bagaimanakah berlakunya Lahn Jali dan Khafi pada makhraj dan sifat?
3) Adakah setiap kesalahan pada makhraj dan sifat boleh dikatakan Lahn Jali?
4) Apakah yang dikatakan sebagai makhraj muhaqqaq dan muqaddar?
5) Apakah perbezaan di antara makhraj umum dan khusus?
6) Di manakah makhraj bagi setiap baris Fathah, Kasrah, Dhammah?
7) Bagaimanakah perbezaan dalam menyempurnakan makhraj baris?
8) Mengapakah suara huruf ‫ ه‬dan ‫ ح‬berbeza ?
9) Bagaimanakah pergerakan pita suara ketika menyebut huruf ‫? ء ه‬
10) Bagaimanakah pergerakan epiglotis ketika menyebut huruf ‫? ع ح‬
11) Bagaimanakah perbezaan Ikhfa’ Haqiqi pada 15 makhraj huruf Ikhfa’?
12) Apakah punca berlakunya kesilapan penyebutan pada huruf ‫? ر‬
13) Bagaimanakah 3 cara kedudukan makhraj ‫ ل‬dan ‫? ض‬
14) Khilaf posisi hujung lidah dengan gigi bagi makhraj huruf ‫? ص ز س‬
15) Bagaimanakah cara penyebutan huruf ‫ ض‬yang bersifat rakhawah?
16) Adakah berlaku getaran pada hidung bagi huruf ‫ ع‬ketika ia disebut?
17) Adakah tidak terdapat angin pada huruf ‫ ز ذ‬ketika ia disebut?
18) Mengapakah huruf ‫ ز ذ‬termasuk dalam huruf jahr?
19) Apakah elemen lain untuk menentukan sifat Hams Jahr selain angin?
18) Mengapakah tidak tepat jika Isti'la dan Ithbaq didefinisikan sebagai tebal?
20) Apakah perbezaan definisi di antara Tafkhim dan Isti'la serta Ithbaq?
21) Apakah keadaan yang mempengaruhi tingkatan ketebalan huruf?
22) Apakah perbezaan di antara Musta'liyah Munfatihah?
23) Adakah sifat Izlaq dan Ismat tidak melibatkan tajwid?
24) Adakah sebutan Qalqalah diakhiri seperti hamzah sukun?
25) Mengapakah sifat Qalqalah perlu dikaitkan dengan Syidah dan Jahr?
26) Mengapakah ‫ ض ك ت ء‬tidak termasuk dalam sifat Qalqalah?
27) Bagaimanakah keadaan Syiddah Hams pada huruf ‫ ت ك‬yang sukun?
28) Huruf apakah huruf yang wajib keluar melalui hidung?
29) Adakah huruf isti'la perlu dimuncungkan mulut ketika ia disebut?
30) Benarkah huruf istifal mesti disenyumkan (seringai) bibir?
31) Apakah perbezaan antara Istithalah, Rakhawah dan Mad?
31) Apakah perbezaan antara 2 harakat pada Ghunnah dan Mad?
32) Apakah nama hukum yang menyebabkan hilangnya sifat dan makhraj?

🔴 Tamasul, Tajanus, Taqarub dan Taba’ud


1) Apakah maksud Mutamasilain, Mutajanisain, Mutaqaribain, Mutabaidain?
2) Bagaimanakah untuk menentukan Mutamasilain dan Mutajanisain?
3) Apakah had yang memisahkan pertemuan Mutaqaribain dan Mutabaidain?
4) Makhraj apakah yang tidak terlibat dalam menentukan pertemuan huruf
Mutamasilain, Mutajanisain, Mutaqaribain, Mutabaidain?
5) Tiga makhraj apakah yang boleh menentukan 4 penamaan pertemuan huruf?
6) Apakah nama pertemuan yang terjadi antara sesama huruf Halkum?
7) Apakah nama pertemuan yang terjadi antara sesama huruf Lidah?
8) Apakah nama pertemuan yang terjadi antara sesama huruf Bibir?
9) Apakah nama pertemuan yang terjadi antara huruf Mad dengan huruf lain?
10) Nun Sukun pada Iqlab dinamakan Mutajanisain atau Mutaqaribain?
11) Adakah Tanwin terlibat dalam menentukan 4 penamaan pertemuan huruf?
12) Apakah penamaan yang sesuai bagi pertemua dua huruf sukun?
🔴 Lam Sakinah, Nun Sakinah dan Mim Sakinah
1) Daripada manakah asal bagi tanda sukun?
2) Apakah yang dimaksudkan dengan Izhar, Idgham, Ikhfa’ dan Iqlab?
3) Apakah huruf sukun yang terdapat di dalam Tanwin?
4) Bolehkah Tanwin didefinisikan dengan baris dua?
5) Berapakah bentuk Tanwin dalam al-Quran?
6) Kenapakah tajuk Nun sakinah disertakan bersama Tanwin?
7) Kenapakah tajuk Mim tidak disertakan bersama Tanwin?
8) Bagaimanakah baris Tanwin pada Mushaf Madinah yang terkini?
9) Hukum Nun sakinah terbahagi kepada 3, 4 atau 5?
10) Kenapa dihukumkan Izhar pada 6 huruf bemakraj Halqum?
11) Adakah berlaku dengung pada Izhar halqi dan Izhar syafawi?
12) Apakah pericincian kepada perkataan haqiqi pada hukum ikhfa Haqiqi?
13) Bagaimanakah keadaan lidah ketika membaca sebutan ikhfa?
14) Adakah perlu memuncungkan bibir ketika dengung pada hukum Ikhfa?
15) Perbezaan dalam penyebutan bagi kalimah ‫ أنتم‬،‫?كنتم‬
16) Bagaimanakah gerakan bibir jika sebelum nun terdapat baris depan
17) Bagaimanakah berlakunya hukum ikhfa dalam hukum Iqlab?
18) Apakah perbezaan dan persamaan antara ikhfa syafawi dan Iqlab?
19) Apakah Ikhfa’ yang berlaku secara majaz pada Iqlab dan Ikhfa’ Syafawi?
20) Adakah bibir perlu dirapatkan atau direnggangkan ketika Iqlab?
21) Kenapa huruf ‫ ن‬ditukar kepada ‫ م‬ketika Iqlab? Kenapa bukun huruf lain?
22) Mim maqlubah dalam tajuk Iqlab pada sebutan atau pada tulisan?
23) Apakah perbezaan di antara Idgham dan ghunnah?
24) Apakah ciri-ciri perbezaan antara Idgham kamil dan naqis?
25) Kenapa mesti dengung ketika Nun sukun bertemu dengan huruf ‫م ن‬
sedangkan telah berlaku Idgham secara kamil?
26) Adakah perlu memuncungkan bibir sepanjang dengung pada kalimah ‫?من وال‬
27) Kenapa Idgham mempunyai nama yang pelbagai pada hukum yang sama?
28) Adakah nama Idgham mithlain pada hukum Idgham syafawi dibolehkan?
29) berapakah tingkatan dengung ketika membaca al-Quran?
30) Mengapakah Idgham bila ghunnah tidak ada dalam tingkatan dengung?
31) Apakah yang dikatakan sebagai ghunnah Asliyyah dan Far’iyyah
32) Adakah hukum Izhar dan Idgham terdapat pada huruf Mim dan Nun sahaja?
33) Apakah nama-nama hukum Idgham yang terdapat dalam ilmu Tajwid?
🔴 Mad dan Qasr
1) Berapakah keadaan dan bentuk huruf ‫ ي‬،‫ و‬،‫ ا‬dalam al-Quran?
2) Adakah tanda wau kecil dan ya kecil wujud pada penulisan zaman nabi?
3) Apakah sebab kedudukan tanda Mad yang tidak konsisten pada huruf Mad?
4) Kenapa tanda Mad tidak diletakkan pada bacaan Mad 2 harakat?
5) Adakah tanda Mad hanya diltakkan pada Mad Far’ie sahaja?
6) Apakah perbezaan perkadaran harakat bagi Mad dan Ghunnah?
7) Apakah jenis-jenis sukun dan baris dalam al-Quran?
8) Apakah perbezaan di antara sukun Asli dan sukun Aridh?
9) Apakah perbezaan di antara sukun Hayyi dan sukun Mayyit?
10) Apakah perbezaan di antara sifir Mustadir dan sifir Musthatil?
11) Apakah maksud pembahagian umum bagi Hukum Mad Asli dan Far’ie?
12) Apakah yang dimaksudkan dengan Mulhaq Mad Asli?
13) Apakah khilaf kedudukan Mad badal pada Mad Asli atau Mad Far’ie?
14) Adakah Mad Badal hanya berlaku pada awal kalimah?
15) Apakah perbezaan di antara Mad badal dan Mad Syibih Badal?
16) Mengapakah hamzah berTanwin fathah di akhir kalimah dibaca Mad iwadh
sedangkan tiada pun alif selepasnya?
17) Mengapakan Tanwin Fathah pada Ta’ Marbutah tidak menjadi Mad Iwadh?
18) Wujudkah perkaitan diantara Mad badal dan Mad iwadh?
19) Bagaimanakah 3 keadaan yang berlaku pada hukum Mad Tamkin?
20) Mengapakah Mad Takim, Iwadh dan Silah Sughra termasuk dalam Mad Asli?
21) Adakah Mad Ta'zim Dan Mad Tabri’ah termasuk dalam perbahasan bagi
hukum Mad Riwayat Hafs Toriq Syatibi?
22) Apakah maksud sukun Asli pada Mad Lazim?
23) Dimanakah sukun Asli pada huruf yang bertasydid?
24) Apakah perbezaan di antara lahn khafi dan lahn jali pada hukum Mad?
25) Adakah relevan penggunaan jari dalam menghitung harakat Mad?
26) Apakah perbezaan di antara huruf Lin dan Mad Lin?
27) Apakah perbezaan keadaan bagi Mad lazim harfi/kalimi muthaqal dan Mad
lazim harfi/kalimi mukhaffaf?
28) Adakah nama terdapat Mad Lazim Harfi yang ke lima iaitu Syibih Muthaqqal?
29) Kenapa perlu mengetahui tentang tingkatan Mad dalam al-Quran?
30) Cara mudah membezakan harakat pada huruf Mad yang bertanda Mad?
31) Dimanakah suara Mad berada ketika ia dibaca?
6. Sistem Pelaksaaan Kelas
 Kelas akan berlangsung tepat pada jam yang dijadualkan.
 Link kelas akan diberikan pada 5-10 minit sebelum kelas bermula.
 Peserta diberikan rehat selama 5-7 minit dipertengahan kelas.
 Peserta boleh keluar awal jika terdapat urusan penting.
 Peserta yang tidak hadir wajib menonton rakaman kelas.
 Rakaman akan disimpan dalam group FB tertutup.
 Rakaman boleh ditoton pada bila-bila masa yang terluang.
 Tambahan masa akan diberikan tidak melebihi 30 minit setiap sesi kelas.
 Beberapa nota tambahan ringkas berformat pdf bagi beberapa kelas-
kelas tertentu akan diberikan satu hari sebelum kelas bermula.
 Kelas akan digantikan pada hari Selasa Jam 9 malam jika terdapat
penangguhan kelas pada tarikh yang dijadualkan.

7. Peringatan semasa dalam Kelas Live ZOOM

 Peserta dibenarkan menutup atau membuka kamera.


 Peserta perlu menutup mic dan boleh membukanya jika ingin bertanya.
 Soalan yang ingin ditanya mesti tidak lari daripada tajuk perbincangan.
 Jika terdapat soalan diluar tajuk peserta boleh bertanya pada akhir kelas.
 Elakkan berada di kawasan yang bising ketika ingin bertanya soalan.
 Pastikan liputan internet dan data telco mencukupi.
 Wajib menyediakan mushaf al-Quran dan buku Tajwid setiap sesi kelas.

8. Peraturan semasa dalam Group Whatsapp dan Group FB

 Peserta digalakkan berbincang berkaitan ilmu Tajwid sahaja.


 Dilarang berinteraksi tentang isu pribadi, jual beli yang tidak melibatkan
perihal Tajwid dan perkara yang boleh mengganggu privasi ahli group.
 Dilarang menghantar gambar, video, audio, iklan serta apa sahaja bahan-
bahan yang tidak berkait dengan perbincangan Tajwid.
 Menyimpan semua nota yang diberikan dan tidak dibenarkan
menyebarkan nota tersebut kepada pihak yang tidak terlibat.
*Peserta akan diremove jika gagal mengikuti semua peraturan ini tanpa notis.
9. Keperluan Peserta

 Telah memiliki akaun FB milik anda sendiri bagi membolehkan anda dapat
menyertai group FB yang mengumpulkan rakaman video pembelajaran.
Anda tidak dibenarkan menggunakan FB milik individu lain kecuali ahli
keluarga terdekat.
 Download dan daftar aplikasi Zoom, FB dan Whatsapp di appstore atau
playstore untuk digunakan sebagai medium pengajaran dan interaksi
utama kelas.
 Pembelian buku tidak diwajibkan tetapi amat digalakkan untuk dimiliki
kerana ia merupakan silibus utama yang akan digunakan dalam kelas ini.
Buku Tajwid boleh didapatkan di Shopee melalui link di bawah:
https://shopee.com.my/product/252593654/15965431120?smtt=0.252
594210-1648429735.9

10. Pendaftaran Kelas


 Anda boleh terlebih terdahulu membuat pendaftaran sebagai calon
peserta dengan menghubungi admin kelas melalui no Whatsapp
0179790989.
 Proses kutipan yuran akan dimaklumkan kemudian. Pihak kami tidak
dapat menerima yuran pada waktu sekarang kerana dibimbangi kelas
tidak dapat dilaksanakan jika tidak mencapai kouta minima 50 orang
peserta.
 Sekiranya jumlah peserta telah mencapai kouta, kami akan menghubungi
anda untuk proses penyerahan yuran dan anda kemudiannya akan
diberikan link group Whatsapp sebagai group tetap kelas.
11. Jadual Pelaksanaan Kelas

 Kelas ini dilaksanakan selama 1 jam 30 minit bagi setiap pertemuan


dengan 24 kali pertemuan. Kelas akan diadakan pada hari Ahad dalam
tempoh 7 bulan berserta 10 lagi kelas bedah hukum Tajwid. Maka,
keselurahan kelas adalah sebanyak 34 kali pertemuan dengan masa
hampir 50 jam seperti yang terdapat pada jadual berikut:

Setiap Ahad jam 9.00-10.30 malam

Bulan Tarikh Yuran

Januari 15, 22, 29,

Feberuari 5, 12, 19, 26,

Mac 5, 12, 19,


RM 250
sekali bayar sahaja untuk 7
April 30,
bulan dan tiada lagi
Mei 7, 14, 21, 28, tambahan kutipan bulanan.

Jun 4, 11, 18, 25,

Julai 2, 9, 16, 23, 30,

10 kelas bedah hukum Tajwid akan dilaksanakan pada waktu-waktu terpilih


dan akan ditetapkan kemudian.

* Sekiranya terdapat peserta yang menghadapi kekangan untuk menjelaskan yuran secara
one-off, anda dibenarkan untuk menjelaskan yuran secara ansuran.

* Beberapa tambahan kelas akan dilanjutkan jika terdapat tajuk yang belum memenuhi
sukatan pengajian.

Jika anda serius berminat untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan


kelas ini, sila sertai link group Whatsapp di bawah:
https://chat.whatsapp.com/ElFH1grQJ1fJbajMytXjUl

Anda mungkin juga menyukai