Anda di halaman 1dari 12

MUKA DEPAN TUGASAN

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD PROGRAM (DECE)


Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.
Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh
tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk membuat salinan setiap tugasan yang telah anda hasilkan.

NAMA SUBJEK: ECD1623 PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN


KURIKULUM

KOD SUBJEK: E C D 1 6 2 3

TAJUK TUGASAN: TUGASAN 1

DIHASILKAN OLEH
NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:

1 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI S C 2 2 0 3 1 0 0 9

SIR FAIZUL
UNTUK PERHATIAN (NAMA PENSYARAH):

TARIKH SERAHAN: 2 1 / 0 8 / 2 0 2 3

AKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.

……………………………………
(NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI)
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA


SURAT
1 PENGENALAN 2

2 KEPENTINGAN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN 3-4


KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

3 IMPAK POSITIF TERHADAP PERKEMBANGAN 5-6


HOLISTIK KANAK-KANAK DARI SEGI KOGNITIF,
SOSIAL, EMOSI DAN FIZIKAL

4 CARA BERKOLABRASI DENGAN KELUARGA DAN 7-8


PENDIDIK BAGI MEMPERKUKUHKAN PENDEKATAN
KURIKULUM

5 PENUTUP 9

6 RUJUKAN 10

7 LAMPIRAN 11
PENGENALAN

Kurikulum merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang disediakan dalam bentuk


rancangan pembelajaran dan sentiasa mengalami perubahan serta perkembangan sejajar
dengan tuntutan semasa. Kurikulum merupakan satu cabang bidang pendidikan yang sangat
luas. Kurikulum juga ialah segala pembelajaran yang diarah, dirancang dan dilaksanakan oleh
pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Kurikulum bukan sahaja
sekadar satu label yang merujuk atau menjelaskan tentang sesuatu entiti benda atau perbuatan
malah merupakan suatu konsep yang telah melalui beberapa tahap transformasi dengan
meninggalkan kesan-kesan dalam bentuk idea, model, dan tindakan-tindakan yang dijelmakan
dalam projek-projek di sekolah dan di institusi pendidikan lainnya. Kurikulum perlulah lebih
lengkap dan menyeluruh serta mengandungi matlamat, objektf, isi kandungan dan cara
penilaian yang bersesuaian serta tepat.

Kurikulum Permata Negara yang mengintegrasikan aspek pengasuhan dan pendidikan


adalah satu usaha yang tepat untuk menyediakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-
Kanak yang menyeluruh khusus untuk kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Penekanan
kepada amalan bersesuaian dengan tahap perkembangan, kebolehan dan keunikan kanak-kanak
adalah suatu pendekatan yang sangat baik dan selaras dengan amalan pendidikan awal yang
berkualiti yang dilaksanakan di seluruh dunia. Menggunakan kaedah bermain sebagai asas
kepada semua aktiviti pembelajaran adalah cara terbaik dan menyeronokkan kepada kanak-
kanak. Fitrahnya, kanak-kanak sentiasa belajar melalui bermain kerana melalui bermain
mereka akan meneroka, ingin tahu, bertanya dan mencuba apa-apa sahaja yang terdapat di
persekitaran mereka. Kurikulum Permata Negara tidak hanya menekankan aspek
pembangunan intelek, tetapi memberi penekanan yang besar kepada pembinaan sahsiah,
sosioemosi dan kerohanian kanak-kanak. Di samping itu kurikulum ini juga telah mengambil
kira aspek pengasuhan penting daripada Kurikulum Asas Asuhan Kanak-kanak.

Di samping itu, kurikulum Permata Negara menggunakan pendekatan belajar melalui


bermain adalah bagi menekankan suasana keseronokan dan keselesaan semasa bermain,
kebebasan meneroka dan mengeksperimen, peluang berinteraksi bersama rakan, pendidik dan
ibu bapa yang menggalakkan kemahiran sosial yang sihat, serta penekanan kepada
pembentukan sahsiah yang baik dan konsep kendiri yang positif. Fokus utama ialah untuk
membantu perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek iaitu sahsiah, emosi, sosial,
kerohanian, intelek, fizikal dan kreativiti.
KEPENTINGAN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kurikulum Permata Negara menekankan latihan mengurus diri semasa berada di Taska.
Kanak-kanak dilatih dan diajar untuk menjaga diri sendiri seperti makan, mandi, pergi ke
tandas, memakai pakaian, mengosok gigi, menyikat rambut, mengambil barang mainan sendiri,
dengan dibantu oleh pengasuh dan pendidik. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat mempelajari
sikap berdikari dan berdisiplin. Antara kepentingan perancangan dan pembangunan kurikulum
permata adalah dapat membina kemahiran interpersonal dan sosial yang baik untuk
membolehkan kanak-kanak bergaul dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya.
Dengan pendekatan dan kaedah bermain sambil belajar yang melibatkan bermain berkumpulan
atau berpasangan, dapat meningkatkan kemahiran bersosial dan dapat membiasakan kanak-
kanak untuk bergaul dengan rakan yang lain. Melalui kaedah bermain sambil belajar dalam
kumpulan dan berpasangan juga, kanak-kanak dapat mempelajari sifat bekerjasama dan
bertoleransi antara satu sama lain.

Selain itu, kepentingan perancangan dan pembangunan kurikulum permata adalah


dapat mendidik kanak-kanak dalam mengamalkan pemakanan yang sihat, amalan kebersihan
dan keselamatan diri serta gaya hidup sihat. Sebagai seorang pengasuh dan pendidik hendaklah
menjaga kanak-kanak dari segi pemakanan, kebersihan dan keselamatan. Contohnya, apabila
waktu makan, pengasuh atau pendidik perlulah memastikan kanak-kanak makan sayur-sayuran
atau buah-buahan sekurang-kurangnya satu suapan dan sebelum makan serta setelah makan,
kanak-kanak mestilah membasuh tangan dengan bersih. Dengan itu, apabila kanak-kanak
melakukan amalan tersebut setiap hari, mereka akan terbiasa untuk menjaga pemakanan dan
kebersihan mereka sendiri.

Di samping itu, kepentingan perancangan dan pembangunan kurikulum permata adalah


dapat membantu kanak-kanak dalam mengembangkan kemahiran motor kasar dan motor halus
serta perkembangan fizikal mereka. Pendidik atau pengasuh mestilah lebih memberi
penekanan kepada aktiviti yang melibatkan motor kasar dan motor halus untuk kanak-kanak.
Contohnya, aktiviti motor halus iaitu menulis, melukis dan mewarna manakala aktiviti motor
kasar iaitu berlari, melompat, memanjat dan lain-lain. Dengan penekanan aktiviti motor halus
dapat membantu kanak-kanak dalam menggunakan serta mengembangkan otot-otot seperti
tangan dan jari. Manakala, dengan aktiviti motor kasar dapat menambah baik kawalan postur
badan dan keseimbangan badan.
Sementara itu, salah satu kepentingan perancangan dan pembangunan kurikulum
permata adalah dapat melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin,
mampu berdikari dan boleh membuat keputusan berdasarkan kebolehan sendiri. Sebagai
seorang pendidik dan pengasuh hendaklah membiarkan kanak-kanak membuat sesuatu dengan
sendiri. Contohnya, aktiviti kehidupan seharian iaitu membutang baju, mengosok gigi,
mengikat kasut, membasuh tangan sebelum dan selepas makan dan sebagainya. Dengan cara
melatih kanak-kanak untuk mengurus diri sendiri ini dapat membiasakan mereka untuk
melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa. Dengan itu juga, kanak-kanak dapat
mengembangkan sikap berdikari dan yakin dalam membuat keputusan sendiri serta dapat
mempraktikkan setiap hari sikap-sikap tersebut agar terbiasa sehingga dewasa.

Akhir sekali, kepentingan perancangan dan pembangunan kurikulum permata adalah


dapat membimbing kanak-kanak memahami dunia persekitaran melalui aktiviti bermain,
meneroka, mencuba idea baru, mengeksperimen dan mencipta, sama ada di dalam atau di luar
kelas dan menggunakan pelbagai bahan yang terdapat dalam persekitaran mereka. Sebagai
seorang pendidik dan pengasuh hendaklah lebih memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
meneroka sesuatu yang baru dengan sendiri dan membuat penyiasatan secara langsung serta
menyelesaikan sesuatu masalah melalui permainan. Contohnya, bermain permainan ”puzzle”
yang melibatkan kanak-kanak untuk menyelesaikan gabungan ”puzzle” sehingga tercantum
dengan betul. Pendidik dan pengasuh juga perlulah sentiasa menyediakan pelbagai bahan-
bahan yang berasaskan aktiviti sensori. Sebagai contoh, aktiviti bermain tanah liat dan
membina istana pasir supaya mereka dapat membentukkan sesuatu objek melalui deria
sentuhan. Dengan itu, kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran sensorimotor dan
meningkatkan kreativiti mereka.
IMPAK POSITIF TERHADAP PERKEMBANGAN HOLISTIK KANAK-KANAK
Perkembangan holistik kanak-kanak selalunya dilihat secara keseluruhan iaitu dari segi
fizikal, emosi, intelektual, sosial, moral dan budaya. Antara impak positif terhadap
perkembangan holistik kanak-kanak adalah dapat mengembangkan dan memperluaskan
kemahiran sosial kanak-kanak. Dengan aktiviti bermain sambil belajar yang melibatkan
berkumpulan atau berpasangan dapat memudahkan kanak-kanak untuk berkomunikasi dan
berinteraksi dengan baik antara kanak-kanak yang lain. Pada masa yang sama, kanak-kanak
dapat mengenali diri mereka dan dapat memilih rakan sebaya yang betul. Antara contoh aktiviti
yang boleh membina kemahiran sosial bagi kanak-kanak adalah menyanyi, bercerita dan
sebagainya. Dengan itu, kanak-kanak dapat meningkatkan sikap keberanian, keyakinan diri
dan meningkatkan tahap pertuturan mereka.

Seterusnya, impak positif terhadap perkembangan holistik kanak-kanak adalah dapat


meningkatkan tahap kreativiti kanak-kanak. Aktiviti kreativiti merupakan perbuatan setiap
kanak-kanak dalam melakukan dan menghasilkan sesuatu sama ada secara individu atau
berkumpulan. Melalui aktiviti seperti menghias, memperagakan pakaian, melukis, membentuk,
memadan dan lain-lain dapat memperkembangan kreativiti setiap kanak-kanak. Sebagai
contoh, pendidik dan pengasuh perlulah menyediakan bahan-bahan atau mengadakan aktiviti
yang dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak bagi menambahkan tahap kemahiran mereka.
Dengan itu juga, dapat melihat dan menilai sesebuah hasil daripada tahap-tahap kreativiti yang
telah dibuat oleh kanak-kanak. Aktiviti yang melibatkan kreativiti kanak-kanak tidak
semestinya dari segi perbuatan malah kreativiti juga dapat dinilai melalui bahasa, penggunaan
kata dan cara kanak-kanak.

Di samping itu, impak positif terhadap perkembangan holistik kanak-kanak adalah dari
segi perkembangan fizikal iaitu dapat mengekalkan postur badan dengan betul. Melalui
kemahiran motor kasar, dapat mempengaruhi kemampuan kanak-kanak untuk mengawal
pergerakan di persekitaran. Contohnya, aktiviti berjalan, berlari, menari, melompat dan lain-
lain. Aktiviti yang melibatkan kemahiran motor kasar ini perlulah ditekankan untuk kanak-
kanak supaya dapat mengembangkan sifat keyakinan pada diri untuk melakukan sesuatu
perbuatan. Dengan itu, pendidik dan pengasuh hendaklah selalu mengadakan aktiviti
berdasarkan kemahiran motor kasar dan motor halus. Tanpa kemahiran motor kasar yang baik,
kanak-kanak akan menghadapi kesukaran untuk melakukan tugas seharian seperti makan,
mengemas mainan, masuk dan keluar dari tandas dan sebagainya.
Akhir sekali, impak positif terhadap perkembangan holistik kanak-kanak adalah dari
segi perkembangan emosi iaitu kanak-kanak dapat mengawal emosi mereka sendiri. Dalam
aktiviti yang melibatkan penerokaan dan penyelesaian masalah, kanak-kanak dapat
mempelajari cara untuk mengubah dan mengawal emosi mereka. Sebagai contoh, sifat
penyabar dalam mencari penyelesaian sesuatu masalah, rajin dalam meneroka sesuatu yang
baru, dan lain-lain. Dengan aktiviti ini dapat memastikan kanak-kanak memahami apa yang
mereka rasai dan lalui dalam setiap situasi yang berbeza. Dengan itu, kanak-kanak akan
mempelajari cara untuk menukar emosi mengikut situasi yang berbeza. Hal ini akan
membuatkan mereka lebih peka untuk berinteraksi dengan orang yang berada di sekeliling
mereka.
CARA BERKOLABRASI DENGAN KELUARGA DAN PENDIDIK BAGI
MEMPERKUKUHKAN PENDEKATAN KURIKULUM

Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak berkait rapat dengan


pencapaian akademik anak-anak. Semakin meningkatnya penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran kanak-kanak, maka kecenderungan untuk pencapaian atau perkembangan kanak-
kanak juga adalah tinggi. Antara cara untuk berkolabrasi dengan keluarga dan pendidik adalah
melaksanakan aktiviti sukaneka. Sebagai seorang pendidik dan pengasuh perlulah memastikan
setiap ibu bapa kanak-kanak mengambil bahagian dan terlibat semasa aktiviti sukaneka
berlangsung. Hal ini demikian kerana, setiap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang
dilaksanakan di tadika dapat memberi kerjasama dengan pendidik dan pengasuh serta dapat
meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Contohnya, ibu bapa menghadiri dan menyertai
setiap permainan sukaneka yang telah dilaksanakan bagi kategori ibu bapa. Dengan itu, kanak-
kanak dapat mengisi masa lapang dan meluangkan masa bersama ibu bapa dan ibu bapa juga
dapat mengeratkan tali silaturahim dengan ibu bapa kanak-kanak yang lain serta pendidik dan
pengasuh.

Dalam pada itu, cara-cara untuk berkolabrasi dengan keluarga dan pendidik adalah
menjalankan aktiviti rumah ke rumah. Aktiviti ini bertujuan untuk para pendidik dan pengasuh
mengambil berat dan mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh setiap kanak-kanak di rumah.
Oleh itu, pendidik dan pengasuh dapat mengesan kebaikan serta keburukan aktiviti yang
dilakukan oleh kanak-kanak di rumah dan perlu ditambahbaikan dengan pelbagai pendekatan.
Pendidik dan pengasuh haruslah menilai cara serta kaedah pembelajaran yang diamalkan oleh
kanak-kanak di rumah supaya dapat memberi sedikit cara, kaedah atau pendekatan yang sesuai
kepada ibu bapa agar mereka menerapkan amalan tersebut untuk anak-anak mereka di rumah.
Sebagai contoh, pendekatan belajar sambil bermain dan aktiviti yang melibatkan penggunaan
motor kasar dan motor halus. Pada masa yang sama juga, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturahim, dapat berkenalan dan memperbaiki hubungan yang baik antara pendidik
dan ibu bapa. Dengan itu, aktiviti ini dapat mempercepatkan proses pembelajaran dan
mempelbagaikan kemahiran dalam diri seseorang kanak-kanak.

Selain itu, cara-cara untuk berkolabrasi dengan keluarga dan pendidik adalah
mengadakan kempen kesedaran mengenai makanan seimbang. Aktiviti ini diadakan adalah
untuk memberi penekanan terhadap pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat mengikut
piramid makanan. Ibu bapa hendaklah menghadiri kempen ini agar mengetahui makanan yang
sesuai dan tidak sesuai untuk diambil serta diberi kepada anak-anak. Aktiviti ini juga dikaitkan
dengan pengambilan mengikut piramid makanan yang perlu diamalkan bagi menjamin
kesihatan tubuh badan kanak-kanak. Contohnya, memperbanyakkan pengambilan karbohidrat
dan vitamin dalam pemakanan kanak-kanak. Pendidik dan pengasuh perlulah mengemukakan
soalan kepada setiap ibu bapa berkaitan dengan pengambilan makanan setiap kanak-kanak di
rumah. Hal ini demikian kerana, amalan pengambilan makanan yang berkhasiat bagi kanak-
kanak akan menjadi penentu untuk pertumbuhan mereka pada masa akan datang. Dengan itu,
aktiviti ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk mengamalkan pengambilan
makanan yang berkhasiat untuk anak-anak agar dapat menghindari mereka daripada penyakit-
penyakit yang merbahaya.

Akhir sekali, cara-cara untuk berkolabrasi dengan keluarga dan pendidik adalah
mengadakan pertandingan mengayakan pakaian bertemakan kemerdekaan. Aktiviti ini
bertujuan untuk meningkatkan kreativiti kanak-kanak dan ibu bapa dalam menghasilkan
pakaian bertemakan kemerdekaan. Ibu bapa hendaklah menghadiri aktiviti ini untuk memberi
sokongan dan bantuan kepada anak-anak. Semasa kanak-kanak mempergayakan pakaian, ibu
bapa hendaklah bersama-sama untuk naik ke pentas. Sebagai pendidik dan pengasuh yang
menjadi juri hendaklah mengemukakan soalan kepada ibu bapa berkenaan dengan konsep
pakaian yang diperagakan. Pada masa yang sama, pendidik dan pengasuh dapat berinteraksi
dan berkomunikasi antara setiap ibu bapa kanak-kanak. Dengan mengadakan pelbagai aktiviti
seperti ini dapat meyakinkan ibu bapa terhadap pendidik dan pengasuh dalam mendidik dan
membimbing anak-anak mereka dengan cara yang berkualiti.
PENUTUP

Secara keseluruhan, pendidikan awal kanak-kanak bertujuan untuk membantu ibu bapa
dalam memperkembangkan kanak-kanak secara holistik melalui pengalaman belajar yang
bermakna, berkualiti dan menyeronokkan serta persekitaran yang dipelbagaikaa bagi
merangsang otak kanak-kanak. Sebagai seorang pendidik dan pengasuh hendaklah
mempelbagaikan aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran dari segi sosial, kognitif, fizikal
dan emosi. Namun begitu, kejayaan pendidikan awal kanak-kanak juga ditentukan oleh
penglibatan ibu bapa dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Di samping itu, penglibatan ibu bapa penting bagi membantu perkembangan


menyeluruh kanak-kanak di samping memperkembangkan keyakinan diri mereka dalam apa
sahaja aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Ibu bapa merupakan sokongan yang secara
langsung memberikan kesan positif kepada perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, penglibatan
ibu bapa terhadap pendidikan awal kanak-kanak juga akan membantu meningkatkan kualiti
sesebuah program tadika dengan menyumbang tenaga dan berkongsi kebolehan masing-
masing dalam program pendidikan awal kanak-kanak. Dengan itu, penglibatan ibu bapa dalam
aktiviti pembelajaran kanak-kanak secara tidak langsung boleh meningkatkan kendiri kanak-
kanak dan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa boleh menjadi pendidik di rumah melalui penglibatan
diri mereka terhadap aktiviti pembelajaran anak-anak. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa
yang sering melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka seperti meluangkan masa
membaca buku cerita, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali potensi diri
mereka sendiri dan sebagainya. Dengan itu, sedikit sebanyak menjadikan kanak-kanak tersebut
seorang yang mempunyai jati diri dan keyakinan diri yang tinggi.
RUJUKAN

https://tehtarikgelasbesar.com/5-aktiviti-yang-boleh-meningkatkan-perkembangan-
holistik-kanak-kanak/

http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/14-PAEZAH-
ABD-HALIM.pdf

https://www.academia.edu/25939052/Kurikulum_PERMATA_Negara

http://duniakupakk.blogspot.com/2014/06/kepentingan-perancangan-program-
dalam.html
LAMPIRAN

AKTIVITI MOTOR HALUS

AKTIVITI MOTOR KASAR

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Anda mungkin juga menyukai