Anda di halaman 1dari 1

DOA BENGKEL PEMANTAPAN PAJSK DAERAH HULU LANGAT 2023/24

.‫حي ِْم‬ ِ ‫هللا الرَّ حْ م‬


ِ َّ‫َن الر‬ ِ ‫ِبسْ ِم‬

َّ ‫ َوالعَ اقِبَة ل ِْل ُم َّتقِ ْينَ َوال‬, َ‫هلل رَ بِّ العَ الَ ِم ْين‬
‫صالَة َُوال َّسالَ ُم عَ لَى سَ ِّي ِد َنا مُحَ َّم ٍد َوعَ لَى آلِ ِه‬ ِ ‫اَ ْلحَ مْ ُد‬

..... َ‫َوَأصْ حَ ِاب ِه َأجْ َم ِع ْين‬

Ya Allah, Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri BENGKEL PEMANTAPAN PAJSK DAERAH HULU LANGAT pada kali ini. Kami juga
memohon kehadratMu agar majlis ini berjalan dengan lancar .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Kami memohon kehadratMu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami
bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami. Kau berkatilah
perjumpaan kami pada hari ini Ya Allah. Semoga ianya diterima sebagai satu perhimpunan
yang mendapat keredhaan dariMu.

Ya Allah Ya Fattahu Ya Alim,

Bantulah kami, bimbinglah kami untuk menjadi ahli-ahli yang beramanah terhadap
tanggungjawab yang diberikan ini.  Kau jadikanlah kami ahli-ahli yang  sentiasa berusaha ke
arah kebaikan.

Kau permudahkanlah untuk kami terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Semoga
segala usaha yang dijalankan meningkatkan kemenjadian murid dari segi rohani, akademik dan
kokurikulum.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada
bahaya dan juga dari keburukan.

ِ ‫اِئن رَ حْ َمتِكَ يَآ َأرْ حَ َم الرَّ ا‬


  َ‫ح ِم ْين‬ ُ ‫اَللَّ ُه َّم ﭐ ْف َتحْ عَ لَ ْي َنا ح ِْك َم َتكَ َوﭐ ْن‬ 
ِ ‫شرْ عَ لَ ْي َنا مِنْ َخ َز‬

‫رَ َّب َنا ءَا ِت َنا فِي ال ُّد ْنيَا حَ سَ َنة ً َوفِي األخِرَ ِة حَ سَ َنة ًَوقِ َنا عَ َذابَ ال َّنار‬ 

Anda mungkin juga menyukai