Anda di halaman 1dari 1

BERANI CUBA BAKAR DUIT?

Kalau nak cuba, ini kaedahnya:


1. Sediakan larutan alkohol dan air. Campurkan 50ml air dengan
50ml 95%-100% alkohol.
2. Tambahkan secubit garam atau pewarna lain kedalam larutan
tersebut untuk menghasilkan api yang lebih jelas.
3. Rendamkan duit kertas ke dalam campuran larutan tersebut
sehingga betul-betul basah.
4. Dengan menggunakan penyepit, ambil duit tersebut dan biarkan
larutan berlebihan tersalir keluar.
5. Letakkan duit kertas tersebut jauh daripada lautan alkohol-air.
6. Nyalakan duit tersebut dan biar ia terbakar sehingga apinya
terpadam sendiri.

Apa yang telah berlaku?


Apabila duit itu direndam dalam larutan berkenaan, alkohol yang
mempunyai tekanan wap yang lebih tinggi akan berada dibahagian
luar duit kertas tersebut. Apabila duit kertas itu dibakar, alkohol yang
sebenarnya terbakar. Suhu yang membolehkan alkohol terbakar tidak
begitu tinggi sehingga tidak dapat menyejat air pada duit tersebut yang
mempunyai muatan haba yang tinggi. Oleh itu, duit kertas tersebut
akan kekal lembap dan tidak sempat untuk terbakar. Selepas alkohol
habis terbakar, yang tinggal hanyalah duit kertas yang lembap. Kalau
betul-betul berani, cubalah duit kertas RM50 atau RM100 !!!

* Duit kertas bukan dibuat daripada kertas biasa tetapi seakan fabrik
kerana ianya tidak hancur walaupun termasuk ke dalam mesin basuh.

Disediakan oleh: cikgu m78

Anda mungkin juga menyukai