Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATEMATIK TAHUN 3
MINGGU 2 HARI Selasa TARIKH 28/3/2023 KEHADIRAN : /
KELAS PK3 MAWAR
MASA 8.30-10.00 PAGI
TEMA / UNIT NOMBOR
TAJUK TAHU NOMBOR
STANDARD 1.1 Mengenal nombor
KANDUNGAN 1.5 Nombor dalam kehidupan harian
1.1.1 Mengenal nombor
STANDARD
PEMBELAJARAN 1.1.2 Menamakan nombor
1.5.1 Menyebut nombor di persekitaran
OBJEKTIF Murid dapat menyebut nombor di persekitaran dengan bimbingan
AKTIVITI 1) Murid menonton dan mendengar video lagu kanak-kanak Didi & Friends yang bertajuk
‘Sepuluh Biji Durian’ yang guru tayangkan di hadapan kelas.
2) Murid dijelaskan tentang tajuk/topik pelajaran pada hari ini, iaitu menyebut nombor di
persekitaran.
3) Murid diminta membuka buku teks muka surat 1 dan bersoal jawab dengan guru tentang
gambar.
4) Murid dibimbing mengenal nombor 1 hingga 100 yang terdapat pada petak dam tersebut.
5) Murid dibimbing menamakan nombor mengikut urutan atau secara rawak yang guru tunjukkan
pada petak dam tersebut.
6) Murid dikehendaki menyebut nombor yang terdapat di dalam dan di luar kelas yang murid
pernah lihat.
7) Murid dibimbing membuat latihan atau aktiviti di dalam buku aktiviti muka surat 1 sehingga
siap.

REFLEKSI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


PENGURUSAN DIRI TAHUN 2

MINGGU 2 HARI Selasa TARIKH 28/3/2023 KEHADIRAN : /


KELAS PK2 KEKWA
MASA 11.00-12.00
TEMA / UNIT MARI BELAJAR
TAJUK KELUARGA CERIA
STANDARD KANDUNGAN 1.1. Kenali diri sendiri dan ahli keluarga asas
STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.2. Menyenaraikan dan menyatakan jantina ahli keluarga asas
OBJEKTIF Murid dapat menyenaraikan dan menyatakan jantina ahli keluarga asas dengan bimbingan
1) Murid menonton dan mendengar video lagu kanak-kanak Omar & Hana yang
bertajuk ‘Masa Dengan Keluarga’ yang guru tayangkan di hadapan kelas. Murid
diminta menyanyikan lagu berkenaan bersama guru.
2) Murid diminta membuka buku teks muka surat 5 dan bersoal jawab dengan guru
tentang gambar.
3) Murid dibimbing mengenal pasti dan memahami situasi dan keadaan yang terdapat
AKTIVITI dalam gambar tersebut.
4) Murid dibimbing menyenaraikan dan menyatakan jantina ahli keluarga asas
menggunakan ayat yang sesuai dan bertatasusila.
5) Murid diminta menyenaraikan dan menyatakan jantina ahli keluarga asas masing-
masing di hadapan kelas secara bergilir-gilir.
6) Murid dibimbing membuat latihan atau aktiviti di dalam buku aktiviti muka surat 3
sehingga siap.

REFLEKSI
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3
MINGGU 2 HARI - TARIKH 28/3/2023 KEHADIRAN : /
KELAS PK 3 MAWAR
MASA 12.00-1.00 TGH
TEMA / UNIT ALAM SUMBER INSPIRASI SENI
TAJUK UNSUR SENI
STANDARD 1.1 Pengenalan unsur-unsur seni
KANDUNGAN
1.1.1 Mengenal unsur-unsur seni : i. garisan
STANDARD 1.1.1 Mengenal unsur-unsur seni : ii. jalinan
PEMBELAJARAN 1.1.1 Mengenal unsur-unsur seni : iii. rupa
1.1.1 Mengenal unsur-unsur seni : iv. bentuk
OBJEKTIF Murid dapat mengenal unsur-unsur seni garisan, jalinan, rupa dan bentuk dengan bimbingan
AKTIVITI 1) Murid diminta membuka buku teks muka surat 3 dan bersoal jawab dengan guru
tentang gambar.
2) Murid dijelaskan tentang tajuk/topik pelajaran pada hari ini, iaitu mengenal unsur-unsur
seni garisan, jalinan, rupa dan bentuk.
3) Murid diminta menyebut dan menamakan objek yang terdapat dalam buku teks
tersebut secara latih tubi.
4) Murid dibimbing mengetahui dan memahami definisi atau maksud garisan, jalinan, rupa
dan bentuk.
5) Murid diterangkan tentang ciri-ciri yang terdapat pada garisan, jalinan, rupa dan
bentuk.
6) Murid dijelaskan tentang jenis-jenis garisan yang terdapat pada objek dan lukisan.
7) Murid dibimbing mengenal pasti dan menamakan objek yang terdapat dalam kelas
yang mengandungi unsur seni garisan, jalinan, rupa dan bentuk.
8) Murid dijelaskan tentang perbezaan antara seni rupa dengan seni bentuk secara
umum.
9) Murid dibimbing membuat latihan berkaitan dengan tajuk pelajaran pada lembaran
kerja yang guru sediakan.
REFLEKSI

Anda mungkin juga menyukai