Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Eryne terdahap penerangan yang ringkas sebentar tadi.

Rail Fence Cipher – Penyulitan


Seperti mana yang diterangkan tadi oleh darshana dan ima, Rail fence
cipher ini (juga disebut sebagai zigzag cipher) dan ia juga merupakan suatu
bentuk Transposition cipher.
Sifer ini mendapatkan namanya dengan cara ia dikodkan, iaitu mengikut
corak zig zag seperti pagar.
Pada hari ini, saya akan menerangkan cara-cara untuk melaksanakan
penyulitan teks biasa menggunakan Rail Fence Cipher !
Untuk menunjukkan anda cara menyulitkan rfc ini, saya akan menggunakan
contoh yang berikut untuk membantu saya.
Misalnya:
Penyulitan

Penyulitan
 Teks biasa (input): JUMPA DI PINTU 1 PUKUL 1
 Kunci = 2
Dalam Tranposition cipher, susunan abjad disusun semula untuk
mendapatkan teks cipher.
Kunci yang digunakan ialah 2.
Seperti mana yang telah diterangkan sebentar tadi, Bilangan lajur dalam Rail
Fence Cipher kekal sama dengan panjang mesej teks biasa, iaitu jumlah
abjad yang terkandung dalam teks biasa tersebut. Kunci yang digunakan
juga sepadan dengan bilangan baris dalam jadual berikut.
Mula-mula, kita haruslah Lukiskan jadual yang mempunyai dua baris.
Selepas itu kita mestilah mengIsikan abjad-abjad dalam teks biasa ke dalam
jadual berdasarkan corak zig-zag.
Jadualnya akan kelihatan seperti yang ditunjukkan di bawah :

Baris demi baris abjad dalam jadual ditulis semula secara melintang mulai
daripada baris pertama untuk mendapatkan teks sifer.

Oleh itu, ini adalah keputusan akhir (teks sifer) yang akan diperoleh:
Teks sifer yang dihasilkan (output) : JMAIIT1UU1UPDPNUPKL
Hingga ke sini sahajalah pembentangan saya pada hari ini. Saya, kini akan
memberikan Jia Xin dan Kishanaa peluang untuk membentangkan cara-cara
menyahsulit menggunakan rfc selepas ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai