Anda di halaman 1dari 1

SMK Dato’ Kamaruddin,

34500 Batu Kurau, Perak.

‘KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG’


Ruj. Tuan : SMKDK/KP/08(1)
Ruj. Kami : SMKDK/KP/08(1)
Tarikh : 5 HB. JANUARI 2008

Harun b. Husin,
Setiausaha Kelab Sukan / Permainan,
SMK Dato’ Kamaruddin,
34500 Batu Kurau, Perak.

Melalui:

Guru Penasihat / Pemimpin Jawatankuasa Penaja Kelab Sukan / Permainan,

Tuan,

KELULUSAN PENUBUHAN Kelab Sukan / Permainan,


SMK DATO’ KAMARUDDIN, BATU KURAU, PERAK.
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Merujuk surat tuan SMKDK/KRS/08(1) bertarikh 04 JANUARI 2008. dinyatakan bahawa dengan
kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam
Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan
tuan untuk menubuhkan Kelab Sukan / Permainan, SMK DATO’ KAMARUDDIN, BATU KURAU adalah
DILULUSKAN berkuat kuasa mulai 1 hb. Januari 2008.

3. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bukan bermaksud Kelab Sukan / Permainan,
SMK Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan
berdaftar.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( HAJAH WAN KHAMSIAH BT ABU BAKAR )


Pengetua,
SMK Dato’ Kamaruddin,
34500 Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. PK Kokurikulum.
3. Guru Penasihat / Pemimpin Kelab Sukan / Permainan,
4. Fail Kelab Sukan / Permainan,

Anda mungkin juga menyukai