Anda di halaman 1dari 8

BAB 2: Pentadbiran Negeri-Negeri Selat

Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka


 Pada abad ke-18, British menggalakkan ekspedisi ke Timur untuk meningkatkan kekayaan negara melalui perdagangan
 Petempatan strategik penting bagi memenuhi keperluan perdagangan dan keselamatan British di Alam Melayu

Latar Belakang Sebelum Perluasan Kuasa British


1. Pulau Pinang
 Wilayah Kesultanan Kedah
 Menjadi tempat persinggahan pedagang dari Lingga yang berdagang dengan Kedah
 Pelabuhan dagang bagi daerah serantau terutama dengan Acheh di Sumatera
 Batu Uban merupakan pelabuhan paling awal dibuka di Pulau Pinang
 Sering dikunjungi oleh pedagang-pedagang Arab
 Petempatan Batu Uban dibuka oleh orang Melayu dari Sumatera pada tahun 1759.
 Sultan Kedah menganugerahkan kawasan tersebut sebagai membalas jasa orang Sumatera membantu Kesultanan Kedah menentang Siam

2. Singapura
 Wilayah Kesultanan Johor Riau (Pahang, Johor dan gugusan kepulauan Riau Lingga) sejak abad ke-16 hingga 19
 Johor, Singapura dan Kepulauan Riau ditadbir oleh Temenggung Abdul Rahman yang tinggal di Singapura
 Sewaktu pentadbiran Temenggung Abdul Rahman, ladang gambir diusahakan oleh orang Melayu dan Cina di Singapura
 Pemerintah Kesultanan Johor Riau, Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga dan mengadakan hubungan baik dengan Belanda

3. Melaka
 Kerajaan Alam Melayu yang unggul pada abad ke-15
 Tahun 1511: Kesultanan Melayu Melaka ditawan oleh Portugis
 Tahun 1641-1824: Melaka menjadi tanah jajahan Belanda setelah Belanda mengalahkan Portugis dengan bantuan Kesultanan Johor Riau
 Belanda menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan hasil bijih timah dari negeri Melayu
 Belanda mementingkan Betawi di Pulau Jawa sebagai pusat perdagangan utama

Pentadbiran Negeri-Negeri Selat


 Tahun 1826: Negeri-negeri Selat ditadbir oleh kerajaan British di India
 Tahun 1867: pentadbiran dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan London

Perluasan Kuasa British di Pulau Pinang

a)Kedudukan Strategik

2. Pelabuhan Persinggahan
1. Pusat Pengumpulan Barang 3. Pangkalan Tentera
British memerlukan pelabuhan
 British memerlukan barang  Pangkalan tentera Britisj yg
persinggahan di laluan
dari China terutama teh yg terletak di pantai barat India
perdagangan diatara India &
mendapat pasaran baik di iaitu di Bombay sukar
China
Eropah mengawal petempatan British
Tempat membaiki kapal,
 China tidak memerlukan di Pantai timur India.
mendapat bekalan & minuman
barangan british sebaliknya
serta berlindung sementara
mahu emas, perak, logam,  British memerlukan pangkalan
menunggu peralihan angin
& rempah ratus sbg tukaran tentera yang lebih strategic
monsun
 British memerlukan pusat untuk mempertahankan
 Memudahkan penjelajahan ke
utk mengumpul barangan petempatan di India.
rantau Asia Pasifik
tersebut yg boleh diperoleh
dari Alam Melayu utk
ditukarkan dgn the dari
China

2. Kronologi Pendudukan British di PulauPinang


a) Perebutan Takhta Kesultanan Kedah

 Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah
 Kerabat Diraja Kedah yg tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut telah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk
menentang Sultan Muhammad Jiwa
 Sultan Muhammad Jiwa memohon bantuan ketenteraan dari SHTI untuk mempertahankan kedaulatan negeri daripada
Serangan Bugis
 SHTI menghantar Edward Monckton berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa
 Rudingan gagal apabila SHTI tidak memberikan jaminan akan melindungi Kedah daripada serangan musuh

b) Ancaman Siam

 1778-1798: ketika pemerintahan Sultan Abdullah, Siam menuntut kembali penghantaran bunga emas daripada
kerajaan Kedah yg terhenti semasa perang Siam-Burma
 Sultan Kedah merasa tergugat lalu meminta bantuan SHTI, baginda menawarkan Pulau Pinang sebagai pangkalan SHTI
dengan syarat mendapat bantuan ketenteraan & melindungi Kedah daripada ancaman Siam
 Baginda meminta Francis Light iaitu pedagang persendirian untuk menyampaikan syarat tersebut kepada gabenor
Jeneral British di India

c) Tipu Helah Francis Light

 Francis Light yang menyedari kedudukan strategik Pulau Pinang berjanji bahawa SHTI akan memenuhi syarat
 1786: Sultan Abdullah yg berpegang pada janji menawarkan Francis Light membuka petempatan di Pulau Pinang
 Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island
 Petempatan mereka pula dinamakan Georgetown sempena nama Raja England

Peluasan Kuasa British di Singapura


1. Perang Napoleon (1793-1814):
 Belanda ditawan oleh Perancis
 Tahun 1795: Raja Belanda berundur ke England dan menandatangani Surat Kew
 Berdasarkan Surat Kew, Belanda menyerahkan tanah jajahannya secara sementara di Timur kepada British sehingga perang tamat

2. Kepentingan Singapura kepada British


 British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik untuk bersaing dengan Belanda di Alam Melayu
 Kedudukan Singapura di bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal kegiatan perdagangan
Selat Melaka & Selat Sunda
 Kebanyakan kapal dagang berlabuh di Pelabuhan Betawi, Riau dan Lingga

Perluasan Kuasa British di Melaka


1. Faktor Pakatan British – Belanda

a) Menamatkan pertikaian British dan Belanda berkaitan Singapura

b) Dasar Persahabatan British dan Belanda di Eropah


 Persahabatan di Eropah penting kerana kedudukan Belanda bedekatan dengan Britain
 British mengambil pengalaman semasa Perang Napoleon
 Tahun 1795: Perancis menjadikan Belanda sebagai pangkalan menyerang Britain
 Belanda perlu bebaik-baik dengan British yang menjaga jajahan Belanda di timur semasa Perang Napoleon

c) Penyelesaian untuk perdamaian


 Belanda dan British mahu mengelakkan peperang yang pernah berlaku pada abad ke-17 dan 18
 Belanda tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan yang semakin lemah selepas Perang Napoleon
 Penyelesaian mesti dilakukan melalui rundingan ke arah perdamaian

Perjanjian London 1824 dan Kesannya Terhadap Alam Melayu


Persaingan kuasa-kuasa Barat di Alam Melayu membawa kepada pembahagian kawasan pengaruh antara British dan Belanda
Disebabkan ini, terhasilnya Perjanjian London 1824

Kesan Perjanjian London 1824 Terhadap Alam Melayu

1. Pembahagian Alam Melayu kepada Dua Lingkungan Pengaruh Barat

Selat Melaka dan Singapura dijadikan sempadan yang memisahkan wilayah pengaruh British dan wilayah pengaruh Belanda di
AlamMelayu
British dan Belanda hanya mengutamakan kepentingan mereka terjamin dan meminggirkan kedaulatan kerajan Alam Melayu
Mewujudkan entiti geopolitik baharu
Wilayah dikenali sebagai Hindia Timur Belanda

2. Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau

 Singapura menjadi Tanah Jajahan British


 Berakhir Kesultanan Riau Lingga
 Pengisytiharan Kedaulatan Pahang

3. Selat Melaka di bawah Penguasaan British

 Perdagangan di Selat Melaka dikuasai sepenuhnya oleh British kerana memiliki tiga pelabuhan strategik
 Pengunduran Belanda dari Tanah Melayu membuka peluang kepada British untuk meluaskan kuasa ke negeri Melayu

Pembentukan Negeri – Negeri Selat

 Dibentuk pada 1826 dan dibubarkan pada 1946


Kepentingan Pembentukan Negeri Selat Kepada British

Hubungan Negeri-negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu

1. Negeri Selat
 Memerlukan hasil ekonomi untuk memajukan perdagangan
 Melabur modal memajukan perlombongan bijih timah di negeri Melayu

2. Negeri Melayu
 Memerlukan pelabuhan untuk memperdagangkan hasil ekonomi
Struktur Pentadbiran Negeri Negeri Selat di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London

Anda mungkin juga menyukai