Anda di halaman 1dari 5

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA


Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
Centre of Excellence for Engineering and Technology (CREaTE)
Jalan Kemus, Simpang Ampat Tel : +606 551 2227
78000 ALOR GAJAH, MELAKA Faks : +606 552 0178
MALAYSIA Laman Web : www.createjkr.gov.my

Ruj. Kami : JKR.CREaTE.700-2/4/5 Jld. 2 (52)


Tarikh : 10 Aug 2023

ALI APENDEI BIN JAFRIL @ JAFREE

Tuan,

PROGRAM LATIHAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2023


- KURSUS KECEKAPAN TENAGA (SISTEM ELEKTRIK)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa ALI APENDEI BIN JAFRIL @ JAFREE adalah dipilih
untuk menyertai kursus seperti berikut :-
PROGRAM : PENSIJILAN ELEKTRIK

KURSUS : KURSUS KECEKAPAN TENAGA (SISTEM ELEKTRIK)

NOTA : DISEDIAKAN SECARA DIGITAL


(Sila cetak dan bawa bersama semasa kursus)

TARIKH : 21 Aug HINGGA 23 Aug 2023

TEMPAT/KAEDAH : BILIK KULIAH 5 (AL-JAZZAR)


PUSAT KECEMERLANGAN
KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)

PENGINAPAN : DISEDIAKAN
(TIDAK DISEDIAKAN BAGI PESERTA YANG PEJABAT
BERADA DALAM LINGKUNGAN 25 KM DARI CREATE)

MAKAN/MINUM : DISEDIAKAN (KECUALI MAKAN MALAM)

**Penginapan dan Makan/minum Tidak Disediakan Bagi Kursus Yang Dilaksanakan Secara Maya
3. Pendaftaran peserta akan dibuat pada 21 Aug 2023 bermula 8.00 pagi. Itinerari kursus
boleh didapati di ruangan maklumat kursus Sistem Latihan dan Fasiliti CREaTE. Kedatangan
Tuan adalah DIWAJIBKAN. Bagi peserta yang tidak dapat menghadiri kursus ini sila
kemukakan Surat Tunjuk Sebab yang ditandatangani oleh Pengarah Cawangan/Negeri
dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh akhir kursus.

4. Kadar bayaran kursus yang dihadiri oleh peserta termasuk makan dan minum adalah
seperti berikut:-
Agensi/Syarikat Bayaran (RM/orang)
i) JKR / KKR Percuma
RM50 (kursus) + RM30 (dobi CREaTE
ii) Agensi Kerajaan Lain /Kader JKR
Lodge) secara tunai
iii) Sektor Swasta / Persatuan / NGO / Separa RM280 sehari (tanpa penginapan)
Kerajaan RM380 sehari (penginapan disediakan)
**Penyelaras akan membuat kutipan pada hari pertama kursus dan resit bayaran asal akan
diberikan pada hari terakhir berkursus

5. Untuk makluman, selaras dengan SAKPKR Bil. 15/2015 – Tindakan Ke Atas


Ketidakhadiran Latihan Di Bawah Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan, pihak Tuan
diminta mengambil perhatian dan mematuhi segala peraturan.

6. Bagi pematuhan Prosedur Pengurusan Kompetensi, Latihan dan Kesedaran


(JKR.PK(P).09), sijil kursus boleh dicetak selepas Tuan mengisi Borang JKR.PK(P).09-G
Laporan Penilaian Keberkesanan Latihan (Lampiran G) dan Borang Penilaian Kursus
melalui Sistem Latihan JKR masing-masing. Borang JKR.PK(P).09-J Penilaian Prestasi
Pegawai Selepas Latihan (Lampiran J) perlu diisi selepas enam (6) bulan dari tarikh kursus.

7. Oleh yang demikian, Tuan diminta untuk mencetak Slip Lodge dan dibawa bersama
semasa menginap di CREaTE Lodge.

9. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut :-


Nama Emel No. Telefon
sabariah a/p said sabariahs@jkr.gov.my 06-551 2434
NURUL IZZATY BINTI SABUDIN nurulizzaty@jkr.gov.my 06-551 2285
Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(Ir. MOHD SHAHROM BIN AHMAD SAMAN)


Pengarah Kanan
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE)
Jabatan Kerja Raya Malaysia
Alor Gajah MELAKA

s.k:

1. Fail PENSIJILAN ELEKTRIK

**Surat ini adalah cetakan komputer daripada Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE JKR.
(Tandatangan tidak diperlukan)

Anda mungkin juga menyukai