Anda di halaman 1dari 5

SINOPSIS- SEKEPING TANAH

Cerpen ini dimulakan dengan tindakan Hisyam yang pergi menemui abangnya, Harun untuk
berbincang mengenai sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar.
Menurut Hisyam, dia bercadang untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah
ayahnya di bandar itu kerana kakaknya, Halimah juga bersetuju dengan cadangannya. Hal
ini demikian kerana Halimah sudah berasa tidak selesa menetap di rumah pusaka itu
dengan keluarganya kerana bimbang akan menimbulkan masalah apabila dia meninggal
dunia.

Hisyam menyatakan cadangan kepada abangnya tentang hasratnya untuk menubuhkan


sebuah syarikat keluarga yang boleh membangunkan tanah pusaka itu dengan membina
kondo. Harun mempersoalkan cadangan adiknya itu atas faktor kewangan dan faktor tahap
pendidikan yang dicapai oleh adiknya itu. Hisyam menegaskan bahawa mereka boleh
membuat pinjaman bank dan urusan pinjaman wang tersebut oleh diuruskan oleh kakaknya,
Halimah yang merupakan seorang pengurus bank.

Selepas Hisyam gagal memujuk abangnya untuk mengekalkan tanah pusaka itu, pada
malamnya, dia telah ke rumah pusaka untuk menemui kakaknya, Halimah. Hisyam
memberitahu tentang kedegilan abangnya yang mendesaknya supaya menjualkan tanah
pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Selepas perbincangan diadakan, Hisyam dan
Halimah bersepakat untuk membangunkan tanah yang terletak di bandar itu tetapi mereka
merahsiakan hal itu daripada pengetahuan abangnya, Harun. Bagi melicinkan proses untuk
membangunkan tanah pusaka itu, mereka telah menubuhkan sebuah syarikat atas nama
Binajaya Sdn. Bhd. dan melantik seorang peguam untuk membeli tanah pusaka mereka
yang telah dijual itu sebelum dibangunkan semula.

Sebulan kemudian, Harun, Hisyam dan Halimah menurunkan tandatangan menjual tanah
pusaka dengan harga RM6 625 000.00 kepada Binajaya Sdn. Bdn. di hadapan pegawai
pentadbiran tanah dan seorang peguam. Harun gembira menerima cek bernilai RM 2 650
000.00. Begitu juga dengan Hisyam yang menerima jumlah yang sama dan Halimah pula
menerima RM 1 325 000.00. Rumah pusaka bapa mereka telah didermakan kepada sebuah
keluarga di Sungai Pencala.

Pada minggu itu juga tertegak papan tanda bahawa di atas tapak tanah itu akan dibina
sebuah kondo mewah setinggi 25 tingkat. Hati Harun terdetik apabila melihat nama adiknya,
Hisyam bin Sulaiman tertera pada papan kenyataan tapak kondo itu sebagai pengurus
Binajaya Sdn. Bhd. Namun begitu, dia tidak membuat apa-apa tindakan kerana ingin melihat
dahulu perkembangannya dan berfikir mungkin nama itu bukan adiknya.

Setelah tiga tahun setengah projek kondo mewah itu dibina, sebahagian besar pembeli
kondo mewah itu mengambil kunci rumah masing-masing. Harun tergamam apabila melihat
adiknya, Hisyam dan Halimah yang sebenarnya menguruskan projek pembinaan Kondo
Jaya itu. Mereka menyerahkan kunci rumah kediaman mewah itu kepada para pembeli.
Harun berasa dirinya ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. Pada malamnya, Harun
telah menelefon Hisyam untuk meluahkan rasa kecewanya kera ditipu dan dipermainkan
oleh adik- adiknya. Hisyam menjelaskan perkara yang benar kepada abangnya, berhubung
pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu.
Harun berasa terpukul dengan tindakannya tiga tahun setengah yang lalu.
Hisyam menyerahkan jawatan pengurus Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. kepada Halimah
memandangkan kakaknya berpendidikan tinggi dan telah meletakkan jawatannya di bank.
Hisyam pula bercadang untuk memandu teksi kerana kerjaya itu sudah sebati dengan
kehidupannya.

TEMA CERPEN SEKEPING TANAH


Konflik adik- beradik dalam mempertahankan harta pusaka warisan keluarga.

PERSOALAN CERPEN SEKEPING TANAH


1.Keberanian mengambil risiko untuk kesejahteraan masa depan.
2.Kerjasama dan kolaboratif dalam menjayakan projek usahasama.
3.Kebijaksanaan merancang masa depan.
4.Keutuhan integriti dalam memikul tanggungjawab.

WATAK DAN PERWATAKAN CERPEN SEKEPING TANAH

Hisyam/Hisyam bin Sulaiman 1.Anak bongsu daripada tiga beradik.

2.Bekerja sebagai pemandu teksi di sebuah


bandar raya.

3.Mempunyai tiga orang anak, iaitu Zaki,


Linda dan Nora.

4.Patuh akan arahan dan pesanan abang


sulungnya.

5.Bersikap rasional dan berpandangan jauh


dalam membuat keputusan.

6.Berhemah tinggi.

7.Penyayang terhadap ahli keluarganya.

8.Bersikap amanah dan jujur ketika dia


menguruskan Syarikat Binajaya Sdn. Bhd.

9. Merendah diri.

10.Berani dalam membuat keputusan.

Harun 1. Anak sulung daripada tiga beradik.

2.Bapa kepada dua orang anak lelaki,


Saleh dan Musa.

3.Penyayang dan bertanggungjawab


terhadap anak-anaknya.

4.Bijak berhujah.
5.berpendirian tegas.

6.Bersifat sensitif

Halimah 1.Anak kedua daripada tiga beradik.

2.Dia bertugas sebagai pengurus sebuah


bank.

3.Selepas meletakkan jawatannya di bank,


dia menjadi pengurus baharu Syarikat
Binajaya Sdn. Bhd.

4.Berpengalaman luas dalam bidang


pengurusan kewangan.

5.Patuh akan arahan abangnya.

6.Berhemah tinggi apabila berbicara


dengan abangnya.

7.Bijak dan teliti dalam melakukan kerja.

8.Berpandangan jauh.

9.Prihatin dan bersimpati terhadap


kesusahan abangnya.

10.Amanah dalam memikul tanggungjawab


untuk mengambil

LATAR CERPEN SEKEPING TANAH

Latar Tempat 1.Rumah Harun.

2.Rumah Halimah.

3.Rumah Hisyam.

4.Pejabat Tanah.

5.Sebidang tanah pusaka di bandar.

6.Kondo Jaya.

Latar Masa 1.Waktu petang.

2.Waktu tengah hari.

3.Waktu malam.

4.Sebulan selepas urusan pinjaman bank


diluluskan.
5.Setelah tiga tahun setengah.

Latar Masyarakat 1.Masyarakat yang bijak merancang masa


depan.

2.Masyarakat penyayang terhadap ahli


keluarganya.

3.Masyarakat yang berani mengambil risiko


untuk kesejahteraan masa depan

4.Masyarakat yang bersatu hati dalam


menjayakan projek usahasama.

5.Masyarakat yang berpendidikan tinggi.

6.Masyarakat kota yang gigih mencari


rezeki.

7.Masyarakat yang menghormati orang


yang lebih tua.

8.Masyarakat yang terlibat dalam gejala


negatif.

GAYA BAHASA CERPEN SEKEPING TANAH


1.Bahasa Arab - Astaghfirullah.
2.Kata ganda - dalam-dalam; mati-mati; bulat-bulat; dan angan-angan.
3.Metafora- mata batinnya
4.Sinkope - Tak boleh. Kamu saja, Syam.
5.Repetisi- Dia cabar saya. Dia hina saya.
6.Peribahasa - tukar tangan: perah otak
7.Perlambangan- Pisau di tangan abang.
8.Personifikasi- Hatinya teringin sangat untuk membuat panggilan telefon kepada adiknya itu
tetapi otaknya melarang.

NILAI CERPEN SEKEPING TANAH


1.Amanah
2.Baik Hati
3.Hormat- Menghormati
4.Kebijaksanaan.
5.Kasih sayang.
6.Keberanian.

PENGAJARAN CERPEN SEKEPING TANAH


1. Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas.
2.Kita perlulah menjaga hak keluarga dengan sebaik- baiknya.
3.Kita janganlah mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang boleh merosakkan maruah
dan diri.
4.Kita perlulah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.

Anda mungkin juga menyukai