Anda di halaman 1dari 1

Jawatankuasa Penaja Kelab Sukan / Permainan,

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin,


34500 Batu Kurau, Perak.

‘KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG’


Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKKB/KP/08(3)
Tarikh : 12 JANUARI 2008

Pengetua,
SMK Dato’ Kamaruddin,
34500 Batu Kurau, Perak.
Melalui dan salinan:

Guru Penasihat / Pemimpin Kelab Sukan / Permainan,


SMK Dato’ Kamaruddin, 34500 Batu Kurau, Perak.

Tuan,
MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENGUTIP DERMA KEAHLIAN BAGI Kelab Sukan /
Permainan, SMK DATO’ KAMARUDDIN, BATU KURAU, PERAK.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan


bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan
1996 dengan ini memohon untuk memungut derma Kelab Sukan / Permainan, Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau, mulai 1 hb.Januari , 2008

3. Sehubungan dengan itu, berikut adalah keputusan mesyuarat jawatankuasa mengenai


jumlah pungutan derma yang dipohon untuk dikutip daripada setiap ahli mengikut pilihan sama
ada:

3.1 Kutipan setiap minggu sebanyak = RM 0.25


3.2 Kutipan setiap bulan sebanyak = RM 1.00.
3.3 Kutipan setahun sebanyak = RM 12.00.

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan
diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

( HARUN B. HUSIN )
Setiausaha,
Kelab Sukan / Permainan,
SMK Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. PK Kokurikulum
3. Guru Pemimpin / Penasihat Kelab Sukan / Permainan,
4. Fail Kelab Sukan / Permainan,

Anda mungkin juga menyukai