Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta

bijaksana. Penjaga detik yang patuh pada waktu serta kepada guru-
guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya ingin
menyampaikan sebuah cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat
kita semua. Cerita saya bertajuk “ Katak Yang Pekak”

Di dalam sebuah hutan terdapat sekumpulan katak-katak kecil


yang menganjurkan sebuah pertandingan memanjat menara. Ianya
bertujuan untuk mencabar katak-katak memanjat menara yang
sangat tinggi dan licin. Perlawanan pun bermula.

“Yeay….yeay….yeay…..”

Sebenarnya tiada seekor katak pun yang percaya bahawa katak-


katak kecil itu akan mampu memanjat menara itu. Kedengaran
mereka berkata “ Menara itu terlalu tinggi dan licin. Mustahil untuk
berjaya sampai ke atas. Tengoklah nanti.”

Memang betul. Katak-katak kecil itu mula jatuh satu persatu


kecuali beberapa ekor yang masih kuat dan terus memanjat semakin
tinggi. Para penonton terus menjerit.

“Turunlah…..mustahil,sudahlah tu….”

Maka lebih banyaklah katak-katak kecil berputus asa. Namun


ada seekor katak yang terus memanjat, semakin pantas dan
bersemangat. Akhirnya, dia berjaya sampai ke puncak. Kesemua
peserta lain ingin mengetahui apakah rahsia katak itu. Mereka
bertanya pelbagai soalan.

“ Bagaimana kamu melakukannya? Menara ini sungguh tinggi,


licin dan sukar untuk dipanjat.”
Si katak kecil tidak menjawab tetapi hanya tersenyum. Tiba-tiba
datang seekor katak yang lain sambil berkata “ Tak guna kamu
bertanya soalan. Dia ini sebenarnya pekak.”

Rupa-rupanya pemenang tadi adalah seekor katak yang pekak.


Apabila dia melihat para penonton menjerit-jerit dan melaung-laung,
dia menyangka mereka sedang menyokong dan memberi galakan. Itu
telah memberikannya inspirasi untuk terus mencuba sehingga dia
berjaya sampai ke puncak.

Pengajarannya, jika kita ingin berjaya, tiada yang mustahil. Yang


penting sentiasa berfikiran positif.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai